Tujuan Penciptaan Insan ke Dunia

by June 29, 2015 0 comments
BAB 1 : PENGENALAN

Sebagai seorang manusia,yang dahulunya tidak ada,dan pada masa kini telah ada.Sudah tentu sebagai seorang manusia yang mempunyai akal yang sihat,jika kita benar-benar memikirkan secara mendalam,akan timbul satu persoalan,. ”Apakah tujuan aku diciptakan?”.Soalan ini walauun kelihatan ringkas,namun bakal merungkai segala-galanya tentang kita,tentang erti kehidupan sebagai seorang manusia di muka bumi ini.

Soalan seperti ini,hanya mampu dijawab oleh suatu kewujudan,suatu kewujudan yang pasti ada dan diyakini oleh kita semua sebagai tuhan yang disembah. Tuhan yang disembah ini,ialah Allah s.w.t,yang memberi petunjukNya kepada kita,serta mengajarkan apa yang perlu kita belajar dan perlu kita tahu sebagai ciptaanNya.Perkara-perkara begini disampaikan kepada kita melalui para nabi dan rasul yang diutuskan khas oleh Allah s.w.t.

Tidak cukup untuk mengakui Allah s.w.t sebagai tuhan sahaja,kerana setiap dari diri kita, menurut Tan Sri Prof.Syed Muhammad Naquib al-Attas (1976),telah pun mengakui bahawa Allah itu tuhan.Ini jelas dinyatakan dalam surah Al- ’A’raf  7:172,  :
”Bukankah Aku ini tuhan kamu?Mereka semua menjawab,”Benar(Engkaulah Tuhan kami),kami menjadi saksi.”        

Maka kita sebagai hambanya,perlul mengaku bahawa Allah s.w.t sebagai tuhan yang disembah.Kita menyembahNya dengan cara yang diinginkan oleh Allah s.w.t itu sendiri.Iblis juga mengaku Allah itu sebagai tuhan,namun iblis memilih untuk ingkar perintah Allah.

Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul,menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang cuba untuk menggagalkan usaha baginda.Pada masa kini,perkara yang sama juga dihadapi oleh kita,sebagai penyambung tugas para nabi untuk menyampaikan risalah mulia ini kepada seluruh manusia.Mereka yang menyampaikan risalah islam,bukan sahaja mewarisi ilmu para nabi,mereka juga mewarisi masalah yang sama,yang dihadapi oleh para nabi.


BAB 2 : TUJUAN PENCIPTAAN DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG HAMBA

1.Tujuan Penciptaan
Apabila memberi barangan yang kompleks,pasti akan disertakan dengan manual menggunakannya oleh pengeluar.Maka,sebagai manusia,yang merupakan hidupan kompleks,,juga disertakan dengan panduan hidup.Rujukan tertinggi kita ialah Al-Quran.Jelas dinyatakan dalam surah  az-Zariyat 51:56 ,

”Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku”.

Kita beribadah kepada Allah kerana dia mencipta kita,menjadikan kita dari tiada kepada ada,serta memberi pelbagai nikmat kepada kita seperti hidup,akal,serta ketenangan diri.Nikmat yang diberi Allah,jika kita benar-benar cuba menghitung,nescaya tidak terhitung oleh kita,kerana banyaknya nikmat yang telah diberikan,dan sedang diberikan kepada kita.Maka,wajiblah dan hanya menjadi logik,apabila kita sebagai ciptaanNya,berusaha memenuhi tujuan kita diciptakan.

Sebagai permulaan,apabila kita berbicara berkenaan tujuan penciptaan,maka kita bercakap soal fitrah kita.Dan fitrah kita adalah beribadah kepadanya,mempunyai kaitan rapat dengan tanggungjawab seorang hamba.Hamba itu dalam konteks ini adalah memenuhi kehendak tuannya.Kita harus faham dengan erti lain,juga makna agama itu sendiri.Merupakan tanggungjawab seorang hamba,memahami serta mengenali dirinya,agar sedar apa yang perlu dilakukannya,dan setiap perbuatan dan kefahamanannya adalah benar dan bertepatan dengan apa yang dikenhendai oleh penciptanya.

Mereka yang dipandu dengan cara yang benar,akan sedar bahawa dirinya sendiri,jiwanya,telah mengakui Allah sebagai tuannya, sebagai pencipta dan pemberi rezeki kepadanya,sebelum dirinya itu terjelma sebagai seorang manusia,atau dengan kata lain,dilahirkan ke dalam dunia ini.

