Akidah dan Akhlak

by June 29, 2015 0 comments
1.0 PENGENALAN

            Umumnya sebagai penganut agama islam yang dibawa oleh nabi Muhammad s.aw, kita bertanggungjawab memahami asas-asas akidah dan akhlak agar dapat dijadikan panduan hidup agar kita dapat berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Apabila kita melihat masyarakat kita yang terdiri dari muda-mudi islam yang melakukan kerosakan ke atas diri mereka dan dengan gaya hidup yang tidak berpegang pada ajaran islam, perlu bagi kita berusaha membimbing mereka kembali ke jalan yang benar. Kejadian zina, yang kemudiannya ada yang terhasilnya anak luar nikah perlu diambil serius kerana islam amat mementingkan soal-soal hubungan lelaki dan wanita dengan cara yang halal dan betul seperti yang digariskan.

           

Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

(Al Isra’ 17:32)

            Petikan dari ayat al-Quran di atas, merupakan satu larangan dari Allah s.w.t agar tidak mendekati perbuatan zina. Oleh disebabkan bahaya perbuatan zina yang akan merosakkan nama baik keluarga,serta merosakkan salasilah keluarga seperti lahirnya anak luar nikah, maka mendekat saja sudah dilarang. Namun,wajar diingatkan bahawa anak luar nikah itu tidak boleh dihina,diketepikan,dipandang hina kerana perbuaan yang haram itu bukan dilakukan olehnya,tetapi oleh ibu bapa mereka. Menyalahkan pihak yang patut disalahkan adalah salah satu tanda keadilan,dan menyalahkan orang yang tidak bersalah adalah tanda kezaliman. Setiap perkara ada batasannya.



            Maka, harus dibimbing bagi mereka yang sudah sedar kesilapannya,dan bagi yang masih lalai,harus diingatkan dengan cara yang berhikmah.Syed Muhammad Naquib al-Attas (1993) mengatakan bahawa pendidikan ialah penyemaian adab ke dalam diri seseorang.Maka seorang melakukan perbuatan terlarang ialah seorang yang tidak beradab kepada dirinya dan juga kepada Tuhan. Adab ini membawa maksud tindakan yang betul,yang mana ianya diperturunkan secara turun temurun iaitu sumbernya ialah dari pelita para nabi.

            Antara usaha yang boleh kita buat ialah menyemai fahaman akidah dan akhlak dengan baik dengan kata lain semua ini termasuk dalam proses mendidik berdasarkan cara yang diajar oleh nabi kita. Syed Muhammad Naquib al-Attas(1976) mengatakan bahawa agama dalam konteks islam adalah din.  Perkataan din juga membawa maksud keberhutangan,iaitu kita berhutang kepada Allah s.w.t kerana kita djadikan dari Allah daripada tiada kepada ada. Kita berhutang kepadanya kerana jasad dan roh kita bukanlah milik kita. Sebagai orang yang berhutang, kita perlu membayar hutang tersebut berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

            Maka kita harus patuh dengan syarat-syarat yang ditetapkan iaitu mengikut perintahnya serta menjauhi larangannya. Harus kita sedar bahawa kita telah pun bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan, berdasarkan ayat :


Maksudnya : Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Al- ’A’raf  7:172)


            Maka akan dijelaskan dan diberi peringatan selanjutnya berkenaan akidah dan akhlak dalam islam, serta perkara yang membawa pada terjadinya gejala sosial dalam kalangan umat islam agar tindakan yang baik dan sesuai dapat diambil bagi memastikan umat islam dapat mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat,hasil dari patuh pada perintah Allah s.w.t 






2.0 DEFINISI AKIDAH DAN PENJELASANNYA

            Akidah dari segi bahasa bererti pegangan yang kuat,manakala dari segi istilah bermaksud keyakinan yang pasti tanpa syak. Maka, akidah islam bermaksud kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah ,beriman dengan nama-namaNya, segala sifatNya, beriman dengan para malaikat, kitab-kitab , para rasul dan nabi, dan beriman dengan segala ketentuan Allah.

