Punca Akidah Lemah?

by August 13, 2013 0 comments

                Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad,tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah.Secara ringkas,akidah islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan Rasulnya serta apa yang dibawa oleh rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.Ilmu berkenaan akidah membicarakan tentang keyakinan terhadap Allah S.W.T.

                Kita perlu tahu bahawa agama tidak boleh bersandarkan kepada sangkaan,spekulasi dan andaian tetapi mestilah bersandarkan kepada ilmu dan kepastian.

                Punca akidah lemah adalah kerana timbulnya rasa keraguan pada kebenaran islam.Oleh sebab akidah adalah berkaitan dengan keyakinan,maka sudah tentu keraguan menyebabkan akidah seseorang menjadi lemah.Boleh kita katakan bahawa,seseorang yang mempunayi akidah yang lemah bermakna keyakinannya terhadap Allah S.W.T juga lemah.

                Akidah yang lemah,atau saya katakan kurang yakin terhadap Allah S.W.T adalah perkara yang dialami oleh mahasiswa dan mahasiswi kerana pada pemikiran mereka,ianya bukanlah sesuatu yang perlu dititikberatkan kerana mereka merasakan bahawa hidup seharian boleh diteruskan dengan baik,sama ada mereka yakin pada  Allah S.W.T ataupun tidak.Dengan kata lain,mereka berpandangan bahawa mereka masih boleh mencapai kebahagiaan tanpa mempunyai pegangan akidah yang kuat.

                Kita semua tahu bahawa dalam hidup ini,kita ingin mencari kebahagiaan .Apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan?Sebelum menjelaskan perkara ini,ingin saya kemukakan bahawa pemikiran,proses berfikir adalah kunci untuk menguatkan akidah seseorang.Dengan kata lain,keyakinan dalam beragama.Untuk yakin,kita perlu tahu,selepas tahu,kita berusaha untuk faham.Selepas faham,yakin dan tahu,maka kita mempunyai pilihan.Untuk memilih yang benar ataupun yang salah,manusia diberi kebebasan untuk memilih iaitu Freedom of Choice yang memberi erti bahawa kebebasan untuk memilih yang baik untuk dirinya.Bila kita faham,kita akan yakin dengan kebenaran Islam,yakin pada Allah S.W.T,Rasul dan segala ajaran yang disampaikan oleh baginda S.A.W.

                Saya tidak bersetuju  bahawa  pemikiran punca akidah lemah.Sebaliknya,tidak berfikir dengan rational dan merujuk pada para pemikir Islam,adalah punca akidah kita lemah.

                Jadi kita mengatakan bahawa pemikiran punca akidah lemah,maka kita telah menolak sarjana ulung dan pemikir muslim yang telah memberikan sumbangan besar dalam pemikiran Islam dan pendidikan Islam,dan sebagai contoh pada masa sekarang ialah Prof.Syed Muhammad Naquib al-attas.

                Berbalik kepada makna kebahagiaan,kita pada masa kini mengukur kebahagiaan dengan melihat kepada perkara material.Bila difikir dengan kritikal ternyata jelas bahawa mempunyai harta kekayaan bukan jaminan kebahagiaan.Oleh sebab akidah membicarakan tentang keyakinan,kita perlu tahu dan yakin,apakah makna sebenar kebahagiaan.Umumnya,sudah kita ketahui bahawa para Rasul diutuskan untuk 
menyampaikan khabar gembira..Orang yang gembira adalah orang yang bahagia.Maka sekali lagi kita tanya,apakah makna kebahagiaan?Ramai yang semakin keliru dan tidak tahu dengan pasti,apakah yang dimaksudkan dengan kebahagiaan itu?

                Prof.S.M.Naquib al-attas,pemikir Islam mengatakan bahawa untuk mendefinisikan apa itu kebahagiaan,kita mulakan dengan membicarakan tentang lawan kepada kebahagiaan,iaitu kesengsaraan/misery.Bila kita sebut tentang kesengsaraan ianya adalah sesuatu berkenaan dalam diri kita.Dan ragu-ragu adalah salah satu bentuk kesengsaraan.Oleh itu,Islam berbicara tentang yakin.Ringkasnya bila kita yakin akan kebenaran Islam,maka kita melakukan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya dengan rasa rela hati.Bukankah itu makna Islam,iaitu penyerahan diri.Dan juga dikatakan Islam itu bermakna sejahtera.

               Kesejahteraan itu dirasakan dalam diri,sebagai kesan kerana menyerah secara rela,kerana diri itu yakin dan pasti akan kebenaran ajaran yang disampaikan.Maka sudah tentu individu sedemikian dapat kita katakan mempunyai akidah yang kuat.Happiness could be achieved when doubt is removed.

                Semakin terang pada kita,bahawa pemikiran bukan punca akidah lemah.Sebaliknya ,keraguan punca akidah lemah.

Penulisan :
1.Mohd Arif Syafiq b. M.Ridhwan Pang
2.Muhd Aidiq Sufi b. M.Ridhwan Pang (ADFP/American Degree Foundation Programme, INTEC UiTM)



Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.