BAB 1 : PENGENALAN
Islam
merupakan agama yang menyeluruh dan mencakupi segenap aspek kehidupan manusia.
Kesempurnaan ajaran islam ini boleh dilihat dalam kebolehannya memberi jawapan
serta menyelesaikan segala aspek dalam kehidupan seorang manusia dari aspek
pendidikan,ekononi,undang-undang serta memberikan jawapan yang tepat dan betul
bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Dalam
penulisan ini saya menyentuh berkenaan pendidikan , ilmu, makna kebahagiaan
dalam pandangan islam , pengurusan kewang iaitu perbankan islam , peranan
mahkamah syariah dan ciri-ciri kerajaan islam dengan merujuk kepada beberapa
sumber dan penulisan karya-karya tokoh yang berautori dalam bidang
masing-masing seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas tokoh tempatan negara kita,
Imran Nazar Hossein yang sering mengunjungi Malaysia untuk memberi syarahannya
berkenaan sistem kewangan islam dan aspek riba, Muhammad Asad, penulisan dari
sarjana di IKIM(Institut Kefahaman Islam Malaysia) dalam bidang mahkamah
syariah serta laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia berkenaan beberapa info
bersabit dengan perbankan islam.
Contoh-contoh
yang diberikan dalam penulisan ini adalah untuk menunjukkan dengan sebaiknya
berkenaan dengan ciri-ciri syariah yang bersifat syumul. Saya berfikiran bahawa
sekurang-kurangnya penulisan saya ini memberikan gambaran yang memuaskan dalam
mencapai objektif penulisan saya.
BAB 2 : CIRI-CIRI KESYUMULAN ISLAM
A.PENDIDIKAN DALAM ISLAM
Kehebatan
dan kemuliaan serta martabat seseorang umumnya dilihat dari tahap
pendidikannya. Maka dalam islam, mempunyai konsep-konsep mendidik yang
tersendiri yang mendidik umat islam agar menjadi seorang insan yang berjaya di
dunia dan di akhirat.Tidak seperti fahaman-fahaman tertentu yang menafikan
kewujudan hidup sesudah mati,mereka hanya memberi perhatian kepada kejayaan di
dunia sahaja kerana pada pandangan mereka hidup sesudah mati itu tidak ada
kerana tidak dapat dibuktikan. Walau bagaimanapun, kita menerima sebagai suatu
yang benar-benar ada kerana kita menerima al-Quran itu sebagai kalam Allah yang
ditujukan kepada sekalian manusia yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Di
sinilah beza utama dalam aspek pendidikan iaitu penerimaan atau penolakan
al-Quran itu sebagai wahyu yang diturunkan oleh Tuhan yang menjadikan sekalian
alam semesta ini. Titik perbezaan utama pendidikan dalam islam bermula di sini.
Di
sinipun sudah menunjukkan kesyumulan islam kerana pendidikan pada pandangan
islam mencakup segenap kehidupan, dari lahir hinggalah meninggal dunia dan juga
membicarakan aspek-aspek,ciri-ciri serta nasib hidup sesudah mati yang
dipengaruhi oleh cara kita menjalani hidup di dunia ini,sama ada bertentangan
atau selari dengan ajaran islam.
Untuk
menyentuh dengan lebih dalam sebagai contoh, ilmuan islam membicarakan dengan
mendalam berkenaan soal ilmu. Ilmu adalah ketibaan makna kepada diri, iaitu
Allah s.w.t sebagai sumber Ilmu(al-Attas, 1980.).
Dengan
ilmu manusia akan dapat membezakan benar dan salah.Serta dengan ilmu manusia
akan takut kepada Allah s.w.t,taat kepada perintahnya dan akan menjadi hamba
yang bersyukur kerana telah diciptakan oleh Allah s.w.t. daripada tiada kepada
ada.Seterusnya,martabat orang yang berilmu itu berbeza dengan orang yang tidak
berilmu.Disebut dengan jelas aspek ilmu ini oleh Allah s.w.t :
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang
yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil
takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?
