SHEIKH MUHAMMAD YUSUF KANDHALAWI : MUNTAKHAB AHADITH, BAB ILMU.

by May 31, 2017 0 comments
1.Allah berfirman, "Dan berdoalah dengan berkata, wahai Tuhanku tambahlah ilmu untukku". 
(Taha : 114).

2.Allah berfirman, "Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, sedangkan hanya orang-orang yang berilmu dapat memahaminya". (al-Ankabut : 43).

3.Allah berfirman, "Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut(untuk melanggar perinrah) Allah daripada kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu". (Faatir : 28).

4.Allah berfirman, "Katakanlah wahai Muhammad, 'adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?'".
(az-Zumar : 9).

5.Allah berfirman, "Dan janganlah kamu mencampuradukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu (hukum syarak) pula padahal kamu semua mengetahuinya".
(al-Baqarah : 42).

6.Allah berfirman, "Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal?".
(al-Baqarah : 44).

7.Sayyidina Jabir berkata Rasulullah s.a.w bersabda "Ilmu ada dua bentuk, pertama ialah ilmu yang menunjang dalam sanubari maka itulah ilmu yang bermanfaat. Kedua ialah ilmu yang hanya di lidah yakni yang kosong daripada keikhlasan dan amalan maka inilah ilmu yang merupakan dakwaan Allah ke atas anak Adam(bahawa dia ialah seorang yang bersalah) yakni ilmu itu akan membuat dakwaan kenapa kamu tidak beramal walaupun kamu tahu".
(Tabarani : Targhib)

8.Sayyidina Mu'awiyah berkata saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda "Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan untuknya maka Allah kurniakan kepadanya kefahaman agama. Saya hanyalah pembahagi dan Allah lah yang mengurniakan". (Bukhari).

9.Sayyidina Abu Sa'id Khudri berkata Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya seseorang mukmin tidak pernah kenyang daripada kebaikan(yakni ilmu), dia(sentiasa belajar dengan) mendengar pengajaran ilmu sehinggalah(maut datang menemuinya) dan dia masuk ke dalam syurga". (Tirmizi).

10.Sayyidina Hurairah berkata saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Orang yang terbaik dalam kalangan kamu ialah orang yang terbaik akhlaknya apabila dia mempunyai kefahaman agama". (Ibn Hibban).

11.Sayyidina 'Abdullah bin Mas'ud berkata Rasulullah s.a.w bersabda "Apabila Allah menginginkan kebaikan untuk mana-mana hambaNya maka Allah mengurniakan kepadanya kefahaman agama dan mengilhamkan kepadanya perkara-perkara benar".
(Bazzar,Tabarani : Majma' uz-Zawaid).

12.Saiyyidina Abu Bakrah berkata saya telah mendengar Nabi s.a.w bersabda, "Jadilah kamu seorang alim,atau seorang pelajar,atau seorang yang suka mendengar tentang ilmu atau orang yang cintakan ilmu dan ahli ilmu, janganlah kamu jadi golongan yang kelima (selain daripada empat golongan tersebut) jika demikian kamu binasa. Golongan kelima ialah yang membenci ilmu dan ahli ilmu". 
(Tabarani, Bazzar : Majma' uz-Zawaid).

13.Saiyyidina Jabir bin 'Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Janganlah kamu belajar ilmu agama untuk membangga-banggakan diri kamu ke atas ulama, jangan belajar untuk berbahas dengan orang-orang yang bodoh yakni untuk berhujah dengan orang awam yang kurang faham selok belok agama dan jangan belajar untuk mendapatkan perhatian dalam majlis-majilis. Sesiapa yang melakukan sedemikian itu maka untuknya ialah api, api". (Ibn Majah)

14.Saiyyidina Jundub bin 'Abdullah Azdi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Perumpamaan orang yang mengajar kebaikan kepada orang lain sedangkan dia lupa tentang dirinya sendiri (yakni dia sendiri tidak beramal) adalah seumpama pelita yang menerangi orang lain tetapi membakar dirinya sendiri". (Tabarani : Targhib)

Anonymous

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.