1.0 PENGENALAN
Umumnya
sebagai penganut agama islam yang dibawa oleh nabi Muhammad s.aw, kita
bertanggungjawab memahami asas-asas akidah dan akhlak agar dapat dijadikan
panduan hidup agar kita dapat berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Apabila
kita melihat masyarakat kita yang terdiri dari muda-mudi islam yang melakukan
kerosakan ke atas diri mereka dan dengan gaya hidup yang tidak berpegang pada
ajaran islam, perlu bagi kita berusaha membimbing mereka kembali ke jalan yang
benar. Kejadian zina, yang kemudiannya ada yang terhasilnya anak luar nikah
perlu diambil serius kerana islam amat mementingkan soal-soal hubungan lelaki
dan wanita dengan cara yang halal dan betul seperti yang digariskan.
Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya
zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang
membawa kerosakan).
(Al Isra’ 17:32)
Petikan dari ayat al-Quran di atas,
merupakan satu larangan dari Allah s.w.t agar tidak mendekati perbuatan zina.
Oleh disebabkan bahaya perbuatan zina yang akan merosakkan nama baik
keluarga,serta merosakkan salasilah keluarga seperti lahirnya anak luar nikah,
maka mendekat saja sudah dilarang. Namun,wajar diingatkan bahawa anak luar
nikah itu tidak boleh dihina,diketepikan,dipandang hina kerana perbuaan yang
haram itu bukan dilakukan olehnya,tetapi oleh ibu bapa mereka. Menyalahkan pihak
yang patut disalahkan adalah salah satu tanda keadilan,dan menyalahkan orang
yang tidak bersalah adalah tanda kezaliman. Setiap perkara ada batasannya.
Maka,
harus dibimbing bagi mereka yang sudah sedar kesilapannya,dan bagi yang masih
lalai,harus diingatkan dengan cara yang berhikmah.Syed Muhammad Naquib al-Attas
(1993) mengatakan bahawa pendidikan ialah penyemaian adab ke dalam diri
seseorang.Maka seorang melakukan perbuatan terlarang ialah seorang yang tidak
beradab kepada dirinya dan juga kepada Tuhan. Adab ini membawa maksud tindakan
yang betul,yang mana ianya diperturunkan secara turun temurun iaitu sumbernya
ialah dari pelita para nabi.
Antara
usaha yang boleh kita buat ialah menyemai fahaman akidah dan akhlak dengan baik
dengan kata lain semua ini termasuk dalam proses mendidik berdasarkan cara yang
diajar oleh nabi kita. Syed Muhammad Naquib al-Attas(1976) mengatakan bahawa
agama dalam konteks islam adalah din.
Perkataan din juga membawa maksud keberhutangan,iaitu kita berhutang
kepada Allah s.w.t kerana kita djadikan dari Allah daripada tiada kepada ada.
Kita berhutang kepadanya kerana jasad dan roh kita bukanlah milik kita. Sebagai
orang yang berhutang, kita perlu membayar hutang tersebut berdasarkan
syarat-syarat yang ditetapkan.
Maka
kita harus patuh dengan syarat-syarat yang ditetapkan iaitu mengikut
perintahnya serta menjauhi larangannya. Harus kita sedar bahawa kita telah pun
bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan, berdasarkan ayat :
Maksudnya : Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan
zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia
jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan
firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab:
"Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian
supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah
lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Al- ’A’raf 7:172)
Maka
akan dijelaskan dan diberi peringatan selanjutnya berkenaan akidah dan akhlak
dalam islam, serta perkara yang membawa pada terjadinya gejala sosial dalam
kalangan umat islam agar tindakan yang baik dan sesuai dapat diambil bagi
memastikan umat islam dapat mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat,hasil dari patuh pada perintah Allah s.w.t
2.0 DEFINISI AKIDAH DAN PENJELASANNYA
Akidah
dari segi bahasa bererti pegangan yang kuat,manakala dari segi istilah
bermaksud keyakinan yang pasti tanpa syak. Maka, akidah islam bermaksud
kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah ,beriman dengan
nama-namaNya, segala sifatNya, beriman dengan para malaikat, kitab-kitab , para
rasul dan nabi, dan beriman dengan segala ketentuan Allah.
