Hukuman dan Hak

by September 14, 2014 0 comments




Seseorang yang ditangkap mencuri sesuatu,harus dilihat apa barang yang dicuri.Contohnya makanan dan wang.

Adakah si pencuri itu,keadaannya tidak mendapat hak yang sewajarnya dia dapat ?Adakah masyarakat di kawasan tempat dia tinggal itu membantunya keluar dari kesusahan itu?

Kalau kita bicara berkenaan islam,muslim yang betul2 faham islam, adalah yang memahami erti saling bersaudara dan mengamalkan nilai persaudaraan tersebut.Kalau jiran2 berdekatan tidak membantu saudara yang dalam keadaan susah di sekitar tempat tinggalnya,itu satu kezaliman.

Mencuri tetap satu kesalahan,dan harus dihukum atas jenayah yang dilakukan.Walaubagaimanapun, ini satu peringatan kepada kita,agar membantu saudara kita.

Membantu mereka keluar dari kesusahan yang amat dashyat,bantu saudara kita dari apa saja keperluan mengikut kemampuan kita.Setiap dari inidividu muslim bertanggungjawab dalam soal ini.Jika hanya dipandang enteng,maka persaudaraan atas dasar aqidah ini tidak benar2 terjalin lagi antara kita.

Kalau dengan bukan muslim pula,wajar kita bantu,kerana islam membawa khabar gembira,dan sudah tentu bagi orang yang dalam keadaan daif,jika dibantu keluar dari kedaifannya,itu adalah satu khabar gembira buatnya.




Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.