Hidup dan Mati

by May 26, 2013 0 comments
Setiap yang hidup pasti akan mati.Dan setiap hari berlalu,kita akan semakin hampir dengan kematian.

Namun kita jarang memikirkan soal mati.Kerana bila kita berfikir berkenaan kita yang akan mati,dunia ini terasa makin hilang 'sinaran dan godaannya'.Kita ingin terus hanyut dalam keseronokan,fantasi yang sementara di dunia ini,oleh itu kita tak berbicara pasal mati.

Itu cara berfikir yang kurang tepat.Kita boleh saja terus seronok dan bergembira di dunia sambil ingat pada kematian yang semakin menghampiri.

Ingat pada mati memberi kita satu peringatan bahawa,dalam bergembira di dunia ini,kita perlu ingat bahawa batasannya itu ada.There are limits for everything.

Dan membuat kita sedar bahawa kita perlu bertanggungjawab atas setiap perbuatan yang kita lakukan di dunia ini.Dunia dan Akhirat perlu berhubung.

Boleh saja kita sibukkan diri denga keduniaan asalkan kita tidak melakukan atau berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan pelanggaran undang-undang yang ditetapkan oleh pencipta kita dan pencipta dunia,yakni Allah s.w.t.

Mohd Arif Syafiq

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.