PERANAN USUL FIQH TERHADAP DALIL DAN HUKUM, SERTA PERKAITANNYA DENGAN DENGAN ILMU FIQH DAN QAWAID FIQH

by December 15, 2015 0 comments
PENGENALAN

            Dalam disipilin ilmu islam terdapat suatu ilmu yang dinamakan ilmu usul fiqh. Ilmu ini merupakan suatu ilmu yang membicarakan tentang kaedah membuat kesimpulan hukum syarak daripada sumber dalil-dalil syarak.

            Sebagai seorang manusia, kita hidup dalam sebuah komuniti, atau dalam sebuah masyarakat. Maka dalam hidup bermasyarakat, berlaku pelbagai keadaan yang memerlukan kita mengetahui keadaan seseuatu perkara serta hukumnya. Sebagai seorang muslim, jika mestilah sentiasa berusaha agar setiap perbuatan kita adalah selari dengan syariat Allah s.w.t.

            Oleh itu, kita perlulah memastikan kita tidak melakukan sesuatu perbuatan yang dilarang dalam islam. Maka perkembangan ilmu usul fiqh adalah bagi menyimpulkan hukum-hukum syarak agar dapat memudahkan umat islam beramal dengannya dan mengetahui kedudukan sesuatu perkara atau perbuatan.

            Secara ringkasnya kita akan melihat bagaimana bidang ilmu usul fiqh  memainkan peranannya dalam menjelaskan serta membuat kesimpulan. Selain itu kita akan melihat bagaiman hubungkait ilmu usul fiqh dengan beberapa disiplin ilmu yang lain iaitu ilmu fiqh dan qawaid fiqh. Seterusnya, dengan zaman yang sering berubah dan berkembang, amat penting untuk kita sedar dan ketahui peranan usul fiqh pada masa kini.

            Ringkasnya, tujuan yang ingin dicapai daripada pengkajian dan mendalami ilmu usul fiqh ialah agar seseorang itu berkemampuan untuk menerapkan kaedah-kaedah terhadap dalil-dalil syarak yang terperinci agar sampai kepada hukum-hukum syarak yang bersifat amali.

            Selain itu, kita tahu bahwa setiap insan yang beragama muslim disarankan  mendalami ilmu usul fiqh  kalau berkemampauan.

            Maka harus  kita tahu perkara sebegini akan diterangkan dengan terperinci pada topik yang seterusnya.
           



PERANAN USUL FIQH TERHADAP DALIL DAN HUKUM

        Usul fiqh merupakan suatu ilmu yang membincangkan kaedah bagaimana membuat kesimpulan hukum syarak daripada sumber dalil-dalil syarak. Maka, berdasarkan definisi ini, kita sudah jelas bahawa dalil dan hukum merupakan perkara yang mempunyai pertalian yang amat erat dengan ilmu usul fiqh ini.

            Ilmu ini mempunyai peranan yang amat penting dalam menetapkan hukum-hukam dalam islam. Sumber-sumber pengambilan  hukum ialah daripada al-Quran, sunnah, ijmak, qiyas.  Dapat dikatakan bahawa, ilmu usul fiqh merupakan kumpulan kaedah-kaedah yang memberikan kefahaman kepada seseorang faqih, cara-cara mengeluarkan hukum-hukum dari dalil-dalil syara’ dengan betul.

