Contoh Proposal Kajian 1 : Kesan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Subjek Biologi Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai,Kelantan.

by September 24, 2017 0 comments
BAB 1 : PENGENALAN KEPADA PROSES PENYELIDIKAN

Pendidikan dalam abad ke-21 merupakan satu usaha yang sewajarnya membawa  kepada pembangunan modal insan yang berdaya saing di peringkat global, berkebolehan untuk berfikir secara kritis dan kreatif, serta berkemampuan untuk menyelesaikan masalah (McCrae, 2011). Oleh itu, para pendidik harus menganalisis trend pendidikan dalam usaha untuk memperolehi satu keputusan termaklum tentang kurikulum yang sesuai dan cara-cara pengajaran yang berkesan yang dapat mempersiapkan pelajar untuk situasi kehidupan dan alam pekerjaan yang sebenar (Sungur, Tekkaya & Geban, 2006).

       Dalam konteks pendidikan sains untuk abad ke-21, Yager (2000) berpendapat bahawa kita perlu menyemai dalam kalangan pelajar kita keupayaan untuk berfikir, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan berdasarkan bukti dan penaakulan yang logik. Maka, beliau mencadangkan pendidikan sains perlu mengupayakan pelajar agar dapat menyoal, mencadang penerangan yang logik, mengusul kaedah-kaedah untuk menguji hipotesis, mengutip data dan mentafsir data yang diperoleh, dan berkomunikasi tentang proses dan juga keputusan kepada orang lain.

Lantaran itu, pendidikan sains terkini perlu meliputi penyediaan satu persekitaran bilik darjah yang kondusif, bukan sahaja kepada pembelajaran kandungan mata pelajaran berkenaan, tetapi juga kondusif terhadap pemupukan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak kehidupan dan alam pekerjaan alaf baru seperti kemahiran membuat keputusan menggunakan kemahiran saintifik. Contohnya, dalam Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 4 dan 5 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005a, 2005b), tersuratnya objektif  “…mengaplikasikan pengetahuan Biologi, kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik secara analitis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan bertanggungjawab berkaitan dengan isu-isu Biologi”  menunjukkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi serta berkemampuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni. Mengikut pakar-pakar pendidikan (seperti Tan Oon Seng, 2004a; Rangachari & Crankshaw, 1996), pembelajaran berasaskan masalah (PBM) atau problem-based learning (PBL), boleh menghasilkan perubahan dalam pengetahuan, nilai, atau kemahiran sebagaimana yang diperlukan dalam membuat sesuatu keputusan yang bijak dan termaklum tentang sesuatu masalah.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM) berbanding dengan pengajaran konvensional (PK) terhadap pencapaian Biologi berdasarkan aras kognitif Bloom dalam kalangan pelajar Tingkatan 5. Dengan menggunakan reka bentuk kumpulan kawalan praujian-pascaujian (pretestposttest control group design), seramai 40 orang pelajar dipilih untuk mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah manakala seramai 40 orang pelajar pula mengikuti kaedah pengajaran konvensional. Kesemuanya adalah pelajar tingkatan 5.Seorang guru yang sama terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kedua-dua kumpulan kajian. Kajian ini melibatkan tempoh intervensi selama 5 minggu dengan masa pembelajaran selama 160 minit untuk subtopik “konsep pewarisan berdasarkan eksperimen Mendel” dan “Alel dominan dan alel resesif”. Dari segi instrumentasi, keputusan pentaksiran pertengahan tahun berasaskan sekolah digunakan sebagai praujian manakala pascaujian terdiri daripada 15 item aneka pilihan dan 3 item subjektif yang dibina berdasarkan Jadual Penentuan Ujian dengan item-itemnya menggunakan kata-kata kerja yang bersepadanan dengan enam aras kognitif Taksonomi Bloom serta mempunyai kebolehpercayaan yang sesuai dengan nilai KR-21 sebanyak 0.76.