            Ilmu berkenaan akidah membincangkan berkenaan keyakinan pada Allah dan sifat-sifatNya. Ilmu ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu tauhid, usuludin , makrifat kalam dan akidah. Tauhid membicarakan berkenaan sifat Allah yang wajib diketahui dan dipercayai. Usuludin membicarakan berkenaan perkara pokok dalam agama, makrifat membicarakan berkenaan cara-cara mengenal Allah s.w.t, kalam berkenaan perbahasan akidah dengan dalil-dalil aqliah secara ilmiah dan akidah berkenan perkara yang berkaitan dengan keimanan pada Allah s.w.t

            Seorang muslim harus berpegang dengan akidah yang selari dengan Al-Quran dan sunnah. Terdapat beberapa perkara dalam aqidah yang wajib diimani. Antaranya ialah beriman bahawa pencipta alam ialah Allah s.w.t yang maha berkuasa. Jika diperhatikan dengan serius dan kritikal,kita akan lihat keindahan dan kesempurnaan alam ini seperti haiwan,tumbuh-tumbuhan,buki-bukau serta kejadian diri kita sendiri menunjukkan dengan jelas  bahawa alam ini terlalu sempurna untuk dikatakan terjadi dengan sendirinya secara kebetulan. Dan kekuasaan Allah s.w.t yang memastikan segala ciptaanNya berfungsi mengikut ketetapanNya.

            Kedua ialah percaya bahawa Allah s.w.t mencipta segalanya dengan tujuan. Contohnya pokok-pokok yang terdiri dari pelbagai jenis. Ada pokok yang digunakan untuk membuat tempat berteduh, dan perkakas memasak , ada pokok yang digunakan sebagai perhiasan di halaman rumah,  ada juga pokok yang digunakan sebagai herba-



herba untuk mengubat pelbagai penyakit seperti luka, kencing manis, darah tinggi serta memberi tenaga bagi mereka yang mengambilnya sebagai suplemen secara berterusan. Seterusnya kita lihat pada haiwan yang dijadikan sebagai ternakan, untuk dijadikan makanan, ada yang dijadikan sebagai haiwan peliharaan seperti kucing dan ikan hiasan serta haiwan yang kulit dan bulunya  digunakan sebagai pakaian terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bercuaca sejuk.

            Akhirnya kita renung pada diri kita.Kita boleh lihat fungsi tubuh badan kita yang digunakan untuk melihat,merasa, berfikir dan juga digunakan untuk memahami segala ciptaanNya. Perlu juga direnung tujuan penciptaan kita dengan menghayati ayat :



Maksudnya : Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Adh-Dhariyat 51 : 56 )





. 2.1 DEFINISI AKHLAK DAN PENJELASANNYA

            Akhlak menurut bahasa berasal dari perkataan  al-khulq yang bermaksud tabiat,kelakuan,perangai,kebiasaan. Manurut istilah pula bermaksud sifat yang tertanam dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah. Soal-soal akhlak yang baik(husn al-khuluq) adalah berlegar dalam 4 nilai utama iaitu kebijaksanaan (hikmah),  keberanian(shaja’ah),  kesederhanaan(’iffah) ,  dan  keadilan (’adalah). Akhlak sebenarnya bukanlah pengetahuan berkenaan baik atau jahat,bukanlah  kapasiti untuk menjadi baik atau jahat,ataupun tindakan.Akhlak ialah keadaan jiwa yang tertubuh dalam diri.

            Contohnya,seorang yang pemurah jiwanya rela memberi ,iaitu keadaan jiwanya tertubuh dengan stabil hinggakan dia tindakannya memberi adalah sangat mudah baginya. Untuk menjadi seorang pemurah, kesedaran dalam jiwa serta tindakan yang mendorong ke arah itu dilakukan secara berterusan agar tertubuh sikap pemurah dalam jiwanya dengan stabil.Apabila keadaan ini berlaku,dia sudah mempunyai sikap seorang yang pemurah.

            Seterusnya ialah perbicaraan berkenaan 4 nilai utama :

            a.Kebijaksanaan(Hikmah)

              Kebijaksanaan ialah pemebrian dari Allah s.w.t kepada manusia melalui fakulti
              rational, yang kognitif dan aktif.Aspek kognitif kebijaksaan adalah merujuk pada
             teoritikal dan praktikal.Kebijaksanaan ini terhasil apabila seseorang itu boleh
             membezakan kenyataan benar dan kenyataan salah, membezakan kepercayaan
             betulda dan kepercayaan salah dab membezakan tindakan betul dan tindakan
              yang salah.Jika kebijaksanaan digunakan untuk tujuan yang salah,seseorang itu
             menjadi licik,manakala jika kekurangan kebijaksanaan dengan kadar ekstrim,
             seseorang itu menjadi bodoh.

