[:::Ilmu:::] ~Bahagian 20~

by April 14, 2017 0 comments
PRIORITI MAHASISWA IALAH MENUNTUT ILMU

Universiti adalah tempat para penuntut ilmu menambahkan ilmu dan kefahaman. Dan matlamat sebenar universiti ialah menghasilkan insan yang baik.

Mahasiswa yang masuk ke universiti juga mempunyai pelbagai jurusan yang diambil. Dengan menyempurnakan pengajian mereka,ijazah akan dikurniakan kepada mereka.

Ini suatu amanah.Jurusan yang diambil oleh para penuntut ilmu,merupakan amanah yang mereka tanggung. Segala usaha perlu ditumpukan untuk menambahkan ilmu dan kefahaman dalam bidang yang diambil.Sungguhpun banyak bidang dimasuki dengan faham asing, kita mempunyai pilihan.Kita tak perlu menerima faham yang bercanggah dengan pandangan alam islam ke dalam jiwa kita.

Mahasiswa perlu sedar bahawa cabaran era kini ialah cabaran ilmu. Bukan cabaran ilmu menentang kejahilan,tetapi cabaran ilmu menentang ilmu. Ilmu yang benar menentang ilmu palsu.Yang pada luaran kelihatan seperti ilmu,namun ianya hanyalah tampak seperti ilmu umpama fatamorgana di padang pasir.

Ilmu palsu berleluasa tersebar kerana ulama palsu merata bertebaran menyebarkan kekeliruan dan kepalsuan.

Bermakna juga kita sudah kehilangan keupayaan untuk mengenal ulama sebenar.Ulama sebenar bersifat dengan ilmu yang benar.Kalau tak dikenali apa itu ilmu,takkan dapat dikenali siapa ulama sebenar.

Sebagai penuntut ilmu,perlulah dikenal apa itu ilmu,bermakna untuk menuntut ilmu,dia seharusnya sudah kenal siapa ulama sebenar.Kalau penuntut ilmu tak kenal siapa ulama sebenar,maka wajarlah dipersoalkan kepadanya adakah yang dituntut olehnya selama ini adalah ilmu?Kalau ilmu pun tak dikenali olehnya.

Inilah medan juang kita.Inilah medan juang mahasiswa.Inilah medan juang para penuntut ilmu.Medan inilah medan kita.Medan ilmu.

Maka untuk jiwa benar-benar pandang ke arah ilmu sepenuh jiwanya, satu nasihat permulaan wajar dipegang kemas dalam jiwa.

Jauhilah politik dan ahli politik! Kita ada banyak lagi kerja lain yang lebih utama yang nak dibuat!

Anonymous

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.