BAB 1 : PENGENALAN
Sebagai seorang manusia,yang dahulunya tidak
ada,dan pada masa kini telah ada.Sudah tentu sebagai seorang manusia yang
mempunyai akal yang sihat,jika kita benar-benar memikirkan secara mendalam,akan
timbul satu persoalan,. ”Apakah tujuan aku diciptakan?”.Soalan ini walauun
kelihatan ringkas,namun bakal merungkai segala-galanya tentang kita,tentang
erti kehidupan sebagai seorang manusia di muka bumi ini.
Soalan seperti ini,hanya mampu dijawab oleh suatu
kewujudan,suatu kewujudan yang pasti ada dan diyakini oleh kita semua sebagai
tuhan yang disembah. Tuhan yang disembah ini,ialah Allah s.w.t,yang memberi
petunjukNya kepada kita,serta mengajarkan apa yang perlu kita belajar dan perlu
kita tahu sebagai ciptaanNya.Perkara-perkara begini disampaikan kepada kita melalui
para nabi dan rasul yang diutuskan khas oleh Allah s.w.t.
Tidak cukup untuk mengakui Allah s.w.t sebagai
tuhan sahaja,kerana setiap dari diri kita, menurut Tan Sri Prof.Syed Muhammad
Naquib al-Attas (1976),telah pun mengakui bahawa Allah itu tuhan.Ini jelas
dinyatakan dalam surah Al- ’A’raf 7:172,
:
”Bukankah Aku ini tuhan kamu?Mereka semua
menjawab,”Benar(Engkaulah Tuhan kami),kami menjadi saksi.”
Maka kita sebagai hambanya,perlul mengaku bahawa
Allah s.w.t sebagai tuhan yang disembah.Kita menyembahNya dengan cara yang
diinginkan oleh Allah s.w.t itu sendiri.Iblis juga mengaku Allah itu sebagai
tuhan,namun iblis memilih untuk ingkar perintah Allah.
Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul,menghadapi
pelbagai cabaran dan halangan yang cuba untuk menggagalkan usaha baginda.Pada
masa kini,perkara yang sama juga dihadapi oleh kita,sebagai penyambung tugas
para nabi untuk menyampaikan risalah mulia ini kepada seluruh manusia.Mereka
yang menyampaikan risalah islam,bukan sahaja mewarisi ilmu para nabi,mereka
juga mewarisi masalah yang sama,yang dihadapi oleh para nabi.
BAB 2 : TUJUAN PENCIPTAAN DAN TANGGUNGJAWAB
SEORANG HAMBA
1.Tujuan Penciptaan
Apabila memberi barangan yang kompleks,pasti akan
disertakan dengan manual menggunakannya oleh pengeluar.Maka,sebagai
manusia,yang merupakan hidupan kompleks,,juga disertakan dengan panduan
hidup.Rujukan tertinggi kita ialah Al-Quran.Jelas dinyatakan dalam surah az-Zariyat 51:56 ,
”Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
beribadah kepada-Ku”.
Kita beribadah kepada Allah kerana dia mencipta
kita,menjadikan kita dari tiada kepada ada,serta memberi pelbagai nikmat kepada
kita seperti hidup,akal,serta ketenangan diri.Nikmat yang diberi Allah,jika
kita benar-benar cuba menghitung,nescaya tidak terhitung oleh kita,kerana
banyaknya nikmat yang telah diberikan,dan sedang diberikan kepada
kita.Maka,wajiblah dan hanya menjadi logik,apabila kita sebagai
ciptaanNya,berusaha memenuhi tujuan kita diciptakan.
