1.0 PENGENALAN
Zakat
adalah harta yang diambil daripada penganut islam, yang merupakan satu ibadat
yang diwajibkan ke atas kaum muslimin. Ini termasuk dalam salah satu daripada 5
rukun islam yang perlu dipenuhi sebagai seorang penganut agama islam. Umumnya, zakat diambil daripada harta umat
islam yang dalam kalangan mereka yang berada, mempunyai pendapatan yang
melebihi keperluan diri dan keluarga. Sebagai pengetahuan umum, kadar
pembayaran zakat adalah mengikut jumlah hasil pendapatan dan harta-harta
kekayaan yang disimpan apabila mencapai kadar-kadar yang tertentu.
Nisab
adalah perkataan yang digunakan bagi kadar tersebut. Bagi mereka yang tidak
mencapai kadar yang ditentukan, ataupun dinamakan sebagai nisab, zakat tidak
diwajibkan ke atas mereka. Kita juga harus jelas bahawa zakat hanya dikutip
daripada penganut agama islam sahaja, kerana ianya termasuk dalam ibadat umat
islam.
Inti
penulisan ini adalah berkisar tentang salah satu daripada zakat iaiatu zakat
fitrah. Apakah yang dimaksudkan dengan zakat fitrah? Apakah hikmah di sebalik
zakat fitrah serta dalil berkenaan kewajipan mengeluarkan zakat fitrah serta
peranan zakat fitrah dalam membantu masyarakar muslim dijelaskan dengan sebaik
mungkin.
Beberapa
karya-karya ilmuan islam dijadikan rujukan dalam melakukan penulisan ini dan
bahan-bahan diambil daripada sumber yang berautoriti seperti kitab Fathul Qarib
Al-Mujib fi Syarhi Alfaz al-taqrib karya Ibnu Qasim al-Ghazi , Kita Fiqh Siyasah
Khulafa Ar-Rasyidin karya Abdul Hadi Awang dan beberapa karya-karya yang lain.
Abdul
Hadi Awang(2013) berkata, sistem zakat menunjukkan wasatiyah islam yang berbeza
dengan sistem kapitalis yang bebas memiliki harta, tanpa batas yang saksama
sehingga cuai menunaikan kewajipan bermasyarakat, berbeza dengan komunis dan
sosialis yang mengongkong kebebasan individu dengan menadikan hak dan kebebasan
milik dan bekerja, kerana kawalan kerajaan, sehingga membekukan kegiatan
ekonomi.
Kita
juga akan melihat apakah dalil-dalil serta bentuk zakat fitrah yang dikeluarkan
oleh masyarakat islam, serta pembayaran dan keberkesananya di beberapa negeri
di malaysia dengan melihat pada rekod-rekod lampau melalui sumber daripada
pihak yang berwajib dan melalui berita rasmi seperti surat khabar.
Jika
kita menelusuri sejarah, pada zaman Rasulullah dan zaman Khalifah Abu Bakar,
zakat yang dikeluarkan adalah daripada pertaninan, ternakan, simpanan harta
seperti emas dan perak serta hasil kekayaan daripada perniagaan yang
dijalankan, serta beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar
kemudiannya berkenaan zakat.
Seterusnya,
dengan terhasilnya penulisan ini, adalah bertujuan untuk memberi penjelasan
berkenaan pelbagai aspek serta maklumat yang wajar diketahui oleh kita sebagai
umat islam berkenaan selok-belok zakat fitrah di negara kita, hikmah pemberian
zakat fitrah serta keberkesanan pembayarannya di beberapa buah negeri turut
akan dijelaskan dengan serba ringkas.
2.0 PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Dalam
membicarakan soal zakat fitrah, terlebih dahulu kita perlu mengetahui berkenaan
dalil berkenaan kewajipan mengeluarkan zakat fitrah. Dalil ini dipetik dari
kitab Sahih Bukhari. Dengan mengetahui dalilnya, kita akan lebih jelas
berkenaan kewajipan ini sebagai umat islam. Dalilnya adalah seperti berikut :
Telah menceritakan kepada kami Yahya bin
Muhammad bin al-Sakkan telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Jahdham telah menceritakan kepada kami
Isma’il bin Ja’far dari Umar bin Nafi’ dari bapanya dari Abdullah bin Umar
Radhiallahu ’anhuma berkata : ”Rasululah sallallahu ’alaihi wasallam mewajibkan
zakat fitri satu sha’ dari kurma atau sha’ dari gandum bagi setiap hamba
sahaya(budak) mahupun yang merdeka, lelaki mahupun perempuan,kecil mahupun
besar dari kaum Muslimin. Dan baginda memerintahkan agar menunaikannya sebelum
orang-orang berangkat sebelum solat (’Ied).”
