1.0 PENGENALAN
Sebagai
umat islam, sudah tentulah kita harus berusaha memahami ajaran agama kita
dengan tepat dan betul berdasarkan al-Quran dan as-sunnah. Para ulama telah
berusaha keras dengan memberikan pelbagai sumbangan dalam memastikan apa yang
kita faham berkenaan ajaran luhur islam adalah tepat dan benar.
Pada
masa kini, dengan perkembangan cabang ilmu sains dan teknologi, kita mempunyai
akses yang mudah kepada maklumat. Hidup kita pada masa kini, di bandar-bandar
maju, bahkan sudah mula merebak ke kawasan pedalaman, benar-benar menggambarkan
seperti apa yang diperkatakan sebagai dunia di hujung jari. Dengan mempunyai
gajet seperti telefon bimbit dan akses kepada internet, kita dalam mengetahui dalam beberapa saat sahaja apa yang
sedang berlaku di seluruh dunia. Proses pengajaran dan pembelajaran juga
menjadi mudah.
Bagi
seorang penuntut ilmu, ianya sangat membantu dalam prosesnya mencari maklmuat
yang diperlukan bagi menambahkan kefahamannya. Namun, kita harus sedar kesan
negatif yang dibawa. Terutamanya lambakan maklumat. Bagi insan-insan yang tidak
mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan ajaran agama islam, mereka muda
menjadi keliru dalam memahami kata-kata kunci dalam islam yang menayangkan
fahamnya yang tersendiri, jauh berbeza dari apa yang difahami oleh barat.
Antara kata kunci yang dibincangkan dalam penulisan ini ialah wahyu. Apa itu
wahyu? Apakah ciri-ciri wahyu? Apakah sama wahyu dengan ilham,inspirasi dan
idea? Adakah sesiapa sahaja boleh menerima wahyu? Inilah yang akan dijawab dalam penulisan pada kali ini.
Sebagai
tambahan, kebanyakan dari kita, melayari laman sesawang dari semasa ke semasa,
bahkan ada yang menjadikannya sebagai rutin, dan sumber rujukan. Penggunaan
yang betul,hasilnya sudah tentu baik. Namun, disini saya akan cuba menampilkan
beberapa laman sesawang yang mempunyai konsep-konsep ataupun kefahaman yang
salah berkenaan wahyu dan aspek-aspek wahyu. Perkara ini perlu diterangkan
dengan tuntas agar dapat menyelamatkan para pembaca daripada terjerumus ke
dalam kekeliruan dan keraguan yang amat dasyat dalam diri sendiri. Hujah-hujah
yang berlandaskan syarak, dan dengan merujuk kepada ulama yang berautori serta
fatwa-fatwa yang dikeluarkan akan digunakan dengan sebaik munkin bagi
menyanggak kekeliruan kefahaman yang dintonjolkan dalam laman-laman sesawan
yang tertentu.
2.0 KONSEP WAHYU DALAM ISLAM
Sebagai
umat islam, kita harus tahu berkenaan wahyu. Apa itu wahyu? Adakah ianya sama seperti
ilham? Ataupun inspirasi-inspirasi dari ahli-ahli seni? Persoalan berkenaan
memahami wahyu adalah satu persoalan yang amat penting. Kesilapan dalam
memahami wahyu dapat membawa kita ke jalan kesesatan.
Dalam
beberapa ayat al-Quran ada juga menunjukkan gambaran penggunaan secara umum
bagi perkataan wahyu bagi menunjukkan makna-makna tertentu . Contohnya ialah :
Maksudnya
: Dan Tuhanmu memberi ilham
kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di
pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
(Surah
an-Nahl 16 : ayat 68)
Dan juga ayat,
Maksudnya
: Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya),
lalu ia memberi isyarat
kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah)
pagi dan petang".