Sebagai permulaan,apabila kita berbicara berkenaan
tujuan penciptaan,maka kita bercakap soal fitrah kita.Dan fitrah kita adalah
beribadah kepadanya,mempunyai kaitan rapat dengan tanggungjawab seorang hamba.Hamba
itu dalam konteks ini adalah memenuhi kehendak tuannya.Kita harus faham dengan
erti lain,juga makna agama itu sendiri.Merupakan tanggungjawab seorang
hamba,memahami serta mengenali dirinya,agar sedar apa yang perlu
dilakukannya,dan setiap perbuatan dan kefahamanannya adalah benar dan
bertepatan dengan apa yang dikenhendai oleh penciptanya.
Mereka yang dipandu dengan cara yang benar,akan
sedar bahawa dirinya sendiri,jiwanya,telah mengakui Allah sebagai tuannya,
sebagai pencipta dan pemberi rezeki kepadanya,sebelum dirinya itu terjelma
sebagai seorang manusia,atau dengan kata lain,dilahirkan ke dalam dunia ini.
Sifat keterhutangan kerana diciptakan dan juga
berhutang kewujudan adalah amat besar kerana pada ketika manusia diciptakan dan
diberi kewujudan,manusia itu sudah berada dalam keadaan rugi,tidak mempunyai
apa-apa,kerana segala-galanya yang ada pada dirinya,dan dalam dirinya adalah
milik tuhan yang memili segala-galanya,Al-Attas(1976).
Perkara ini jelas disebut dalam sura Al-’Asr,ayat 2 :
”Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian”.
2.Tanggungjawab seorang
hamba.
Sebagai seorang hamba,yang sudah tentunya
menyedari bahawa dia tidak mempunyai apa-apa untuk membayar hutangnya,iaitu
hamba itu berhutang berkenaan dirinya itu diciptakan.Maka,yang ada pada dirinya
itu hanyalah kesedarannya,bahawa dirinya itulah hutang yang dimaksudkan
itu,maka perlulah dia membayar dengan dirinya sendiri.
Bayaran yang perlu dilakukan olehnya adalah
menyerah dirinya dalam bentuk berkhidmat,kepada tuannya.Berdasarkan perkara
ini,kita jelas bahawa mereka yang sedar hakikat ini,akan jujur dan ikhlas
memperhambakan dirinya,dengan cara memenuhi segala tuntutan,iaitu melakukan apa
yang disuruh,serta meninggalkan apa yang dilarang.
Dalam berbicara berkenaan hamba yang melaksanakan
tanggungjawabnya, sudah jelas kepada kita bahawa kewajipan hamba untuk menurut
perintah Allah s.w.t adalah perkara normal kerana perkara ini adalah
kecenderunga yang wajar sebagai makhluk yang diciptakan.Kecenderunga biasa
seorang hamba untuk menurut perintah serta menyembah Allah ini dinamakan
sebagai din,atau juga dipanggil fitrah.Secara faktanya, din juga bermaksud
fitrah,Al-Attas(1976).
Sebagai hamba Allah,manusia diberi amanah yang
besar,iaitu sebagai khalifah di muka bumi.Dengan melaksanakan amanah yang
diberi sebagai seorang khalifah juga memberi makna yang sama dengan
melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba.
Seorang khalifah Allah,diberi amanah,iaitu
tanggungjawab untuk memerintah menurut kehendak Allah.Bila menyebut soal memerintah,ianya
bukan sahaja terhad kepada skop memerintah dalah erti kata sosio-politik,tetapi
membawa maksud yang lebih asas iaitu memerintah,diri sendiri.Manusia diberi
kebebasan untuk mengambil tindakan,namun setiap tindakan yang diambil akan
dinilai oleh Allah.Maka,sebagai seorang pemerintah yang memerintah kerajaan
dirinya,dia perlu membuat keputusan,memilih tindakan,serta melakukan
perkara-perkara yang sesuai,dalam erti kata lain,berlaku adil kepada diri
sendiri.
Menurut Al-Attas(1976),sebagaimana seorang muslim
adalah khalifah tuhannya di muka bumi,seorang muslim itu juga merupakan
hambaNya,yang berusaha menyempurnakan khidmat yang diwajibkan ke
atasnya,menyempurnakan ibadahnya dalam cara yang diarahkan oleh tuhannya.
