Multi Universe in Existence Part.4 (terjemahan)

by April 15, 2015 0 comments


Pernahkah anda menonoton cerita atau membaca kisah “Alice di Alam Fantasi (Alice in Wonderland)” sewaktu anda kecil dahulu? Ia adalah contoh yang baik untuk menerangkan bagaimana "wormhole"berfungsi yang memungkinkan kita untuk menjelajah dari satu alam semesta ke alam semesta yang lain. Alice, menjelajah ke alam yang lain yang mempunyai hukum, peraturan dan logik yang berbeza namun dia masih boleh mengadaptasi dengan keadaan alam tersebut yang penuh dengan keajaiban. Adakah kita akan menjadi Alice suatu hari nanti? Ia adalah sesuatu persoalan yang menyebabkan kita berfikir dengan lebih mendalam dan berimaginasi tentang masa depan.

Apakah itu  "wormhole"? Bolehkah anda mengagaknya? Ambil kertas yang berukuran A4 dan buat dua titik di atas kertas tersebut (yang kedua-duanya jauh daripada satu sama lain). Secara logiknya, jarak yang paling dekat ialah satu garisan yang lurus. Kemudian, lipat kertas tersebut sehingga dua-dua titik itu bersentuhan. Maka kedua-dua titik itu menjadi lebih dekat daripada sebelum ini. Jika ingin pergi dari satu titik ke titik yang lain yang perlu dibuat adalah dengan membuat satu lubang yang membolehkan pergerakan dari satu titik ke titik yang lain. Lubang itulah analogi untuk lohong hitam dan titik itu boleh dianalogikan sebagai alam semesta yang berlainan atau planet.

Siri yang popular sewaktu zaman remaja saya iaitu Stargate SG-1. Itulah analogi yang sesuai untuk menunjukkan penjelajahan antara semesta. Adakah kita akan mampu membina stargate di masa depan? Saya tidak tahu. Walaubagaimanapun, pada masa kini, pakar fizik masih dalam proses untuk menentukan samada untuk pergi ke satu tempat ke tempat yang lain melalui  "wormhole" ialah sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan. Jika suatu hari nanti, mereka mampu untuk mencipta  "wormhole", mereka mungkin akan melakukan uji kaji dengan menghantar sesuatu untuk mengesahkannya. Mesin yang boleh menangkap gambar digunakan untuk menentukan suhunya dan adakah ia mempunyai oksigen dan adakah kita perlu memakai pakaian perlindungan. Selain itu maklumat yang penting yang perlu diketahui ialah samada terdapatnya hidupan atau makhluk yang berakal.

Apakah kepentingan  "wormhole" ini? Suatu masa nanti, alam semesta kita akan mencapai pengakhirannya. Sebagai manusia, kita ingin melarikan diri daripadanya dengan pergi ke alam semesta yang baru dan memulakan hidup baru. Keadaan ini cuma boleh berlaku jika terdapatnya alam semesta yang lain dan alam semesta itu mempunyai planet yang boleh didiami atau terdapatnya alam semesta lain yang mempunyai sumber yang diperlukan untuk tinggal di kapal angkasa atau disebut koloni angkasa sebelum palnet yang sesuai dijumpai. Selain itu, situasi ini juga cuma boleh berlaku jika penjelajahan menggunakan lohong hitam itu boleh berlaku. Kita akan menyambung perbincangan di waktu yang lain.

Ditulis oleh :
Mohd Arif Syafiq
Sci-Fi Physics Department,
Project X.
3 April 2015.

Diterjemah oleh :
F-2,
Class of X
13 April 2015.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.