(
Surah Maryam 19 : ayat 11)
,
Maka
dari gambaran ayat-ayat diatas kita dapat lihat bahawa menurut seorang sarjana islam iaitu Rashid
Rida (2005), wahyu ialah pemberitahuan yang bersifat tertutup dan tidak
diketahui pihak lain dan cepat serta kha kepada yang dituju.
Yang
Mulia Tan Sri Prof.Syed Muhammad Naquib al-Attas (1995), menyatakan dalam karya
agungnya yang berjudul Prolegomena to
The Metaphysics of Islam : An Exposition of The Fundamental Elements of The
Worldview of Islam, wahyu adalah,
”the nature of God as revealed in islam is
derived from the Revelation. We do not mean by Revelation the sudden vision of
great poets and artists claim for themselves ; nor the apostolic inspiration of
the writers of sacred scripture, nor the illuminative intuition of the sages and people of discernment. We
mean by it the speech of God, concerning Himself, His creation, the relation between them, and
the way to salvation communicated to His chosen Prophet and Messenger, not by
sound or letter, yet comprising all that He has represented in words, then
conveyed by the Prophet to mankind in a new linguistic form new in nature yet
comprehensible, without confusion with the Prophet’s own subjectivity, and
cognitive imagination. This Revelation is final, and it not only confirms the
truth of preceding revelations in their original forms, but include their
substance, separating the truth from cultural creation and ethnic inventions.”
Kemudian
Dr.Anis Malik Thoha (2010), dalam kerta kerjanya yang berjudul Konsep Wahyu dan
Nabi dalam Islam, menyatakan bahawa dari segi epistemologi, para ulama
mengatakan bahawa wahyu ialah
pemberitahuan Allah s.w.t kepada seorang nabi tentang berita-berita ghaib,
shariat dan hukum-hukum tertentu. Ini menjelaskan suatu perkara yang amat
penting berkenaan wahyu iaitu, pemberi berita itu ialah Allah s.w.t dan
penerima berita itu ialah seorang nabi.
Siapa
itu Allah? Allah itu adalah Tuhan yang Maha Esa, tempat segala makhluk
bergantung, tidak beranak,tidak diperanakkan dan tiada sesuatupun yang setara
denganNya. Allah ialah Tuhan yang telah mencipta segala-galanya sempurna dari
sebarang kekurangan, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan tiada
apa pun walau sebesar zarah dapat terlepas daripada pengetahuanNya.
Seterusnya
kita pergi kepada penerima berita iaitu Nabi. Nabi ialah seorang lelaki yang
yang diberi wahyu oleh Allah s.w.t, sama ada dia diperintahkan untuk
menyampaikannya ataupun tidak. Jika dia diperintahkan untuk menyampai wahyu
dari Allah kepada umatnya, maka dia dilantik sebagai Rasul. Setiap Rasul adalah
nabi, dan setiap nabi, tidak semestinya adalah seorang Rasul. Maka dari situ
kita dapat lihat bahawa wahyu itu suatu perkara benar,berita rahsia yang
disampai oleh Allah s.w.t kepada para nabinya. Hal ini menafikan sebagaimana
yang diperkatakan oleh sesetengah orang bahawa wahyu ini adalah
inspirasi,ilham, dan imaginasi seseorang, walhal ianya tidak benar sama sekali.
3.0 LAMAN SESAWANG YANG MENIMBULKAN KEKELIRUAN
TENTANG WAHYU
Laman
sesawang pertama ialah berkenaan dengan dengan pemikiran Abuya Ashaari Muhammad
at Tamimi. Untuk menilai dengan adil, kita melihat pada salah satu daripada hyperlink dalam laman sesawang ini yang
membawa kita kepada buku yang ditulis oleh Abuya Ashaari sendiri yang berjudul
Pendidikan Rapat dengan Rohaniah Manusia.
Kekeliruan pernyataan yang dimaksudkan
dalam gambarajah di atas ialah :
a.
Malaikat, jin dan manusia menjadi
makhluk yang mukallaf.
b.Malaikat
akan dihumbankan ke dalam neraka jika ingkar perintah Allah.Ini
memberi maksud bahaya malaikat mempunyai
kebolehan untuk ingkar pada
perintah Allah s.w.t .