            Antara peranannya dapat dilihat dari segi ruang lingkup perbahasannya iaitu :

a).Bentuk-bentuk dan macam-macam hukum, seperti hukum taklifi (wajib, sunat, mubah, makruh, haram) dan hukum wadl’i (sabab, syarat, mani’, ‘illat, shah, batal, azimah dan rukhshah)

b).Masalah perbuatan seseorang yang akan dikenal hukum (mahkum fihi) seperti apakah perbuatan itu sengaja atau tidak, dalam kemampuannya atau tidak, menyangkut hubungan dengan manusia atau Tuhan, apa dengan kemahuan sendiri atau dipaksa, dan sebagainya.

c).Pelaku suatu perbuatan yang akan dikenai hukum (mahkum ‘alaihi) apakah pelaku itu mukallaf atau tidak, apa sudah cukup syarat taklif padanya atau tidak, apakah orang itu ahliyah atau bukan, dan sebagainya.

d). Keadaan atau sesuatu yang menghalangi berlakunya hukum ini meliputi keadaan yang disebabkan oleh usaha manusia, keadaan yang sudah terjadi tanpa usaha manusia yang pertama disebut awarid muktasabah, yang kedua disebut awarid samawiyah.

e). Masalah istinbath dan istidlal meliputi makna zhahir nash, takwil dalalah lafazh, mantuq dan mafhum yang beraneka ragam, ‘am dan khas, muthlaq dan muqayyad, nasikh dan mansukh, dan sebagainya.

f). Masalah ra’yu, ijtihad, ittiba’ dan taqlid; meliputi kedudukan rakyu dan batas-batas penggunannya, fungsi dan kedudukan ijtihad, syarat-syarat mujtahid, bahaya taqlid dan sebagainya.

g). Masalah adillah syar’iyah, yang meliputi pembahasan Al-Qur’an, As-Sunnah, ijma’, qiyas, istihsan, istishlah, istishhab, mazhabus shahabi, al-’urf, syar’u man qablana, bara’atul ashliyah, sadduz zari’ah, maqashidus syari’ah/ususus syari’ah.

h). Masa’ah rakyu dan qiyas; meliputi. ashal, far’u, illat, masalikul illat, al-washful munasib, as-sabru wat taqsim, tanqihul manath, ad-dauran, as-syabhu, ilghaul fariq; dan selanjutnya dibicarakan masalah ta’arudl wat tarjih dengan berbagai bentuk dan penyelesaiannya.

        Peranan ilmu usul fiqh ialah membahas tentang dalil-dalil hukum syara’, dan tentang bentuk-bentuk penunjukan dalil terhadap hukum. Demikianlah menurut Imam al-Ghazali. Sebagai contoh, kaedah usul fiqh menyebutkan setiap ayat perintah biasanya mendatangkan hukum wajib. Contohnya ialah surah al-Baqarah ayat 110 iaitu berkisar tentang perintah mendirikan solat.Ilmu usul fiqh memainkan peranannya dengan menyentuh perbincangan mengenai dalil-dalil hukuk syarak secara umum/ijmamli dan tidak menyentuhnya secara terperinci kerana perbincangn yang lebih menyeluruh akan dibincangkan dalam hukum fiqh.


         Jika seorang ahli Fiqh akan menetapkan wajib atau tidaknya hukum sholat, maka ia mengemukakan firman Allah surat ar-Rum 31:



Maksudnya : Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik.

                                                                                                (Surah ar-Rum 30 : ayat 31)


Contoh lain misalnya, yaitu yang berkaitan dengan masalah baru yang belum ada pada masa Nabi, yaitu menetapkan hukum meminum anggur, whisky dan lain sebagainya yang memabukkan, maka cara menetapkan hukumnya itu menggunakan Qiyas, yaitu mempersamakan hukum suatu perkara yang belum ada kedudukan hukumnya dengan suatu perkara yang sudah ada kedudukan hukumnya karena adanya persamaan illat atau sebab.




Maka, hukum meminum anggur atau whisky disini dihukumi haram karena berlandaskan pada surat al-Maidah ayat 90 :



Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
                                                                                               (Surah al-Maidah 5 : ayat 90)




HUBUNG KAIT ILMU FIQH, USUL FIQH DAN QAWAID FIQH SERTA APLIKASINYA

            Untuk mengetahui hubung kait ilmu fiqh usul fiqh dan qawaid fiqh, maka perlulah kita pergi dahulu kepada definisi mereka agar kita jelas perbezaannya sebelum kita menerangkan aplikasinya.

