Hidupkan Budaya Ilmu

by May 31, 2014 0 comments




1.Semua ilmu datang dari Allah.

2.Ilmu ada dua jenis.Pertama,hidangan dan kehidupan bagi jiwa.Kedua,bekalan bagi melengkapkan diri manusia di dunia.


3.Allah sentiasa berhubungan dengan manusia.Dia menganugerahkan ilmu dan kebijaksanaan kerohanian tertentu bagi hamba-Nya yang terpilih mengikut tingkatan ihsan mereka.


4.Jalan Lurus. Dari Islam-->Iman-->Ihsan.


5.Ilmu seharusnya menciptakan keadilan dan kedamaian.


6.Antara tujuan manusia mencari ilmu ialah untuk mencapai kebahagiaan.


7.Manusia mempunyai hakikat ganda/dwi hakikat, iaitu jiwa dan raga.


8.Kita diberi kecerdasan untuk membezakan benar dan salah.


9.Manusia mempunyai 2 jiwa.Yakni jiwa akali dan jiwa haiwani.


10.Jiwa akali perlu digunakan untuk menundukkan jiwa haiwani.


11.Kebebasan jiwa akali bermaksud kekuasaan dan kemampuan untuk berbuat adil kepada dirinya sendiri.


12.Manusia diberi pilihan agar dapat berjuang untuk mencapai takdir yang cerah.


13.kepercayaan=amanah.


14.Muslim sejati tidaklah terikat oleh kontrak sosial atau menganut doktrin kontral sosial.


15.Manusia itu pada dasarnya bersikap pelupa sehingga dapat sahaja terperangkap dalam keingkaran,kezaliman dan kejahilan.Maka,peringatan perlulah diberi secara berterusan.


16.Perbuatan secara sedar=amal.


17.Kebaikan tertinggi=ihsan.


18.Tidak ada ilmu yang berguna tanpa amal,dan tidak ada amal yang bermakna tanpa ilmu.


19.Sekiranya ilmu Fardu Kifayah tidak dibimbing oleh Fardu Ain,ini akan membingungkan,mengelirukan,dan menjerat manusia ke dalam kancah pencarian yang tanpa akhir dan tanpa tujuan.


20.Manusia yang baik ialah manusia yang berlaku adil pada dirinya.


21.Sekiranya kita tak dapat berlaku adil kepada diri kita,bagaimana kita ingin benar-benar berlaku adil pada orang lain?


22.ilmu merangkumi iman dan kepercayaan.


23.Tujuan menuntut ilmu adalah penanaman kebaikan atau keadilan dalam diri manusia sebagai manusia.


24.Keadilan adalah situasi dan keadaan yang ia(sesuatu itu) berada pada tempatnya yang benar dan tepat.


25.Adab bermaksud mendisiplinkan fikiran dan jiwa.


26.Adab adalah pemerolehan sifat dan ciri yang baik bagi fikiran dan jiwa.


27.Adab ialah pelaksanaan perbuatan yang benar dan tepat .


28.Adab menjadi benteng bagi melindungi keaiban.


29.Adab mencerminkan kebijaksanaan.


30.Tujuan pendidikan adalah untuk melahirkan manusia yang baik.


31.Manusia yang baik ialah manusia yang beradab.


32.Pendidikan ialah meresapkan dan menanamkan adab pada manusia.


33.Proses pendidikan adalah untuk mencapai tujuan yang berkait dengan akal,yakni suatu yang hanya ada pada manusia.


34.Masalah kita pada hari ini ialah keruntuhan adab.


35.Adab itu ilmu.


36.Kita perlu belajar untuk dengar dari orang yang ilmunya benar-benar tulen.


37.Ilmu memberitahu kita di mana tempat yang benar/tempat yang sesuai bagi sesuatu perkara.


38.Berilah amanah(kepercayaan) pada ahlinya(mereka yang tahu tentang perkara tersebut) .


39.Ada orang,mempunyai ilmu,namun tak mempunyai adab.


40.Adab juga bermaksud tindakan yang betul.



          Cth : Cara melayan kawan, guru,keluarga dan sebagainya.Apakah caranya yang betul?Bila kita melakukan sesuatu,kita dikatakan seorang yang beradab.Maknanya,kita melakukan tindakan yang betul,terhadap seseorang atau sesuatu perkara.


41.Ilmu menukar keraguan kepada keyakinan.Dari ragu-ragu kepada yakin.Bila yakin,barulah percaya.

42.Menasihat orang dihadapan orang ramai bukanlah nasihat,itu adalah 'disgrace'.Memalukannya.Nasihat ialah bila antara kita dengan dia,tanpa kehadiran orang lain.Niat tak menghalalkan cara.

43.Islam bermakna menyerah diri.Kepada siapa?Kepada pencipta kita,Allah.Menyerah diri di sini bermakna menyerah diri dengan rela.Kerelaan datang bila ada cinta.Bukti cinta ialah kita selalu ingat pada yang dicintai.Bagaimana mahu hadir cinta jika kita selalu lupa?Oleh itu,kita berusahalah beransur-ansur agar sentiasa ingat,supaya cinta itu berputik di hati.Bila cinta berputik,datangya rela dan percaya.Bila percaya dengan hati,itulah iman.Semakin kuat rasa cinta,semakin percaya dan rela turut pada suruhan dan meninggalkan larangannya. 

44.Kita perlu belajar untuk berfikir secara kritikal terlebih dahulu sebelum menerima sesuatu maklumat sebagai perkara yang benar.

45.'secularization' bermakna membebaskan diri dari agama.Ideanya ialah semakin bebas manusia dari pengaruh agama,atau dari agama itu sendiri semakin berkembang atau maju seseorang itu.Dengan kata lain.Matlamat akhirnya ialah Tuhan tiada peranan dalam hidup manusia dan manusia itu sendiri menentukan masa depannya.Inilah perkara yang harus kita tentang.

46.Menyibukkan diri dengan dunia tidak semestinya bertentangan dengan agama.Dunia itu penting.Apabila Allah mengatakan akhirat lebih baik,bermakna Dia mahu kita sedar tujuan akhir kita,agar kita tidak hanyut.Segala perkara yang dicipta di dunia ini adalah adalah objek ilmu agar kita belajar mengenali Sang Pencipta melalui ciptaanNya.

47.Dunia juga membawa maksud sesuatu yang didekatkan.Apabila sesuatu itu dibawa dekat pada kita,kita mungkin akan lupa pada yang jauh.Bila kita terlalu asyik pada dunia ini,kita mungkin akan lupa pada dunia sana.Maka solat ffardhu boleh saya katakan adalah checkpoint atau bookmark agar kita tidak lupa pada tujuan akhir.