Menurut
kefahaman Abuya Ashaari, malaikat yang berbuat dosa akan dimasukkan ke dalam
neraka sebagai balasan dan ke dalam syurga jika berbuat kebaikan. Disini apa
yang ditekankan adalah kekeliruan beliau berkenaan konsep malaikat dalam islam.
Menurut beliau lagi, malaikat mempunyai akal, atau apa yang dinamakan oleh
Abuya sebagai Ruhul Amri, maka dari sini dia berhujah bahawa malaikat juga
menerima taklif. Ini memberi erti bahawa malaikat mempunyai kebebasan
tersendiri sama ada untuk patuh atau ingkar pada perintah Allah s.w.t
Dalam
laman sesawang diatas kekeliruan tersebut ialah berkenaan dengan :
a.
Menggunakan istilah Dhawuh Pangeran sebagai mempunyai erti yang sama
dengan wahyu Allah s.w.t Di sini
menunjukkan kekeliruan dari segi
penggunaan perkataan wahyu.
Sri
Sultan, seorang tokoh spiritual dari jawa mengatakan bahawa seseorang yang
mempersiapkan diri secara rohani, akan mempunyai keupayaan untuk menerima wahyu
dari Allah s.w.t Sesiapa sahaja. Sri Sultan walau bagaimanapun tidak pernah
mengistiharkan dirinya sebagai nabi atau rasul. Namun penggunaan perkataan
menerima wahyu dari Allah itu jelas menimbulkan kekeliruan kerana ia
membayangkan bahawa seseorang itu adalah nabi.
Antara
kekeliruan yang dipamerkan dalam laman sesawang ini ialah :
a.
Setiap orang dapat menerima wahyu yang tersendiri, daripada Allah melalui
Ruh kudus(yang selalu merujuk kepada Malaikat
jibril). Dengan latihan
rohani dan spiritual yang cukup,sesiapapun
dapat menerima wahyu dari Allah.
Laman
sesawang ini menerangkan bahawa setiap dari kita memerlukan bimbingan. Dan
bimbingan berbentuk peribadi boleh diperolehi terus daripada Allah. Maka
huraian daripada laman sesawang ini menyatakan bahawa seseorang yang merenung
kitab-kitab suci, meminta dan mencari petunjuk daripada Allah, akan dapat
menerima wahyu daripada Allah untuk membimbing insan tersedut dalam mengharungi
kehidupannya di dunia.
Antara
kekeliruan dalam laman sesawang ini adalah berkenaan dengan wahyu daripada
Allah s.w.t, iaitu salah satu daripada ayat-ayat al-Quran. Mereka mengatakan
bahawa nabi muhammad s.a.w Mengubah ayat al-Quran mengikut keiinginan baginda
s.a.w sendiri. Mereka merujuk kepada nama nabi Isa a.s. Mereka mengatakan
bahawa Jesus adalah nama yang sebenar manakala Isa adalah nama yang
direka-reka. Pokok dari isu ini ialah mereka dengan mudahnya mengatakan bahawa
nabi Muhammad s.a.w mengubah wahyu yang datang daripada Allah s.w.t iaitu ayat
al-Quran.
4.0 HUJAH DAN JAWAPAN BAGI KEKELIRUAN
a.Kekeliruan 1 : Malaikat adalah mukallaf. Dibalas dengan neraka jika
berbuat jahat dan diberi ganjaran syurga jika berbuat baik.
Jawapan : Bagi menjawab kekeliruan ini, saya
akan menampilkan beberapa dalil dari al-Quran menjelaskan berkenaan malaikat.