"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah
sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak
mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran
dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Az-Zumar 39 : 9)
Ayat
ini menerangkan lagi bahwa orang yang sempurna akalnya sudah pasti akan
mengakui dan megiktiraf orang-orang yang ilmu, dan orang yang benar-benar
menggunakan akal yang diberi akan menuntut ilmu agar dapat menjadi hamba Allah
yang berjaya dalam perjalanan kehidupannya dan mendapat keredhaanNya.
B. KONSEP KEBAHAGIAAN DALAM ISLAM
Menyebut
soal hidup dan mati,tidak lari dari persoalan berkenaan hidup yang bagaimana
yang diinginkan? apakah yang dicari dalam hidup ini? dan bagaimanakah cari
untuk mendapatkan apa yang dicari itu? Bagi menjawab persoalan ini, islam
menawarkan jawapan yang tepat. Dan ini merupakan bukti yang tidak dapat
dinafikan lagi berkenaan aspek syariah islam yang mencakupi segenap kehidupan
insan. Apabila direnung dan diperhatikan, kita akan lihat manusia menyibukkan
diri dengan pekerjaan dunia. Untuk apa? Ini adalah agar moga-moga dengan usaha
yang mereka lakukan itu,mereka akan akhirnya berjaya mengecapi nikmat
kebahagiaan hidup. Ada yang berfikiran bahawa mempunyai harta yang banyak,
pasangan hidup yang baik, anak yang ramai ,pangkat yang besar itu merupakan
ciri-ciri seseorang itu berada dalam keadaan bahagia.
Tetapi,bila
dilihat sekali lagi,ternyata ianya tidak benar secara sepenuhnya. Kita lihat,
ramai artis yang mempunya pasangan hiduo yang berupa paras cantik dan
menarik,juga mempunyai masalah rumah tangga,seperti perceraian. Mereka yang
mempunyai harta juga tidak berasa cukup dengan harta yang ada,dan sentiasa
mahukan lagi agar dapat lebih bahagia,namun dalam mencari harta itu,tetap tidak
juga berasa bahagia. Maka,apakah maksud bahagia yang sebenarnya? Dan apakah
erti bahagia yang dimaksudkan dalam islam?
Untuk
memahami bahagia pada pandangan alam islam, kita pergi dahulu kepada lawan bagi
perkataan bahagia,iaitu sengsara. Apabila menyebur soal kesengsaraan, dan bila
difikirkan dan direnungkan dengan mendalam berkenaan kesengsaraan, kita akan
jelas dalam benak fikiran kita bahawa ianya adalah suatu keadaan dalam diri
kita sendiri.
Dan, antara kesengsaraan yang paling
dasyat ialah keraguan. Kekasih yang bercinta, putus hubungan percintaan kerana
timbul keraguan berkenaan kesetiaan pasangan kekasihnya, peniaga dan pelanggan
tidak berjual beli kerana ragu-ragu akan harga barangan serta kualiti barangan.
Dan
seseorang itu tidak akan menggunakan sebarang ubat-ubatan untuk menyembuhkan
sakit yang luka apabila dia sendiri ragu-ragu dengan keberkesanan ubat itu atau
ragu-ragu dengan apa yang diperkatakan oleh doktor itu sendiri.
Lawan
kepada perkataan keraguan ialah keyakinan. Oleh itu, islam berbicara soal
iman,soal yakin. Dan menurut Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas(2002),
”Happiness is when doubt is removed”. Ini membawa maksud bahawa kebahagiaan itu
dapat dicapai apabila keraguan itu dapat dibuang dalam diri seseorang. Dalam
keadaan ragu-ragu seseorang itu tidak mungkin dapat mencapai kebahagiaan. Kita
dapat lihat, bagi manusia yang menolak Wahyu Allah, mereka akan menolak berkenaan
hidup sesudah mati, maka mereka akan ragu-ragu berkenaan apakah ada hidup
sesudah mati? Hidup yang bagaimana? Dan mereka sangat takut untuk meninggalkan
segala nikmat dan kemewahan hidup di dunia ini. Namun,mereka terpaksa akur,
bahawa tiada manusia yang pernah terlepas dari takdir menemui mati dalam
perjalanan hidup mereka. Oleh itu dalam hati mereka, perasaan kesengsaraan yang
sangat dasyat sentiasa menyelubungi hati mereka.
