KEBESARAN RAHMAT ALLAH TA'ALA

by June 07, 2017 0 comments
1.Rasulullah s.a.w bersabda, Allah taala berfirman, "Para hamba-Ku yang paling Aku kasihi ialah mereka yang paling bersegera berbuka puasa (setelah yaqin maghrib)".

2.Rasulullah s.a.w bersabda, Allah taala berfirman,"Sesungguhnya Aku telah memfardukan lima waktu solat dan memeterai perjanjian di sisiKu bahawa: Sesiapa yang memelihara kesemuanya pada waktunya, maka AKu masukkannya ke dalam syurga. Sesiapa yang tidak memeliharanya,maka tidak ada baginya sebarang perjanjian jaminan di sisiKu".

3.Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesunggunya apabila seorang hamba mendirikan solat dalam keadaan terang-terangan serta mengelokkannya, dan dia juga mendirikan solat dalam keadaan sembunyi serta turut mengelokkannya,nescaya Allah taala berfirman, "Inilah hambaKu yang sebenar-benarnya"".

4.Rasulullah s.a.w bersabda, Allah taala berfirman,"Apabila hambaKu suka kepada pertemuan denganKu, maka Aku suka pertemuan denganNya. Apabila dia benci pertemuan denganKu, maka Aku benci pertemuan dengannya".

5.Daripada Nabi s.a.w, Allah taala berfirman, "RahmatKu mendahului(melebihi) kemurkaanKu".

6.Baginda s.a.w bersabda, Sesungguhnya Allah taala berfirman,"Wahai anak Adam,isilah masa lapangmu dengan beribadat(tunduk kepada Allah dalam segala urusan) kepadaKu, maka Aku akan penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku tutup kefakiranmu.Jika kamu tidak melakukannya, maka Aku penuhi kedua-dua tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak akan tutup kefakiranmu".

Anonymous

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.