Dalil-dalil ini adalah untuk menafikan, bahawa malaikat itu mempunyai kebolehan
untuk ingkar pada perintah Allah s.w.t. Dalam erti lain, kita takut pada Allah
s.w.t, maka kita patuh pada perintahNya, justeru,bagi huraian pemikiran Abuya, malaikat
mempunyai kebolehan untuk tidak patuh pada perintahNya. Ini memberi implikasi
bahawa terdapat malaikat yang tidak takut dan tidak patuh pada perintah Allah
s.w.t. Kita harus sedar bahawa ijma ulama bersetuju bahawa malaikat tidak
ditaklifkan dengan syariat sebagainya manusia dan jin. Antara dalil bagi
menjawab kekeliruan tersebut ialah :
Maksudnya
: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan
keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu
(berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras
kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka
kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula
tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(Surah At-Tahrim 66 : ayat 6)
Kita
harus tahu bahawa semua ayat-ayat al-Quran adalah benar. Tiada sebarang
keraguan yang terdapat padanya. Ayat diatas menjelaskan bahawa Malaikat tidak
menderhaka kepafa Allah s.w.t dalam apa keadaan sekalipun. Setiap arahan yang
diberi oleh Allah s.w.t akan dilaksanakan oleh para malaikat. Tidak ada
malaikat yang ingkar pada perintah Allah s.w.t.
Mungkin
ada yang faham dalam erti bahawa Iblis adalah bekas malaikat, ataupun menurut
sesetengah fahaman bukan dari ajaran islam ialah Iblis ialah Fallen Angel. Ertinya ialah iblis
dahulunya malaikat yang tinggi martabatnya lalu akibat enggan sujud pada Adam
a.w, maka iblis telah menjadi terkutuk. Maka terdapat fahaman yang bertitik
dari sini bahawa malaikat akan dihumban
ke dalam neraka jika berbuat dosa. Dan apabila melibatkan neraka dan
syurga,dosa dan pahala,sudah tentu terdapat taklif ke atas malaikat tersebut.
` Maka,
untuk menghuraikan juga kekeliruan yang saling kait-mengait ini, kita pergi
kepada ayat berikut :
Maksudnya
: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada
malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin,
lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak
menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi
pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah
buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
(Surah al-Kahf 18 : Ayat 50)
Ayat
diatas menerangkan dengan jelas bahawa Iblis tidak mengikut perintah Allah
s.w.t. Ini juga menunjukkan bahawa asal usul iblis ialah jin, bukanlah
malaikat. Terdapat perbezaan anatara jin dan malaikat iaitu :
Daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Dijadikan
malaikat daripada cahaya, dijadikan jin daripada api yang menyala-nyala dan
dijadikan Adam daripada apa yang telah diceritakan kepada kamu.
(Hadis Riwayat Muslim)
Dan umumnya kita tahu bahawa jin dan
manusia mendapat taklif daripada Allah s.w.t berdasarkan ayat :
Maksudnya :Dan (ingatlah) Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu.
(Surah
Adh-Dhariyat 51 : ayat 56)
Kekeliruan 2 : Penggunaan perkataan wahyu bagi merujuk kepada penerimaan
sesuatu inspirasi,idea ataupun ilham bagi manusia.
Jawapan : Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, adil ialah keadaan sesuatu itu
berada pada tempatnya yang betul. Sebagai seorang muslim, kita haruslah berlaku
adil dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam konteks bahasa,menurut
beliau, kita perlu berlaku adil pada bahasa dengan menggunakan perkataan yang
betul bagi makna yan betul. Hal ini penting kerana kata kunci seperti wahyu
mempunyai makna ekslusif bagi umat islam di seluruh dunia.
Maka
penyalahgunaan perkataan ini boleh membawa kepada kekeliruan yang besar dalam
memahami islam dengan betul seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Ada sesetengah manusia menggunakan wahyu bagi merujuk kepada ilham yang muncul
dari pengalaman spiritual dan juga inspirasi-inspirasi hebat yang muncul dari
dalam minda mereka yang merupakan ahli bijaksana pada zaman mereka.
Kita
perlu jelas dan faham bahawa semua ilmu yang datang kepada mereka bak dalam
bentuk ilham,idea mahupun inspirasi merupakan pemberian daripada Allah s.w.t.