Islam
menjelaskan bahawa hidup sesudah mati itu pasti dan mereka akan diberikan
ganjaran sesuai dengan amalan yang dilakukan oleh mereka di dunia ini. Umat
islam yang benar-benar yakin dan beramal dengan ajaran islam, akan jelas dan
yakin bahawa balasan yang baik adalah untuk mereka yang beramal baik serta yang
paling utama ialah menyerah diri kepada Allah s.w.t dengan mematuhi segala
perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Oleh itu hanya dengan menerima
islam sebagai panduan hidup, manusia akan benar-benar merasai kebahagiaan
hidup,serta berjaya dalam hidup di dunia dan diakhirat. Hati mereka akan
menjadi tenang, serta menganggap segala yang berlaku di dunia ini adalah ujian
daripada Allah s.w.t untuk menguji hambaNya. Penjelasan ini menunjukkan
kesyumulan islam dalam erti kata memberi petunjuk kepada manusia ke jalan yang lurus
dan sudah tentunya ia jalan yang wajib diikuti kerana ditunjukkan oleh Pencipta
sekalian alam dan pencipta manusia itu sendiri.
C. EKONOMI : LARANGAN RIBA
Riba
ialah memberi pinjam dan meminjam dengan adanya kadar faedah. Riba ialah suatu
bentuk penindasan yang disebut oleh Allah s.w.t dalam ayat berikut :
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu
pemberian atau tambahan yang kamu berikan (iaitu laburkan) dengan riba, supaya
bertambah (iaitu keuntungan) kembangnya dalam pusingan harta manusia (iaitu
dari penat lelah orang lain) maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi
Allah (jadi Allah tidak bersetuju dengannya). Dan sebaliknya sesuatu pemberian
sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah
semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh
pahala berganda-ganda.
(Surah Ar- Rum 30 : 39)
Seterusnya,
ayat al-Quran berikut menjelaskan bahawa urus niaga jual beli adalah tidak sama
dengan Riba. Ini disebabkan riba hanyalah memberi keuntungan pada sebelah pihak
dan menindas pihak yang lain,manakala jual beli adalah melibatkan kepuasan
bersama dalam urusniaga tersebut,malah diberi amaran keras terhadap mereka yang
mengamalkan riba :
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu
tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk
Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian
ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama
sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli
(berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya
peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba),
maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi
haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi
lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya.
(Al-Baqarah 2 : 275 )
Dalam aspek urus niaga, iaitu bab
ekonomi umat islam, terdapat panduan-panduan yang ditetapkan dalam islam agar
semua pihak mendapat hak masing-masing dalam urusan jual beli seadilnya. Ini
merupakan satu contoh yang jelas berkenaan kesyumulan syariat islam dalam aspek
muamalat.
D. Kerajaan Islam (Islamic State)
Manusia
berkembang dari individu, kemudian individu-individu itu membina keluarga, yang
terdiri dari isteri anak-anak dan lama-kelamaan pelbagai keluarga di suatu
kawasan saling berkembang,berkembang menjadi masyarkat, dan dari pengurusan
masyarkat, ianya akan menjadi semakin kompleks dan akan terbinanya sebuah
kerajaan untuk menguruskan pelbagai aspek kehidupan yang menjadi tanggungjawab
kerajaan agar rakyat dapat hidup dengan
aman dan sejahtera. Oleh kerana syariah islam itu lengkap, maka sudah tentu
ianya termasuk dalam memberi garis panduan yang betul dalam mentadbir sesebuah
kerajaan selari dengan ajaran islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Saya
memetik kata dari seorang tokoh , ”A state inhabited predominantly or even
entirely by muslims is not necessarily synonymous with an ’Islamic state’ : it
can become truly Islamic only by virtue of conscious, application of the social
political tenets of islam to the life of the nation,and by an incorporation of
those tenets in the basic constitution of the country ”(Muhammad Asad, 1999).