48.Pemahaman umum berkenaan "secular" ialah memisahkan agama dari hidup.Itu tak tepat.Secular bermakna kedisinikinian atau ketika ini atau kehidupan di dunia.Dengan kata lain masa kini.Tiada salahnya secular itu.Namun,bila kita guna secular,ada yang faham ia bermaksud memisahkan agama dari hidup.Oleh itu,bagi kita yang tahu,perlulah berfikir sebelum berkata-kata.Menguasai bahasa bermakna kita faham apakah implikasi dari kata-kata yang kita gunakan..(Memisahkan agama dari hidup itu merujuk kepada Secularization).

49.Selagi sesuatu perkara itu belum tiba maknanya kepada diri kita,ia masih dalam kategori maklumat.Belum jadi ilmu.Kerana ilmu ialah ketibaan makna kepada diri,dan ketibaan diri pada makna.

50.Temperance bermakna timbang rasa.Timbang dengan rasional,Rasa dengan hati.

51.Ilmu fardhu ain ialah ilmu dasar.Ilmu fardhu kifayah perlulah didasari dengan ilmu fardhu ain.Sekiranya tidak,kita akan terperangkap,lalu hilang hala tuju dalam mencari ilmu.Tidak tahu apakah yang ingin diketahui,tidak pasti apakah yang ingin dicari.Ibarat mendaki gunung yang tiada puncak.Mendaki selama-lamanya.Oleh itu,dalam mencari ilmu,kita perlu tahu tujuan akhir kita mencari ilmu.Untuk apa?Untuk siapa?Dan mengapa?

52.Kita juga digelar insan,yang bermaksud pelupa.Maka,haruslah saling mengingatkan.

53.Ketenangan jiwa merupakan tanda kebahagiaan.

54.Iblis mengakui bahawa Allah itu Tuhan(Rabb),namun Iblis menolak Allah sebagai yang disembah(Ilah).Sebab itu kalimah syahadah ada 'ilah'.Kita mengaku,dan menerima bahawa Allah itu suatu kewujudan yang disembah,menurut cara2 yang telah diajar dan diakui olehNya melalui para Nabi dan Rasul yang diutuskanNya.

55.Kebijaksanaan(Wisdom) itu hadiah dari Allah.Kebijaksanaan merupakan ilmu yang memberitahu kita tempat yang sepatutnya bagi setiap perkara.Kebijaksanaan seseorang itu dicerminkan oleh Adabnya. Terdapat manusia yang mempunyai ilmu namun tak mempunyai adab.Maka kita katakan dia tak mempunyai kebijaksanaan.Kebijaksanaan merupakan suatu ilmu yang dihadiahkan oleh Allah kepada sesiapa sahaja yang diinginkanNya.

56.Adil (Justice),merupakan keadaan sesuatu perkara berada pada tempat yang sepatutnya.Macam mana kita nak tahu tempat yang sepatutnya?Dari wisdom(kebijaksanaan).Wisdom ialah suatu ilmu yang memberitahu kita tempat yang sepatutnya bagi setiap perkara.

57.Dimana letaknya meja makan?Dalam minda kita sudah ada dimana lokasi tempat yang sesuai untuk meletak meja tersebut.Walaupun mungkin agak berbeza bagi setiap individu,namun masing-masing tahu dimana lokasi yang sepatutnya.Itulah gambaran mudah berkenaan kebijaksanaan(wisdom).Suatu ilmu yang memberitahu kita tempat yang sepatutnya bagi setiap perkara.

58.Mencari ilmu ialah mencari kebahagiaan.

59.Manusia dilengkapi dengan kecerdasan untuk membezakan yang benar daripada yang salah.

60.Kitab suci al-Quran adalah ilmu yang tidak ada tolok bandingnya.

61.Untuk mencapai kebaikan tertinggi(ihsan),ianya bergantung pada ilmu,kemampuan intuitif,kekuatan perenungan,kemampuan,pencapaian serta keikhlasan kita.

62.Semua ilmu fardhu ain adalah bermanfaat untuk kita.Manakala tak semua ilmu fardhu kifayah itu bermanfaat untuk kita.

63.I urge that the youth stands up and unite to fight opression around the world,starting from around us.We need people who will stand and speak for what is right,with backbones made of steel!We should work together in taking out Secularism and put it in the garbage bin!

64.Happiness is when you remove doubt from yourself.From doubt to certainty.Dari keraguan,kepada keyakinan.

65.Allah mencipta,masih mencipta dan akan terus mencipta.

66."Tiada paksaan dalam agama".Ayat ini adalah khas ditujukan kepada umat islam supaya tidak memaksa umat bukan islam untuk memeluk islam.Hak dalam kebebasan beragama.Namun muslim yang keliru merasakan ianya untuk umat islam itu sendiri,maka menggunakan ayat ini mereka berfikiran bahawa,"jika rasa terpaksa,maka tak perlu buat walau ia suatu kewajipan,seperti solat fardhu.Rasa terpaksa,maka tak boleh paksa-paksa dan nanti dah rasa rela baru sembahyang.".Ini ialah suatu kesilapan dan kekeliruan yang amat dashyat.Harus kita tahu dan memberitahu kepada orang lain agar perkara yang benar dapat diketahui dan difahami sebetulnya.

67.Tugas pendidik ialah menyemai adab ke dalam diri yang di didik.Jika Sang Pendidik pun biadab,bolehkah Sang Pendidik itu dijadikan sebagai contoh manusia yang terdidik?Sudah tentu tidak.Yang mendidik tak terdidik,maka pendidik yang biadab,tak mampu menghasilkan manusia yang beradab!

68.Jadilah manusia yang berbudi pekerti.

69.Tindakan kita sebagai umat islam,yang lupakan sejarah kita,adalah ibarat memisahkan pokok daripada akarnya.Pokok tak tumbuh tanpa akar!

70.Kita sepatutnya mengakui dan menerima bahawa sumber maklumat yang paling sahih ialah al-quran.

71.Berkenaan adab,di dalam kelas yang ku pergi tidak lama dari saat ini,diriku ditegur kerana membaca buku sewaktu syarahan sedang berlangsung.Bagiku,cukuplah sekadar memberitahu kepadaku,"Diharap tidak membaca buku dalam kelas saya" sebagai sebuah teguran buat diri yang lalai dan hanyut dibawa ke 'alam' buku yang dibaca.Penambahan kata-kata yang bagi saya melampaui batas dan penuh dengan ejekan sinis serta tokok tambah dari mahasiswa lain sudah melampaui batas.Mereka itulah yang tiada adab sebenarnya.Sesungguhnya mereka yang melampau batas dalam tindakan mereka,bukanlah seorang yang beradab.Bagaimana seorang pendidik ingin mengajar muridnya menjadi seorang yang beradab,sedangkan dirinya biadab?Dan pendidik juga,menurut faham saya mereka telah menzalimi diri mereka sendiri kerana tidak meletakkan kata-kata mereka pada tempatnya sebagai seorang pendidik yang berperanan melahirkan manusia yang baik. 