Sebagai tambahan Al-Attas(1993) juga berkata dalam
magnum opusnya,iaitu Islam and Secularism
,bahawa manusia diberi keupayaan intelektual untuk membezakan antara benar
dan salah,juga keupayaan untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.Antara
hadis yang masyur dari ibn Abbas,menyatakan bahawa manusia dipanggil
insan,kerana sesudah melakukan perjanjian pada hari itu(surah Al- ’A’raf 7:172)
yang disebut oleh Prof.Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam kuliahnya
iaitu Saturday Night Lecture, yang berlangsung di UTM Jalan Semarak,Kuala Lumpur,bahawa
hari itu juga dipanggil ’hari alastu’ oleh beliau.
Sebagai hamba,yang melaksanakan tanggungjawabnya
ke atas dirinya,maka wajarlah dia berlaku adil kepada dirinya,dengan cara
menundukkan nafsu hayawaniyyahnya kepada nafs natiqahnya.Ini diterangkan dengan
jelas oleh Al-Attas(1993) bahawa manusia mempunyai dua sifat,yang tinggi iaitu
al-nafs al-natiqah,juga yang rendah,digelar al-nafs al-hayawaniyyah.
BAB 3 : ASAS TANGGUNGJAWAB KERASULAN DAN PERANAN SEORANG HAMBA ALLAH S.W.T
Rasul kita,Muhammad s.a.w datang dengan membawa
risalah agung,iaitu khabar gembira bagi semua yang kembali kepada jalan
kebenaran.Jalan kebenaran yag dimaksudkan itu ialah kembali kepada menyembah
Allah s.w.t,serta menjalani hidup berlandaskan syariat islam. Menurut Dr.Mohd Farid
Mohd Shahran(2013), berdasarkan dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad
s.a.w,ternyata dimensi akidah atau dimensi teologi ini merupakan bahagian yang
mendapat penekanan awa daripada Rasulullah di Makkah dan mengambil masa yang
lama untuk ditanam ke dalam pemikiran dan jiwa masyarakat Arab pada ketika itu.
Masyarakat arab ketika itu
merupakan masyarakat yang percaya pada banyak tuhan(politeisme).Sebagai seorang
hamba Allah,maka wajarlah kita memainkan peranan yang sama dengan menafikan
serta menjelaskan kesilapan fahaman ini,dan menerangkan berkenaan keesaan Allah
s.w.t kepada masyarakat.Sebagai permulaan melaksanakan peranan kita dengan
baik,kita sewajarnya memahami islam dengan betul,dengan merujuk fahaman kita
berkenaan islam pada mazhab teologi yang menjadi aliran utama di Malaysia,iaitu
Ahl al-sunnah wa al-Jama’ah.Antara tokoh-tokoh besar yang harus dikutip
mutiara-mutiata ilmunya bagi meneruskan usaha menegakkan islam ialah Imam Abu
Hasan al-Ash’ari,Abu Hamid Al-Ghazali dan Fakhr al-Din al-Razi.
Sebagai tambahan,semakin
tinggi tahap pelajaran kita,iaitu memasuki pengajian tinggi universiti,maka
perlu juga kita mendalami islam dengan lebih mendalam.Seterusnya kita memahami
dan menjelaskan aspek akidah islam berdasarkan hujah-hujah akliah dan naqliah
yang kukuh dan jelas.Dalam kata mudah,kita mengukuhkan fahaman berkenaan akidah
yang betul dengan menerangkan berkenaan hakikat bahawa Allah Maha Kaya,dan Dia
tidak memerlukan segala sesuatu,tiada juga yang sekufu atau sama taraf
denganNya.Sebaliknya,segala sesuatu,memerlukan,dan bergantung pada Allah s.w.t
Seterusnya,kita memainkan
peranan yang amat penting,sebagai seorang hammba yang diamanahkan untuk menjadi
khalifah, meneruskan tugas-tugas kerasulan dalam kemampuan kita dengan
menghurai berkenaan tauhid serta menolak fahaman syirik yang kini menular
dengan dasyat seperti wabak.Seharusnya kita mampu menjelaskan perbezaan antara
tuhan dengan makhluk,iaitu menolak sebarang bentuk persamaan yang bakal membawa
pada penduaan terhadap tuhan.Kita juga perlu menjelaskan kekeliruan atau
keraguan yang sering bermain dalam benak fikiran masyarakat,berkenaan zat
Tuhan.