Sifat keterhutangan kerana diciptakan dan juga berhutang kewujudan adalah amat besar kerana pada ketika manusia diciptakan dan diberi kewujudan,manusia itu sudah berada dalam keadaan rugi,tidak mempunyai apa-apa,kerana segala-galanya yang ada pada dirinya,dan dalam dirinya adalah milik tuhan yang memili segala-galanya,Al-Attas(1976).

Perkara ini jelas disebut dalam sura Al-’Asr,ayat 2 :

”Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian”.


2.Tanggungjawab seorang hamba.

Sebagai seorang hamba,yang sudah tentunya menyedari bahawa dia tidak mempunyai apa-apa untuk membayar hutangnya,iaitu hamba itu berhutang berkenaan dirinya itu diciptakan.Maka,yang ada pada dirinya itu hanyalah kesedarannya,bahawa dirinya itulah hutang yang dimaksudkan itu,maka perlulah dia membayar dengan dirinya sendiri.

Bayaran yang perlu dilakukan olehnya adalah menyerah dirinya dalam bentuk berkhidmat,kepada tuannya.Berdasarkan perkara ini,kita jelas bahawa mereka yang sedar hakikat ini,akan jujur dan ikhlas memperhambakan dirinya,dengan cara memenuhi segala tuntutan,iaitu melakukan apa yang disuruh,serta meninggalkan apa yang dilarang.

Dalam berbicara berkenaan hamba yang melaksanakan tanggungjawabnya, sudah jelas kepada kita bahawa kewajipan hamba untuk menurut perintah Allah s.w.t adalah perkara normal kerana perkara ini adalah kecenderunga yang wajar sebagai makhluk yang diciptakan.Kecenderunga biasa seorang hamba untuk menurut perintah serta menyembah Allah ini dinamakan sebagai din,atau juga dipanggil fitrah.Secara faktanya, din juga bermaksud fitrah,Al-Attas(1976).

Sebagai hamba Allah,manusia diberi amanah yang besar,iaitu sebagai khalifah di muka bumi.Dengan melaksanakan amanah yang diberi sebagai seorang khalifah juga memberi makna yang sama dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba.

Seorang khalifah Allah,diberi amanah,iaitu tanggungjawab untuk memerintah menurut kehendak Allah.Bila menyebut soal memerintah,ianya bukan sahaja terhad kepada skop memerintah dalah erti kata sosio-politik,tetapi membawa maksud yang lebih asas iaitu memerintah,diri sendiri.Manusia diberi kebebasan untuk mengambil tindakan,namun setiap tindakan yang diambil akan dinilai oleh Allah.Maka,sebagai seorang pemerintah yang memerintah kerajaan dirinya,dia perlu membuat keputusan,memilih tindakan,serta melakukan perkara-perkara yang sesuai,dalam erti kata lain,berlaku adil kepada diri sendiri.

Menurut Al-Attas(1976),sebagaimana seorang muslim adalah khalifah tuhannya di muka bumi,seorang muslim itu juga merupakan hambaNya,yang berusaha menyempurnakan khidmat yang diwajibkan ke atasnya,menyempurnakan ibadahnya dalam cara yang diarahkan oleh tuhannya.

Sebagai tambahan Al-Attas(1993) juga berkata dalam magnum opusnya,iaitu Islam and Secularism ,bahawa manusia diberi keupayaan intelektual untuk membezakan antara benar dan salah,juga keupayaan untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.Antara hadis yang masyur dari ibn Abbas,menyatakan bahawa manusia dipanggil insan,kerana sesudah melakukan perjanjian pada hari itu(surah Al- ’A’raf  7:172)  yang disebut oleh Prof.Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam kuliahnya iaitu Saturday Night Lecture, yang berlangsung di UTM Jalan Semarak,Kuala Lumpur,bahawa hari itu juga dipanggil ’hari alastu’ oleh beliau.

Sebagai hamba,yang melaksanakan tanggungjawabnya ke atas dirinya,maka wajarlah dia berlaku adil kepada dirinya,dengan cara menundukkan nafsu hayawaniyyahnya kepada nafs natiqahnya.Ini diterangkan dengan jelas oleh Al-Attas(1993) bahawa manusia mempunyai dua sifat,yang tinggi iaitu al-nafs al-natiqah,juga yang rendah,digelar al-nafs al-hayawaniyyah.