BAB 2 : PENGENALPASTIAN DAN DEFINISI MASALAH

2.1 PERNYATAAN MASALAH :
Bertolak daripada masalah pencapaian pelajar dalam subjek biologi dalam kalangan pelajar sekolah menengah tingkatan 5, maka penyelidik merasakan perlunya mewujudkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam menangani masalah kefahaman pelajar dalam subjek biologi. Dengan ini, kajian yang akan dilakukan penyelidik akan dapat menjawab pelbagai persoalan berkaitan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah dan masalah pencapaian pelajar dalam subjek biologi. Penyelidik juga berusaha meninjau sejauh mana kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah dapat dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, bagi membantu pelajar tingkatan 5 menangani masalah pencapaian dalam pembelajaran subjek biologi.

2.2 DEFINISI KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH :

Pembelajaran Berasaskan Masalah Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu pendekatan pedagogi yang diperkenalkan dalam 1960an di Sekolah Perubatan, McMaster Universiti di Ontario, Kanada oleh Howard Barrows dalam usaha untuk menstruktur semula pendidikan perubatan dan mengupaya pelajar untuk mengapikasikan pengetahuan saintifik mereka dalam masalah-masalah klinikal. Barrows dan Tamblyn (1980, p.1) mendefinisikan pembelajaran berasaskan masalah sebagai “… the learning that results from the process of working towards the understanding of a resolution of a problem. The problem is encountered first in the learning proces”.

Tambahan pula, masalah yang diberikan merupakan masalah yang mirip kepada dunia sebenar, tidak mempunyai struktur yang jelas, kelam kabut dan tidak mempunyai satu-satunya penyelesaian (Torp & Sage, 2002). Menurut Barr dan Tagg (1995), pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu transformasi daripada paradigma pengajaran kepada paradigma pembelajaran, di mana fokus diberikan kepada apa yang dipelajari oleh pelajar dan bukannya apa yang diajar oleh guru. Dalam usaha mensintesiskan ciri-ciri pembelajaran berasaskan masalah, Lloyd-Jones, Margeston dan Bligh (1998, p. 494) menghujah bahawa terdapat 3 elemen utama dalam senario PBM dalam aksi: picu (trigger) yang memulakan, pembelajaran yang dilaksanakan oleh pelajar dengan menyelidiki isu-isu pembelajaran yang dikenal pasti pada awal sesi, dan penggunaan pengetahuan dalam memperluaskan kefahaman mereka mengenai situasi picu pada akhir sesi.

Tinjauan kajian-kajian lampau tentang keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) di luar negara menunjukkan kesan yang positif terhadap sikap (Akinoglu & Tandogan, 2007; Sungur, Tekkaya, & Geban, 2006), minat pelajar (Ahmet et al., 2007), pencapaian pelajar (Akinoglu & Tandogan, 2007; Fogarty, 1998; Sungur et al., 2006), kebolehan menyelesaikan masalah (Albanese & Mitchell, 1993), kemahiran berfikir (Kivela & Kivela, 2005; Sonmez & Lee, 2003; Tan Oon Seng, 2004b) dan kemahiran saintifik (Ahmet et al., 2007).

Tinjauan kajian-kajian dalam negara menunjukkan yang PBM dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam kursus kejuruteraan sivil (Wahid Razzaly, Norsyahidan Mohd Yusof & Noraini Kaprawi, 2006), mendatangkan manfaat dalam meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam kalangan pelajar Tahun Kedua di Fakulti Pendidikan Teknikal (Anthony, Zulida Abd Kadir & Noryani Neni Ahmad Jamain, 2006), memupuk pengetahuan pedagogi isi kandungan secara teknologi (technological pedagogical content knowledge) dalam kalangan pelajar sarjana yang mengambil kursus “Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran” di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (Tee Meng Yew & Lee Shuh Shing, 2011), meningkatkan persepsi positif tentang pembelajaran menggunakan PBM dalam kalangan pelajar perubatan dan pergigian di Universiti Sains Malaysia (Arudodaya Barman, Rogayah Jaafar & Nyi Nyi Naing, 2006), dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dalam kalangan pelajar politeknik yang mengambil kursus “Mechanics of Structure” di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (Halizah Awang & Ishak Ramly, 2008).