’           b.Keberanian(Shaja’ah)
           
            Keberanian merupakan sub kepada jiwa haiwaniyah.Ianya adalah kesabaran,
            ketahanan,pemaaf,menyimpan rahsia dan meniai sesuatu dengan betul.
            Keberanian adalah di tengah-tengah antara terburu-buru dan penakut,diiringi
            dan patuh kepada akal rational serta perintah agama.

           
            c.Kesederhanaan(’iffah)

            Ianya adalah ditengah-tengah antara ekstrim sama ada berlebih-lebihan atau
            terlalu kurang. Sikap ini terkawal melalui jiwa yang mengenal batasan sesuatu  
           perkara dan bertindak mengikut batasan yang ditetapkan. Seseorang yang
           berlebihan tanpa batasan menghasilkan sifat tamak,dan terlalu kurang 
            menghasilkan kemusnahan keinginan.

            d.Keadilan(’adalah)

            Adil adalah nama Allah s.w.t. Keadilan adalah berdasarkan kebijaksanaan
           (hikmah). Keadilan ialah suatu keadaan perkara itu berada pada tempatnya
            Lawan kepada adil ialah zalim.Seorang yang adil ialah seorang yang
            Meletakka setiap perkara pada tempatnya masing-masing.






3.0 FAKTOR KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH

            Anak luar nikah bermaksud anak yang dilahirkan luar daripada nikah sama ada hasil daripada zina atau rogol, anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 lahzah Qamariah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan syubhah,atau anak yang yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak iaitu pengakuan(iqrar) suami dan isteri atau salah seorang atau 4 orang sakski yang memenuhi hukum syarak.Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) bilangan Sijil Kelahiran didaftarkan tanpa nama bapa ialah sebanyak 257,411 dari tahun 2000 hingga 2008,manakala dari 2008 hingga 2010 ialah seramai 152,182 orang.Terdapat pelbagai faktor yang mendorong berlakunya perkara ini :




a.Pengaruh daripada barat.

            Barat disini bermaksud perkara-perkara sekular yang dibawa oleh barat,seperti yang dilaungkan oleh Friedrich Nietzsche iaitu ’God is dead’.Maka nilai agama tidak menjadi rujukan.Manusia yang menentukan sama ada suatu nilai itu boleh diterima mahupun tidak.Seperti hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan.Dalam kalangan remaja,ada yang tertarik dengan nilai romantik sambutan Hari Kekasih atau Valentine’s Day.Mereka melayari hubungan cinta mereka dengan pelbagai aktiviti seperti menonton wayang,bersukan,bercuti ke tempat peranginan bersama-sama yang umumnya menghabiskan masa mereka dengan kegiatan seksual.Perkara ini menjadi semakin merebak apabila dilakukan oleh artis-arti yang sudah tentunya akan menjadi ikutan para peminat mereka.





b.Masa Lapang Tanpa Aktiviti Berfaedah

            Dalam teruramah yang dilakukan oleh Ariffie Igat,wartawan TV3 dengan seorang gadis yang melahirkan anak luar nikah,dalam merungkai kes remaja hamil luar nikah di Sarawak,menyatakan bahawa perkara ini berlaku akibat masa lapang tanpa sebarang aktiviti berfaedah. Kebanyakan kejadian kes berlaku pada musim cuti sekolah.Rakan sekelas,atau sama sekolah atau kenalan di kawasan perumahan mahupun kenalan secara atas talian, akan bersua muka bagi mengisi masa lapang sepanjang musim cuti sekolah.Apabila hubungan cinta mula berputik antara pasangan,maka perlakuan seksual berlaku sebagai satu cara membuktikan rasa cinta mereka pada pasangan masing-masing.Ada juga yang ditipu dan terperangkap lalu berlakulah perbuatan rogol,serta penderaan seksual.
           
c.Masalah keluarga.