BAB 3 : ASAS TANGGUNGJAWAB KERASULAN DAN PERANAN SEORANG HAMBA ALLAH S.W.T

Rasul kita,Muhammad s.a.w datang dengan membawa risalah agung,iaitu khabar gembira bagi semua yang kembali kepada jalan kebenaran.Jalan kebenaran yag dimaksudkan itu ialah kembali kepada menyembah Allah s.w.t,serta menjalani hidup berlandaskan syariat islam. Menurut Dr.Mohd Farid Mohd Shahran(2013), berdasarkan dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w,ternyata dimensi akidah atau dimensi teologi ini merupakan bahagian yang mendapat penekanan awa daripada Rasulullah di Makkah dan mengambil masa yang lama untuk ditanam ke dalam pemikiran dan jiwa masyarakat Arab pada ketika itu.

            Masyarakat arab ketika itu merupakan masyarakat yang percaya pada banyak tuhan(politeisme).Sebagai seorang hamba Allah,maka wajarlah kita memainkan peranan yang sama dengan menafikan serta menjelaskan kesilapan fahaman ini,dan menerangkan berkenaan keesaan Allah s.w.t kepada masyarakat.Sebagai permulaan melaksanakan peranan kita dengan baik,kita sewajarnya memahami islam dengan betul,dengan merujuk fahaman kita berkenaan islam pada mazhab teologi yang menjadi aliran utama di Malaysia,iaitu Ahl al-sunnah wa al-Jama’ah.Antara tokoh-tokoh besar yang harus dikutip mutiara-mutiata ilmunya bagi meneruskan usaha menegakkan islam ialah Imam Abu Hasan al-Ash’ari,Abu Hamid Al-Ghazali dan Fakhr al-Din al-Razi.

            Sebagai tambahan,semakin tinggi tahap pelajaran kita,iaitu memasuki pengajian tinggi universiti,maka perlu juga kita mendalami islam dengan lebih mendalam.Seterusnya kita memahami dan menjelaskan aspek akidah islam berdasarkan hujah-hujah akliah dan naqliah yang kukuh dan jelas.Dalam kata mudah,kita mengukuhkan fahaman berkenaan akidah yang betul dengan menerangkan berkenaan hakikat bahawa Allah Maha Kaya,dan Dia tidak memerlukan segala sesuatu,tiada juga yang sekufu atau sama taraf denganNya.Sebaliknya,segala sesuatu,memerlukan,dan bergantung pada Allah s.w.t

            Seterusnya,kita memainkan peranan yang amat penting,sebagai seorang hammba yang diamanahkan untuk menjadi khalifah, meneruskan tugas-tugas kerasulan dalam kemampuan kita dengan menghurai berkenaan tauhid serta menolak fahaman syirik yang kini menular dengan dasyat seperti wabak.Seharusnya kita mampu menjelaskan perbezaan antara tuhan dengan makhluk,iaitu menolak sebarang bentuk persamaan yang bakal membawa pada penduaan terhadap tuhan.Kita juga perlu menjelaskan kekeliruan atau keraguan yang sering bermain dalam benak fikiran masyarakat,berkenaan zat Tuhan.

Penjelasannya ialah menurut Farid Shahran(2013), zat tuhan tidak terbahagi kepada bahagian(nafy al-kamm al-munttasil fi al-dhat),tuhan itu sendiri tidak berbilang-bilang (nafy al-kamm al-munfasil fi al-dhat), setiap sifat dan nama Tuhan esa tiada terbahagi(nafy al-kamm al-muttasil fi al-sifat),sifat dan nama Tuhan berbeza dengan sifat-sifat makhluk(nafy al-kamm al-munfasil fi al-sifat).Sebagai tambahan kepada pernyataan diatas,keesaan Tuhan membawa maksud bahawa hanya Tuhan yang secara mutlak menjadikan segala sesuatu,dan Dia tidak memerlukan sekutu dalam melakukan sesuatu.