(Sahih
Bukhari)
2.1 Makna Zakat Fitrah
Seterusnya kita pergi
kepada memahami erti fitrah. Apakah itu fitrah ? Perkataan ini membawa maksud
sifat asal, bakat, pembawaan sifat semulajadi manusia yang suci dan bersih
daripada dosa dan noda. Manakala zakat fitrah bermaksud sedekah wajib menjelang
hari raya aidilfitri dengan beberapa ketentuan dan syarat-syaratnya. Zakat
fitrah juga dimaknakan dengan zakat badan. Setiap mukallaf diwajibkan
mengeluarkan zakat bagi diri sendiri, dan bagi bagi orang yang wajib
ditanggungnya daripada isi rumahnya dengan kadar yang ditetapkan oleh syarak.
2.2 Syarat-syarat Kewajipan Mengeluarkan
Zakat Fitrah.
a. Seseorang itu wajib seorang islam. Hal
ini membawa maksud tidak wajib bagi bukan islam.
b. Seseorang itu ada ketika mulai
terbenamnya matahari pada hari akhir daripada bulan Ramadhan. Hal ini bermakna
seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari, wajib dikeluarkan
zakat fitrah ke atasnya. Manakala bagi bayi yang lahir sesudah terbenam
matahari, zakat fitrah tidak perlu dikeluarkan bagi bayi tersebut.
c. Seseorang itu mempunyai kelebihan.
Kelebihan ini membawa maksud seseorang itu mempunyai lebihan makanan pokok
untuk dirinya dan seluruh anggota keluarga untuk dimakan pada Hari Raya sehari
semalam.
Sebagai
makluman, seseorang itu wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya sendiri
dan orang-orang yang masih menjadi tanggungan memberikan nafkah(keluarga).
2.3 Lapan Golongan yang wajib
diberikan zakat
Maksudnya : Sesungguhnya
sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang
miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan
hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan
orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan
orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang
demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Surah At-Tawbah 9 : 60)
Berdasarkan ayat al-Quran di atas,
golongan yang wajib diberikan zakat ialah :
1. Golongan fakir.
2.Golongan miskin.
3. Amil (pelaksana)
4.Baru memeluk islam.
5.Mempunyai hutang.
6.Hamba
7.Memperjuangkan agama Allah.
8.Orang yang dalam keadaan musafir.
3.0
Kelebihan Mengeluarkan Zakat Fitrah
3.1. Kembali pada fitrah.
Sebagai
seorang manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t, kita diberi fitrah, iaitu
sesuatu pemberian yang sudah sedia ada pada diri manusia. Antaranya ialah
apabila kita melihat dalam kalangan masyarakat, manusia yang mengalami
kesusahan hidup, suatu rasa simpati timbul dalam diri. Perasaan yang terdetik
dalam hati ini membuatkan kita ingin melakukan sesuatu untuk membantu mereka.
Perasaan ini perlulah sentiasa dikuatkan agar secara keseluruhannya, keadaan
masyarakat yang hidup saling bantu-membantu dan menyayangi antara satu sama
lain dapat dihasilkan.
Dari
aspek inilah antara tujuan zakat fitrah diwajibkan ke atas umat islam bagi
memupuk sifat-sifat mahmudah dalam diri umat islam. Perasaan seperti merasa
belas kasihan, simpati, berkasih sayang dapat disemai ke dalam jiwa sebagai
satu daripada pembentukan untuk menjadi insan kamil. Bagi penerima zakat fitrah
pula, hati mereka menjadi terhibur, kerana mereka turut dapat menikmati
kegemberiaan di hari raya. Ini menunjukkan bahawa semua penganut agama islam
tanpa mengira darjat turut dapat bergembira menyambut hari raya yang mulia ini.