Berlandaskan
apa yang dinyatakan oleh beliau, sesuatu kerajaan itu akan menjadi kerajaan
islam apabila pentadbirannya menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai rujukan
utama. Sesebuah pentadbiran itu haruslah melakukan kebaikan dan mencegah
kemungkaran, oleh itu undang-undang yang digubal adalah perlu memenuhi tuntutan
itu agar keadilan dapat ditegakkan. Sesebuah kerajaan itu umumnya mempunyai
perlembagaannya tersendiri, dan perlembagaan itu haruslah mempunyai nilai-nilai
keadilan seperti yang dituntut oleh islam. Undang-undang islam yang umumnya
disebut sebagai hudud adalah bermaksud batasan dari perkataan hadd. Maka dalam
konteks umum,sesuatu hukuman yang ditetapkan atau undang-undang yang digubal
hendaklah sesuai dengan kesalahan yang dilakukan agar tidak menzalimi si pesalah
lalu melampaui batas dalam menghukum. Dan ini memerlukan pakar iaitu ahli fiqh
atau ahli perundangan,jurisprudens yang memahami hukum islam dengan mendalam.
BAB 3 : APLIKASI SYARIAH DALAM BIDANG DI
MALAYSIA
A.MAHKAMAH SYARIAH
Dalam
menjalani kehidupan seharian di bumi yang fana ini,sebagai seorang muslim sudah
tentu akan ada masa-masa kita ditimpa masalah. Maka, mahkamah syariah diberi
kuasa untuk menguruskan hal ehwal orang islam iaitu hukum syarak berkenaan harta
wasiat, pertunangan ,perkahwinan,perceraian, nafkah, pengambilan anak angkat,
pembahagian harta, menghukum orang islam yang melanggar undang-undang islam dan
sebagainya.Mahkamah syariah berperanan untuk menyelesaikan perkara-perkara yang
bersangkut paut dengan akidah umat islam serta memastikan perkara yang
diputuskan adalah selari dengan kehendak syarak.
Sungguhpun
bidang kuasa dikurniakan kepada mahkamah syariah tidaklah seluas mahkamah
sivil, namun dalam bidang kuasa yang terhad itu, apabila dilaksanakan dengan
adil, maka ianya pasti akan mendapat pengiktirafan masyarakat serta diberi
kepercayaan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dibawa bidang kuasa
mahkamah ini. Namun harus kita ingat, ianya tidak memberi maksud bahawa
mahkamah sivil itu bercanggah dengan islam, kerana badan kehakiman pada
dasarnya adalah bertujuan untuk memberi keadilan kepada pihak yang terlibat
dalam proses perundangan tersebut.Harus kita beri perhatian bahawa
undang-undang dalam badan kehakiman mempunyai satu tujuan besar, iaitu memberi
keadilan. Maka, untuk melihat,menilai dan memperbaiki kekurangan dari segi
kefahaman dan pelaksanaan sama ada dari segi mahkamah syariah, mahupun mahkamah
sivil, ianya memerlukan ahli-ahlinya. Dan untuk menjadi ahlinya perlukan
ilmu.Itulah hikmah disebalik wahyu pertama yang mengajak manusia menuntut ilmu
agar dengan ilmu adanya ilmu yang mendalam,setiap perkara itu dapat diletakkan
pada tempatnya masing-masing dengan betul.
B.PERBANKAN ISLAM
Perbankan
Islam adalah satu sistem perbankan berlandaskan lunas dan prinsip Syariah dan
didukung oleh sistem ekonomi Islam. Mengharamkan pengambilan riba’ (mengumpul
dan memberi faedah), pengenaaan kadar faedah yang terlalu tinggi kepada
pinjaman dan perniagaan yang tidak halal di sisi Islam. Sistem kewangan islam
ini adalah satu inisiatif oleh umat islam bagi melepaskan diri dari jerat
penindasan yang umumnya terdapat dalam system konvetional yang mengenakan riba
pada peminjamnya. Sistem ini dilihat sebagai satu alternatif baik yang mendapat
sambutan hangat dalam kalangan umat islam dan bukan islam.