Antara peranan seorang hamba Allah yang utama ialah memahami islam agar,segala perbuatannya mencerminkan keindahan islam.Sudah tentu perlu juga menggunakan akal yang sihat,dan antara asas akliah yang menjadi dasar yang kuat ialah berkenaan sifat dua puluh.Sifat dua puluh  ini menggabungkan antara hujah-hujah awal dan hujah naqal.Ini dijelaskan dalam satu kitab masyur,yang sewajarnya diketahui bagi mereka yang benar-serius dan kritikal dalam memahami islam,iaitu kitab Umm al-Barahin karya Imam al-Sanusi.Kitab ini membahaskan berkenaan pembahagian hukum akal dan bezanya dengan hukum syariah dan hukum adat.

Selain itu,Farid Shahran(2013),mengatakan bahawa dengan membahaskan hukum akal,ia tidak bermakna ulama-ulama islam mengetepikan al-Quran dan mengagungkan akal,sepertimana yang dikritik oleh sebahagian golongan ’salafiyah’,tetapi ia membuktikan bahawa asas akliah yang sedia kukuh dan serasi dalam perbahasan teologi islam


BAB 4 :CABARAN USAHA DAKWAH RASULULLAH DAN PERSAMAANNYA DENGAN USAHA DAKWAH MASA KINI

1.Menyebar fahaman berkenaan keesaan Allah s.w.t

Pada peringkat awal,di Mekah,Nabi Muhammad s.a.w menekankan aspek keesan Allah.Dalam aspek tauhid ini,penekanan yang diberikan meliputi asas yang menjadi dasar serta mempengaruhi suatu sistem kepercayaam.Penekanan dalam aspek ini,merupakan suatu cabaran besar,kerana masyarakat Makkah pada ketika itu mempunyai latar belakang politeisme yang begitu kuat.Hasilnya berlaku perubahan dari segi pandang alam dalam masyarakat arab,daripada kepercayaan syirik kepada kepercayaan pada Allah yang Esa.

Pada masa kini,dalam masyarakat kita,fahaman pluralisme agama,serta fahaman ateis bagai menjadi suatu wabak.Seiring dengan proses sekularisasi yang berlaku diseluruh dunia.Fahaman pluralisme yang menganggap hakikat semua agama adalah sama,dan tidak boleh menyatakan islam sahaja yang benar.Ateis pula menolak kewujudan tuhan,seterusnya sekularisasi,yang membuang unsur-unsur keagamaan dan spiritual dari kehidupan manusia.Cabaran masa kini,adalah melakukan proses islamisasi,suatu usaha gigih para intelektual untuk mengembalikan manusia pada keesaan tuhan, bermula dengan cara menyemak falsafah-falsafah yang bertentangan dengan islam,dalam pelbagai disiplin ilmu,dan diletakkan dengan falsafah islam.Sudah diketahui  bahawa cabaran masa kini ialah cabaran ilmu melawan ilmu.

2.Menegakkan keadilan pada golongan wanita dan hamba

Di Makkah,berlaku kezaliman,seperti penindasan pada golongan wanita.Masyarakat menganggap,mempunyai anak wanita merupakan satu petanda yang tidak baik.Golongan wanita,dijadikan barangan dagangan,hamba yang dilayan dengan layanan yang tida wajar,serta golongan wanita tidak mempunyai sebarang hak keistimewaan yang membela mereka dari penindasan.Nabi Muhammad membawa keadilan dengan mengangkat hak dan status mereka.Tambahan,hamba dalam konteks islam mempunyai hak yang baik,iaitu hamba perlu diberi makan sama dengan pemilik,dan juga pakaian yang  selesa.
Pada zaman kini,kita mengalami isu menuntut hak kesamarataan jantina.Pada fahaman umum masyarakat, sama rata bererti adil.Ini salah.Menurut islam,sama rata tidak mempunyai maksud yang sama dengan adil.Menurut Syed Muhammad Naquib al-attas(1993),adil ialah suatu keadaan perkara itu berada pada tempatnya yang betul.Setiap perkara dalam dunia ini ada tempatnya.Wanita dan lelaki tidak sama,tetapi mereka saling melengkapi.Meletakkan serta memberi hak mereka,sesuai dengan hakikat mereka sebagai wanita adalah perbuatan berlaku adil.Namun,harus diingat bahawa pada pandangan Allah s.w.t,yang membezakan lelaki dan wanita adalah taqwa mereka.