            Banyak kes yang tejadi terdiri dari mereka yang mempunyai masalah keluarga,dan ada juga yang berpendapatan rendah.Bagi keluarga yang bermasakah seperti perceraian antara ibu bapa atau pertelingkahan dalam kalangan ahli keluarga menimbulkan tekanan pada diri remaja.Maka mereka ingin menghilangkan stress yang terkumpul dalam diri maka mereka keluar untuk berjumpa dengan rakan-rakan bagi berkongsi masalah.Ada rakan-rakan yang menceritakan bahawa kegiatan seks dapat mengurangkan tekan dalam diri,maka mereka yang tertarik dengan kajian ini yang dilakukan  oleh Prof.Hilda Hutcherson,pakar ginekologi dan obstetrik. Hakikatnya mereka lupa bahawa yang dilarang bukanlah kegiatan seksual itu,namun yang dilarang ialah melakukan hubungan seksual sebelum berkahwin.Bagi golongan berpendapatan rendah,yang tinggal di bandar,mereka memilih untuk bersekedudukan bagi berkongsi membayar sewa rumah.

d.Kurang Penghayatan Agama

            Dalam kalangan mereka yang melahirkan anak luar nikah,bukanlah menunjukkan mereka tidak percayakan Tuhan. Namun kata-kata pujuk rayu serta ajakan dari rakan-rakan kelihatan lebih meyakinkan mereka daripada kata-kata Allah s.w.t.Hal ini kerana remaja masa kini tidak memahami agama sebagaimana yang sepatutnya difahami sesuai dengan keperluan mereka.Walaupun ada subjek pendidikan islam,penghayatan kelihatannya tidak memberi kesan mendalam pada mereka,disebabkan hubungan yang renggang antara guru dan murid.Murid yang rapat dengan guru akan meminta nasihat dan menjadikan guru sebagai panduan,dan mereka yang rapat dengan rakan-rakan akan mendengar nasihat rakan-rakan pula.Pemilihan rakan memainkan peranan dalam penghayatan agama kerana penghayatan agama seseorang terpancar melalui tutur bicaranya, dan perbuatannya dalam menjalani kehidupan seharian.Mendengar idea-idea yang boleh mengelirukan seperti ”Tuhan Maha Pengampun,tak apa kita buat dulu nanti kita minta ampun’’, mampu mengelirukan remaja jika tidak dijelaskan dengan baik oleh guru dan lebih-lebih lagi dihurai oleh remaja yang cetek akal fikirannya.
           
e.Menonton video lucah.

            Pada masa kini,kemudahan teknologi memberikan akses kepada kita digunakan dengan baik. Ada yang menggunakannya untuk tujuan yang tidak baik seperti menonton video lucah. Perlbagai video ini mudah diakses oleh para remaja dengan menggunakan laptop ataupun telefon bimbit.Apabila merek menonton video tersebut,rangsangan dari imej-imej yang dipaparkan membuat penonton ingin meniru aksi-aksi yang ditayangkan.Mereka akan menceritakan perkara tersebut kepada rakan-rakan atau pasangan mereka dan menyatakan keinginan untuk melakukan perbuatan tersebut.Hubungan seksual juga berlaku apabila mereka bersama pasangan mereka menonton video bersama-sama. Apa yang kita lihat mempengaruhi perbuatan kita,itulah ada kata-kata hikmah berbunyi dari mata turun ke hati.Dan kalau buruk hati,buruklah orangnya,kalau baik hati,baiklah orangnya.

4.0 ANALISIS AYAT AL-QURAN DAN HADITH



a.         كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ ، فَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ.

Maksudnya : ” Setiap anak Adam(manusia) itu melakukan kesalahan,sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan(dosa)  ialah ialah mereka yang bertaubat.”
(Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi)
                                                                                                                                                                               



                Apa yang kita dapat faham dari hadith ini ialah sebagai seorang manusia,kita melakukan kesilapan dari semasa ke semasa.Apabila kesedaran timbul,maka pulanglah ke pangkal jalan. Mereka yang sudah terlanjur melakukan perbuatan zina,atau rogol yang sudah insaf akan perbuatan mereka,perlu berusaha sebaik mungkin untuk kembali mengnikut perintah Allah s.w.t Sekiranya ikhlas untuk meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t, serta tidak mengulanginya lagi,maka pintu taubat akan sentiasa terbuka. Mereka yang beralasan bahawa kita buat dulu maksiat,nanti baru bertaubat adalah mereka yang begitu bodoh dengan berfikiran sedemikian.Allah s.w.t mengetahui apa yang ada dalam minda kita dan tahu apakah taubat kita itu berpura-pura atau pun benar-benar insaf. Mustahil untuk kita menipu Allah s.w.t kerana Dia mengetahui berkenaan diri kita lebih dari kita tahu diri kita sendiri,malahan tiada apapun perlakuan yang berlaku dalam alam ciptaanNya yang terlepas dari pengetahuanNya.







b.