72.Seorang pelajar,dalam kelas yang ikuti baru-baru ini,telah menyatakan hasrat untuk berkongsi berkenaan perubatan islam dalam kelas tersebut.Namun ditolak sekiranya tiada bukti saintifik.Tak mahu ayat dari quran semata-mata.Saya berasa sedih mendengar pernyataan itu kerana bagi kita umat islam,sumber ilmu yang paling sahih dan tertinggi ialah dari quran.Saintifik itu hasil dari manusia.Adakah hasil kajian dari manusia,yakni kita sebagai makhluk yang dicipta,lebih tinggi martabatnya dari kata-kata pencipta?Inilah kesan berlakunya secularisation as a philosphical program yang menyerap masuk ke akar umbi sistem pendidikan kita.Perkara ini dihurai jelas oleh al-attas dan dinyatakan oleh beliau bahawa universiti moden adalah contoh terbaik ianya berada dalam keadaan zalim(tidak berada pada tempatnya dan memainkan peranannya dengan betul).Hasilnya lahirlah manusia yang direndahkan martabatnya hanya kepada pragmatism dan utilitarian semata-mata.

73.Tidak sedikit yang hanyut di lautan dunia...Tidak kurang juga yang karam dalam pencarian erti hidup...Sering kali bertanya pada diri ini,siapakah diriku?Kemanakah pengakhiranku?Apakah yang bermain di benak sanubari mereka yang begitu asyik mengejar cita-cita dan kerjaya seolah-olah mereka itu hidupnya abadi?Mungkinkah fenomena menafikan kewujudan 'peristiwa yang menyebabkan mereka pasti akan meninggalkan alam yang fana ini',terzahir dalam kesibukan mereka?Apakah kemungkinan itu ada,bahwa mereka ingin terus mengembara di alam fantasi,mengejar suatu mimpi,lalu menafikan sebuah realiti,bahwa mati itu pasti?Diriku bertanya...dan terus bertanya..

74.makrifat jugar dari kata akar yang sama.dari kata akar itu juga timbul perkataan Takrif,yang bermakna definisi..atau define it until you cannot make it finer...maksud disini juga ilmu pengenalan juga bermaksud mencari batasan/limit.setiap perkara ada batasan..mencari hak,,hak bermaksud "truth and real"..juga kita ada keterbatasan dalam mengenal tuhan.tiada siapa tahu zat Allah itu bagaimana,namun kita dibataskan pada peringkat mengenali Allah melalui ciptaanNya dan juga Kalam yang diturunkan.Diri kita juga termasuk dari ciptaanNya.Oleh itu ada pepatah mengatakan bahawa,sesiapa mengenali dirinya,akan kenal penciptanya.ilmu pengenalan/ilmu makrifat juga berkisar tentang mengenali semula perjanjian yang dibuat sebelum kita dilahirkan kedunia ini,di alam arwah yakni,"Alastu bi rabbi kum"/adakah kamu mengakui bahawa aku ini tuhan kamu? Maka kita semua menjawab "Bala"/Ya.,,Selepas itu kita dilahirkan dan kita lupa akan perjanjian yang dilakukan itu.Oleh itu manusia itu juga disebut insan,yakni pelupa.kerana kita lupa akan perjanjian yang sudah kita meterai sebelum kita dilahirkan.Allah Knows Best!(berdasarkan dari karya Syed Muhammad Naquib al-attas,'Islam,Faham Agama dan Asas Akhlak).

75.Dalam satu kelas,seperti kelas renang, dicampurkan lelaki dan wanita bersama-sama di dalam satu kolam.Dan susuk badan masing-masing dapat dilihat.Dan majoriti dan tenaga pengajarnya ialah orang islam.Ini tidak betul.Tak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.Atas dasar menuntut ilmu,yang haram pon boleh dihalalkan?Itu silap.Ini yang kita sudah hilang.Adab terhadap ilmu.Adab sebagai seorang muslim yang menjaga batasannya itu.Ini berunsurkan secularization as a philosphical progress.Ini harus ditentang.Harus bersuara,dan harus dijauhi.

76.Percakapan kita menentukan tahap keintelektualan kita.

77.Ada guru yang berkata,"Kalau kau tak buat ikut apa yang aku suruh,ilmu tak berkat".Walhal kita tahu bahawa guru itu sedang mempergunakan kita dan menindas kita.Tujuan guru ialah memberi ilmu,dan antara peranan ilmu,ialah supaya dengan ilmu yang kita ada,dapat kita berlaku adil.Maka,tak betul guru tersebut,jika menggunakan ayat sebegitu untuk mempergunakan kita.Dia sudah melanggar adab sebagai seorang guru.Ini sudah jadi satu kezaliman.Pernyataan guru 'tak berkat ilmu' ialah tak sah dan tak boleh diterima pakai.Allah Knows Best!

78.the opposite of happiness is misery...Doubt...about doubt....Happiness is when you remove that doubt.To achieve certainty.That is what happiness is about...Doubt=Ragu,Certainty=Yakin.

79.Di Malaysia,kita hidup dalam masyarakat yang menganut pelbagai ajaran agama.Masalah pasti akan timbul,yakni berkaitan dengan isu-isu keagamaan.Oleh itu,umat islam,perlu tahu dan faham agama mereka sendiri.Dan sebaiknya,mengetahui selok-belok agama lain dengan baik.Barulah isu-isu yang timbul dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

80.Bila kita mengatakan bahawa agama kita(islam) ialah agama yang benar,tak bermakna agama lain perlu dihapuskan.Mereka juga berhak mengatakan bahawa agama mereka juga ialah agama benar.Dari aspek kehidupan beragama,ianya satu perkara yang baik.Untukku agamaku,untukmu agamamu.Hidup bersama dengan aman dan harmoni,dengan menghormati kehidupan beragama orang lain.Itu yang sebetulnya.

81.Manusia yang beradab ialah manusia yang bijaksana :

Manusia yang bijaksana ialah manusia yang tahu meletakkan sesuatu itu pada tempatnya,yakni berlaku adil.an manusia yang adil ialah manusia yang beradab.Oleh itu, adab itu mencerminkan kebijaksanaan.definisi adab : bertindak selaras dengan keadilan/acting in conformity with justice. atau right action/tindakan yang betul.