BAB 3 : FAKTA DAN ANGKA YANG MENYOKONG MASALAH

Berdasarkan tinjauan kajian-kajian lepas, didapati walaupun banyak kajian telah dilaksanakan tentang keberkesanan PBM, namun ianya lebih memberat kepada konteks universiti. Di samping itu, perbandingan pencapaian yang dibuat antara penggunaan kaedah PBM dengan kaedah konvensional adalah bersifat univariat, yakni hanya bertumpu kepada satu pembolehubah bersandar sahaja, yakni pencapaian keseluruhan yang diukur menggunakan ujian atau inventori untuk sesuatu mata pelajaran atau disiplin yang berkenaan sahaja.

Lantas, terdapat satu keperluan yang mendesak untuk melaksanakan kajian-kajian tentang penggunaan kaedah PBM pada peringkat sekolah untuk menentukan keberkesanannya demi menyumbang kepada khazanah ilmu tentang keberkesanan PBM pada peringkat persekolahan. Tambahan pula, pencapaian pelajar ekoran daripada intervensi PBM perlu diselidiki secara komprehensif, misalnya dari segi aras-aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian dalam domain kognitif Taksonomi Bloom (Bloom, 1956), supaya satu keputusan termaklum dan yang berdasarkan bukti dapat dibuat tentang hala tuju cara-cara penyampaian kurikulum di peringkat sekolah menengah.


BAB 4 : SENARAI SOALAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

4.1 PERSOALAN KAJIAN

Secara ringkas, dua objektif pembelajaran dalam silibus tingkatan 5 biologi,topik pembelajaran Bab 5 Pewarisan, iaitu Objektif Pembelajaran 5.1 (Konsep Pewarisan Berdasarkan Eksperimen Mendel) dan Objektif Pembelajaran 5.3 (Alel Dominan dan Alel Resesif ) digunakan sebagai konteks pembelajaran. Kedua-dua objektif pembelajaran ini merangkumi kebolehan pelajar untuk mencapai 13 hasil pembelajaran yang berikut:

1. Menjelaskan konsep pewarisan berdasarkan eksperimen mendel.
2. Menjelaskan faktor-faktor pewarisan yang mempengaruhi pewarisan
3. Menerangkan perbezaan alel dominan dan alel resesif.
4. Menerangkan ciri-ciri alel dominan
5. Menerangkan ciri-ciri alel resesif.
7. Menerangkan konsep eksperimen Mendel
8. Menerangkan ciri dan trait pokok kacang yang dikaji oleh Gregory Mendel
9. Menggunakan Punnet Square untuk membahagikan anak pokok yang akan dihasilkan. 10. Memberi penjelasan tentang Meiosis
11. Menerangkan sifat fenotif dan genotif.
12. Menerangkan tentang materi genetic.
13. Menerangkan tentang sifat dominan, resesif dan intermediate.

Tempoh intervensi kajian ini adalah selama 4 minggu. Dua orang guru terlibat dalam kajian ini, dan setiap orang guru terlibat dalam sebuah kelas PBM dan juga sebuah kelas pengajaran konvensional. Sebelum bermulanya intervensi kajian, tempoh masa seminggu digunakan untuk memberikan taklimat tentang kaedah penggunaan PBM dan berbincang dengan dua orang guru yang terlibat tentang kemusyikilan yang ada tentang PBM. Satu panduan pengajaran dan pembelajaran (P&P) menggunakan PBM yang telah dirancang dengan rapi bersama dengan seorang pakar pendidikan dan seorang pakar Biologi telah disediakan untuk kegunaan guru.

Tambahan pula, empat senario masalah (problem scenario) yang merangkumi kesemua 13 hasil pembelajaran juga disediakan. Seiringan dengan panduan P&P menggunakan PBM, satu set rancangan pengajaran secara konvensional juga disediakan dan set rancangan pengajaran tersebut meliputi kesemua 13 hasil pembelajaran yang sama. Pembelajaran dalam kumpulan kawalan dicirikan oleh penyampaian maklumat, penerangan tentang fakta/konsep sains secara berpusatkan guru di mana pelajar lebih bersifat sebagai penerima yang pasif.