Maksudnya : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Taha 20 : 132)




            Solat itu tiang agama,jika tiang agama tidak dijaga,maka runtuhlah agama tersebut.Setiap dari ahli keluarga berperanan untuk mengajak ahli keluarganya untuk menunaikan solat.Lebih baik lagi ialah seisi keluarga menunaikan solat berjemaah bersama-sama apabila saja ada kesempatan. Apabila perkara ini berjaya dilaksanakan,hubungan keluarga menjadi baik,masalah yang berlaku dapat dibincangkan dengan baik serta iman setiap ahli keluarga akan bertambah dengan izin Allah s.w.t.Hasilnya, pegangan agama akan menjadi kukuh yang membantu mereka menolak ajakan untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t,bahkan sebaliknya mengajak pula kenalan-kenalan mereka agar meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.r supaya dapat keselamatan dan kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.







c. 


Maksudnya : Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
(Ash Shuraa 42 : 43)


            Dalam masyarakat kita ada yang mengeji dan menyisihkan mereka yang melakukan perbuatan zina,walaupun mereka telah berubah kearah kebaikan,dan anak luar tersebut menerima tempias yang sama. Anak luar nikah dihina oleh rakan sekelas dan juga oleh masyarakat sekeliling termasuk ada juga datuk dan nenek mereka yang tidak mengaku anak mereka yang terlibat dalam perbuatan itu,lalu turut menghina cucu mereka. Mereka yang faham agama dengan baik tidak akan sekali-kali melakukan perbuatan menghina anak luar nikah.Dan bagi anak tersebut,maafkanlah kejahilan mereka menghina serta mohon agar diberi petunjuk kepada kebenaran.Seterusnya bagi pelaku perbuatan zina,sekiranya mereka telah berubah,dan bertanggungjawab atas anak mereka dengan memberi hak yang sepatutnya mengikut kehendak syarak.Masyarakat harus lebih bersifat pemaaf di samping menasihat dan membimbing mereka agar tidak lagi terlibat dalam perbuatan yang dilarang. Kesannya mereka yang terlibat mahupun terlanjur kerana hanyut dalam asmara cinta, dapat berjumpa dengan individu-individu dalam masyarakat bagi mendapatkan bantuan nasihat dan perkara yang berkaitan berkenaan tindakan yang wajar diambil.



d.

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(An Nur 24:30)

           
            Dalam zaman moden ini,terutama di kawasan bandar besar,kita dapat lihat manusia berpakaian dengan pelbagai fesyen.Bagi wanita,umumnya pakaian mereka mencolok mata. Dan perkara ini, boleh mengundang perkara yang tidak baik. Sesungguhnya adalah fitrah bagi lelaki,tertarik dengan kecantikan paras serta tubuh badan wanita. Oleh itu,perintah dari Allah agar menutup aurat wanita bagi tidak mengundang perkara yang memuduratkan diri seperti kes gangguan seksual,juga memberikan nikmat paras rupa serta tubuh mereka pada mereka yang berhak  menerimanya dengan cara yang halal serta mendapatkan keredhaan allah s.w.t iaitu suami mereka. Oleh disebabkan akses pada internet juga,membolehkan kita melihat video lucah yang boleh merangsang nafsu lalu dilepaskan pada tempat yang tidak sepatutnya seperti melakukan hubungan sebelum kahwin dengan pasangan kekasih mereka atau mengunjungi pusat pelacuran. Menjaga pandangan mata dari melihat perkara-perkara yang dilarang,dapat mengawal diri dari terjebak dalam perbuatan yang haram. Dengan menjaga pandangan,dapat mengawal nafsu seksual hinggalah hubungan yang halal dapat dirasai oleh mereka melalui perkahwinan.