3.Mendirikan kerajaan islam.
Dalam episod perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w,baginda berjaya menubuhkan kerajaan islam.Kerajaan islam berperanan untuk memastikan masyarakat di bawah pimpinannya diberi hak-hak mereka dengan adil.Keselamatan nyawa dan harta mereka juga terjamin.Dalam aspek ekonomi,penjual dan pembeli berpuas hati dengan transaksi yang dilakukan dengan mengikut garis panduan islam.Umumnya,kerajaan yang menjalankan pemerintahannya berlandaskan al-quran dan dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w

Kini,antara perkara yang timbul adalah adakah kerajaan kita ini kerajaan islam mahupun tidak.Jika tidak,apakah yang tidak islam berkenaannya?Jika ya,apakah yang islam berkenaannya.Ingin saya memetik penjelasaan berkenaan kerajaan islam yang dijelaskan dengan tuntas oleh S.M.Naquib al-attas (1993) dalam magnum opus beliau,Islam and Secularism,”The common understanding among muslims,no doubt indoctrinated by western notions,is that a secular state is a state that is not governed by the ulama,or whose legal system is not established upon the revealed law.In other words it is not a theocratic staste.But this setting in contrast the secular state with the theocratic state is not really an Islamic way of understanding the matter,for since Islam does not involve itself in the dichotomy between sacred and the profane,how then can it set in contrast the theocratic state with the secular state?An islamic state is neither wholly theocratic nor wholly secular”.

Jelaslah dengan penjelasan ini bahawa negara kita bukanlah negara sekular,namun pemahaman masyarakat berkenaan perkara ini masih lagi kurang jelas.Sebagai tambahan,negara sekular kebanyakannya mempunyai ciri-ciri seperti :

  1. Negara tidak memiliki agama rasmi.
  2. Ketua negara tidak memasukkan penjagaan agama sebagai sebahagian penting dari sumpah ikrar tugasnya.
  3. Tidak menggunakan dana awam untuk membina institusi agama dan menyebarkan agama.
  4. Tidak menggunakan pendidikan awam untuk mendidik tentang agama.
  5. Tidak menggunakan saluran informasi untuk mengajar dan menyebarkan agama.
  6. Tidak membina mahkamah syariah dan institusi ekonomi agama.
  7. Tidak melarang dan mendenda umat islam yang jelas melanggar hukum agama.

Jika kita benar-benar serius melihat perkara ini,kita akan dapati negara kita berada pada landasan yang betul.Walaupun masih ada pembaikan yang perlu dilakukan dan akan memakan masa yang lama.Perumpaannya adalah seperti kelambu yang berlubang.Maka kita perbaikilah lubang-lubang yang ada.


4.Menyebarkan budaya ilmu,serta membebaskan masyarakat dari belenggu kejahilan.

Menurut al-attas(1993),ilmu ialah ketibaan makna kepada diri.Makna yang tiba kepada diri juga hasil daripada maklumat yang benar.Jika maklumat yang palsu tiba,maka ianya bukan lagi ilmu,tetapi hanya menjadi satu salah faham.Perlu dijelaskan dengan ringkas bahawa ilmu adalah faham yang betul.Tujuan menuntut ilmu adalah untuk mencari kebenaran.Maka usaha nabi Muhammad,dalam aspek mengajar ilmu berkenaan kerangka teologi yang betul,iaitu merujuk pada dimensi akidah.Contohnya ialah ilmu berkenaan ketuhanan,kenabian,dan hari pembalasan.Hasilnya,masyarakat dapat mengetahui perkara yang sebenar berkenaan nasib mereka di dunia ini dan juga dunia sesudah mati.Tidak lagi bersandarkan kepercayaan karut dan andaian semata-mata,bahkan bersandarkan pada keyakinan yang pasti.

Masalah kita pada hari ini ialah masalah ilmu.Banyak kerosakan yang dilakukan adalah hasil daripada tidak mempunyai ilmu untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya.Untuk membina masyarakat yang berilmu,dan membebaskan mereka dari kejahilang yang membawa pada kesengsaraan dalam diri yang tak berkesudahan,maka wajarlah kita berusaha memberi peringatan dari al-quran iaitu ’berilah amanah pada ahlinya’.Amanah tidak dapat diberikan pada ahlinya,jika kita tidak mempunyai ilmu untuk mengenal siapakah ahlinya.

Kesannya,akan muncul pemimpin yang bukan sahaja tidak layak memimpin umat,malah juga tidak memiliki akhlak yang luhur dan keupayaan intelektual dan spiritual yang mencukupi,yang sangat diperlukan dalam kepimpinan islam.Mereka akan mempertahankan kedudukan mereka disebabkan kehilangan adab,dan akan terus mengawal permasalahan sosial-kemasyarakatan melalui tangan para pemimpin lain yang berwatak sama dengan mereka dan mendominasi pelbagai sektor kehidupan.