Di samping itu, pelajar juga melaksanakan amali yang berkaitan mengikut panduan yang diberikan dalam buku amali Biologi. Penyampaian guru dan juga kerja amali disudahi dengan perbincangan dan latihan. Pembelajaran dalam kumpulan rawatan menggunakan kaedah PBM pula melibatkan pemberian satu senario masalah pada minggu pertama, dan ini diikuti dengan senario kedua pada minggu kedua. Bagi menyelesaikan kedua-dua masalah ini, pelajar dikehendaki merekabentuk, mengeksperimen dan membuat justifikasi serta membentangkan penyelesaian terhadap permasalahan yang dikemukakan.

Pada minggu ketiga, pelajar diberikan senario masalah ketiga dan keempat. Bagi scenario masalah ketiga dan keempat pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap kumpulan mendapat satu senario masalah. Pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah yang diutarakan dan membentangkan hasil penyelesaian masalah kumpulan masing-masing untuk dikongsi dengan keseluruhan kelas.

4.2 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis Nol (H0): Tidak ada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian Biologi secara keseluruhan dalam kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding dengan kumpulan pelajar Tingkatan 4 yang mengikuti kaedah konvensional.

Hipotesis Nol 1 (H01): Tidak ada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian Biologi berdasarkan aras pengetahuan dalam kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding dengan kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah konvensional.

Hipotesis Nol 2 (H02): Tidak ada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian Biologi berdasarkan aras kefahaman dalam kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding dengan kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah konvensional.

Hipotesis Nol 3 (H03): Tidak ada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian Biologi berdasarkan aras aplikasi dalam kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding dengan kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah konvensional.

Hipotesis Nol 4 (H04): Tidak ada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian Biologi berdasarkan aras analisis dalam kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding dengan kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah konvensional.

Hipotesis Nol 5 (H05): Tidak ada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian Biologi berdasarkan aras sintesis dalam kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding dengan kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah konvensional.

Hipotesis Nol 6 (H06): Tidak ada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian Biologi berdasarkan aras penilaian dalam kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding dengan kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah konvensional

4.3 OBJEKTIF KAJIAN

i.                    Menjelaskan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah yang digunakan.
ii.                  Mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami masalah pencapaian dalam
      subjek biologi.
iii.                Menghuraikan faktor-faktor penyebab masalah pencapaian pelajar dalam subjek
      biologi.
iv.                Menganalis kaedah pembelajaran yang diterima oleh pelajar yang mengalami
      masalah pencapaian dalam subjek biologi.
v.                  Menganalis keperluan kaedah Pembelajaran Berasaaskan Masalah.

Hurian :
Dalam konteks pendidikan sains untuk abad ke-21, Yager (2000) menghujah bahawa kita perlu memupuk dalam kalangan pelajar kita kebolehan untuk berfikir, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan berdasarkan bukti dan penaakulan yang logik. Lantas, beliau mencadangkan pendidikan sains perlu mengupayakan pelajar untuk menyoal, mencadang penerangan-penerangan yang munasabah, mengusul caracara untuk menguji hipotesis, mengutip data dan mentafsir data yang diperoleh, dan berkomunikasi tentang proses dan juga keputusan kepada orang lain. Lantaran itu, pendidikan sains masa kini perlu merangkumi penyediaan satu persekitaran bilik darjah yang kondusif, bukan sahaja kepada pembelajaran kandungan mata pelajaran berkenaan, tetapi juga kondusif terhadap pemupukan kemahirankemahiran yang bersepadanan dengan tuntutan kehidupan dan alam pekerjaan alaf baru seperti kemahiran membuat keputusan menggunakan kemahiran saintifik

4.4  PROSEDUR PENGANALISAAN DATA

Multivariate Analysis of Covariance (MANCOVA) digunakan dalam penganalisaan data kerana ia dapat “menyingkirkan (selepas rawatan) kesan sebarang pembolehubah tak bersandar metrik tak terkawal (dikenali sebagai kovariat) terhadap pembolehubahpembolehubah bersandar” (Hair, Black, Babin & Anderson, 2010, p.18). Di samping itu, penggunaan MANCOVA juga dapat mengurangkan kebarangkalian melakukan ralat jenis I yang mungkin terhasil jika banyak ujian ANCOVA dijalankan secara berasingan untuk setiap pembolehubah bersandar.