            Dalam erti mudah, usul fiqh memberikan panduan kepada seseorang faqih, cara-cara yang harus diikuti olehnya untuk mengeluarkan sesuatu hukum syara’ beserta dengan dalilnya. Ianya membincangkan tentang dalil dan kaedah yang bersifat ijmali. Serta, istilah hukum di sisi para ulama ialah teksal-Quran atau al-sunnah itu sendiri. Contoh kaedahnya ialah, semua bentuk arahan memberi maksud wajib selagimana ia tidak dinafikan oleh dalil syarak yang lain. Serta perbincangan-perbincangan seperti pengertian al-Quran, sunnah, jenis dan statusnya, pengertian ijmak, konsep al-Qiyas dan aplikasinya.

            Manakala, ilmu fiqh pula ialah berkenaan  hukum-hukum syara’ yang telah dikeluarkan, dan dirumuskan dari dalil-dalil menurut aturan yang sudah ditentukan. Inya membincangkan tentang dalil tafsili. Serta, istilah hukum di sisi para ulama fiqh ialah kesan hukum yang dihasilkan dari setiap teks al-Quran atu as-sunnah.

            Ringkasnya, dengan mengikut panduan pada kaedah fiqh,, para ulama bolehlah menjadikannya sebagai panduan umum dalam membuat ketentuan hukum. Kaedah ini memainkan fungsi yang menjadi garis panduan untuk para pengkaji hukum islam. Selain itu, ia memberi kemudahan mereka agar memahami dan meyusun pelbagai kes di bawah satu kaedah yang boleh merangkumi kesemua kes. Ianya boleh merangkumi kesemua kes yang sama.

            Qawaid fiqh pula ialah dasar-dasar fiqh yang bersifat umum dan bersifat ringkas serta berbentuk undang-undang yang berisi hukum-hukum syara’ yang umum terhadap pelbagai peristiwa hukum yang termasuk dalam ruang lingkup kaedah tersebut. Qawiad fiqh ini mempunyai kaedah yang ringkas, lafaznya mempunyai maksud yang umum, serta mencakupi hukum-hukum fiqh yang luas dan saling berkaitan. Contohnya, ”setiap sesuatu bergantung kepada niat”.  Keadah fiqh(qawaid fiqh) ni mempunyai ketiga-tiga ciri iaitu ringkas, lafaz boleh mengjangkau hukum yang umum dan mencakupi hukum-hukum fiqh yang sangat luas.


            Ringkasnya, daripada usul fiqh lahirnya ilmu fiqh. Seterusnya daripada ilmu fiqh lahirnya qawaid fiqh.

            Aplikasinya terdapat dalam beberapan bidang. Contohnya bagi kaedah setiap sesuatu bergantung kepada niat, ia terbahagi kepada 3 iaitu hukum ibadat, hukum perkahwinan, dan hukum mualamat.

a. Orang yang masuk masjid berniat untukiktikaf akan dapat pahala. Manakala yang masuk berniat untuk rehat tidak mendapat pahala keranan setiap perbuatan bergantung kepada niat.

b.Bila seorang suami menyuruh isterinya balik ke rumah ibu bapanya selepas berkelahi, ucapan itu dinilai berdasarkan niat. Jika ada niat untuk menceraikan isterinya, maka jatuhlah talak tersebut. Jika tak berniat, maka perkahwinan itu masih kekal.

c.Seseorang itu mengatakan saya memberi jam tersebut dengan harga Rm 300. Maka dia dianggap menjual barangan tersebut. Apabila dia menyebut harga barangannya, ini bermakna dia berniat untuk menjual bukan untuk memberi.
           




“Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu (dibalas) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya (dunia dan perempuan yang ingin dinikahi)”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


 Contoh aplikasinya ialah dalam bidang perubatan seperti :

“Dalam bidang perubatan, setiap perbuatan untuk mengubati penyakit mestilah bersandarkan kepada niat yang baik, bukannya niat yang boleh membawa kemudaratan kepada pesakit. Dalam undang-undang, jika seorang doktor disaman oleh pesakit kerana sakit yang dialaminya bertambah mudarat, maka di sisi Allah ianya dikira pahala kerana niat asalnya adalah untuk membantu pesakit. Begitu juga jika doktor disaman kerana kecuaiannya, di sisi Allah dia tidak menanggung dosa apa-apa kerana doktor juga adalah manusia yang terdedah kepada pelbagai kelemahan. Hal ini adalah bersandarkan kepada satu kaedah yang lain.”



KEPERLUAN  DAN KEPENTINGAN PENYUSUNAN ILMU USUL FIQH

            Pada masa kini, banyak perubahan telah berlaku, terutama dari segi sistem pemerintahan, perkembangan sains dan teknologi, perubahan keadaan dan struktur masyarakat, membawa kepada timbulnya pelabagi persoalan-persoalan baru yang memerlukan penetapan hukum agar setiap tindakan yang akan dilakukan itu adalah sesuai dengan ajaran islam.

            Ilmu usul fiqh juga dikatakan suatu ilmu yang amat bernilai kerana ia berperanan untuk  mengasah pemikiran-pemikiran umat islam. Ilmuan-ilmuan mengambil manfaat daripada ilmu ini untuk mengeluarkan hukum sesuai dengan masalah yang timbul pada


 zaman mereka. Oleh itu pada zaman kita, mereka yang menyusun ilmu ini amat penting agar dapat memberikan jawapan kepada masalah-masalah baru yang timbul. Imam Syafii berkata, ” setiap apa yang berlaku ke atas muslim itu maka padanya hukum yang melazimi”. Contohnya iala fatwa-fatwa yang dikeluarkan bagi memberi jawapan kepada masalah-masalah yang umat islam tidak mampu menjawab atau pun keliru atau memerlukan solusi yang baik bagi mengatasi masalah yang timbul.

            Antara masalah yang timbul pada masa kini ialah penggunaan vaksin. Maka ahli-ahli perubatan islam perlu mengetahui hukum penggunaan vaksin oleh pengamal perubatan islam terhadap pesakit islam yang memerlukan suntikan imunisasi. Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan.

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-22 yang bersidang pada 24 Nov 1988 telah membincangkan Imunisasi Hepatitis B. Muzakarah telah memutuskan bahawa vaksin untuk Imunisasi Hepatitis B yang dihasilkan daripada ragi adalah tidak najis dan harus digunakan untuk tujuan tersebut kerana ragi adalah suatu bahan yrang suci.”

            Fatwa diatas merupakan contoh hasil yang diperolehi bagi seseorang yang mempelajari ilmu usul fiqh. Hukum yang dikeluarkan juga adalah tepat.

            Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan tentang usul fiqh, ianya dapat memelihara seseorang itu daripada melakukan kesilapan dalam mengeluarkan sesuatu hukum. Hukum-hukum dalam ilmu usul fiqh ini adalah berkaitan dengan perbuatan-perbuatan manusia. Setiap tempat, sesuatu masyarakat mempunyai keadaan mereka, budaya dan juga tradisi mereka. Oleh itu penting untuk menetapkan hukum-hukum bagi perbuatan tertentu agar umat islam dapat jelas kedudukan perbuatan, kelakuan atau tindakan mereka pada sisi islam. Sekiranya sesuatu perbuatan itu haram, bagi mereka yang beriman akan segera meningalkan perbuatan tersebut. Atau sesuatu perbuatan itu diragui kedudukannya, maka apabila sesuatu perbuatan itu tidak diharamkan dan dibenarkan berdasarkan dalil syarak, maka ia berperanan menghilangkan keraguan dari jiwa umat islam.

