[:::Ilmu:::] ~Bahagian 19~

by March 31, 2017 0 comments
MAHASISWA PENYAMBUNG TRADISI KEILMUAN
Kita sebagai penuntut ilmu seharusnya sedar bahawa ini suatu amanah yang perlu ditanggung. Jangan sekali-kali kita memutuskan tradisi dengan menolak autoriti yang lama. Sedangkan yang lama itu penuh dengan hikmah.
Dan yang baru dalam erti yang sifatnya suka memperkecilkan autoriti lama yang muktabar, semata-mata bertujuan agar dirinya pula yang menggantikan yang lama, tidaklah wajar diberi perhatian.
Kita lihat bahawa hangat perdebatan dalam soal-soal khilafiah dan dengan banyaknya ustaz picisan,atau ilmuan palsu yang berusaha menonjolkan diri di mata masyarakat sebagai murabbi ummah dengan saling berpencak sesama mereka, menambahkan lagi kekeliruan masyarakat yang memang sudah sedia keliru.
Kita pula bertanya, siapa yang patut kita dengar?Yang mana betul? Pertamanya, tinggalkanlah jidal,kerana ianya banyak membawa kemudaratan.Kedua,usahlah berdebat dalam persoalan-persoalan khilafiah,kerana ia makin membawa kepada perpecahan yang tidak berkesudahan.
Tidak tahu siapa yang patut didengari,bermaksud kita tak tahu siapa ilmuan sebenar,dan siapa penyamar.
Maknanya soalan yang mereka nak tahu jawapannya ialah Siapa Ulama?
Dan soalan ini sebenarnya bukanlah soalan yang benar-benar soalan.Ulama yang benar bersifat dengan ilmu.
Kalau dikenali hakikat ilmu,dapatlah dikenali siapa itu ulama.
Soalan yang betul ialah apa itu ilmu.
Kalau diketahui hakikat ilmu,nescaya dikenali siapa ulama sebenar.Tak tahu siapa ulama bermakna tak kenal apa itu ilmu.
Maknanya ini masalah ilmu.Dan masalah ilmu ini,penyelesaiannya adalah ilmu.
Iaitu ilmu tentang ilmu. Epistemologi lah maknanya. Ini yang sepatutnya diberi perhatian khusus oleh mahasiswa.
Kalau tak kenal apa itu ilmu,layakkah kita menggelar diri kita penuntut ilmu? Adakah kita benar-benar tahu,yang kita tuntut selama ini adalah ilmu, atau pun tidak, kalau ilmu pun tak dikenali oleh kita?
APA ITU ILMU,WAHAI PARA MAHASISWA DAN MAHASISWI SEKALIAN?

Anonymous

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.