Selepas
sebulan berpuasa, umat islam dapat merasai bagaimana perasaan lapar buat
sementara waktu, agar mereka dapat memahami sedikit sebanyak perasaan golongan
mereka yang serba tidak cukup terutamanya makanan. Ini menghidupkan hati mereka
dan melalui zakat fitrah mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka
membantu umat islam yang sentiasa berada
dalam kesempitan hidup.
3.2
Pembersihan Hati
Umumnya
dalam masyarakat masa kini yang bersifat materialis, rata-ratanya mementingkan
diri sendiri. Ketamakan yang menyelubungi hati mereka membuatkan diri enggan
membantu orang lain yang dalam kesusahan. Bahkan merendahkan mereka dan
menganggap bahawa ini semua akibat golongan susah itu malas berusaha. Walhal,
mereka sudah tentunya mempunyai pelbagai masalah tersendiri yang tidak kita
ketahui seperti akibat masalah rumah tangga, ditipu, dibuang dan dipinggirkan,
serta terdapat juuga dalam kalangan mereka golongan kurang upaya yang tidak dapat
mencari pekerjaan akibat syarikat-syarikat tidak mengkehendaki golongan seperti
mereka.
Sebagai
seorang muslim, kita harus sedar bahawa manusia diuji sesuai dengan kemampuan
mereka. Maka, bagi yang mempunyai harta yang cuku syarat-syaratnya, sudah menjadi
tanggungjawab kita melaksanakan ujian kita dalam kemampuan kita, iaitu
mengeluarkan zakat fitrah agar mereka dapat dibantu sewajarnya.
Golongan-golongan
peminta sedekah yang semakin hari semakin banyak, seperti tidak diendahkan dan
tidak dilayan. Walhal bagi mereka yang bersih hatinya sudah tentu akan memberi
sedikit sebanyak bantuan kepada mereka. Dengan itu, zakat fitrah merupakan
suatu kewajipan agar pihak berwajib dapat mengumpul segala kutipan dari umat
islam yang cukup syarat-syaratnya dan membahagikannya kepada 8 golongan yang
wajib menerima zakat tersebut seperti dinyatakan dalam surah at-Tawbah ayat 60.
3.3
Pemberian yang berharga
Sebagai
penerima zakat fitrah, walaupun pemberian itu tidaklah banyak, namun jika
diberikan tepat pada orangya, ianya merupakan suata pemberian yang sangat
berharga. Mereka yang menerimanya akan bersyukur kepada Allah s.w.t atas
pemberian yang diterima. Hal ini dapat meningkatkan lagi keimanan
golongan-golongan yang serba kekurangan dan mendidik pemberi dan penerima zakat
menjadi insan yang bertakwa.
Sebagai
umat islam yang berpuasa di bulan Ramadan, sudah tentu hari raya merupakan hari
pentin yang disambut. Maka pemberian ini memberi mereka ruang untuk menyambut
hari raya mengikut kemampuan mereka. Perkara ini sudah pasti dapat menguatkan
ikatan kasih-sayang sesama umat islam dan kita dapat lebih memahami antara satu
sama lain. Bagi pengeluar zakat, dalam diri mereka, mereka sedar bahawa ada
yang bersedih di hari raya sekiranya tidak dibantu, maka dengan ikhlas dalam
hati mereka menunaikan tanggungjawab mereka.
4.0
Pandangan Mazhab berkenaan Zakat
Fitrah dan Fatwa di Malaysia
4.1 Pandangan Mazhab Syafie
1. Merujuk kepada penerangan daripada Ibnu
Qasim al-Ghazi, yang mesyarahkan kitab yang ditulis oleh ulama besar mazhab
Syafie iaitu Syeikh al-’Alim al-Allamah
al-Imam Syihab al-Dunya wa al-Din,Ahmad bin Husain bin Ahmad al-Asfahani
al-Syafie Rahimaullah atau juga dikenali sebagai Qadi Abu Syuja’ yang berjudul
Fathul Qarib al-Mujib fi Syarhi Alfaz al-Taqrib.Bentuk zakat fitrah adalah
daripada makanan pokok negeri tempat tersebut :
”Hendaknya orang tersebut mengeluarkan satu sa’(2172 gram) daripada
makanan pokok negerinya, jika memang dia itu berada di suatu negeri. Apabila di
suatu negeri itu terdapat beberapa macam
makanan pokok, sedang yang berlaku adalah sebahagiannya sahaja, maka hendaklah
mengeluarkan zakat fitrah dengan makanan yang berlaku daripada sebahagian tadi.
