[:::Ilmu:::] ~Bahagian 14~

by October 17, 2016 0 comments
                 Dalam menuntut ilmu, ada yang menjadikan ilmu sebagai alat semata-mata. Iaitu, ilmu itu dituntut hanya untuk memperolehi nikmat keduniaan semata-mata seperti darjat, harta dan sanjungan daripada manusia. Contohnya seorang ilmuan menguasai sesuatu ilmu seperti ilmu perdebatan yang tujuannya hanyalah ingin mendapatkan sanjungan. Seseorang yang mendapat gelaran ustaz,sheikh,maulana dan sebagainya, meskipun zahirnya kata-katanya mengajak manusia ke arah kebaikan, namun dalam jiwanya, berkehendakkan agar manusia menyanjunginya dan memuliakannya. Itu adalah perkara yang yang merugikan diri si penuntut ilmu tersebut. Oleh itu, dalam menuntut ilmu, kita sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada ilmu yang tidak bermanfaat.

                Meskipun ilmu itu kelihatan bermanfaat pada zahirnya, namun, manfaat ilmu itu tidak dapat dikecap oleh kita, iaitu membawa diri kepada semakin hampir kepada Allah s.w.t. Semoga kita semua dilindungi daripada perkara sebegitu. Apa gunanya berilmu kalau ilmu itu tidak memberi sebarang manfaat pada diri kita? Bukankah tujuan menuntu ilmu ialah mendapat manfaat daripanya?

             Ilmu yang membezakan manusia daripada haiwan. Kita tidak pernah mengatakan haiwan2 tertentu berilmu. Hal ini disebabkan hanya manusia yang bersifat dengan sifat ilmu. Dan dalam menuntu ilmu, perlu kita tahu prioriti kita dalam belajar. Hanya kerana semangat ingin tahu, kita mengabaikan ilmu2 yang wajib kita tuntut terlebih dahulu, itu merupakan suatu kezaliman terhadap diri sendiri.
 
             Dalam menuntut ilmu pun kita perlu berlaku adil. Dan dengan ilmu juga manusia dapat berlaku adil. Tanpa ilmu mana mungkin kita dapat berlaku adil dalam pelbagai perkara. Oleh itu kita perlu mencari ilmuan yang tulen. Ilmuan yang tulen berlaku adil kepada diri mereka dan sudah tentu kita dapat mempelajari ilmu2 yang membolehkan kita berlaku adil kepada diri kita. Dengan berlaku adil kepada diri kita,  ini bermaksud kita melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada kita, iaitu diri kita sendiri sebagai amanah tersebut.

             Bersungguh2lah kita dalam mencari guru yang mursyid, dan apabila bertemu dengan mereka, bersungguh2lah pula menuntut ilmu dengan mereka. Kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah agar ditemukan dengan guru yang mursyid agar ilmu yang bermanfaat dapat dituntut daripada mereka. Kita harus ingat bahawa kita mempunyai guru agung iaitu nabi muhammad s.a.w. Dan ajaran yang dibawa oleh baginda s.a.w masih terus diajar oleh pewaris nabi iaitu para ulama tulen. Mereka mewarisi ilmu para nabi. Perlulah kita berusaha untuk mencari dan mengenali mereka, kemudian berdamping dengan mereka. Besar manfaatnya. Sekiranya tidak dapat berdamping dengan mereka, telitilah karya2 mereka dengan penuh rendah diri.

          Semoga usaha kita dalam menuntut ilmu, membawa kita kepada jalan keselamatan. mendapat keselamatan dan kebahagiaan di dunia ini dan dunia yang seterusnya. Akhir kalam, semoga Allah s.w.t mempermudahkan kita dalam menuntut ilmu dan mempermudahkan kita dalam memahami karya2 para ilmuan pewaris nabi.



               

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.