82.Saya percaya jauh di dalam hati kita,kita semua kesunyian...ada sesuatu yang tidak lengkap...sebenarnya ia berpunca dari diri kita,iaitu makhluk yang dicipta,tidak bercinta dengan Sang Pencipta..hati kita perlukan cinta itu...samalah cintanya seperti cinta antara lelaki dan wanita..perasaan cinta seperti itu.Barulah kesunyian jauh di dalam hati terisi..kita berhubung dengan pemilik kita..pemilik roh dan tubuh kita....


83.Semua ilmu fardu ain bermanfaat,namun bukan semua ilmu fardu kifayah bermanfaat.Oleh itu,kita perlu bataskan pencarian ilmu fardu kifayah mengikut keperluan kita.


84.Cabaran yang paling hebat yang kita hadapi pada hari ini ialah cabaran ilmu.Bukan ilmu lawan kejahilan.Tetapi ilmu lawan ilmu.Yang mana satu ilmu ,yang mana satu hanya tampak seperti ilmu.Yang mana satu ilmu membawa pada kegembiraan,yang mana satu membawa pada kesengsaraan.Yang mana satu membawa pada kemajuan,yang mana satu membawa pada kemusnahan.Dan yang mana satu membawa pada kebaikan,dan yang mana satu membawa pada kemunkaran dan kemudaratan.


85.Dalam menasihati,cthnya pengkid.Mereka punya hati dan perasaan.Maka,gunakanlah kata2 yg baik dan berpada2 dlm berbicara ketika menasihati.Tugas yang menasihati ialah menyampaikan.Dan ingin menerima atau tidak,berubah atau tidak,itu pilihan mereka.Itulah maknanya kebebasan dalam islam.Yakni,kebebasan untuk memilih sesuatu yang lebih baik untuk diri mereka.Beri mereka ruang dan masa.Ingat,tugas si penasihat ialah menyampaikan,bukan memaksa.Makna islam ialah penyerahan diri dengan rela,kerana itu adalah pilihan yang dibuat secara sukarela.JJika dipaksa-paksa,kita tak menghayati makna kerelaan dalam islam.


86.Ciri2 universiti ialah mempunyai budaya ilmu.Jika saya kata banyak universiti kini tiada budaya ilmu.setuju?yang ada hanya telan informasi dalam bilik kuliah.kalau macamm itu,tak perlulah panggil universiti,panggil training center pun dah cukup. -dikutip dari Rausyanfikir-


87.Relevennya perjuangan mahasiswa adalah apabila masyarakat bersama-sama dengan mereka dalam perjuangan bagi meletakkan sesuatu itu pada tempatnya yang betul.Tanpa gandingan mantap antara mahasiswa dan masyarakat,mungkin antara hasilnya ialah,masyarakat menjadi keliru,mahasiswa menjadi lesu. 


88.Sistem pendidikan adalah korup,jika matlamatnya bukan untuk menghasilkan manusia yang baik. 


89.Humans needs time to understand..and needs time to change for the better.Of course the perception of time is different for each person.


90.Setiap fakulti di universiti ibarat setiap bahagian tubuh badan yang seharusnya bergerak seiring,saling berhubungan,dalam mencapai matlamat akhir.Sekiranya setiap fakulti masing2 membawa diri masing2,dan terpisah hubungan antara satu sama lain.Ianya adalah contoh baik bahawa unversiti pada hari ini berada dalam keadaan zalim.tubuh badan manusia mempunyai akal untuk berfikir, dan anggota badan bergerak untuk mencapai apa yang difikirkan.sekiranya anggota badan iaitu fakulti masing2 membawa diri masing2,ianya ibarat tubuh tanpa akal.


91.Hobi seorang ilmuan ulung : Berfikir,minum kopi,cari ilham,menulis,baca Quran.


92.Ciri2 orang berilmu ialah beradab bila berbicara.


93.Fahaman doktrin pluralisme agama adalah sesat lagi menyesatkan.


94.Bila menyampaikan sesuatu kebenaran,jangan sampaikannya dengan rasa benci pada seseorang tersebut.


95.Maksud toleransi dan keterbukaan dalam islam ialah,kita menyampaikan kebenaran islam tanpa memaksa mereka menerima kebenaran tersebut.Mereka berhak untuk terus berpegang pada agama mereka.Itulah maksud toleransi dan keterbukaan islam.Present The Truth Without Forcing Others to Accept it.


96.Kita tak seharusnya berselisih hanya semata-mata kerana hasad dengki.

97.Apabila orang berilmu keliru,perkara jadi bercelaru.

98.Proses men-sekular-kan satu2 masyarakat,bermula dengan bahasa.kerana bahasa menggambarkan pandangan alam,bahasa memberi makna,bahasa membawa falsafah.

99.We are different,but we respect each other.

100.Perbezaan itu suatu rahmat,selagi ia tak membawa pada keburukan dan kerosakan.

101.Orang muda harus ada kebijaksanaan dalam meneliti isu-isu agar tidak sampai kepada judgement yang salah.

102.Masalah kita pada hari ini ialah keruntuhan adab.adab bermakna tindakan yang betul.Keruntuhan adab bermakna kehilangan keupayaan untuk menentukan apa yang betul dan apa yang salah.

103.Syed Muhammad Naquib al-attas merupakan tokoh besar dalam bidang pendidikan,.Ianya adalah perkara aneh jika mahasiswa di institut pendidikan tak pernah dengar nama ini atau menelaah karya-karyanya.

104.Bila datang yakin,segala perkara jadi senang,segala ibadat jadi ringan.

105.Freedom/Kebebasan bermakna kebebasan memilih.Maknanya ialah kebebasan memilih sesuatu yang baik/bermanfaat untuk diri kita.

106.“Konsep "manusia baik" dalam islam tidak hanya "baik" dalam pengertian sosial seperti difahami orang pada umumnya,tetapi ia juga mesti pertama baik terhadap dirinya,tidak berlaku zalim(tidak adil)terhadap dirinya.Sekiranya ia tidak dapat adil terhadap dirinya,bagaimana ia dapat benar-benar adil terhadap orang lain.” 
― Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularism

107.“Ibarat manusia tanpa keperibadian, universiti moden tidak mempunyai pusat yang sangat penting dan tetap, tidak ada prinsip-prinsip utama yang tetap, yang menjelaskan tujuan akhirnya. Ia tetap menganggap dirinya memikirkan hal-hal universal dan bahkan menyatakan memiliki fakulti dan jurusan sebagaimana layaknya tubuh suatu organ - tetapi ia tidak memiliki otak, jangan akal (intellect) dan jiwa, kecuali oleh dalam suatu fungsi pengurusan murni untuk pemeliharaan dan perkembangan jasmani. Perkembangannya tidak dibimbing oleh suatu prinsip yang akhir dan tujuan yang jelas, kecuali oleh prinsip nisbi yang mendorong mengejar ilmu tanpa henti dan tujuan yang jelas.” 
― Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularism

108.manusia ada dua nafs..nafs natiqah dan nafs hayawaniah..apabila seseorang itu telah berjaya menggunakan nafs natiqah untuk menundukkan nafs hayawaniah.maknanya dia sudah berjaya meletakkan nafs itu pada tempatnya yg betul dan telah berlaku adil pada dirinya.jika dia dapat berlaku adil pada dirinya,maka sudah tentu dia dapat berlaku adil sebagai seorang hamba allah,yakni meletakkan dirinya pada tempat yg betul sebagai hamba allah.Allah Knows Best!