Seandainya seseorang itu berada di suatu tanah pergunungan yang di situ tidak
ada makanan pokok penduduknya, maka hendaklah dia mengeluarkan zakat fitrah
dengan menggunakan makanan pokok negeri yang berdekatan dengannya. Barangsiapa
yang tidak mampu mengeluarkan zakat
fitrah sebanyak satu sa’ , maka dia wajib mengeluarkan setengah sa’ sahaja. ”
4.1.1 Dalil Zakat Fitri dengan satu sa’
makanan :
Telah
menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf telah mengkhabarkan kepada kami
Malik dari Zaid bin Aslam dari ’Iyadh bin Abdullah bin Sa’ad bin Abu Sarhi
al-’Amiriy bahawa dia mendengar Abu Sa’id al-Khudri Radhiallahu ’anhu berkata :
”Kami mengeluarkan zakat fitri satu sha’ dari makanan atau satu sha’ dari kurma
atau satu sha’ dari keju(mentega) atau satu sha’ dari kismis(anggur kering).”
(Sahih Bukhari)
4.2 Pandangan Mazhab Hanafi :
Imam
Hanafi berpendapat bahawa zakat fitrah dalam bentuk wang adalah dibolehkan. Ini
adalah berdasarkan dalil bahawa pada zaman tabi’in, ketika era ’Umar ibn ’Abdul
’Aziz lagi zakat sudah dibenarkan dalam
bentuk wang.(Musannaf, 4/37-38). Dalil daripada ayat al-Quran juga
membolehkannya iaitu :
”Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya.......”
(surah Al-Baqarah 2 : 286) ,
dan juga ayat ,
”Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya
upaya kamu.....”
(surah At-Taghabun 64 : 16).
serta daripada hadis,
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu ,dia berkata:
"Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,'Apa saja
yang aku larang terhadap kalian, maka jauhilah. Dan apa saja yang aku
perintahkan kepada kalian, maka kerjakanlah semampu kalian. Sesungguhnya apa
yang membinasakan umat sebelum kalian hanyalah karena mereka banyak bertanya
dan menyelisihi Nabi-nabi mereka'."
[Diriwayatkan oleh al-Bukhâri dan Muslim].
4.3 Fatwa-fatwa berkenaan pembayaran zakat fitrah
di negara Malaysia.
1. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang
pada 11 November 1989 telah membincangkan mengenai Pembayaran Zakat Fitrah
Dengan Wang. Mesyuarat berpendapat adalah harus kaum muslimin di negeri ini
mengeluarkan zakat fitrah yang wajib ke atas mereka dengan harga makanan yang
biasa dimakan (beras).
Hujah : Taqlid kepada Mazhab Imam Abu Hanifah.
2.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan
Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan
bahawa
1).Harga zakat fitrah bagi
negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat
yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan
satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.
2.)Harga zakat fitrah bagi
negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang
ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri
Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang
Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.
Hujah : Amalan pelaksanaan zakat fitrah di negara
ini ditunaikan dengan nilai mata wang bagi menggantikan satu gantang beras bagi
setiap orang Islam yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
Keadaan ini memperlihatkan wujud perbezaan kadarnya di negeri-negeri disebabkan
penetapan asas timbangan bagi satu gantang beras dan jenis beras yang
ditentukan. Selain itu, harga beras tempatan di Semenanjung Malaysia dikawal
dan diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) serta Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) tetapi tidak
melibatkan negeri Sabah dan Sarawak.
5.0 Kaedah Pembayaran Zakat dan
Keberkesanannya
5.1 JOHOR
Bagi kutipan zakat fitrah untuk
tahun 2015, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah :
a.Menetapkan dua harga bayaran iaitu :
i..Harga Fitrah RM 5.00
Umat Islam yang makan beras super tempatan 15% hancur yang berharga RM1.80 sekilogram.[Beras Bational]
ii.Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam yang makan beras selain daripada beras super tempatan 15% hancur .