            Sebagi contoh, setiap perubahan dan perkembangan zaman, akan timbul masalah-masalah dan keadaan-keadaan baru yang  memerlukan kepada penetapan hukum daripada dalil syarak. Manusia pada masa kini, akibat kejahilan atau cetek ilmu dalam bidang agama, mengeluarkan pelbagai pandangan peribadi yang mendatangkan banyak kekeliruan dan kekusutan minda. Pandangan-pandangan yang dikeluarkan tanpa ilmu alat yang mencukup juga boleh menyebabkan sesuatu keadaan yang dipanggil kezaliman berlaku.

            Oleh itu mereka yang ahlinya dalam cabang ilmu usul fiqh berperanan menyusun ilmu-ilmu ini. Terdapat kaedah-kaedah yang menjamin hukum yang dikeluarkan sama ada baru atau lama adalah tepat. Contohnya ialah bermula daripada kaedah istinbat sehinggalah kepada dalil-dalil hukum yang disepakati dan yang tidak disepakati. Disiplin ilmu ini juga mengajar kita bahawa menentukan jawapan dengan tidak bersandar dengan sebarang cara dan sebab adalah  mustahil.

            Seterusnya, terdapat golongan yang menyesuaikan hukum menurut hawa nafsu mereka. Mereka menghukum tanpa bersandar kepada mana-mana kaedah yang benar dan diterima. Maka hukum yang dikeluarkan dengan cara sebegini akan bertentangan dengan maqasid syariah.

            Maka disinilah peranan ilmu usul fiqh, iaitu mengukuhkan disiplin mengeluarkan hukum daripada nas. Kalau kita lihat contoh masa kini ialah soal aurat wanita. Hukum berkenaan aurat wanita walaupun tidak dijelaskan dnegan terperinci dalam al-Quran, namun perinciannya terdapat dalam hadis. Sekiranya seseorang itu tidak menguasai ilmu usul fiqh dengan baik, dia akan gagal mengistinbat hukum daripada nas.


            Seterusnya kita pergi dengan lebih terperinci soal akal. Zaman ini manusia kelihatannya mentafsir agama dengan berlandaskan hawa nafsu serta tidak menggunakan akal mereka dengan betul dalam mentafsir agama. Mereka gagal dalam memahami apakah yang perlu menjadi prioriti dalam mengeluarkan sesuatu hukum. Contoh kezaliman yang dilakukan hasil tidak memahami ilmu usul fiq dengan betul ialah pada tahun 1961. Ianya menjadi peristiwa hangat dunia kerana Presiden Tunisia pada ketika itu telah melarang umat islam di negaranya daripada berpuasa di bulan ramadan agar menjada ekonomi negara. Arahan ini dikeluarkan atas dasar ianya termasuk dalam jihad yang lebih besar.

            Sudah tentu seseorang yang memahami ilmu usul fiqh tidak akan mengeluarkan arahan sebegitu. Perkara ini adalah hasil daripada mengeluarkan hukum tanpada kefahaman yang mendalam dan betul serta berkemungkinan disebabkan kepentingan memenuhi hawa nafsu mereka.

            Kemudian kita lihat dengan berlakunya kerosakan sebegini, perlunya kepada mereka yang mendalami ilmu usul fiqh agar hukum-hukum yang betul,tepat dan sesuai dikeluarkan berdasarkan nas. Oleh itu penyusunan ilmu fiqh itu amat penting, dan kita perlulah kembali ke masa lampau untuk mengutip mutiara hikmar daripada para ulamak muktabar bagi mempersiapkan dirinya kita untuk mengarungi ombak masalah yang melanda umat islam pada masa kini. Contohnya ialah dengan mendalami bersungguh-sungguh kitab Ar-Risalah karang Imam As-Syafii.

