[:::Ilmu:::] ~Bahagian 10~

by June 22, 2016 0 comments

Tentang ilmu. Ada yang berkata ilmu neutral. Ada yang berkata ilmu tidak neutral. Saya berpihak kepada mereka yang mengatakan bahawa ilmu itu tidak neutral. Ilmu boleh sahaja dimasukkan dengan faham-faham asing, dan sekiranya dilihat daripada perspektif seorang muslim yang benar-benar memahami hakikat agamanya, ada faham-faham yang bercanggah dengan islam. Faham-faham sekular ini, sefaham saya, ianya tidaklah memberi kesan yang sama dengan yang diterima oleh barat. Barat kelihatannya meninggalkan agama sebagai panduan dalam menjalani kehidupan mereka dan digantikannya dengan sains dan teknologi sebagai memberi panduan kepada mereka. Kita pula menjadi keliru, dan tidak dapat melihat kaitan sains dengan agama. Dan kita pula pisahkan keduanya dengan andaian bahawa ilmu itu neutral. Atau kita mengalami konflik dualisme. Iaitu memilih yang satu dan meninggalkan yang satu lagi. Pilih. Antara sains dan agama. Tidak dapat dijumpai titik temu. Sedangkan secara tradisinya, dalam islam, sains dan agama tidak terpisah dan sains berkembang sesuai dengan kehendak agama. Seperti perkembangan ilmu-ilmu sains untuk memudahkan umat islam mengamalkan islam di seluruh dunia.

Oleh itu perubahan mereka adalah  seiring dengan perkembanga sains dan teknologi. Kalau bahasa mudah ialah up-to-date. Kalau tak up-to-date akan dikatakan ketinggalan dan tidak relevan. Mereka yang ketinggala pula akan dicemuh dan dipandang rendah. Status seseorang pun akan dilihat daripada jenis telefon selular yang digunakan dan pelbagai lagi perkasa elektronik yang serba canggih. Mereka yang terkehadapan dalam perkembangan semasa, pengetahuan dan fakta-fakta sains akan sentiasa menjadi rujukan serta sanjungan. Bermaksud, dalam kesedaran mereka, mereka ingin dan akan bergerak menuju ke tujuan yang terkini. Setiap perubahan terkini akan menjadi tujuan mereka dan merek akan bergerak mencapai tujuan itu. Iaitu up-to-date.

Yang up-to-date pula sentiasa berubah-ubah. Maka tujuan mereka pula sentiasa berubah-ubah. Maka mereka tiada matlamat akhir dalam berubah, melainkan perubahan yang sentiasa mendatang itulah yang dijadikan matlamat akhir, yang tidak akan berakhir selagi nyawa dikandung badan.

Ada juga mereka yang tidak mengejar dan tidak up-to-date. Namun mereka yang tak ingin up-to-date juga akan terpaksa mengikutinya kerana ia akan menyusahkan orang lain kalau dalam segi komunikasi contohnya. Contohnya telefon yang dapat menggunakan aplikasi whatssapp adalah suatu kemestian. Ia telah menggantikan fungsi SMS. Mereka yang tidak menggunakannya terpaksa menggunakanna kerana keperluan kerja, desakan sahabat dan ahli keluarga bagi memudahkan urusan komunikasi.

Yang up-to-date pula kalau hanya sekadar luaran yang atau penggunaan alat teknologi, ianya tidaklah menjadi sebarang masalah. Yang bermasalahnya ialah faham-faham dan idea-idea yang dibawa bersama dengan sains dan teknologi itu. Contohnya ialah dunia tanpa sempadan, kebebasan bersuara, hak manusia, keadilan, Dengan teknologi terkini, berlaku fenomena banjir maklumat.  Dan maklumat sudah tentu tidak sama dengan ilmu. Banyak maklumat tidak bermakna banyak ilmu. Ini disebabkan ilmu itu sifat yang ada pada manusia. Setelah difahami dengan betul, barulah maklumat itu jadi ilmu kita.

Masalah yang satu lagi ialah tentang tujuan.  Yang bermasalah ialah diri mereka yang sentiasa berubah-ubuah tujuan. Itulah masalahnya. Mereka seolah-olah tiada matlamat akhir yang mereka sedar, perlu dituju oleh mereka. Kalaulah perkembangan sains dan teknologi itu dijadikan tujuan mereka dan ingin menjelmakan diri mereka seiring dengannya, maka itu sudah tersalah tuju. Sains dan teknologi hanyalah alat yang membantu kita bagi mencapau tujuan. Dan tujuan akhir kita seharusnya jelas. Di saat kita hidup, kita harus sedar bahawa setiap yang hidup pasti akan mati dan meninggalkan dunia ini. Janganlah pulah sains dan teknologi itu menjadi seolah-olah berperanan sebagai mengalihkan perhatian kita daripada hakikat kehidupan ini.

Tambahan, perkembangan sains dan teknologi, yang datang dari barat, adalah berdasarkan kepada faham-faham tertentu. Mereka menggantikan autoriti agama dengan sains dan teknologi. Oleh itu mereka mencari jawapan kepada kejadian alam ini, dengan menggunakan segala kekuatan akal mereka, tanpa bergantung kepada wahyu, bagi memberikan jawapan kepada hakikat kehidupan dan hakikat kewujudan kita di dunia ini.

Walau dalam tempoh seratus tahun, kita sudah banyak berbaza dan maju dengan pelbagai disiplin ilmu dalam sains dan teknologi, kita sudah berjaya ke pluto dan mengambil gambar-gambar permukaan pluto, terbang lebih tinggi daripada burung, hakikatnya  mereka gagal menemui jawapan kepada kehidupan seperti apakah ada kehidupan sesudah mati? Kalau dinafikan, diri mereka akan mengalami kesengsaraan jiwa, kerana segala yang dikejar akan hilang suatu hari nanti, jikalau bagi yang percaya, namun cenderung ke arah pembuktian empirikal, jiwa mereka akan penuh keraguan, dan iman mereka akan bergoncang serta menjadi amatlah rapuh dan mmebuatkan mereka malu untuk menjawab dengan menggunakan wahyu kerana tidak mahu dikatakan sebagai tidak saintifik.

Sains dalam islam pun hakikatnya sudah difahami dengan berbeza berbanding barat. Sains bagi islam adala tentang merungkai kebenaran dan realiti. Syurga dan neraka adalah realiti. Syaitan,jin,malaikat itu realiti dan benar. Dari mana kita dapat ia sebagai benar? Daripada wahyu. Kerana kita menerima wahyu sebagai sumber ilmu yang sah, dan yang tertinggi. Maka syurga, neraka, jin, syaitan, malaikat merupakan realiti dan kebenaran. Maka ianya adalah saintifik!


Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.