Ilmu
berkenaan akidah membincangkan berkenaan keyakinan pada Allah dan
sifat-sifatNya. Ilmu ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu tauhid,
usuludin , makrifat kalam dan akidah. Tauhid membicarakan berkenaan sifat Allah
yang wajib diketahui dan dipercayai. Usuludin membicarakan berkenaan perkara
pokok dalam agama, makrifat membicarakan berkenaan cara-cara mengenal Allah
s.w.t, kalam berkenaan perbahasan akidah dengan dalil-dalil aqliah secara
ilmiah dan akidah berkenan perkara yang berkaitan dengan keimanan pada Allah
s.w.t
Seorang
muslim harus berpegang dengan akidah yang selari dengan Al-Quran dan sunnah.
Terdapat beberapa perkara dalam aqidah yang wajib diimani. Antaranya ialah
beriman bahawa pencipta alam ialah Allah s.w.t yang maha berkuasa. Jika
diperhatikan dengan serius dan kritikal,kita akan lihat keindahan dan
kesempurnaan alam ini seperti haiwan,tumbuh-tumbuhan,buki-bukau serta kejadian
diri kita sendiri menunjukkan dengan jelas
bahawa alam ini terlalu sempurna untuk dikatakan terjadi dengan
sendirinya secara kebetulan. Dan kekuasaan Allah s.w.t yang memastikan segala
ciptaanNya berfungsi mengikut ketetapanNya.
Kedua
ialah percaya bahawa Allah s.w.t mencipta segalanya dengan tujuan. Contohnya
pokok-pokok yang terdiri dari pelbagai jenis. Ada pokok yang digunakan untuk
membuat tempat berteduh, dan perkakas memasak , ada pokok yang digunakan
sebagai perhiasan di halaman rumah, ada
juga pokok yang digunakan sebagai herba-
herba untuk mengubat pelbagai penyakit
seperti luka, kencing manis, darah tinggi serta memberi tenaga bagi mereka yang
mengambilnya sebagai suplemen secara berterusan. Seterusnya kita lihat pada
haiwan yang dijadikan sebagai ternakan, untuk dijadikan makanan, ada yang
dijadikan sebagai haiwan peliharaan seperti kucing dan ikan hiasan serta haiwan
yang kulit dan bulunya digunakan sebagai
pakaian terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bercuaca sejuk.
Akhirnya
kita renung pada diri kita.Kita boleh lihat fungsi tubuh badan kita yang
digunakan untuk melihat,merasa, berfikir dan juga digunakan untuk memahami
segala ciptaanNya. Perlu juga direnung tujuan penciptaan kita dengan menghayati
ayat :
Maksudnya
: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Adh-Dhariyat 51 : 56 )
. 2.1
DEFINISI AKHLAK DAN PENJELASANNYA
Akhlak
menurut bahasa berasal dari perkataan
al-khulq yang bermaksud tabiat,kelakuan,perangai,kebiasaan. Manurut
istilah pula bermaksud sifat yang tertanam dalam diri yang dapat mengeluarkan
sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah. Soal-soal akhlak yang baik(husn
al-khuluq) adalah berlegar dalam 4 nilai utama iaitu kebijaksanaan (hikmah), keberanian(shaja’ah), kesederhanaan(’iffah) , dan keadilan
(’adalah). Akhlak sebenarnya bukanlah pengetahuan berkenaan baik atau
jahat,bukanlah kapasiti untuk menjadi
baik atau jahat,ataupun tindakan.Akhlak ialah keadaan jiwa yang tertubuh dalam
diri.
Contohnya,seorang
yang pemurah jiwanya rela memberi ,iaitu keadaan jiwanya tertubuh dengan stabil
hinggakan dia tindakannya memberi adalah sangat mudah baginya. Untuk menjadi
seorang pemurah, kesedaran dalam jiwa serta tindakan yang mendorong ke arah itu
dilakukan secara berterusan agar tertubuh sikap pemurah dalam jiwanya dengan
stabil.Apabila keadaan ini berlaku,dia sudah mempunyai sikap seorang yang
pemurah.
Seterusnya
ialah perbicaraan berkenaan 4 nilai utama :
a.Kebijaksanaan(Hikmah)
Kebijaksanaan ialah pemebrian dari Allah
s.w.t kepada manusia melalui fakulti
rational, yang kognitif dan aktif.Aspek
kognitif kebijaksaan adalah merujuk pada
teoritikal dan praktikal.Kebijaksanaan ini
terhasil apabila seseorang itu boleh
membezakan kenyataan benar dan kenyataan
salah, membezakan kepercayaan
betulda dan kepercayaan salah dab membezakan
tindakan betul dan tindakan
yang salah.Jika kebijaksanaan
digunakan untuk tujuan yang salah,seseorang itu
menjadi licik,manakala jika
kekurangan kebijaksanaan dengan kadar ekstrim,
seseorang itu menjadi bodoh.
