Adab : Tindakan Yang Betul

by March 05, 2016 0 comments
Adab itu bermaksud tindakan yang betul. Tindakan yang betul itu adalah berlandaskan kefahamannya tentang perkara2 seperti betul dan salah, benar dan palsu.


Persoalan kebenaran merupakan persoalan yang besar. Hal ini kerana nilai yang tertinggi ialah kebenaran. Bagaimana nak bezakan kebenaran dan kebatilan? Jawapannya ialah dengan ilmu. 


Dan perlulah tahu apa itu ilmu dan sumber2nya. Kalau bagi barat mereka menolak kebenaran yang bersumberkan wahyu, bagi mereka ianya tidak benar, kerana ia bukan ilmu dan tidak saintifik. kita pula menerima wahyu sebagai salah satu sumber ilmu yang benar. 


Sumber ilmu yang kita terima dalam islam ada tiga, iaitu pancaindera, akal yang sejahtera dan khabar yang benar. Menyebut tentang pancaindera tu perkara2 yang yang dapat kita lihat dan rasa menggunakan deria fizikal kita untuk kita tahu kebenarannya, kalau orang cakap api itu panas, air itu panas, kita dapat tahu dengan menggunakan pancaindera kita contohnya,apabila ada orang kata ais tu sejuk, itu suatu dakwaan. untuk kita tahu kebenarannya, kita sentuh ais tu kita dah dapat buktikan kebenarannya. kalau akal yang sejahtera pula, akal itu mempunyai aspek rational dan intelektual, atau kedua2nya apabila digunakan dengan baik dipanggil intellectus. aspek rational ini melibatkan perkara empirikal dan fizikal, eksperimental, memikirkan perkara2 yang fizikal dan nyata. 


Aspek intelektual pula memikirkan soal2 ghaib,metafizik. Bagi mereka yang menafikan aspek2 metafizik seperti menafikan Tuhan,menafikan kebenaran wahyu, menolak kewujudan malaikat,dosa,pahala, syurga, neraka ini turut menafikan aspek2 spiritual,metafizik,ghaib ni. maka yang tinggal yag mereka gunakan ialah aspek rational pada akal yang bersikar tentang perkara2 empirikal dan eksperimental. Dan khabar yang benar pula merujuk kepada sejarah2 yang benar termasuklah wahyu iaitu al-Quran dan juga hadis. 


Jadi dalam khabar yang benar ini, barat menolak al-Quran dan hadis sebagai khabar yang benar. mereka hanya menerima aspek2 seperti sejarah dan kebudayaan sahaja. Jadi ini kalau nak kita sebut, ialah soal epistemologi, iaitu cabang ilmu yang mengkaji tentang ilmu. Kalau sumber ilmu yang diterima sebagai ilmu dan kebenaran pun sudah berbeza, masakan berjumpa titik persamaan tentang apa yang dianggap dan dipercayai sebagai Kebenaran? Ini jugalah sebahagian dari yang dikatakan sebagai masalah ilmu . 


Barat yang dimaksudkan itu ringkasnya ialah pemikiran sekular yang menolak perkara2 ghaib,spiritual,metafizik,keagamaan. Mereka menafikan perkara2 ini dengan mengatakannya tidak saintifik bahkan mereka juga mengatakan ,contonya Tuhan Itu Sudah Mati, iaitu laungan yang dikatakan oleh Friedriech Nietszhe, Maka manusiala yang perlu uruskan dunia ni dan diri mereka serta nasib mereka. Man is the measure of all things. Itulah barat secara sedikit sebanyak.


Berkenaan sumber2 ilmu itu boleh rujuk Aqaid An-Nasafi.


Dalam tradisi sains islam,sains itu bermaksud ilmu yang merungkai kebenaran dan realiti. maka syurga dan neraka itu saintifik. malaikat juga saintifik? kenapa sebab itu adalah kebenaran dan realiti. dari mana kita tahu? dari sumber tertinggi kita iaitu al-Quran dan hadis. Kerana kita menerima ia sebagai sumber ilmu yang benar. barat menolak semua ni, maka sudah tentu bagi mereka ianya diragukan dan tidak saintifik. bagi kita ianya 100% benar, dan itulah kebenaran dan realiti. Ia juga termasuk dalam rukun iman.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.