4.5 DAPATAN KAJIAN

Dalam analisis menggunakan MANCOVA, enam aras atau subskala domain kognitif Taksonomi Bloom merupakan pembolehubah bersandar, keputusan pentaksiran pertengahan tahun berasaskan sekolah sebagai kovariat, dan kumpulan sebagai pembolehubah tak bersandar. Kesignifikanan Ujian-F dalam MANCOVA akan disusuli pula dengan ujian univariat ANCOVA untuk subskala bagi menentukan subskala yang menyumbang kepada kesignifikan tersebut.


BAB 5 : JUSTIFIKASI UNTUK MENJALANKAN PENYELIDIKAN

5.1 JUSTIFIKASI KAJIAN

Kajian ini penting untuk mendedahkan keperluan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah  dalam menangani pencapaian pelajar dalam subjek biologi. Pelaksanaan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah diharap dapat mengatasi masalah pencapaian pelajar dalam subjek tersebut. Kajian ini juga penting untuk pelajar mengenal pasti kaedah pembelajaran yan  mengakibatkan masalah pencapaian dalam subjek biologi dan  kaedah pembelajaran yang lebih sesuai untuk mengatasi masalah pencapaian mereka dalam subjek biologi.

Dapatan kajian Sungur et al. (2006) di mana tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan pelajar PBM dengan kumpulan pengajaran tradisional dalam tahap pengujian yang hanya memerlukan pengingatan/penghafalan adalah selari dengan dapatan kajian ini. Ini bermakna, jikalau seseorang guru hanya menghasratkan pelajarpelajarnya mengingati dan menghafal fakta-fakta untuk mata pelajaran yang diajar dan memuntahkannya semula semasa peperiksaan, maka pengajaran secara konvensional sudah memadai untuk mencapai hasrat tersebut. Sebaliknya, jikalau guru tersebut ingin memupuk kemahiran-kamahiran kognitif pada aras yang lebih tinggi seperti membuat sintesis dan penilaian, maka guru tersebut boleh mengoptimakan manfaat penggunaan pembelajaran berasaskan masalah (PBM).


Sabaria Juremi (2003) dalam tesis doktor falsafahnya mendapati pelajar-pelajar yang mengikuti PBM mempunyai pencapaian Biologi yang lebih tinggi daripada kumpulan pelajar yang mengikuti pengajaran konvensional. Dapatan beliau ini disokong dengan hujah bahawa aktiviti perbincangan dalam PBM dapat mengukuhkan kefahaman dalam kalangan pelajar terhadap konten yang dipelajari. Aktiviti mencari maklumat melalui pembelajaran akses kendiri juga dikatakan dapat membantu pelajar-pelajar memberikan fokus dan penegasan kepada konsep-konsep penting yang dipelajari. Tambahan pula, dalam usaha untuk menerangkan fenomena prestasi yang memberangsangkan bagi pelajar PBM, Sabaria Juremi (2003) menginferens bahawa dalam proses menyelesaikan masalah, pelajar terlibat secara aktif di mana pengetahuan sentiasa diaplikasikan kepada situasi baru. Semakin kerap pelajar melakukan penyelesaian masalah, maka semakin keraplah pelajar melakukan proses berfikir tentang subjek yang dipelajari, dan kekerapan berfikir sebegini seterusnya dapat menyumbang kepada pencapaian dan kefahaman pada tahap yang lebih tinggi dalam pembelajaran subjek tersebut.