’ b.Keberanian(Shaja’ah)
Keberanian
merupakan sub kepada jiwa haiwaniyah.Ianya adalah kesabaran,
ketahanan,pemaaf,menyimpan
rahsia dan meniai sesuatu dengan betul.
Keberanian adalah di tengah-tengah antara terburu-buru dan
penakut,diiringi
dan patuh kepada akal rational serta perintah agama.
c.Kesederhanaan(’iffah)
Ianya
adalah ditengah-tengah antara ekstrim sama ada berlebih-lebihan atau
terlalu kurang. Sikap ini terkawal melalui jiwa yang mengenal batasan
sesuatu
perkara dan bertindak mengikut batasan yang ditetapkan. Seseorang yang
berlebihan tanpa batasan menghasilkan sifat tamak,dan terlalu
kurang
menghasilkan kemusnahan keinginan.
d.Keadilan(’adalah)
Adil
adalah nama Allah s.w.t. Keadilan adalah berdasarkan kebijaksanaan
(hikmah). Keadilan ialah suatu keadaan perkara itu berada pada tempatnya
Lawan
kepada adil ialah zalim.Seorang yang adil ialah seorang yang
Meletakka
setiap perkara pada tempatnya masing-masing.
3.0 FAKTOR KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH
Anak
luar nikah bermaksud anak yang dilahirkan luar daripada nikah sama ada hasil
daripada zina atau rogol, anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 lahzah Qamariah
dan dia bukan hasil daripada persetubuhan syubhah,atau anak yang yang
dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada
bukti dari segi syarak iaitu pengakuan(iqrar) suami dan isteri atau salah
seorang atau 4 orang sakski yang memenuhi hukum syarak.Mengikut rekod Jabatan
Pendaftaran Negara(JPN) bilangan Sijil Kelahiran didaftarkan tanpa nama bapa
ialah sebanyak 257,411 dari tahun 2000 hingga 2008,manakala dari 2008 hingga
2010 ialah seramai 152,182 orang.Terdapat pelbagai faktor yang mendorong
berlakunya perkara ini :
a.Pengaruh daripada barat.
Barat
disini bermaksud perkara-perkara sekular yang dibawa oleh barat,seperti yang
dilaungkan oleh Friedrich Nietzsche iaitu ’God
is dead’.Maka nilai agama tidak menjadi rujukan.Manusia yang menentukan
sama ada suatu nilai itu boleh diterima mahupun tidak.Seperti hubungan seks
tanpa ikatan perkahwinan.Dalam kalangan remaja,ada yang tertarik dengan nilai
romantik sambutan Hari Kekasih atau Valentine’s Day.Mereka melayari hubungan
cinta mereka dengan pelbagai aktiviti seperti menonton wayang,bersukan,bercuti
ke tempat peranginan bersama-sama yang umumnya menghabiskan masa mereka dengan
kegiatan seksual.Perkara ini menjadi semakin merebak apabila dilakukan oleh
artis-arti yang sudah tentunya akan menjadi ikutan para peminat mereka.
b.Masa Lapang Tanpa Aktiviti Berfaedah
Dalam
teruramah yang dilakukan oleh Ariffie Igat,wartawan TV3 dengan seorang gadis
yang melahirkan anak luar nikah,dalam merungkai kes remaja hamil luar nikah di
Sarawak,menyatakan bahawa perkara ini berlaku akibat masa lapang tanpa sebarang
aktiviti berfaedah. Kebanyakan kejadian kes berlaku pada musim cuti
sekolah.Rakan sekelas,atau sama sekolah atau kenalan di kawasan perumahan
mahupun kenalan secara atas talian, akan bersua muka bagi mengisi masa lapang
sepanjang musim cuti sekolah.Apabila hubungan cinta mula berputik antara
pasangan,maka perlakuan seksual berlaku sebagai satu cara membuktikan rasa
cinta mereka pada pasangan masing-masing.Ada juga yang ditipu dan terperangkap
lalu berlakulah perbuatan rogol,serta penderaan seksual.
c.Masalah keluarga.