Sehebat mana semua perkara ini datang ke dalam minda manusia, ianya bukanlah
wahyu dan tidak layak dipanggil wahyu. Ada juga insan biasa yang mengaku
menerima wahyu dari Allah walaupun tidak mengaku mereka nabi, namun ini juga
menimbulkan kekeliruan yang besar.
Untuk
menjelaskan keadaan ini, kita berbalik kepada kepada definisi asal wahyu iaitu
berdasarkan Syed Muhammad Naquib al-Attas (1995), ”......wahyu ialah kata-kata
Tuhan, berkenaan diriNya, ciptaanNya, hubungan berkaitan dengannya, dan cara ke
arah kesejahteraan yang disampaikan kepada Nabi dan Rasul pilihanNya....”. Berbalik pula kepada Anis Malik Thoha (2010),
dalam kerta kerjanya yang berjudul Konsep Wahyu dan Nabi dalam Islam,
menyatakan bahawa dari segi epistemologi, para ulama mengatakan bahawa wahyu ialah pemberitahuan Allah s.w.t kepada
seorang nabi tentang berita-berita ghaib, shariat dan hukum-hukum tertentu.
Dalam
pernyataan di atas, seharusya kita sudah jelas wahyu wahyu ialah suatu yang
disampaikan daripada Allah s.w.t kepada para nabi dan rasulNya. Apa saja yang
diterima oleh seseorang itu, sama ada ilham,idea,atau inspirasi, tidak layak
dan tidak boleh dipanggil wahyu sekiranya seseorang itu bukan nabi. Bagi
seseorang yang mengaku dirinya nabi
selepas nabi Muhammad s.a.w, kita perlu sedar dan insaf bahawa pernyataan itu
secara sendirinya adalah dakwaan palsu yang tidak berasas. Ini adalah
berdasarkan dalil al-Quran bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi yang terakhir
iaitu :
Maksudnya : Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab
ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki
kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan
segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu.
(Surah al-Ahzab 33 : Ayat 40)
Ayat di atas menunjukkan bahawa nabi
Muhammad s.a.w adalah kesudahn bagi segala nabi, Khatama Nabiyyun. Ini memberi makna
bahawa tiada lagi nabi yang akan datang sesudah nabi Muhammad s.a.w. Sesiap
yang mengaku nabi, dan mendakwa menerima wahyu maka, ianya sudah tentu akan
tertolak dengan sendirinya kerana hanya nabi dan rasul sahaja yang menerima
wahyu. Tiada lagi wahyu yang akan turun sesudah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w.
Maka secara logiknya, kita faham bahawa tiada sesiapa yang dapat mendakwa
dirinya menerima wahyu pada masa kini. Jika, ada, semuanya adalah dakwaan palsu
dan tidak berasas.
Kekeliruan 3 : Nabi Muhammad s.a.w mengubah wahyu Allah s.w.t
Jawapan : Nabi Muhammad s.a.w hanya diperintahkan oleh Allah s.w.t sebagai Rasul
iaitu untuk menyampaikan risalah islam. Segala yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad s.a.w adalah sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. Merujuk kepada surah
Al-Ahzab 33 pada ayat yang ke- 40, menunjukkan bahawa nabi Muhammad s.a.w adalah Rasul Allah.
Maka
bukanlah tugas nabi Muhammad s.a.w. itu mengubah wahyu,melainkan
menyampaikannya dan menerangkannya agar dapat difahami dan diamalkan dalam
kehidupan seharian bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Jika dilihat dengan umum, mahupun diselidik dengan terperinci sirah hidup nabi
Muhammad s.a.w, tidak ada keadaan nabi Muhammad s.a.w mengubah sebarang wahyu
Allah s.w.t.