[Beras Nasional].
b. Memberi garis panduan :
a.Umat Islam yang bermukim di Johor wajib menunaikan
zakat fitrah di Johor.
b.Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil
bertauliah yang mempunyai kad kuasa daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
b.Pastikan setiap bayaran mendapat resit rasmi
Majlis Agama Islam Negeri Johor.
c.Disarankan mengeluarkan Zakat Fitrah pada
awal Ramadhan agar agihan kepada fakir dan miskin dapat diberi sebelum Hari
Raya.
5.2 KELANTAN
Bagi kutipan zakat fitrah untuk tahun 2015
Majlis Agama Islam Negeri Kelantan(MAIK) telah :
a. Menetapkan bayaran sebanyak Rm 7.00.
b.Melantik 640 orang amil iaitu daripada
kalangan imam masjid mukim, pegawai-pegawai agama di kem tentera, balai polis
dan di pusat tahanan.
c. Bayaran boleh dibuat melalui institusi
bank yang telah dilantik iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB, Rhb , Am Bank
, Malayan Banking, Bank Rakyat, Affin Islamic Bank, dan juga Stantard
Chartered.
5.3 PAHANG
Bagi kutipan zakat fitrah untuk tahun
2015, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang(MUIP) telah :
a.Menetapkan bayaran sebanyak Rm 7.00.
b. 945 amil telah dilantik.
KEBERKESANAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT FITRAH :
1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang(MUIP) telah :
a.memberikan bantuan hari raya kepada
asnaf fakir dan miskin sebanyak Rm 3,466,250.00 daripada senarai yang dipilih
oleh amil fitrah.
b.memberikan bantuan kepada penerima
bantuan bulanan sebanyak Rm 1,268,000.00.
c.memberikan bantuan kepada golongan
muallaf sebanyak Rm 2,452,550.00.
d. Rm 124,900.00 diberikan kepada saudara
baru daerah pekan. Terdiri daripada Muallaf Asli,Muallaf selain Asli dan fakir
miskin Asli.
e. Sejumlah Rm 122,400.00 Dermasiswa yang
kemudiannya diagihkan kepada 51 orang pelajar PETAMA.(seorang menerima Rm
2,400).
f. Seramai 15 orang pelajar lanjutan dan
35 pelajar persediaan menerima bantuan. Jumlah keseluruhan ialah Rm 16,600.
Antaranya ialah duit poket Rm 200.00 seorang dan kain pasang bagi lelaki dan
perempuan.
2. Majlis Agama Islam Negeri Johor telah :
a.Memberi bantuan sara hidup bulanan
sebanyak Rm 800.00 kepada keluarga yang memerlukan melalui Bahagian
Ukhuwah(saudara kita).
b.Mengadakan Program Belanja Baju Raya
2015.
i.1000
orang anak-anak asnaf mendapat baju raya dan keperluan lain bernilai
Rm 200.00 bagi setiap orang.
ii.
53,000 orang asnaf menerima bantuan hari
raya.
c. 59 orang pelajar kelahiran johor ditaja tiket penerbangan ke Jordan dan Mesir
serta diberi hadiah saguhati, sebagai persiapan sebelum berangkat untuk
melanjutkan pelajaran mereka.
d. 80 orang anak-anak asnaf daerah Pontian
diberikan baju raya.
3.Majlis Agama Islam Negeri Kelantan (MAIK) telah :
a.Memberi sumbangan cek sebanyak Rm 1 Juta
kepada Menteri Besar Kelantan untuk Yayasan Islam Kelantan(YIK).
b. 11 orang mangsa banjir menerima kunci
rumah iaitu 3 orang dari Jajahan Machang, 2 orang dari Jajahan Kota Bharu,
seorang dari Jajahan Tumpat dan 5 orang dari Jajahan Kuala Krai.
c. Jumlah kutipan zakat semasa sehingga
10/7/2015 ialah Rm 100,954,116.17 manakala jumlah agihan zakat semasa ialah Rm
83,349,677.23.
Pemberian
zakat dan agihannya berdasarkan kutipan maklumat daripada berita rasmi terkini
tahun 2015 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama bagi setiap negeri menunjukkan
pengagihan yang berkesan. Golongan yang berhak mendapat hak yang sepatutnya.
6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruannya kita
dapat melihat kaedah pembayaran dan bentuk pembayaran zakat fitrah di negara
kita, Malaysia. Setiap negeri mempunyai kadarnya masing-masing yang ditetapkan
berdasarkan kiraan yang berpandukan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh
syarak.