Penjelasannya ialah menurut Farid Shahran(2013),
zat tuhan tidak terbahagi kepada bahagian(nafy al-kamm al-munttasil fi
al-dhat),tuhan itu sendiri tidak berbilang-bilang (nafy al-kamm al-munfasil fi
al-dhat), setiap sifat dan nama Tuhan esa tiada terbahagi(nafy al-kamm
al-muttasil fi al-sifat),sifat dan nama Tuhan berbeza dengan sifat-sifat
makhluk(nafy al-kamm al-munfasil fi al-sifat).Sebagai tambahan kepada
pernyataan diatas,keesaan Tuhan membawa maksud bahawa hanya Tuhan yang secara
mutlak menjadikan segala sesuatu,dan Dia tidak memerlukan sekutu dalam
melakukan sesuatu.
Antara peranan seorang hamba Allah yang utama
ialah memahami islam agar,segala perbuatannya mencerminkan keindahan
islam.Sudah tentu perlu juga menggunakan akal yang sihat,dan antara asas akliah
yang menjadi dasar yang kuat ialah berkenaan sifat dua puluh.Sifat dua puluh ini menggabungkan antara hujah-hujah awal dan
hujah naqal.Ini dijelaskan dalam satu kitab masyur,yang sewajarnya diketahui
bagi mereka yang benar-serius dan kritikal dalam memahami islam,iaitu kitab Umm
al-Barahin karya Imam al-Sanusi.Kitab ini membahaskan berkenaan pembahagian
hukum akal dan bezanya dengan hukum syariah dan hukum adat.
Selain itu,Farid Shahran(2013),mengatakan bahawa
dengan membahaskan hukum akal,ia tidak bermakna ulama-ulama islam mengetepikan
al-Quran dan mengagungkan akal,sepertimana yang dikritik oleh sebahagian
golongan ’salafiyah’,tetapi ia membuktikan bahawa asas akliah yang sedia kukuh
dan serasi dalam perbahasan teologi islam
BAB 4 :CABARAN USAHA DAKWAH RASULULLAH DAN PERSAMAANNYA DENGAN USAHA DAKWAH
MASA KINI
1.Menyebar fahaman berkenaan keesaan Allah s.w.t
Pada peringkat awal,di Mekah,Nabi Muhammad s.a.w
menekankan aspek keesan Allah.Dalam aspek tauhid ini,penekanan yang diberikan
meliputi asas yang menjadi dasar serta mempengaruhi suatu sistem
kepercayaam.Penekanan dalam aspek ini,merupakan suatu cabaran besar,kerana
masyarakat Makkah pada ketika itu mempunyai latar belakang politeisme yang
begitu kuat.Hasilnya berlaku perubahan dari segi pandang alam dalam masyarakat
arab,daripada kepercayaan syirik kepada kepercayaan pada Allah yang Esa.
