[:::Ilmu:::] ~Bahagian 8~

by June 10, 2016 0 comments

Saya fikir bahawa rata-ratanya kita pernah mendengar Knowledge is Power. Jadi kuasa untuk apa? Yang saya faham, ianya membawa maksud kuasa untuk berlaku adil. Untuk berlaku adil, kita perlukan ilmu. Mana mungkin si jahil mampu berlaku adil?

Universiti adalah tempat menuntut ilmu. Begitu banyak graduan-graduan yang terhasil, mengapa kita lihat masih banyak masalah tentang berlaku adil terhadap 4 kerajaan ini iaitu kerajaan manusia, kerajaan haiwan, kerajaan galian dan kerajaan tumbuhan ? Atau apakah sepanjang menuntut ilmu di universiti, tidak tercapai oleh mereka akan kewajipan mereka untuk berlaku adil? Kalau kita lihat mengikut prioriti, maka sudah tentu seseorang itu seharusnya perlu berlaku adil kepada diri sendiri terlebih dahulu. Kalau pada diri sendiri pun dia tidak mampu berlaku adil, maka bagaiman mungkin dia dapat berlaku adil kepada yang selain dari dirinya?

Dan, kalau dirinya pun tidak dia kenali, maka bagaimana mungkin dapat dia berlaku adil kepada diri sendiri.  Kalau kita lihat karya terbaru Yang Mulia Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas, yang bertajuk On Justice and The Nature of Man, buku itu terbahagi kepada dua bahagia, iaitu On Justice, dan juga bahagian The Nature of Man. Maka dapatlah kita lihat perkaitan erat tentang hakikat manusia dengan keadilan. Ianya berkait rapat dengan kepercayaan tentang asal-usul manusia. Apakah manusia itu berevolusi daripada haiwan yang lebih rendah darjatnya melalui proses natural selection yang kemudian pada akhirnya menjadi homo sapien? Atau kita sememangnya adalah manusa yang bermula daripada Adam a.s. Sudah tentu perbezaan asal usul ini akan membawa kepada perbezaan yang ketara tentang makna hidup dan makna keadilan.

Seterusnya ialah hakikat manusia itu. Apakah manusia itu hanya mempunyai kesedaran, hanya terdiri dari jasad semata-mata dan tidak mempunyai ruh? Memepercayai ruh atau menolak kewujudan ruh juga akan membawa implikasi tentang apakah manusia sesudah mati itu, hidupnya berakhir begitu sahaja? Atau apakah ada kebangkitan semula? Apakah manusia akan dihisab atas segala perbuatannya di muka bumi? Maka perbuatan apakah yang akan dinilai sebagai baik untuk mendapat ganjaran yang baik, dan perbuatan apakah yang harus dielakkan agar tidak mendapat balasan yang buruk? Seterusnya, bagaimana,dari mana, dan  dari siapa harus manusia mendapatkan panduan dan contoh teladan agar mendapat kebahagiaan hidup pada hidup sesudah mati? Atau apakah ada caranya manusia untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia ini walau apa pun keadaan mereka sama ada kaya atau miskin dan pelbagai keadaan hidup manusia di dunia ini?

Kalau dinafikan semua ini dan mempercayai bahawa hidup inilah hanya satu2nya hidup yang ada, tidak ada realiti dan hidup lain lagi sesudah tamatnya hidup ini, maka cara mereka menjalani hidup ini juga pastinya berbeza. Mereka akan berusaha untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia ini sebaik mungkin dan bagi mereka yang tidak mendapat kebahagiaan di dunia ini, maka mereka akan merasa hidup mereka adalah tragik, dan mereka yang lain akan melihat manusia yang tidak mendapat kebahagiaan di dunia ini adalah sebagai satu tragedi yang menimpa mereka. Maka lama-kelamaan, berkemungkinan mereka akan melihat hidup ini sebagai suatu tragedi. Oleh itu apabila melihat kisah2 yang bertemakan tragedi, akan mendapat sambutan hangat kerana mereka dapat merasai dan melihat nasib mereka yang mungkin terjelma ataupun sudah terjelma pada hidup mereka, dalam drama yang mereka tonton.

Di akhir kata, bagi yang ingin benar2 mengetahui makna kebahagiaan, saya sarankan anda semua membaca karya Meaning and Experience of Happiness in Islam/Ma'na Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam karya Yang Mulia Tan Sri Prof.Dr.Syed Muhammad Naquib al-Attas.


Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.