109.Education is what the Prophet, Peace be upon him, meant by adab when he said:

“My Lord, educated (addaba) me and made my education (ta`dib) most excellent.”

110.Disini perlunya nilai bersyukur,dan tidak hanyut mengejar dunia.tak mengapa nak sibukkan diri dengan dunia,sibukkan diri dengan dunia tak bermakna ianya bertentangan dengan agama,namun kita kena ingat,abaikan masa utk family,utk mengejar material dgn alasan utk family, itu tak valid...kenapa mereka nak itu dan nak ini?sebab mereka nak "happiness"/kebahagiaan kan?sebab tujuan hidup,kita nak bahagia.dan dengan mengejar material,mereka fikir,itu simbol kebagiaan..oleh itu kita perlu define apa makna kebahagiaan/happiness tu.barulah kita tidak mengejar kebahagiaan ,ibarat di padang pasir,yang dikejar itu oasis,walhal ianya hanya satu ilusi.,sia2 sahaja,dan tak dapat mmberikan kebahagiaan yang dicari.

111.Universiti tempat menghasilkan manusia unversal,bukan tempat menghasilkan sekeping ijazah semata2.Universiti tempat mencari kebenaran,bukan tempat mencari pekerjaan.Universti tempat mencari ilmu.Untuk apa ilmu itu?untuk hilangkan keraguan.Bila dah hilang ragu,datangnya yakin.Yakin pada kebenaran.Tujuan ilmu,untuk mencari kebenaran.

112.Di dalam Islam terdapat tiga sumber utama ilmu – pancaindera, khabar sadiq dan akal. -HAKIM-

113.Jika agama letak di atas,maka kebebasan yang disebut-sebut,adalah berdasarkan kebebasan yang didefinisikan oleh agama.Atau boleh dikatakan sebagai Limit of Freedom/Batasan Kebebasan.Jika agama diletak di bawah,maka kebebasan yang disebut-sebut,adalah kebebasan tanpa sempadan.Kebebasan hubungan sesama jantina contohnya,akan merosakkan definisi keluarga kerana bagi setiap keluarga,asasnya adalah hubungan antara lelaki dan wanita.Maka,bagi makna kebebasan yang betul,agama perlu diletakkan pada tempatnya yang betul. Bila manusia tidak mahu menjadikan agama sebagai panduan hidup,maka,dimana jawapannya pada makna dan erti kebebasan itu? 

114.It is known that former Singaporean Prime Minister Lee Kuan Yew used to write in ‘jawi’ to communicate with fellow Malayans back then. -HAKIM/Himpunan Keilmuan Muslim-

115.Pada hari ini,amanah perlu diberi pada ahlinya,.Give the people who have the capabilities ,their rights.Denying or dismissing them creates more confusion.

116.Isn't there exist anybody who can speak the truth?Why keep silence?Perhaps,today we really are like bubbles.A simple blow pops us.Many in quantity,but dare not say what is right.

117.Only when we begin to recognize the need for Adab can we begin to cure Islamophobia. -HAKIM-

118.Dunia bakal mengalami krisis bekalan air bersih secara global.

119.Some beautiful words by Syed Muhammad Naquib al-Attas:
Remember that we are a people neither accustomed nor' permitted to lose hope and confidence, so that it is not possible for us simply to do nothing but wrangle among ourselves and rave about empty slogans and negative activism while letting the real challenge of the age engulf us without positive resistance.The real challenge is intellectual in nature, and the positive resistance must be mounted from the fortification not merely of political power, but of power that is founded upon right knowledge.

120.Kita belajar,menuntut ilmu,perlu ada tujuan akhir.Hidup di dunia,perlu berhubung dengan hidup di akhirat.Di sini ada hidup,di sana juga ada hidup.Maka,tujuan kita hidup adalah supaya bahagia di sini,Dan bahagia di sana.Untuk bahagia kedua-duanya.Kembalilah pada Al-Quran dan Sunnah.Bagaimana mahu kembali?Jadikannya sebagai pandua hidup.Langkah pertama?Mulakan dengan membaca Al-Quran,dari kulit ke kulit.Bila sudah habis?Ulang lagi.Sampai bila?Sepanjang hayat.

121.Lepas belajar,belajar,dan belajar..sampai bila?bila kita tanya,mereka jawab sampai ke liang lahad.Namun jawapan itu tak memuaskan hati kita.Sebab apa?sebab apa yang kita nak tanya ialah,Kenapa mesti belajar?macam tak berguna je belaja?Itulah,guru perlu beri tahu pada pelajar,TUJUAN AKHIR mencari ilmu,tujuan akhir belajar.Untuk cari kebenaran.Kebenaran pasal apa?pasal semua persoalan kita.pasal hidup kita.dan pasal hidup selepas mati.dan apakah nasib kita selepas mati.

122.Banyakkan berfikir,dan lontarkan pandangan dengan cara beradab,serta berbincang dengan baik sesama rakan yang berminat berkenaan topik yang diperkatakan.

123.what is happiness?lets first begin by the opposite of happiness.it's misery right?when speaking about misery,it's something internal,something inside us.,and doubt/keraguan is a form of misery...that's why islam talk about certainty/yakin...because yakin is oppposite of doubt.And happiness is,when doubt is removed.says Prof.al-attas.

124.Proses islamisasi berlaku dengan penggunaan istilah2 seperti 'iftar'.

125.its not how u describe happiness,its because many muslim today,dont know what is happiness...thats why,when we say "it depends on how u describe",it means that person doesnt know.and when we say like that,we know that,muslim today,does not understand islam,as they should understand.because we dont even know what is happiness.