Pada masa kini,dalam masyarakat kita,fahaman
pluralisme agama,serta fahaman ateis bagai menjadi suatu wabak.Seiring dengan
proses sekularisasi yang berlaku diseluruh dunia.Fahaman pluralisme yang
menganggap hakikat semua agama adalah sama,dan tidak boleh menyatakan islam
sahaja yang benar.Ateis pula menolak kewujudan tuhan,seterusnya
sekularisasi,yang membuang unsur-unsur keagamaan dan spiritual dari kehidupan
manusia.Cabaran masa kini,adalah melakukan proses islamisasi,suatu usaha gigih
para intelektual untuk mengembalikan manusia pada keesaan tuhan, bermula dengan
cara menyemak falsafah-falsafah yang bertentangan dengan islam,dalam pelbagai
disiplin ilmu,dan diletakkan dengan falsafah islam.Sudah diketahui bahawa cabaran masa kini ialah cabaran ilmu
melawan ilmu.
2.Menegakkan keadilan pada golongan wanita dan hamba
Di Makkah,berlaku kezaliman,seperti penindasan
pada golongan wanita.Masyarakat menganggap,mempunyai anak wanita merupakan satu
petanda yang tidak baik.Golongan wanita,dijadikan barangan dagangan,hamba yang
dilayan dengan layanan yang tida wajar,serta golongan wanita tidak mempunyai
sebarang hak keistimewaan yang membela mereka dari penindasan.Nabi Muhammad
membawa keadilan dengan mengangkat hak dan status mereka.Tambahan,hamba dalam
konteks islam mempunyai hak yang baik,iaitu hamba perlu diberi makan sama
dengan pemilik,dan juga pakaian yang
selesa.
Pada zaman kini,kita mengalami isu menuntut hak
kesamarataan jantina.Pada fahaman umum masyarakat, sama rata bererti adil.Ini
salah.Menurut islam,sama rata tidak mempunyai maksud yang sama dengan
adil.Menurut Syed Muhammad Naquib al-attas(1993),adil ialah suatu keadaan
perkara itu berada pada tempatnya yang betul.Setiap perkara dalam dunia ini ada
tempatnya.Wanita dan lelaki tidak sama,tetapi mereka saling
melengkapi.Meletakkan serta memberi hak mereka,sesuai dengan hakikat mereka
sebagai wanita adalah perbuatan berlaku adil.Namun,harus diingat bahawa pada
pandangan Allah s.w.t,yang membezakan lelaki dan wanita adalah taqwa mereka.
3.Mendirikan kerajaan islam.
Dalam episod perjalanan hidup Nabi Muhammad
s.a.w,baginda berjaya menubuhkan kerajaan islam.Kerajaan islam berperanan untuk
memastikan masyarakat di bawah pimpinannya diberi hak-hak mereka dengan
adil.Keselamatan nyawa dan harta mereka juga terjamin.Dalam aspek
ekonomi,penjual dan pembeli berpuas hati dengan transaksi yang dilakukan dengan
mengikut garis panduan islam.Umumnya,kerajaan yang menjalankan pemerintahannya
berlandaskan al-quran dan dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w
Kini,antara perkara yang timbul adalah adakah kerajaan
kita ini kerajaan islam mahupun tidak.Jika tidak,apakah yang tidak islam
berkenaannya?Jika ya,apakah yang islam berkenaannya.Ingin saya memetik
penjelasaan berkenaan kerajaan islam yang dijelaskan dengan tuntas oleh
S.M.Naquib al-attas (1993) dalam magnum opus beliau,Islam and Secularism,”The common understanding among muslims,no
doubt indoctrinated by western notions,is that a secular state is a state that
is not governed by the ulama,or whose legal system is not established upon the
revealed law.In other words it is not a theocratic staste.But this setting in
contrast the secular state with the theocratic state is not really an Islamic
way of understanding the matter,for since Islam does not involve itself in the
dichotomy between sacred and the profane,how then can it set in contrast the
theocratic state with the secular state?An islamic state is neither wholly
theocratic nor wholly secular”.
Jelaslah dengan penjelasan ini bahawa negara kita
bukanlah negara sekular,namun pemahaman masyarakat berkenaan perkara ini masih
lagi kurang jelas.Sebagai tambahan,negara sekular kebanyakannya mempunyai
ciri-ciri seperti :
- Negara tidak memiliki agama rasmi.