Banyak
kes yang tejadi terdiri dari mereka yang mempunyai masalah keluarga,dan ada
juga yang berpendapatan rendah.Bagi keluarga yang bermasakah seperti perceraian
antara ibu bapa atau pertelingkahan dalam kalangan ahli keluarga menimbulkan
tekanan pada diri remaja.Maka mereka ingin menghilangkan stress yang terkumpul
dalam diri maka mereka keluar untuk berjumpa dengan rakan-rakan bagi berkongsi
masalah.Ada rakan-rakan yang menceritakan bahawa kegiatan seks dapat
mengurangkan tekan dalam diri,maka mereka yang tertarik dengan kajian ini yang
dilakukan oleh Prof.Hilda
Hutcherson,pakar ginekologi dan obstetrik. Hakikatnya mereka lupa bahawa yang
dilarang bukanlah kegiatan seksual itu,namun yang dilarang ialah melakukan
hubungan seksual sebelum berkahwin.Bagi golongan berpendapatan rendah,yang
tinggal di bandar,mereka memilih untuk bersekedudukan bagi berkongsi membayar
sewa rumah.
d.Kurang Penghayatan Agama
Dalam
kalangan mereka yang melahirkan anak luar nikah,bukanlah menunjukkan mereka
tidak percayakan Tuhan. Namun kata-kata pujuk rayu serta ajakan dari
rakan-rakan kelihatan lebih meyakinkan mereka daripada kata-kata Allah
s.w.t.Hal ini kerana remaja masa kini tidak memahami agama sebagaimana yang
sepatutnya difahami sesuai dengan keperluan mereka.Walaupun ada subjek
pendidikan islam,penghayatan kelihatannya tidak memberi kesan mendalam pada
mereka,disebabkan hubungan yang renggang antara guru dan murid.Murid yang rapat
dengan guru akan meminta nasihat dan menjadikan guru sebagai panduan,dan mereka
yang rapat dengan rakan-rakan akan mendengar nasihat rakan-rakan pula.Pemilihan
rakan memainkan peranan dalam penghayatan agama kerana penghayatan agama
seseorang terpancar melalui tutur bicaranya, dan perbuatannya dalam menjalani
kehidupan seharian.Mendengar idea-idea yang boleh mengelirukan seperti ”Tuhan
Maha Pengampun,tak apa kita buat dulu nanti kita minta ampun’’, mampu
mengelirukan remaja jika tidak dijelaskan dengan baik oleh guru dan lebih-lebih
lagi dihurai oleh remaja yang cetek akal fikirannya.
e.Menonton video lucah.
Pada
masa kini,kemudahan teknologi memberikan akses kepada kita digunakan dengan
baik. Ada yang menggunakannya untuk tujuan yang tidak baik seperti menonton
video lucah. Perlbagai video ini mudah diakses oleh para remaja dengan
menggunakan laptop ataupun telefon bimbit.Apabila merek menonton video
tersebut,rangsangan dari imej-imej yang dipaparkan membuat penonton ingin
meniru aksi-aksi yang ditayangkan.Mereka akan menceritakan perkara tersebut
kepada rakan-rakan atau pasangan mereka dan menyatakan keinginan untuk
melakukan perbuatan tersebut.Hubungan seksual juga berlaku apabila mereka
bersama pasangan mereka menonton video bersama-sama. Apa yang kita lihat
mempengaruhi perbuatan kita,itulah ada kata-kata hikmah berbunyi dari mata
turun ke hati.Dan kalau buruk hati,buruklah orangnya,kalau baik hati,baiklah
orangnya.
4.0 ANALISIS AYAT AL-QURAN DAN HADITH
a. كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ ، فَخَيْرُ
الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ.
Maksudnya : ” Setiap anak Adam(manusia) itu melakukan kesalahan,sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan(dosa) ialah ialah mereka yang bertaubat.”
(Hadith riwayat Ahmad
dan Tirmizi)
Apa yang kita dapat faham dari hadith ini ialah sebagai seorang
manusia,kita melakukan kesilapan dari semasa ke semasa.Apabila kesedaran
timbul,maka pulanglah ke pangkal jalan. Mereka yang sudah terlanjur melakukan
perbuatan zina,atau rogol yang sudah insaf akan perbuatan mereka,perlu berusaha
sebaik mungkin untuk kembali mengnikut perintah Allah s.w.t Sekiranya ikhlas
untuk meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t, serta tidak
mengulanginya lagi,maka pintu taubat akan sentiasa terbuka. Mereka yang
beralasan bahawa kita buat dulu maksiat,nanti baru bertaubat adalah mereka yang
begitu bodoh dengan berfikiran sedemikian.Allah s.w.t mengetahui apa yang ada
dalam minda kita dan tahu apakah taubat kita itu berpura-pura atau pun
benar-benar insaf. Mustahil untuk kita menipu Allah s.w.t kerana Dia mengetahui
berkenaan diri kita lebih dari kita tahu diri kita sendiri,malahan tiada apapun
perlakuan yang berlaku dalam alam ciptaanNya yang terlepas dari pengetahuanNya.
b.