Kini, ramai guru yang telah didedahkan kepada pendekatan pengajaran berasaskan masalah, sama ada melalui kursus, kuliah, pembacaan, ataupun perbualan dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Namun, adalah menjadi satu retorik sematamata untuk membuat satu generalisasi terhadap keberkesanan amalan pembelajaran berasaskan masalah merentas kurikulum dan tahap pembelajaran. Amalan pengajaran yang bersandarkan kajian (evidence-based practice), menurut Hargreaves (1996), seharusnya menjadi satu standard, piawai atau penanda aras yang dapat memaklumkan penggubalan polisi di peringkat Kementerian Pelajaran dan juga amalan pengajaran dalam kelas.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUJUKAN :

1. Suzilawati Shamsuddin,Tek, O.E.,Shakinaz Desa.(2012). Kesan penggunaan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pencapaian biologi dalam kalangan pelajar tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 2(1), 49-61.
2. Azita Ali, Zuriawahida Zulkifli.(2016). Keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar. Jurnal Pemikir Pendidikan, 7, 113-136.
3. Ramlee Mustapha, Zaharatul Laili Abdul Rahim.(2008). Pembelajaran berasaskan masalah bagi mata pelajaran elektronik : satu kajian tindakan di sekolah menengah teknik. Jurnal Teknologi, 49(E), 109-127.
4. Sarimah Ismail, Abreza Atan.(2011). Aplikasi pendekatan penyelesaian masalah dalam pengajaran mata pelajaran teknikal dan vokasional di fakulti pendidikan utm. Journal of Educational Psychology and Counseling, 2, 113-144.
5. Alizah Lambri, Zamri Mahamod.(2015). Pelaksanaan aktiviti pembelajaran berasaskan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu, Pendeta Journal of Malay Language, 6, 98-117.
6. Norazah Mohf Nordin, S.Tamil Selvan Subramaniam.(2013). Problem based learning in the designing of e-content for engineering courses, Asian Social Science,  9(10).
7. Azhar Harun, & Nawi Abdullah. (2004). Metodologi penyelidikan ekonomi sosial dan sains sosial. Kuala Lumpur: Thomson.
8. Mohd Majid Konting.(1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
9. Ahmad Mahdzan Ayob.(2002). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi(edisi kedua). Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.
10. Ahmet, G., Metin, A., Cetin, D., & Mustafa, S. (2007). An investigation onto the effectiveness of problem-based learning in physical chemistry laboratory course. Research in Science & Technological Education, 25(1), 99-113.
11. Akinoglu, O., & Tandogan, R.O. (2007). The effects of problem-based active learning in science education on students’ academic achievement, attitude and concept learning. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 3(1), 71-81.
12. Albanese, M., & Mitchell, S. (1993). Problem-based learning: A review of the literature on its outcomes and implementation issues. Academic Medicine. 68(1), 52-81. 13.Anthony, E., Zulida Abd Kadir, & Noryani Neni Ahmad Jamain. (2006). Problembased learning: A useful aporoach for effective communication? In Berhannudin Mohd Salleh (Ed.), Proceedings of Seminar on Problem-Based Learning 2006 (pp. 103-125). Batu Pahat: Penerbit UTHM.
14. Arudodaya Barman, Rogayah Jaafar, & Nyi Nyi Naing (2006). Perception of students about the problem-based learning sessions conducted for medical and dental schools’ students of Universiti Sains Malaysia. Education for Health, 19(3), 363 - 368.
15.Barr, R.J., & Tagg, J. (1995). From teaching to learning: A new paradigm for understanding Education. Change, 27(6), 12-25.
16. Barrows, H.S., & Tamblyn, R.N. (1980). Problem-based learning: An approach to medical education. New York: Springer.
17. Bloom, B.S.L. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, Handbook I: The Cognitive Domain. New York: David McKay Co Inc.
18. Creswell, J.W. (2008). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (3rd ed.). NJ: Pearson Prentice Hall.
19. Cynthia Lim & Kathryn Goh (Ed.). (2006). Understanding PBL. PBL Foundation Programme. Singapore: Temasek Polytechnic.
20. Daniel, J. (2012). Sampling essentials: Practical guidelines for making sampling choices. London: SAGE Publications Ltd.
21. Dochy F., Segers M., Van den Bossche P., & Gijbels D. (2003) Effects of problembased learning: a meta-analysis. Learning and Instruction, 13, 533-568.
22. Fogarty, R. (1998). Problem-based learning: A collection of articles. IL, USA: SkyLight Training and Publishing, Inc.



Anonymous

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.