- Ketua negara tidak memasukkan
penjagaan agama sebagai sebahagian penting dari sumpah ikrar tugasnya.
- Tidak menggunakan dana awam untuk
membina institusi agama dan menyebarkan agama.
- Tidak menggunakan pendidikan awam
untuk mendidik tentang agama.
- Tidak menggunakan saluran informasi
untuk mengajar dan menyebarkan agama.
- Tidak membina mahkamah syariah dan
institusi ekonomi agama.
- Tidak melarang dan mendenda umat
islam yang jelas melanggar hukum agama.
Jika kita benar-benar serius melihat perkara
ini,kita akan dapati negara kita berada pada landasan yang betul.Walaupun masih
ada pembaikan yang perlu dilakukan dan akan memakan masa yang lama.Perumpaannya
adalah seperti kelambu yang berlubang.Maka kita perbaikilah lubang-lubang yang
ada.
4.Menyebarkan budaya ilmu,serta membebaskan masyarakat dari belenggu
kejahilan.
Menurut al-attas(1993),ilmu ialah ketibaan makna
kepada diri.Makna yang tiba kepada diri juga hasil daripada maklumat yang
benar.Jika maklumat yang palsu tiba,maka ianya bukan lagi ilmu,tetapi hanya
menjadi satu salah faham.Perlu dijelaskan dengan ringkas bahawa ilmu adalah
faham yang betul.Tujuan menuntut ilmu adalah untuk mencari kebenaran.Maka usaha
nabi Muhammad,dalam aspek mengajar ilmu berkenaan kerangka teologi yang
betul,iaitu merujuk pada dimensi akidah.Contohnya ialah ilmu berkenaan
ketuhanan,kenabian,dan hari pembalasan.Hasilnya,masyarakat dapat mengetahui
perkara yang sebenar berkenaan nasib mereka di dunia ini dan juga dunia sesudah
mati.Tidak lagi bersandarkan kepercayaan karut dan andaian semata-mata,bahkan
bersandarkan pada keyakinan yang pasti.
Masalah kita pada hari ini ialah masalah ilmu.Banyak
kerosakan yang dilakukan adalah hasil daripada tidak mempunyai ilmu untuk
meletakkan sesuatu pada tempatnya.Untuk membina masyarakat yang berilmu,dan
membebaskan mereka dari kejahilang yang membawa pada kesengsaraan dalam diri
yang tak berkesudahan,maka wajarlah kita berusaha memberi peringatan dari
al-quran iaitu ’berilah amanah pada ahlinya’.Amanah tidak dapat diberikan pada
ahlinya,jika kita tidak mempunyai ilmu untuk mengenal siapakah ahlinya.
Kesannya,akan muncul pemimpin yang bukan sahaja tidak
layak memimpin umat,malah juga tidak memiliki akhlak yang luhur dan keupayaan
intelektual dan spiritual yang mencukupi,yang sangat diperlukan dalam
kepimpinan islam.Mereka akan mempertahankan kedudukan mereka disebabkan
kehilangan adab,dan akan terus mengawal permasalahan sosial-kemasyarakatan
melalui tangan para pemimpin lain yang berwatak sama dengan mereka dan
mendominasi pelbagai sektor kehidupan.