5.0 KESIMPULAN
           
            Dalam menjalani liku-liku kehidupan, ada perkara yang kita terlanjur yang kita jelas bahawa perbuatan kita mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t maka insafkan diri bertaubat dengan sebenar-benar taubat serta menjauhi dan membenci perbuatan itu dalam hati kita. Sekiranya mengalami kesukaran meninggalkannya,tinggalkanlah rakan-rakan kita yang terlibat dalam perbuatan yang dimurkai oleh Allah s.w.t. Hidup kita terlalu singkat untuk digunakan bagi melakukan perkara-perkara yang melalaikan. Dalam berhibur,harus kita kenal had batasannya. Dalam berkawan, harus kita bijak memilih rakan yang boleh membimbing kita ke jalan yang benar,jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.

            Bagi seorang yang ingin mengubah dengan lisan,sebagai kenalan,nasihatilah mereka dengan cara yang baik dan tidak menyakiti hati.Manusia walau kita lihat buruk , ada hati nurani yang kalau kita dapat sentuh,dengan izin Allah s.w.t dia akan sedar akan perbuatannya.Jika ingin merubah orang lain,harus juga pada masa yang masa,berusaha dengan ikhlas agar setiap perbuatan kita,tutur kata kita,pendek kata perbuatan seharian kita mencerminkan islam.Mereka yang melihat kita dapat merasai nikmat hidup sebagai seorang muslim,dan perkara ini menjadi tarikan bagi mereka menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang sebenar.

            Remaja mencontohi perbuatan orang dewasa,maka sebetulnya sasaran pendidikan islam adalah di peringkat pengajian tinggi. Hal ini kerana banyak perkara tidak dapat dibincangkan di peringkat bawah seperti aspek falsafah,kalam serta huraian disebalik perkara-perkara yang berunsur metafizik. Pemahaman yang baik berkenaan islam,terpancar melalui gaya hidup,lalu dijadikan contoh oleh muda-mudi. Setiap individu berperanan  memahami islam lalu mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh agar cahaya islam dapat dipancarkan dengan baik oleh kita sebagai cerminnya.Cermin yang baik memancarkan cahay dengan baik,cermin yang berdebu tidak mampu memancarkan cahaya dengan sempurna,Bersihkanlah cermin itu.
(2,818 patah perkataan)




RUJUKAN/REFERENSI

1. Syed Muhammad Naquib  al-Attas.(1976). Islam : The Concept of Religion and The
Foundation of Ethics and Morality. Kuala Lumpur : ABIM.

2. Syed Muhammad Naquib al-Attas.(1993). Islam and Secularism. Kuala Lumpur :
HAKIM.

3. Syed Muhammad Naquib al-Attas  & Wan Mohd Nor Wan Daud.(2014). The ICLIF
    Leadership Competency Model(LCM) :An Islamic Alternative. Kuala Lumpur : IBFIM.

4. Syed Muhammad Naquib al-Attas.(2001). Risalah Untuk Kaum Muslimin. Kuala
    Lumpur : ISTAC.

5. Fathi Yakan.(1992). Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Kuala Lumpur: DPF.

6. Jakim.(2012). Akidah. Dimuat turun pada 25 November 2014 daripada

7. Mohd Radzi Mohd Zain.(2014). Hari Kekasih Rosakkan Islam. Dimuat turun pada 25
November 2014 daripada


8. Jakim.(2005). Anak Tak Sah Taraf. Dimuat turun pada 25 November 2014 daripada


9. Syuhada Rais.(2013). Laporan Khas Kes Kelahiran Anak Luar Nikah di Sarawak.
Dimuat turun pada 24 November 2014 daripada



10. Arkib.(2011). 152,182 Orang Anak Luar Nikah 2008-2010. Dimuat turun pada 24
      November 2014  daripada


11. Dineen, C.W.(2014). The Hidden Healt Benefits of Sex .Dimuat turun pada 24
      November 2014 daripada

12. Soon, I.(2012). Kes Remaja Hamil Luar Nikah :  ’Satu Kelahiran Setiap Hari’.
     Dimuat turun pada 23 November 2014 daripada

13. Jakim.(2012).  Akhlak. Dimuat turun pada 25 November 2014 daripada







.


Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.