            Akhir sekali  anatara kepentingan ilmu usul ialah ia memberitahu dan membahaskan tentang syarat-syarat ijtihad dan mujtahid. Hal ini dapat mengajar seseorang itu mengenal keupayaan dirinya dan mengetahuo adakah seseorang itu masih perlu terus berusaha dan belajar untuk memperbaiki dirinya atau sudah mempunyai kelayakan untuk berijtihad. Ini sesuatu yang serius kerana hasil dari ijtihad yang salah, membawa kepada kekeliruan, kezaliman dan kemunduran umat islam.

            Akhir kata, Al-Shaikh al-’Uthaimin berkata, ” sesungguhnya di dalam apa sahaja ilmu, perkara yang amat penting bagi orang yang mempelajarinya ialah mengkaji dasar-dasarnya yang dapat membantu memahami ilmu tersebut. Pengajian dasar-dasar sesuatu ilmu akan menjadikan pengkaji itu seorang yang mempunyai tapak yang kuat dalam ilmu itu. Pepatah ada menyatakan, orang yang tidak memahami dasar, tidak dapat sampai ke mana.”.(Usul al-Tafsir, Muqaddimah).




KESIMPULAN

            Sebagai penutup bicara, saya ingin menyimpulkan bahawa ilmu usul fiqh merupakan suatu ilmu yang perlu dituntut oleh ilmuan islam agar ianya mencukupi kekurangan seseorang dan memelihara dirinya daripada mengeluarkan hukum yang salah.

            Kita dapat lihat isu masyarakat yang tidak mampu berijtihad. Maka disini peranan para ilmuan yang ahli atau pakar dalam bidang mereka, mendidik umat mengikut keupayaan mereka. Orang awam tugasya mengikut keputusan golongan ilmuan kerana mereka tidak mempunyai kefahaman yang tinggi dan mendalam, maka bagi yang tidak berkemampuan untuk memahami dengan mendalam, cukuplah kefahaman dia sebagai seorang orang awam.

            Bidang usul fiqh memberikan suatu latihan kepada umat islam yang ingin mengambil amanah untuk menjadi seorang mujtahid. Ianya suatu jalan yang mudah dan mempunyai banyak liku-liku yang perlu dilalui.
           
            Selain itu, saya mencadangkan agar seminar-seminar yang berbentuk memberi pendedahan ringkas tentang pengenalan ilmu usul fiqh dijalankan. Masyarakat juga perlu berusaha untuk menghidupkan budaya ilmu dengan memberi bahan bacaan yang berkualiti serta memilih topik-topik yang bermanfaat untuk berbicara dan berbincang.

            Seterusnya, mereka yang benar-benar menguasi ilmu usul fiqh perlu dirujuk sebelum mengeluarkan sesuatu hukum agar hasilny adalah baik. Harus kita tahu bahawa mengeluarkan sesuatu hukum daripada dalil syarak bukanlah perkara yang mudah, maka setiap pihak perlulah membantu mereka yang ingin menuntut cabang ilmu ini dengan memberikan biassiwa serta pelbagai kelengkapan lain agar seseorang yang memikul amanah untuk menuntut ilmu usul fiqh, dapat memenuhi tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.



APENDIKS

Rujukan :

1. Rustam Dahar Karnadi.(2012). Sejarah dan Perkembangan Usul Fiqh. Dimuat turun pada 8 November 2015 daripada http://catatanharianspinoza.blogspot.my/2014/09/makalah-ushul-fiqih-sejarah-dan.html

2. Mustafa Shamsuddin. (2013). Kepentingan Penguasaan Usul Fiqh : Satu Analisis Umum. Dimuat turun pada 8 November 2015 daripada

3. Fadlan Mohd Othman.(2013). Kepentingan dan Peranan Usul al-Fiqh dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini dan Bicara Buku Al-Usul Min ’Ilm Al-Usul, Karangan Al-Shaikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin Rahimahullah. Dimuat turun pada 9 November 2015 daripada http://fadlan-mohd-othman.blogspot.my/2013/05/kepentingan-usul-al-fiqh-dalam-kehidupan.html




Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.