126.when we remove our doubt,then we will be happy.for small example,ramai yang hanyut di lautan ilmu,tetapi tak tahu matlamat akhir mencari ilmu.apa tujuan ilmu itu dicari.dari mana ilmu itu datang.dan kita sedang membangun dan maju.maju ke mana?perlu tahu hala tuju.dan yang memikirkan soal ilmu adalah diri kita yang hidup bernyawa.maka,menyebut tentang nyawa,kita tahu bahawa ianya terhad.dan ke mana kita pergi selepas nyawa kita sudah sampai hadnya?maka,kita ragu2.tak tahu dantak pasti.dalam keraguan.dan kita tak dapat tahu apa yang berlaku selepas kita mati.sains tak dapat memberitahu kita.oleh itu para nabi dan rasul dihantar untuk memberitahu kita ilmu ini.sebab kita tak tahu,dan kita dalam ragu2,maka diri kita sengsara,in a state of misery.oleh itu para nabi dan rasul,diutuskan "untuk menyampaikan khabar gembira".To remove doubt from ourselves.maka,bila keraguan dihilangkan,kita jadi yakin.bila yakin,kita akan percaya,dan dari situ,kita beriman.maka sudah tentu kita berada pada jalan yang lurus seperti yg dikatakan dalam surah al-fatihah iaitu tunjukkan kami ke jalan yang lurus.jalan itu ialah Islam-Iman-Ihsan..itulah jalan menuju pada kebahagiaan.happiness.life in this world,is connected to the life in the afterworld.,itulah makna happiness.ianya bukan "depends on how we describe it".kerana para nabi dan rasul sudah menyampaikan khabar gembira pada kita.maka,kita perlu tahu apa itu kegembiraan dan kebahagiaan.we must know what is happiness.it is not something relative.

127.When we define happiness to our taste,then it will be like in new york."where men marry men.and men and women does not need religion,and we don't need god,its up to human to define everything,as long as we are happy with it".then,people will say."its okay for same gender marriage to occur,because they are happy with it."this is what happens when we fail to know the meaning of happiness. happines is something related to yakin.it is related to the truth.and it is something real.and happiness can be achieved when you do the right thing.we should know our own place as creation and know our creator,know why we were created,and know how we should live in this world.

128.Keraguan adalah punca akidah lemah.akidah kuat bila kita yakin akan kebenaran.kita perlukan ilmu.let's seek knowledge,to find the truth.

129.ilmu juga seperti air.apa tujuan minum air?hilangkan dahaga.apa tujuan cari ilmu?mencari kebenaran.Dan dengan ilmu,kita dapat mengenal Sang Pencipta,melalui ciptaanNya...Dengan ciptaanNya,kita dapat menghasilkan barang keperluan.Tujuan ilmu antaranya ialah untuk mengenal siapakah yang menciptakan kita dari tiada kepada ada.Bukan hanya tahu,namun perlu tahu dan perlu kenal.

130.Allah hanya menguji kita dengan apa yang kita mampu,namun nafs amarah menguji kita dengan apa yang kita tak mampu..itulah perlunya bersabar...dalam hidup,ada masa kita terluka,ada masa kita terasa,memaaf dan cuba memahami antara satu sama lain adalah perlu.marah hanya sementara,jika tersalah langkah dan cara,penyesalannya amatlah berat,ibarat pasu jatuh ke lantai,tak dapat dicantum kembali lagi..kiini ku rasakan pasu itu masih belum jatuh ke lantai.selamatkanlah dan sambutlah ketika ia jatuh..lalu letakkan ia pada tempatnya semula.

131.Freedom is not the freedom to do anything.Freedom means,the freedom given to choose what is good.If we choose what is bad,then we are doing injustice.We should choose what is good.

132.Penyemaian adab ke dalam diri individu adalah perlu.

133.kebijaksanaan itu ilmu hikmah,dan ilmu hikmah ini adalah anugerah Allah kepada sesiapa sahaja yang Allah ingin beri.Memuji diri bermakna mengakui kebijaksanaan itu datang dari diri dan menafi pemberi kebijaksaan kepadanya,iaitu Allah.

134.Manusia baik ialah manusia yang berlaku adil,yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya,tubuh kita,kesihatan fizikal n mental adalah suatu yang dipinjam dan perlu diberi hak2 dan keperluannya.ituah makna berbuat baik kepada diri,berlaku adil kepada diri.jika pada dirinya ianya tak mampu berbuat adil,bagaimana ia mahu berlaku adil kepada orang lain?

135.kita melihat kerana ada cahaya.itu sebab mata yang normal melihat.dan hati juga melihat,hati juga perlukan cahaya,dan cahaya ini tak dapat dibeli di kedai mahupun diambil di universiti,ianya cahaya yang diberi oleh Allah kepada kita,sama ada Dia yang berkenan memberi kepada siapa saja yg diingini atau atas sebab kita berusaha menginginkan cahaya itu,dan meminta berdoa sedaya upaya agar diberi cahaya itu.agar hati dapat melihat.melihat realiti hidup.tujuan hidup.tujuan akhir kita.

136.Jika kau gila memikirkan masa depan,kau akan hilang kewarasan masa sekarang.Mereka yang akan mati hari ini,esok atau lusa,tak tahu bahawa itu masa mereka pergi,kita juga tak tahu masa kita pergi,tapi kita tahu bahwa kita ada sekarang,dan masa depan kita bergantung pada apa yang kita lakukan untuk meletakkan diri kita pada tempat yag sesuai.Jika kita mengejar 'masa depan',yang sebenarnya kita maksudkan "hidup di dunia",maka kita akan resah gelisah,kerana ianya bukanlah suatu yang kekal.Boleh dikejar dan harus dikejar,namun harus tahu dan sedar bahwa ianya sementara.Bila kita tahu dan benar2 jujur,tahu dan menerima ke-sementara-an hidup dan "masa depan" yang ramai kita gila memikirkan dan mengejar,maka yang gila akan jadi waras semula.

137.we dont know how long we will live,and how long others will live.but,at least,we should know how to give people the treatment that they should get.The ones around you, your family,and all the people that you love.Put them in their proper places.Appreciate them,be with them,If they are precious to you,do spend some of your precious time with them.Or perhaps,you might regrets for not treating them,when they leave you.Because life in this world is temporary,then,at least we should know our own place and others place.Place them correctly,then treat them according to their place.

138.Susun kata-kata sebelum berkata-kata.

139.“It is up to the Malays to speak good literary Malay.” -Prof al-Attas-

140.Pilih kata2 yg sesuai sebelum berkata2,agar makna yang betul dapat disampaikan.

141.Hidup ini perjalanan dan kita adalah pengembara,seorang pengembara memerlukan teman yang setia menemaninya dalam pengembaraan yang penuh dengaan dugaan dan cabaran yang menguji kesabaran.

142.Manusia yang beradab ialah manusia yang berpendidikan tinggi.

143.Life is temporary.Appreciate what you have.Love the ones that love you.Be honest.And try to gradually becoming a good person that makes a good choice.The choice of becoming a better person.

