ZAKAT

by June 23, 2017 0 comments


1."Dan dirikanlah akan sembahyang dan keluarkanlah zakat."
(Surah al-Baqarah : Ayat 110)
2."Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan apa yang Allah telah berikan kepada mereka dari kelebihan-kelebihannya itu,menyangka(bahawa) iaitu baik bagi mereka, bahkan iaitu jahat bagi mereka. Akan digantungkan di leher mereka apa yang mereka bakhilkan dengan dia pada hari Qiamat."
(Sural Ali Imran : Ayat 180).
3.Rasulullah s.a.w bersabda : Tidak ada satu hari yang berpagi-pagi padanya oleh hamba-hamba melainkan ada dua malaikat yang turun kepadanya, maka salah seorang dari keduanya berkata(berdoa) : "Ya Allah! Berilah kepada orang yang berbelanja akan gantinya", dan yang seorang lagi berkata (berdoa) : "Berilah kepada orang yang bakhil akan kebinasaannya."
4.Orang yang tidak mengeluarkan zakat dianggap orang yang bakhil. Hartanya akan menjadi alat untuk menyiksanya di hari akhirat kelak.
5;"Yang pada harta-harta mereka ada haq yang ma'lum bagi orang yang meminta dan yang tidak mampu".
(Surah al-Ma'arij : Ayat 24-25).
6.Berdasarkan nota pada no.5, perintah Allah adalah menyuruh agar diambil harta orangyang mampu kerana harta orang yang mampu itu menjadi haq bagi orang yang perlu. Ini membuktikan bahawa harta bukanlah kepunyaan secara mutlak sehingga boleh dimiliki dan dibelanjakan sesuka hati.
7.Harta adalah kepunyaan Allah yang ditetapkan pembahagiannya kepada orang yang Allah tentukan, dan pembahagian itu wajib dikeluarkan menurut ketetapan syariat.

Anonymous

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.