Terdapat
10 konsep yang biasa digunakan dalam perbankan islam seperti
mudharabah (perkongsian untung) , murabahah
(kos tokok) , wadiah (simpanan) ,
musyarakah (usaha sama), bai’ bithaman ajil (pembayaran jualan tertangguh) ,
wakalah(agensi), qardhul hassan
(pinjaman ihsan) , ijarah thumma al bai’(sewa beli) , bai’ al-inah (perjanjian jual dan beli balik)
, hibah (hadiah).
Dengan
beroperasinya perbankan islam yang didakwa menepati kehendak syariah islam,
satu penyelesaian sangat baik yang ditawarkan ini wajar diambil dalam
menyelesaikan perkara yang bersabit dengan urusan jual beli agar kita bebas
daripada cengkaman riba, lalu membawa
kita kepada menimbulkan kemurkaan Allah s.w.t kerana Allah s.w.t dan rasulNya mengistiharkan perang kepada
umat islam yang enggan meninggalkan riba serta diberi penegasana bahawa jika
seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya pasti akan
menitikberatkan soal riba dan meninggalkan serta merta apabila mengetahui
dirinya terlibat dengan riba.
C. ASPEK PENDIDIKAN
Dalam
bidang pendidikan kita mementingkan cara mendidik dengan betul.Dan mendidik
dalam konteks islam bukanlah untuk menghasilkan manusia yang cemerlang dunia
sahaja,bahkan cemerlang dunia dan akhirat menjadi sasaran kerana hidup di
kahirat adalah suatu hidup yang kekal abadi. Kebahagiaan atau kesengsaraan
hidup di dunia dan akhirat bergantung kepada cara seseorang itu memahami tujuan
dia diciptakan serta tujuan akhirnya dalam hidup.Perkara inilah yang dididik ke
dalam diri seseorang insan sebagai seorang muslim.
Tujuan
pendidikan adalah untuk menghasilkan manusia yang baik. Sudah tentu manusia
yang baik merupakan manusia yang mempunyai adab dalam setiap perbuatannya
mahupun pergaulannya sesama insan bahkan
menjaga hubungan dengan Allah sesuai dengan dirinya sebagai hamba. Itulah
makhluk yang beradab, yang mengenali dirinya dan meletakkan dirinya pada tempat
yang betul. Dengan ilmu yang betul,manusia akan dapat mengenali semua itu.
Untuk
mengenali tempat diri sendiri, ini perlukan ilmu, iaitu hasil dari proses
pendidikan yang dijalani oleh seseorang. Oleh itu menurut Prof.Syed Muhammad
Naquib al-Attas(1980), pendidikan adalah penyemaian dan penanaman adab dalam
diri seseorang individu. Adab ini dalam erti kata tindakan yang betul, selaras
dengan keadilan. Keadilan itu bermaksud suatu keadaan perkara itu berada pada
tempatnya yang betul. Apabila kita beradab pada sesuatu,maka kital letakkan
sesuatu itu pada tempatnya yang betul,contohnya melayan ibu bapa kita atau
ister dan anak-anak kita, apabila kita melakukan perka yang betul, keadaan yang
terhasil dari kita melakukan perkara yang betul itu dipanggil adil. Sesuailah
dengan pernyataan yang berbunyi syariah itu asas keadilan.
BAB 4 : KAEDAH PENAMBAHBAIKAN
A. BERI AMANAH PADA AHLINYA
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan
apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu
menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi
pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
(Surah An-Nisa’ 4: 58 )
Apabila
kita tahu seseorang itu layak untuk menjalankan tugas tersebut,maka kita
hendaklah merekemenkan seseorang itu untuk tugas tersebut.Sekiranya kita tahu
dia tidak layak untuk melaksanakan tugas tersebut,kita janganlah berikan
tanggungjawab itu padanya. Namun sekiranya seseorang itu sudah menyandang
jawatan atau mengambil tanggungjawab tersebut, maka perkara yang perlu dibaiki
ialah ilmu penyandang jawatan tersebut, dengan berusaha meningkatkan
kecekapan,kemahiran serta memperbaiki kesilapan yang lalu dan belajar dari
pengalaman orang yang lalu serta kesilapan yang lalu.