144.Guru yg bijaksana tahu memudahkan bahasa agar sampai makna kepada si penuntut ilmu,bila makna yg betul sampai kepada si penanya,maka sudah jadi ilmu yg berguna.faham yg betul merupakan ilmu yg bermanfaat,dan guru yg bijaksana,menyampaikan makna yg betul dgn caranya tersendiri kerana guru itu lah yg kenal rapat sifat,tahap pemikiran murid2nya.

145. A wise teacher,know how to use language correctly so that the right meaning will arrive to the person seeking the right answer to the questions.information is not knowledge.when it is interpreted correctly,then it becomes knowledge.so,the proper use of language or we arrange our words when explaining is very important, so that the correct meaning will arrive to that person.a wise teacher knows how to do this.of course,we should keep in mind that the capacity to understand something for each person is different.

146.Hidup perlu ada tujuan akhir.akhirat itu tujuan akhir dan layak dipanggil "masa depan".kerana ianya masa depan yang kekal.bukannya masa depan yang sementara yang kita selalu kejar,kerana disalahfaham bahawa ianya yang patut kita tuju.tuju lah pada tujuan yang sebenar.

147.Lets discuss things in a learned manner.shall we? thats the sentences that we should use.

148.Be true to the truth and be confident in it.iman is not just faith.iman is an act of verification.you verify that you are a muslim with your action,attitude and everything that you do.we are like the mirror that reflects the light.that light is islam.if the mirror is broken,how can the light be reflected properly?Allah Knows Best!

149.Kalau mereka boleh mengapa anda tak boleh?"kita perlu tahu had batasan penggunaan perkataan itu.kerana keupayaan atau kapasiti diri nya untuk melakukan sesuatu atau menerima suatu amanah itu berbeza.contohnya,kalau dia dapat jadi nabi,mengapa kita tak boleh?jika kita mengaku nabi,maka kita menzalimi diri dan menyeleweng seperti Musailamah.Nabi dipilih oleh Allah.Mengapa bukan anda yang dipilih?sudah tentu ada beza antara dia dan anda.Keupayaan untuk menerima amanah.Adabnya,dan juga kualiti serta kapasiti dirinya sendiri.Kita diciptakan dengan keupayaan yang tidak sama.Ingatkah kita pada kata2 Allah tidak menguji seseorang itu melainkan dalam kemampuannya?maknanya ujian ada pelbagai,dan kemampuan kita juga pelbagai.Oleh itu,kita harus sedar kemampuan diri,kenal diri,serta setelah kenal diri,maka terimalah amanah yang sesuai dengan kemampuan diri kita.Itulah makna berbuat adil kepada diri kita.Allah Knows Best! Betulkan saya jika silap dimana2.

150.Good knowledge,are like good trees that produce good fruits.

151.dunia itu asal dari kata dana,yang bermaksud dekat,bila sesuatu itu dibawa dekatkan dengan kita,kita lupa pada yang jauh.kerana akhirat itu yang akhir,ia terasa begitu jauh.namun,merendahkan dan meremehkan dunia,dengan mengatakan "ini semua dunia" juga adalah salah sebenarnya.kerana dunia ini adalah diciptakan olehNya,sebagai objek ilmu untuk kita mengenaliNya.Allah knows best!

152.Doubt is a form of misery.

153.Dalam islam,keindahan dan ketenangan jiwa itu semuanya lahir dari kebahagiaan.maka,kita bertanya apa itu kebahagiaan?untuk faham apa itu kebahagiaan.biar kita mulakan dengan lawan kepada kebahagiaan,iaitu kesengsaraan.dan bila kita betul2 merenungkan makna kesengsaraan,kita tahu bahawa keraguan dalam diri kita itu salah satu berntuk kesengsaraan yang amat dasyat.sebab itu islam berbicara tentang yaqin/keyakinan/yakin.ianya lawan pada keraguan.dan kebahagiaan dapat dicapai apabila keraguan itu dibuang dari diri kita.berkaitannya dengan makna akidah iaitu yaqin.dan punca akidah lemah itu keraguan.untuk yakin kita harus tahu.maka itulah ilmu2 yang menambahkan keyakinan kita itu perlu.untuk yakin pada sesuatu,kita perlulah kenal.cthnya kata2 yang keluar dari mulut seseorang yg asing,kita rasa ragu2 untuk menerimanya.begitu juga dengan agama kita,dan tuhan yang mencipta kita,kita tidak kenal Allah...kita cuma tahu.ramai yang tahu pasa Allah,tapi ramai yang tidak mengenal Allah.Dia menyuruh kita mengenalnya dengan cara yang diinginkannya,yang mana cara tersebut disampaikan kepada kita melalui wakilnya iaitu para nabi dan rasul.Dengan mengenal nya dengan cara yang dikehendakinya,maka rasa cinta kepadaNya itu akan bertambah dalam hatinya,yang Allah sendiri masukkan perasaan itu kedalam jiwa kita.bila cinta itu utuh,maka segala kata2,atau dlm konteks ini,firmannya akan kita percaya dan terima,serta laksanakan dengan rela hati.islam bukan saja bermakn menyerah diri,tetapi bermakna penyeraha diri dengan rela hati,mengikut cara yang dikehendakiNya.untuk merelakan diri kita,harus kita kenal dan cinta itu ada.itulah dia kebahagiaan kerana kita juga akan yakin dengan kata2nya berkenaan kebahagiaan hidup kekal abadi bagi mereka yang dengan rela hati menurut perintahNya.Allah Knows Best! betulkan saya bagi yang lebih tahu.

154.Adab itu penting,dan bukannya suatu yang dapat kita peroleh dari universiti.sungguh pun adab itu ilmu,kita juga tak dapat adab itu sendiri dari ilmu itu sendiri.kerana ada yang ada ilmu,tapi tiada adab.adab itu,ianya suatu yang diperturunkan,oleh para nabi.itulah,adab.dan kita yang beradab harus juga mengajarkan adab itu pada orang lain.itu,makna pendidikan ialah penyemaian adab ke dalam diri seseorang individu.harus kita sebagai pendidik,sedar perkara ini.makna pendidikan itu.

155.Keluarkan kata-kata yang baik

156.Harus kita tahu untuk apa kita diciptakan,barulah kita akan tahu apa yang harus kita lakukan.