Maka,usaha kita adalah membina masyarakat yang mempunyai budaya ilmu.Apa itu budaya ilmu?Apakah ciri-ciri yang boleh menunjukkan bahawa seseorang atau masyarakat itu mempunyai budaya ilmu?Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud(2007),budaya ilmu antara lain bermaksud kewujudan satu keadaan yang setiap lapisan masyarakat melibatkan diri,baik secara langsung mahupun tidak langsung,dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan.Budaya ilmu juga merujuk kepada kewujudan satu keadaan yang segala tindakan manusia baik di tahap individu,apatah lagi di peringkat masyarakat,diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahupun syura.







KESIMPULAN


Secara keseluruhannya,kita harus tahu dan jelas berkenaan tujuan kita diciptakan,barulah kita dapat memainka peranan yang sesuai untuk memenuhi tujuan diri kita diciptakan.Kita dijadikan daripada tiada kepada ada,maka kita terhutang budi atas kewujudan kita.Diri kita secara keseluruhannya,jasad dan roh adalah hutang tersebut.Maka hutang itu dibayar dalam bentuk khidmat.Iaitu ringkasnya mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.Kita juga pada masa sama diberi amanah sebagai khalifah untuk berlaku adil pada diri kita dan juga pada kerajaan haiwan,tumbuh-tumbuhan dan mineral,dengan menggunakannya dengan sebaiknya.
Menyampaikan risalah serta mengajak manusia ke arah kebenaran bukanlah satu usaha yang mudah.Ianya penuh dengan dugaan dan cabaran.Para ilmuan,intelektual dan juga termasuk diri kita yang melakukan tugas ini merupaka pewaris para nabi.Mereka yang menjalankan tugas-tugas kenabian,bukan sahaja mewarisi ilmu dan juga hikmah para nabi,mereka juga mewarisi masalah sama yang dialami oleh para nabi dan juga pelbagai cabaran serta dugaan yang berat.
Sebagai tambahan,segala usaha ini adalah usaha yang berterusan,maka kita tidaklah boleh terburu-buru.Suatu kebodohan sekiranya kita menuju ke medan perang tanpa senjata yang mencukup serta strategi yang berkesan.Untuk menegakkan islam,menegakkan keadilan di muka bumi,usaha perlu dilakukan dengan tersusun dan sistematik.
Langkah utama yang perlu dilakukan ialah mewujudkan masyarakat yang mempunyai budaya ilmu.Tidak cukup dengan masyarakat yang gemar membaca.Pada era kini,kita mengalami fenomena ledakan maklumat,maka pada masa yang sama kekeliruan juga berlaku kerana tidak tahu untuk membezakan serta menilai perkara yang benar dan perkara yang salah.Maka dengan mempunyai budaya ilmu,masyarakat akan mampu membezakan perkara benar dan salah,berita benar dan berita palsu,serta mebuat keputusan yang bijak dan tepat berdasarkan kepastian berkenaan sesuatu isu setelah diselidiki dengan betul.

(2625 patah perkataan)



APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

  1. Syed Muhammad Naquib Al-Attas.(2013),Islam: The Concept of Religion and The Foundation of Ethics and Morality.Kuala Lumpur : IBFIM.
  2. Syed Muhammad Naquib Al-Attas.(2013),Islam:Faham Agama dan Asas Akhlak. Kuala Lumpur : IBFIM.
  3. Syed Muhammad Naquib Al-Attas.(1993),Islam and Secularism.Kuala Lumpur : ISTAC.
  4. Syed Muhammad Naquib Al-Attas.(1989),Islam and The Philosophy of Science.Kuala Lumpur : ISTAC.
  5. Mohd Farid Mohd Shahran.(2013),Akidah dan Pemikiran Islam : Isu dan Cabaran.Kuala Lumpur : ITBM.
  6. Wan Mohd Nor Wan Daud.(2013),Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed Muhammad Naquib al-attas.Satu Huraian Asli Konsep Islamisasi.Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
  7. Wan Mohd Nor Wan Daud.(2007), Budaya Ilmu Satu Penjelasan.Singapura : Pustaka National Pte Ltd.



Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.