B. MENUNTUT ILMU SESUAI DENGAN AMANAH
YANG DIPIKUL
Umumnya
kita akan tahu dimana kekurangan kita apabila kita memegang suatu tanggungjawab
dalam suatu organisasi. Maka haruslah kita meningkatkan ilmu dan kefahaman kita
agar dapat melaksanakan tugas dengan efisien. Kita harus merujuk pada merek
yang lebih pakar daripada kita dalam bidang yang kita diamanahkan.
Dalam
pembaikan pelaksanaan syariah, seringkali masalah yang timbul ialah dari
individu itu sendiri kerana kekuranangan ilmu, yang mengakibatkan tidak cekap
dalam menjalankan tugas. Pihak yang bertangunggjawab melihat dan memastikan
kelicinan syariah islam dalam pelbagai bidang yang bersabit, haruslah
menjalankan kursus yang sesuai bagi pemegang amanah tersebut dan menilai
pencapaian dan prestasi pekerja yang menjalankan tugas tersebut dari semasa ke
semasa.
Teguran
perlulah diberi apabila kesilapan yang dilakukan adalah diakibatkan kecuaian
dalam menjalankan tugas. Manakala apabila diri kita sendiri yang memikul
tanggungjawab itu, haruslah kita sentiasa muhasabah diri kita dan memperbaiki
kemahiran kita dengan beransur-ansur agar hasilnya kita dapat melaksankan tugas
yang diberi dengan baik. Dengan ini,secara keseluruhannya pelaksanaan syariah
secara keseluruhannya akan bertambah baik.
BAB 5 : KESIMPULAN
Secara
keseluruhannya kita dapat lihat bahawa hujah-hujah dan contoh yang diberi
menunjukkan bahawa syariah islam adalah bersifat menyeluruh dalam menguruskan
segenap aspek kehidupan manusia.
Dalam
menguruskan masalah keluarga serta perkara yang menyentuh masalah akidah umat
islam , kita akan merujuk kepada mahkamah syariah. Dari segi kewangan pula,
ilmuan islam memberi satu alternatif dengan menawarkan sistem perbankan islam
agar umat islam melakukan urusan jual beli,pelaburan dan sebagainya selari
dengan kehendak syariah islam. Seterusnya, dalam islam mendidik umatnya agar
menjalani hidup di dunia dengan menyedari bahawa dunia ini adalah sementara dan
ada akhirat yang kekal abadi sebagai balasan kepada amalan hidup di dunia.
Dengan
mempunyai didikan yang baik serta ilmu yang benar, umat islam akan dapat
menyedari dan meyakini dengan seyakinnya bahawa syariah islam adalah lengkap
dan merupakan satu-satunya jalan penyelesaian bagi memimpin manusia kearah
kebahagiaan yang hakiki.
Sebagai
penutup bicara setiap daripada kita haruslah bersungguh-sungguh mengamalkan
gaya hidup islam dengan cara menyelsaikan perkara dengan merujuk kepada
al-Quran dan sunnah nabi Muhammad s.a.w agar cara kita menjalani hidup kita
mempamerkan kesyumulan ajaran islam itu sendiri.
(2847 patah perkataan)
APENDIKS
RUJUKAN
/ REFERENSI
1. Syed Muhammad Naquib al-Attas.(1980), The Concept of Education in Islam :A
Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur : HAKIM.
2. Syed Muhammad Naquib al-Attas.(2002), Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam
Islam. Kuala Lumpur : ISTAC.
3. Imran Nazar Hossein.(1997), The Prohibition of Riba in The Quran and
Sunnah. Kuala Lumpur : Ummavision.
4. Muhammad Asad.(1999),The Principles of State and Government in
Islam. Kuala Lumpur : IBT
5. Siti Shamsiah.(2013), Bidang Kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia : Satu Pengenalan Ringkas.
Dimuat turun pada 1 Mac 2015 daripada
6. Info Perbankan.(2007), Fahami Perbankan Islam. Dimuat turun
pada 1 Mac 2015 daripada