ILMU YANG BERMANFAAT DAN KELEBIHANNYA

by April 20, 2017 0 comments

Kata Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam Kitab Bidayatul Hidayah :

"Ilmu yang bermanfaat itu ialah yang menambahkan ketakutanmu terhadap Allah taala,yang menambahkan penglihatan hatimu pada segala keaiban dirimu,yang menambahkan makrifatmu pada ibadat Tuhanmu Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi,yang mengurangkan kegemaranmu terhadap keduniaan,yang menambahkan kegemaranmu terhadap ke-akhirat-an,yang membuka mata hatimu pada perkara-perkara yang merosakkan amalanmu sehingga kamu dapat mengelakkan daripadanya dan yang menampakkan kamu segala tipu daya syaitan dan putar belitnya."

Syeikh Abdul Wahab Sya'rani berkata dalam Kitab Al Yawaqit Wal Jawahir yang dinukilkan daripada Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam Kitab Ihya Ulum ad-Din yang dinukilkan pula daripada orang yang Arifin :

"Sesiapa yang tiada baginya ilmu kaum ini(ilmu tasawuf), nescaya ditakuti akan berlaku ke atas dirinya kesudahan yang buruk yakni mati dalam maksiat".

Dan Syeikh Abu al-Hasan As-Syazili berkata :

"Sesiapa yang tiada masuk(tiada mahir) dalam ilmu ini,yakni ilmu tasawuf, nescaya ia mati dalam keadaan mengekalkan di atas beberapa dosa besar, sedangkan ia tiada mengetahui hal yang tersebut".

Dan kata Syeikh Ibnu Abbad dalam Kitab Syarah al-Hikam kepunyaan Ibn Athaillah :

"Dan inilah segala ilmu(ilmu tasawuf) yang manusia sepatutnya menghabis umurnya yang panjang itu pada menuntutnya, janganlah berpada dengannya sama ada banyak atau sedikit".

Dan kata Syed Abdul Kadir al-'Idrus dalam kitabnya yang bertajuk Ad-Durrus Thamin (اَلدُّرُّ الثَّمِيْنُ) :

"Anda hendaklah mengetahui bahawa segala ilmu fardu yang dituntutkan itu ada 3 perkara :

Pertama : Ilmu Tauhid iaitu yang dinamakannya Ilmu Usuluddin.
Kedua : Ilmu Syara' iaitu yang dinamakannya Ilmu Fiqh.
Ketiga : Ilmu Batin iaitu yang dinamakannya Ilmu Tasawuf."

SUMBER : Karya Syeikh Abdul Samad al-Falimbani yang bertajuk Hidayah As-Salikin (هِدَايَةُ السَّالِكِيْنَ فِى سُلُوكِ مَسْلَكِ الْمُتَّقِيْنَ).

Anonymous

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.