Kapasiti Untuk Memahami

by July 14, 2013 0 comments
         Sebagai seorang intelektual,kita harus sedar bahawa kapasiti untuk memahami adalah berbeza bagi setiap orang.

Terutamanya bila kita melakukan perbincangan terbuka,mereka tidak berhenti untuk mendengar penjelasan kita.Sebaliknya mereka menjelaskan untuk kita mengapa kita berbuat begitu dan jadi begitu.

Mereka membuat andaian dengan yakin bahawa inilah sebab-sebab kita melakukannya atau tidak melakukannya.

Walhal,kita berada di depan mata mereka.Apa salahnya berhenti seketika dan bertanya?Adakah mereka ingin mendengar penjelasan kita?Atau ingin memberi penjelasan mereka?

Inilah yang saya rasa,dialami oleh kebanyakan intelektual.Iaitu,pemikiran kita sukar difahami oleh orang yang hampir dengan kita.Namun kita harus belajar menerimanya dengan baik kerana,kapasiti untuk memahami sesuatu adalah berbeza bagi setiap orang.

Terlintas di fikiran saya suatu ayat atau pun mungkin kata hikmah.Saya kurang pasti sumbernya.Ianya ialah "Knowledge is a burden."

Diri kita terasa terbeban kerana penjelasan yang kita ingin buat,tak dapat dibuat.kerana ada situasi yang kita yakin bahawa jika dijelaskan pun,mereka tak faham,atau menolak untuk cuba memahami apa yang ingin disampaikan dengan berandaian bahawa mereka sudah faham walhal mereka tidak.

Apa yang saya rasa,perbezaan pandang alam antara kita,mungkin menyukarkan bagi kita untuk membolehkan apa yang kita sampaikan dapat difahami.

Teringat pada kata-kata Prof al-Attas,iaitu,"worldview exists in the mind of the learned".

Penulisan ini bolehlah saya katakan sebagai pemikiran saya yang tak seberapa.Kesilapan dalam menyampaikan dan menerangkan.Sudilah membetulkannya.Sekian.

MOHD ARIF SYAFIQ,Versatile Scholar.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.