5.0 KESIMPULAN
Sebagai umat islam yang
hidup pada era sains dan teknologi, kita terdedah kepada banyak maklumat yang
boleh membuatkan kita keliru. Dalam memahami ajaran islam, kita harus memahami
kata kunci dalam perbendaharaan kalimah-kalimah dalam islam dengan merujuk pada
sumber yang berwibawa. Kata kunci yang dihurai dalam penulisan kali ini ialah
wahyu.
Kita
perlu memahami berkenaan wahyu dalam islam secara keseluruhannya dengan
melibatkan faham berkenaan Allah s.w.t sebagai pemberi wahyu dan nabi dan rasul
sebagai penerima wahyu. Hal ini membantu kita dalam menilai golongan terpesong
yang mendakwa diri menerima wahyu, mungkin untuk kepentingan diri atau
disebabkan kurang kefahaman berkenaan makna dan hakikat penggunaan yang betul
bagi perkataan tersebut
Mereka
yang kurang kefahaman tentang islam perlu dididik dengan dijelaskan kepada
mereka makna wahyu dalam konteks ajaran islam agar mereka dapat sedar kesilapan
mereka. Selain itu, kita perlu bertegas dengan menjelaskan berkenaan penggunaan
perkataan ini dengan betul dan maknanya yang eksklusif yang menayangkan pandang
alam islam berkenaan hakikat dan kebenaran.
Orang
yang keliru, pastinya akan timbul keraguan dalam diri mereka. Maka keraguan ini
akan melemahkan pegangan dan imam mereka. Ubat bagi kekeliruan dan keraguan
tetaplah ilmu. Maka tuntutlah ilmu. Dalam menuntut ilmu, kita harus memilih
ilmu pada yang harus dituntut dan dengan siapa ilmu itu perlu dituntut agar
kita dapat menjadi yakin terhadap ajaran luhur islam. Rujuklah pada para ilmuan
islam masa kini dan masa lampau, terutamanya ulama besar dalam tradisi ilmuan
islam seperti Hujjatul Islam Imam Abu Hamid al-Ghazali, Fakhrudin Razi, Imam
Syafiee, Sheikh Ali Gomaa, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan ramai lagi ulama
yang dapat membimbing kita
dalam mengharungi ujian dari Allah s.w.t
di dunia ini agar senang di dunia dan diakhirat seperti dalam doa yang perlu
selalu kita minta iaitu :
Maksudnya
Dan di antara mereka
pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab
neraka".
(Surah
al-Baqarah 2 : 201)
Akhir
kata, sentiasa dalam usaha menuntut ilmu
terutama dalam memhami soal-soal wahyu dengan erti kata lebih mendalam, harusah
kita sentiasa berdoa agar diberi ilmu oleh Allah s.w.t dan dan direzekikan
kefahaman yang betu sepanjang usaha kita menuntut ilmu. Sebagi penuntut ilmu,
kita haruslah sentiasa merendah diri, bertawaduk dan beristiqamah dalam usaha
kita sebagai penuntut ilmu.
Apendiks
Rujukan :
1. Anis Malik Thoha. (2010). Konsep Wahyu dan Nabi dalam Islam.
Dimuat turun pada 8 Julai 2015 daripada
2. Ashaari Muhammad. (2006). Pendidikan Rapat dengan Rohaniah Manusia.
Dimuat turun pada 8 Julai 2015 daripada
3. Jakim. (n.d.). Siri Kedua : Menjawab Salah Faham Ansaari Muhammad Terhadap Konsep
Malaikat. Dimuat turun pada 8 Julai 2015 daripada
5. Rashid Rida (2005). al-Wahy al-Muhammadi. Beirut : Dar
al-Kutub al-’Ilmiyyah.
6. Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1995). Prolegomena
to The Metaphysics of Islam : An
Exposition of The Fundamental Elements of The Worldview of Islam.
Kuala Lumpur : ISTAC.
7. Khalif Muammar A.Harris. (2013). Isu Nama Allah : Mengapa Orang Bukan Islam
Tidak Berhak Menggunakan Nama Allah (Bahagian 1). Dimuat turun pada 10
Julai 2015 daripada