Maka,usaha kita adalah membina masyarakat yang
mempunyai budaya ilmu.Apa itu budaya ilmu?Apakah ciri-ciri yang boleh
menunjukkan bahawa seseorang atau masyarakat itu mempunyai budaya ilmu?Menurut
Wan Mohd Nor Wan Daud(2007),budaya ilmu antara lain bermaksud kewujudan satu
keadaan yang setiap lapisan masyarakat melibatkan diri,baik secara langsung
mahupun tidak langsung,dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan.Budaya
ilmu juga merujuk kepada kewujudan satu keadaan yang segala tindakan manusia
baik di tahap individu,apatah lagi di peringkat masyarakat,diputuskan dan
dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahupun
syura.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya,kita harus tahu dan jelas
berkenaan tujuan kita diciptakan,barulah kita dapat memainka peranan yang
sesuai untuk memenuhi tujuan diri kita diciptakan.Kita dijadikan daripada tiada
kepada ada,maka kita terhutang budi atas kewujudan kita.Diri kita secara
keseluruhannya,jasad dan roh adalah hutang tersebut.Maka hutang itu dibayar
dalam bentuk khidmat.Iaitu ringkasnya mengikut apa yang disuruh dan
meninggalkan apa yang dilarang.Kita juga pada masa sama diberi amanah sebagai
khalifah untuk berlaku adil pada diri kita dan juga pada kerajaan
haiwan,tumbuh-tumbuhan dan mineral,dengan menggunakannya dengan sebaiknya.
Menyampaikan risalah serta mengajak manusia ke arah
kebenaran bukanlah satu usaha yang mudah.Ianya penuh dengan dugaan dan
cabaran.Para ilmuan,intelektual dan juga termasuk diri kita yang melakukan
tugas ini merupaka pewaris para nabi.Mereka yang menjalankan tugas-tugas
kenabian,bukan sahaja mewarisi ilmu dan juga hikmah para nabi,mereka juga
mewarisi masalah sama yang dialami oleh para nabi dan juga pelbagai cabaran
serta dugaan yang berat.
Sebagai tambahan,segala usaha ini adalah usaha
yang berterusan,maka kita tidaklah boleh terburu-buru.Suatu kebodohan sekiranya
kita menuju ke medan perang tanpa senjata yang mencukup serta strategi yang
berkesan.Untuk menegakkan islam,menegakkan keadilan di muka bumi,usaha perlu
dilakukan dengan tersusun dan sistematik.
Langkah utama yang perlu dilakukan ialah
mewujudkan masyarakat yang mempunyai budaya ilmu.Tidak cukup dengan masyarakat
yang gemar membaca.Pada era kini,kita mengalami fenomena ledakan maklumat,maka
pada masa yang sama kekeliruan juga berlaku kerana tidak tahu untuk membezakan
serta menilai perkara yang benar dan perkara yang salah.Maka dengan mempunyai
budaya ilmu,masyarakat akan mampu membezakan perkara benar dan salah,berita
benar dan berita palsu,serta mebuat keputusan yang bijak dan tepat berdasarkan
kepastian berkenaan sesuatu isu setelah diselidiki dengan betul.
(2625 patah perkataan)
APENDIKS
RUJUKAN
/ REFERENSI
- Syed Muhammad Naquib
Al-Attas.(2013),Islam: The Concept
of Religion and The Foundation of Ethics and Morality.Kuala Lumpur :
IBFIM.
- Syed Muhammad Naquib
Al-Attas.(2013),Islam:Faham Agama
dan Asas Akhlak. Kuala Lumpur :
IBFIM.
- Syed Muhammad Naquib
Al-Attas.(1993),Islam and Secularism.Kuala
Lumpur : ISTAC.
- Syed Muhammad Naquib
Al-Attas.(1989),Islam and The
Philosophy of Science.Kuala Lumpur : ISTAC.
- Mohd Farid Mohd
Shahran.(2013),Akidah dan Pemikiran
Islam : Isu dan Cabaran.Kuala Lumpur : ITBM.
- Wan Mohd Nor Wan
Daud.(2013),Falsafah dan Amalan
Pendidikan Islam Syed Muhammad Naquib al-attas.Satu Huraian Asli Konsep
Islamisasi.Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
- Wan Mohd Nor Wan
Daud.(2007), Budaya Ilmu Satu
Penjelasan.Singapura : Pustaka National Pte Ltd.