KEHARUSAN MENGGUNAKAN HADITH DHAIF

by June 17, 2017 0 comments


1.Sebahagian ulama membolehkan kita meriwayatkan hadith dhaif dengan tidak menerangkan kedhaifannya dalam perkara yang berhubungan dengan kisah atau cerita,pengajaran atau nasihat dan yang bertalian dengan keutamaan amal(Fadhail Amal) itu sahaja,dan tidak dalam perkara yang berhubungan dengan i'tiqad dan dengan hukum halal,haram,makruh,dan sunat.

2.Imam Nawawi berkata : Bahawa ulama hadith,fiqh dan lain-lain,telah menetapkan bahawa boleh kita mempergunakan hadith dhaif untuk amal-amal utama dan untuk pengajaran menggemarkan dan menakutkan,selama hadith itu belum sampai ke darjat maudu(palsu).

3.Ibn Hajar al-Asqalani menetapkan 3 syarat dalam memakai dan menggunakan hadith dhaif iaitu :

a.Hadith itu tidak terlampau dhaifnya.Yang demikian hadith yang diriwayatkan oleh pendusta,ditolak sama sekali.
b.Hadith ini dapat dimasukkan kepada suatu dasar yang dapat dipegangi dengan erti memegangnya atau menggunakannya tidak berlawanan dengan dasar hukum yang telah dibenarkan atau tidak masuk kepada suatu hukum yang tidak mempunyai asalnya sama sekali.
c.Jangan dii'tiqadkan di waktu menggunakan hadith dhaif,bahawa Nabi s.a.w ada mengatakan, supaya terpelihara daripada membangsakan(menisbahkan) kepada Nabi s.a.w apa yang baginda tidak kerjakan dan sabdakan.

CONTOH HADITH DHAIF :

"Menuntut ilmu adalah fardu atas tiap-tiap orang islam lelaki dan wanita"
(Riwayat al-Baihaqi)

Imam al-Baihaqi berkata :Hadith ini masyur dalam kalangan manusia tetapi sanadnya lemah dan telah diriwayatkan menerusi banyak jalan yang banyak yang kesemuanya lemah belaka.

Imam Nawawi berkata : Hadith itu Dhaif sekalipun, maknanya Sahih, dan telah diriwayatkan oleh Abu Ya'la al-Musalla dalam Masnadnya dengan sanadnya sekali dari Anas dari Nabi s.a.w.Dalam sanadnya itu terdapat seorang bernama Hafsin bin Sulayman,ia orang yang lemah.

Anonymous

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.