Maksudnya
: Dan
perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah
engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan)
Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah
bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Taha 20 : 132)
Solat
itu tiang agama,jika tiang agama tidak dijaga,maka runtuhlah agama
tersebut.Setiap dari ahli keluarga berperanan untuk mengajak ahli keluarganya
untuk menunaikan solat.Lebih baik lagi ialah seisi keluarga menunaikan solat
berjemaah bersama-sama apabila saja ada kesempatan. Apabila perkara ini berjaya
dilaksanakan,hubungan keluarga menjadi baik,masalah yang berlaku dapat
dibincangkan dengan baik serta iman setiap ahli keluarga akan bertambah dengan
izin Allah s.w.t.Hasilnya, pegangan agama akan menjadi kukuh yang membantu
mereka menolak ajakan untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah
s.w.t,bahkan sebaliknya mengajak pula kenalan-kenalan mereka agar meninggalkan
perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.r supaya dapat keselamatan dan
kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.
c.
Maksudnya : Dalam pada
itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang
terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang
dikehendaki diambil berat (melakukannya).
(Ash Shuraa 42 : 43)
Dalam
masyarakat kita ada yang mengeji dan menyisihkan mereka yang melakukan
perbuatan zina,walaupun mereka telah berubah kearah kebaikan,dan anak luar
tersebut menerima tempias yang sama. Anak luar nikah dihina oleh rakan sekelas
dan juga oleh masyarakat sekeliling termasuk ada juga datuk dan nenek mereka
yang tidak mengaku anak mereka yang terlibat dalam perbuatan itu,lalu turut
menghina cucu mereka. Mereka yang faham agama dengan baik tidak akan
sekali-kali melakukan perbuatan menghina anak luar nikah.Dan bagi anak
tersebut,maafkanlah kejahilan mereka menghina serta mohon agar diberi petunjuk
kepada kebenaran.Seterusnya bagi pelaku perbuatan zina,sekiranya mereka telah
berubah,dan bertanggungjawab atas anak mereka dengan memberi hak yang
sepatutnya mengikut kehendak syarak.Masyarakat harus lebih bersifat pemaaf di
samping menasihat dan membimbing mereka agar tidak lagi terlibat dalam
perbuatan yang dilarang. Kesannya mereka yang terlibat mahupun terlanjur kerana
hanyut dalam asmara cinta, dapat berjumpa dengan individu-individu dalam
masyarakat bagi mendapatkan bantuan nasihat dan perkara yang berkaitan
berkenaan tindakan yang wajar diambil.
d.
Maksudnya
: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang
beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi
mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan.
(An Nur
24:30)
Dalam zaman moden ini,terutama di kawasan bandar besar,kita
dapat lihat manusia berpakaian dengan pelbagai fesyen.Bagi wanita,umumnya
pakaian mereka mencolok mata. Dan perkara ini, boleh mengundang perkara yang
tidak baik. Sesungguhnya adalah fitrah bagi lelaki,tertarik dengan kecantikan
paras serta tubuh badan wanita. Oleh itu,perintah dari Allah agar menutup aurat
wanita bagi tidak mengundang perkara yang memuduratkan diri seperti kes
gangguan seksual,juga memberikan nikmat paras rupa serta tubuh mereka pada
mereka yang berhak menerimanya dengan
cara yang halal serta mendapatkan keredhaan allah s.w.t iaitu suami mereka.
Oleh disebabkan akses pada internet juga,membolehkan kita melihat video lucah
yang boleh merangsang nafsu lalu dilepaskan pada tempat yang tidak sepatutnya
seperti melakukan hubungan sebelum kahwin dengan pasangan kekasih mereka atau
mengunjungi pusat pelacuran. Menjaga pandangan mata dari melihat
perkara-perkara yang dilarang,dapat mengawal diri dari terjebak dalam perbuatan
yang haram. Dengan menjaga pandangan,dapat mengawal nafsu seksual hinggalah
hubungan yang halal dapat dirasai oleh mereka melalui perkahwinan.
