[:::Ilmu:::] ~Bahagian 21~

by September 26, 2017 0 comments
    Kalau kita lihat, tentang perkaitan antara ilmuan dan ahli politik, mereka mempunyai perkaitan yang tak dapat dipisahkan. Ibarat irama dan lagu. Meskipun ada ahli politik yang juga termasuk dalam kategori ilmuan, yang dimaksudkan disini adalah adalah sejenis ilmuan yang tidak terlibat sebagai ahli politik, dan terlibat dalam bidang politik, namun, peranan ilmuan ini adalah mempengaruhi ahli politik itu dengan pandangan-pandangannya yang bukan berdasarkan nafsu tetapi berdasarkan akal rational.

   Mereka ini berperanan menasihati serta membimbing ahli politik agar segala kegiatan dan perbuatan yang mereka lakukan, adalah berlandaskan syariat islam. Saya tidak maksudkan ilmuan seperti agamawan yang terlibat aktif dengan politik yang mereka memegang jawatan politik serta merebut kuasa politik melalui saluran demokrasi contohnya. Kategori ilmuan atau juga agamawan yang terlibat langsung dengan politik, adalah dalam satu kategori, dan ilmuan yang tidak terlibat dengan politik, namun berperanan mempengaruhi juga ahli politik, adalah berada dalam kategori lain.

 Dari pembacaan saya, apa yang saya faham adalah agamawan yang terlibat terus dengan politik, memegang kuasa politik serta bertanggungjawab merebut kuasa politik agar dasar-dasar yang ingin dilaksanakan dan diperjuangkan dapat menjadi kenyataan, adalah termasuk dalam golongan modenis. Golongan agamawan modenis percaya bahawa untuk merubah sesuatu, jalannya adalah dengan kuasa. Kuasa yang dimaksudkan adalah kuasa politik, Maka mereka terlibat dalam politik bagi merebut kuasa agar cita-cita mereka tercapai. Jadi ringkasnya, agar mereka dapat mengubah manusia, supaya sesuai dengan acuan fahaman mereka, jalannya adalah dengan kuasa, dan dengan kuasa mereka menggunakan kuasa undang-undang. Kerana hanya dengan penguatkuasaan undang-undang, mereka fikir manusia itu dapat dikawal dan dibentuk.

Golongan ilmuan yang kedua ialah golongan ilmuan tasawuf. Mereka juga berperanan mengubah manusia.Namun mereka tidak menggunakan jalan politik. Jalan mereka ialah pendidikan. Mereka mendidik manusia. Pada pandangan mereka, sekirnya jiwa manusia itu baik, dan jiwa itu beriman serta mematuhi gaya hidup yang baik sesuai dengan fahaman agama masing-masing sekiranya beragama selain dari Islam, maka kalaupun mereka berada di tempat yang tiada penguatkuasaaan undang-undang sekalipun, mereka tidak akan melakukan kesalahan. Andaikata majoriti masyarakat itu menjadi baik dan terdidik, maka segala perbuatan keji dan jenayah, tidak akan tersebar dan terkawal.

Ahli politik pun mempunyai kepandaian mereka. Ada yang pandai tetapi kurang bijaksana, ada yang licik dan ada juga yang lurus  serta idealis. Walau apapun jenis mereka, seharusnya sebagau ahli politik, haruslah mereka sedar, kepentingan ilmuan kategori ilmuan tasawuf kepada diri mereka, masyarakat dan negara. Sekiranya seseorang ahli politik ikhlas dalam membawa kebaikan kepada masyarakat dan negara, maka munasabahlah mereka merujuk kepada golongan ikhlas. Peka kepada nasihat dan saranan mereka. Apa yang ahli ilmuan tasawuf ajar, tidaklah semestinya tentang politik dan cara menjatuhkan pihak lawan, ianya adalah tentang pengenalan diri dan bagaimana untuk meletakkan diri pada tempat yang betul. Kalau seseorang ahli politik itu mempunyai kekurangan sejenis ilmu yang sepatutnya diketahui dan juga akhlaq yang perlu bagi seorang ahli politik yang beriman, maka mereka akan diberi saranan dan panduan tentang cara-cara agar mencapai keahlian tersebut.

Ringkasnya, ianya adalah tentang diri. Tentang menjadi insan yang baik. Pada masa sama kita berusaha mengubah masyarakat sebagai ahli politik, haruslah kita sedar, bahawa diri seseorang ahli politik itu juga perlu terus-menerus berubah kearah kebaikan.

Ini mengingatkan kita tentang suatu hadith :


إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
(Innama bu 'istu liutammima makarimal akhlaq)
Aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq

Anonymous

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.