Pembayaran
zakat fitrah di negara kita adalah bentuk wang dan diakadkan sebagai
menggantikan makanan kerana kita adalah mazhab syafii, namun dalam soal
pembayaran zakat, fatwa-fatwa telah dikeluarkan sesuai dengan keperluan
maslahat masyarakat islam di Malaysia secara keseluruhannya.
Kutipan
zakat fitrah akan diagihkan kepada 8 golongan asnaf seperti yang telah
dijelaskan dalam al-Quran. Sebagai tambahan, sebagai umat islam, bagi yang
mencukupi syarat2nya kita perlulah melaksanakan kewajipan kita. Seterusnya,
sekiranya kita mengetahui terdapat golongan asnaf di mukim kita atau di tempat
yang tertentu di negara kita, maka kita disarankan melaporkannya kepada pihak
Majlis Agama negeri tersebut agar bantuan zakat fitrah dapat disalurkan kepada
mereka.
Akhir
sekali, setiap pembahagian zakat fitrah dicadangkan agar dikeluarkan sebagai
berita rasmi melalui laman sesawang Majlis Agama negeri masing-masing agar
masyarakat dapat melihat,menilai dan memberi cadangan yang relevan bagi
meningkatkan keberkesanan kutipan dan agihan zakat, agar mereka yang
bertanggungjawab dapat menunaikan tanggungjawab mereka dan mereka yang wajib
menerima zakat fitrah, menerimanya sesuai dengan hak mereka seperti yang telah
ditetapkan oleh Allah s.w.t.
RUJUKAN :
1. Abdul Hadi Awang.(2013), Fiqh Siasah Khulafa Ar-Rasyidin Amirul
Mukminin Umar ibn AlKhatab r.a.. Terengganu : MDQ.
2. Ibnu Qasim Al-Ghazi.(2013), Fathul Qarib Al-Mujib fi Syarhi Alfaz
al-Taqribi. Selangor : Al-Hidayah..
3. Imam al-Bukhari.(2013), Mukhtasar Sahih al-Bukhari. Selangor :
Pustaka al-Ehsan.
4. Abdullah.(2009), Panduan Menyempurnakan Zakat.
Johor Bahru : Jahabersa.
5. Yusuf al-Qaradawi.(2014), The Legitimacy of Paying Zakat al-Fitr in
Cash. Dimuat turun pada 1 Julai 2015 daripada
6. Jakim.(1989), Pembayaran Zakat Fitrah Dengan Wang. Dimuat turun pada 3 Julai 2015
daripada
7. Jakim.(2003), Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Dimuat turun pada 3
Julai 2015 daripada
8. MAINJ.(2015), Pengumumam Zakat Fitrah 1436 H/ 2015 M. Dimuat turun pada 4 Julai
2015 daripada
9. MAIK.(2015), MAIK Lantik 640 Amil Kutip Zakat Tahun Ini. Dimuat turun pada 5
Julai 2015 daripada
10. MUIP.(2015). Pengumuman Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang Tahun 1436 H/ 2015 M. Dimuat turun pada 5 Julai 2015
daripada
11. MAINJ.(2015), MAINJ Ziarah Keluarga yang Menjadi Viral di Media Sosial. Dimuat
turun pada 6 Julai 2015 daripada
12.MAINJ.(2015), 1000 Orang Anak-anak Asnaf diraikan dalam Program Belanja Baju Raya
MAINJ 2015. Dimuat turun pada 6 Julai 2015 daripada
13. MAINJ.(2015). 59 Bakal Mahasiswa Johor ke
Mesir dan Jordan Diraikan. Dimuat turun pada 9 Julai 2015 daripada
14. MAIK.(2015), Program Solat Jumaat, Pengurniaan Sumbangan Tahunan Pengurusan kepada
Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Penyerahan Kunci Rumah MAIK kepada Mangsa
Banjir di Jajahan Machang oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan. Dimuat turun pada 9 Julai 2015 daripada
15. MAIK.(2015), Jumlah Kutipan dan Agihan Zakat. Dimuat
turun ada 11 Julai 2015 daripada
16. MUIP.(2015), Bantuan Zakat Sempena Ramadhan 1436 H/ 2015
M . Dimuat turun pada 10 Julai 2015 daripada