5.0 KESIMPULAN
Dalam
menjalani liku-liku kehidupan, ada perkara yang kita terlanjur yang kita jelas
bahawa perbuatan kita mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t maka insafkan diri bertaubat
dengan sebenar-benar taubat serta menjauhi dan membenci perbuatan itu dalam
hati kita. Sekiranya mengalami kesukaran meninggalkannya,tinggalkanlah
rakan-rakan kita yang terlibat dalam perbuatan yang dimurkai oleh Allah s.w.t.
Hidup kita terlalu singkat untuk digunakan bagi melakukan perkara-perkara yang
melalaikan. Dalam berhibur,harus kita kenal had batasannya. Dalam berkawan,
harus kita bijak memilih rakan yang boleh membimbing kita ke jalan yang
benar,jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Bagi
seorang yang ingin mengubah dengan lisan,sebagai kenalan,nasihatilah mereka
dengan cara yang baik dan tidak menyakiti hati.Manusia walau kita lihat buruk ,
ada hati nurani yang kalau kita dapat sentuh,dengan izin Allah s.w.t dia akan
sedar akan perbuatannya.Jika ingin merubah orang lain,harus juga pada masa yang
masa,berusaha dengan ikhlas agar setiap perbuatan kita,tutur kata kita,pendek
kata perbuatan seharian kita mencerminkan islam.Mereka yang melihat kita dapat
merasai nikmat hidup sebagai seorang muslim,dan perkara ini menjadi tarikan
bagi mereka menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang sebenar.
Remaja
mencontohi perbuatan orang dewasa,maka sebetulnya sasaran pendidikan islam
adalah di peringkat pengajian tinggi. Hal ini kerana banyak perkara tidak dapat
dibincangkan di peringkat bawah seperti aspek falsafah,kalam serta huraian
disebalik perkara-perkara yang berunsur metafizik. Pemahaman yang baik
berkenaan islam,terpancar melalui gaya hidup,lalu dijadikan contoh oleh
muda-mudi. Setiap individu berperanan
memahami islam lalu mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh agar cahaya
islam dapat dipancarkan dengan baik oleh kita sebagai cerminnya.Cermin yang
baik memancarkan cahay dengan baik,cermin yang berdebu tidak mampu memancarkan
cahaya dengan sempurna,Bersihkanlah cermin itu.
(2,818 patah perkataan)
RUJUKAN/REFERENSI
1. Syed Muhammad Naquib al-Attas.(1976). Islam : The Concept of Religion and The
Foundation of Ethics and Morality. Kuala Lumpur : ABIM.
2. Syed Muhammad Naquib al-Attas.(1993). Islam and Secularism. Kuala Lumpur :
HAKIM.
3. Syed Muhammad Naquib al-Attas & Wan Mohd Nor Wan Daud.(2014). The ICLIF
Leadership Competency Model(LCM) :An
Islamic Alternative. Kuala Lumpur : IBFIM.
4. Syed Muhammad Naquib al-Attas.(2001). Risalah Untuk Kaum Muslimin. Kuala
Lumpur : ISTAC.
5. Fathi Yakan.(1992). Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Kuala
Lumpur: DPF.
6. Jakim.(2012). Akidah. Dimuat turun pada 25 November 2014 daripada
7. Mohd Radzi Mohd Zain.(2014). Hari Kekasih Rosakkan Islam. Dimuat
turun pada 25
November 2014
daripada
8. Jakim.(2005). Anak Tak Sah Taraf. Dimuat turun pada 25 November 2014 daripada
9. Syuhada Rais.(2013). Laporan Khas Kes Kelahiran Anak Luar Nikah
di Sarawak.
Dimuat turun
pada 24 November 2014 daripada
10. Arkib.(2011). 152,182 Orang Anak Luar Nikah 2008-2010. Dimuat turun pada 24
November 2014 daripada
11. Dineen, C.W.(2014). The Hidden Healt Benefits of Sex .Dimuat
turun pada 24
November 2014 daripada
12. Soon, I.(2012). Kes Remaja Hamil Luar
Nikah : ’Satu Kelahiran Setiap Hari’.
Dimuat turun pada 23 November 2014 daripada
13. Jakim.(2012). Akhlak.
Dimuat turun pada 25 November 2014 daripada
.