157.Bergerak ke hadapan..bergerak ke tujuan..sesuatu yang dituju.dituju pada suatu yang akhir,yang tak berubah,yang pasti.bila tujuan tidak berubah,barulah kita dapat tetapkan hala tuju,bagaimana mahu maju,bagaimana mahu bergerak ke hadapan.hidup itu begitu,harus ada tujuan,tujuan akhir,harus sedar tujuan akhir.maka barulah dapat membangun,membangun utk apa dan ke mana,bila dapat diselaraskan gaya hidup,yang digerakkan ke arah tujuan akhir,yang bermakna menghubungkan hidup di dunia dan hidup di akhirat baru lah kita dapat rasa kebahagiaan.menyibukkan diri dengan dunia,tak bermakna ianya bertentangan dengan agama,jika menyibukkan diri dengan dunia,dengan cara berlandaskan syariat,seperti menyibukkan diri dengan berniaga denga cara yang dianjurkan,dan sebagainya,maka sudah tentu setiap perbuatan menyibukkan diri dengan dunia adalah selari dengan yang diucapkan oleh kita iaitu hidupku dan matiku kerana Allah.yang juga boleh kita katakan menyibukkan diri dengan dunia dengan cara yang diredhai oleh Allah. Dalam kesibukan itu,kita cari keseimbangan dalam aktiviti seharian.oleh itu,kita ada dengar seseorang yang mulia berkata(sy yakin anda tahu siapa orgnya),"ada masa untuk itu,dan ada masa untuk ini".

158.kebebasan,iaitu freedom,bukanlah bermakna kebebasan secara mutlak,iaitu kebebasan melakukan apa sahaja.ia bermakna kebebasan untuk membuat pilihan.pilihan yang dimaksudkan ialah pilihan yang baik.kita diberi amanah menjadi khalifah di muka bumi,bukan bermakna kita boleh melakukan apa saja sewenang2nya sepert melakukan kerosakan atas nama pembangunan.ia bermakna kita memegang tanggungjawab menjaga kerajaan haiwan,tumbuhan dan galian dengan menggunakannya dengan sebaiknya.

159.kita marah dan pasrah,kerna tak dapat capai cita2 dan impian kita,walhal hidup kita yang dikatakan tak dapat mencapai cita2 dan impian,,bagi mereka adalah impian dan syurga,mereka inginkan kehidupan yang kita sedang lalui,walhal kita pula...itulah kata2 yang dikatakan, iaitu, maka nikmat mana kah lagi yang telah kami berikan kepadamu ,yang ingin engkau dusta kan? berulang kali dikatakan begitu pada kita.

160.Pentingkan diri itu perlu.mereka yang pentingkan diri,akan jaga adab dia dengan ciptaan Allah,dan adab dia dengan Allah.Kerana dia tahu bahawa dirinyalah yang akan merasa nikmat mahu pun siksa hidup sesudah mati.Allah Knows Best!

161.Saya cuba menjelaskan sesuatu sefaham saya,meminta pertolongan selain dari Allah,bermaksud,sesuatu yang kita minta tolong itu,kita letakkan level/tahap dia sama tinggi dengan Allah.keupayaannya untuk menolong.kalau dalam konteks meminta tolong sesama manusia,seperti tolong angkat barang,pinjam wang dan meminta pertolongan sesama makhluk itu,tidak termasuk dalam kategori "meminta pertolongan selain dari Allah". kerana kita tahu dia itu manusia dan sememangnya Allah menciptakan manusia sebagai sebuah komuniti untuk hidup bersama dan saling bantu membantu ,dan disertakan juga garis panduan dalam membantu sesama kita dengan adil.seperti meminjam wang,beri bantuan kepada golongan yang memerlukan.maksud meminta pertolongan selain dari Allah itu dimaksudkan kepada meletakkan suatu entiti selain dari Allah,iaitu sudah tentu makhluk,pada tahap yang sama dengan Allah.meletakkannya pada tahap tertinggi,dalam hati kita.Jika minta bantuan sesama makhluk,macam yang biasa kita buat,itu tidak mengapa,kerana kita tahu dia manusia dan tidak meletakkan mereka sebagai ilah.iaitu yang disembah.macam surah al fatihah.dia berkait dengan kepadamu kami mengabdikan/memperhambakan diri( dengan cara yang dikehendakinya) dan kepadaMu kami memohon Pertolongan.Itu kaitannya.maka yang menjadi syirik apabila kita meletakkan tahap sesuatu yang kita kita minta pertolongan itu sama tahap dengan Allah.Allah Knows Best!

162.Happiness.All of us,trying to find it.Where is it?Some try to find in great career,by going oversea,by accumulating wealth,buying many beautiful things.That is true,and it is true.And we will feel that it is,honestly thinking and feeling,its quite temporary.True happiness,is permanent,once you achieve it.There is higher a level of happiness than all of this.That's why our prophet we sent "untuk memberi khabar gembira".To tell news,from our creator,how to be happy.If you are a muslim.And you are not happy,then,truly,you still does not understand islam the way it should be understood.The opposite of happiness is misery.And doubt is a form of misery.That's why islam talk about yaqin/certainty.To be certain.About something that we are not sure.About life after death.Where are we going after we die?And so on.In short,as muslims,happiness can be achieved when doubt is removed.Yaqin,certain.That's why we talk about iman. And we also talk about jalan yang lurus,in surah al-fatihah. And this, "jalan yang lurus" means this. islam->iman->ihsan. And tasawuf means "pengamalan syariat islam pada maqam/station/level ihsan.".A bits and pieces from my reading.Allah Knows Best!

163.we as muslims at the university level,must understand problems arise, from other people point of view.and solving and changing must be done gradually in a systematic way, and in a way which is full of adab.If we try to guide people to the truth,with the way or method that is "the NO ADAB method of talking and telling in sarcastic and underestimating them",this reflects the sorry state of our muslim society.it will be like a broken mirror try to reflect the light.we reflects islam.and Adab is the greatest quality that a muslim have.pay attention to the mirror,which is used to reflect light.that light is islam,and we are the mirror.

164.Adab itu teramat penting.Ianya suatu yang kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.

165.Kata2 yang baik mampu menceriakan.Dan menggembirakan hati yang sedang duka.Maka,keluarkan lah kata2 yang baik.Gembirakanlah hati kenalan2mu dengan kata2 dari hatimu.

166.Ada ilmu yang berguna di sesetengah tempat dan waktu,dan ada yang tidak.Maka tuntutlah ilmu yang berguna.Di samping itu,berdoa kepada Allah agar dipermudahkan olehNya untuk menuntut ilmu yang berguna.

167.our prophet,is a universal man,in which everything about his life,is a good example for the child,young,teen,and elder.That's why,muslims,doesn't have identity crisis.If some of muslims suffer identity crisis,that clearly shows,they doesnt take prophet Muhammad s.a.w as their good example.

168.Aku heran melihat ramai pemuda sibuk membuang usia
Memenuhkan peti dgn kaca dan kerikil
Agar tidak disangka malas oleh si jahil
Mereka wajar bersyukur bangga
Jika peti itu berisi hanya seketul permata! -Prof.WMNWD-








Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.