Puasa dan Kuasa

by June 29, 2014 0 comments




Bulan ini,adalah bulan yang dinanti-nantikan,iaitu Ramadhan,

Kita berpuasa,kerana Allah s.w.t,dan Dia lah yang  akan memberikan ganjarannya.

Ada yang berpuasa,tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga,

Namun harus diingat bahawa,

Segala amal itu bergantung pada niat,dan setiap orang hanya dapat ganjaran sesuai dengan niatnya.

Perbetulkan niat,benar-benar semata-mata kerana Allah s.w.t

Agar ganjaran itu diperolehi.


Apabila berbicara soal ganjaran dari Allah s.w.t,maka kita tahu  dan sedar bahawa Dia lah yang membalas segala amal perbuatan kita.

Perbuatan baik dibalas baik,buruk dibalas buruk.Satu peringatan supaya memerhatikan tingkah laku kita,juga agar sentiasa memohon ampun dari-Nya dan meminta agar diberi petunjuk olehNya ke arah kebaikan,supaya kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang beruntung.

Berpuasa merupakan suatu amalan yang dapat meningkatkan kekuatan spiritual kita.Mengeratkan lagi serta menambahkan kecintaan kita kepada Allah s.w.t..Hadirnya perasaan cinta membuatkan kita rela untuk melakukan,menurut kehendak yang di cintai,serta menjauhi perbuatan yang tidak digemari dan dimurkai.

Dengan adanya perasaan cinta sejati pada Allah s,w.t,nikmat beribadat akan dapat dirasai.

Mudah-mudahan juga,kita akan ingat,sedar dan insaf bahawa hidup di dunia yang sementara ini akan berakhir dan pasti akan berakhir,boleh berakhir bila-bila masa.

Jika kita benar memikirkan soal hidup dengan serius,kita juga akan memikirkan soal mati dengan serius,kerana sesudah mati,kita akan bergerak ke hidup yang satu lagi.Hidup sesudah mati,bergantung kepada cara kita hidup sebelum mati.

Sentiasalah berdoa kepada Allah s.w.t agar diberi kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,dijauhi dari bala bencana di dunia dan juga bala bencana di akhirat.Berdoa juga agar amalan puasa kita membuahkan hasil yang baik Amin!







Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.