1.Apa maksud mengoptimumkan kuasa minda?
Jawapan : Meningkatkan keupayaan fungsi otak ke paras maksimum yakni paras yang paling tinggi melalui keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis.
2.Apakah teori yang baik tentang keupayaan minda?
Jawapan : Teori Pemisahan Minda(Brain-Split Theory), yang membahagikan otak kepada 2 belah hemisferan, kanan dan kiri yang disebut sebagai HOKA(otak kanan) dan HOKI(otak kiri).
3.Apakah antara ketika berfungsinya HOKA(otak kanan)?
Jawapan : Untuk kegiatan berfikir logik dan melibatkan bidang matematik,bahasa,bidang berfikir secara urutan,sistematik,dan analitis.
4.Apakah antara ketika berfungsinya HOKI(otak kiri)?
Jawapan : Apabila kita menyanyi,berlakon drama atau teater,menulis puisi,cerpen,novel,melukis atau membuat arca.
5.Sejak bilakah manusia mula berfikir?
Jawapan : Terdapat pandangan ahli psikologi yang mengatakan, sejak bayi. Ada juga yang mengatakan ini(iaitu berfikir) merupakan suatu naluri psikologikal.
6.Apakah usia dan keadaan yang dikatakan seseorang kanak-kanak itu mula berfikir?
Jawapan : Para psikologi mengatakan, sejak anak bole menggunakan bahasa ertinya kosa kata. Ramai ahli psikologi mengatakan kanak-kanak mula berfikir secara kreatif,imaginatif,dan pembayangan sejak berusia lima tahun ke atas, dan ada yang kata lebih awal.Pendeknya, ia bergantung kepada kemampuan kanak-kanak menguasai bahasa. Iaitu bahasa pada peringkat kanak-kanak.
7.Boleh jelaskan berfikir secara kreatif dalam konteks kanak-kanak?
Jawapan : Berfikir secara bebas, tiada halangan, tiada sekatan, mengatakan apa sahaja yang mereka ingin katakan dengan bebas, sebebas-bebasnya,berfikir secara luas,berbeza,kabur,bermain-main lucu,makar,keloloh tidak masuk akal ,"unsangkarable" dan cukup tidak logik. Adak juga yang mengatakan ianya adalah berfikir secara main-main,secara gila-gila dan tidak masuk akal.
8.Siapakah ahli falsafah di dunia yang pertama?
Jawapan : Kanak-kanak, menurut Sara Meadows.
9.Kenapa?
Jawapan : Kerana mereka bebas bertanya apa sahaja yang ingin ditanya.
10.Apa maksud kreativogenik?
Jawapan : Bersifat kreatif sepenuhnya.
11.Bagaimana caranya untuk menjadi manusia yang bersifat kreativogenik?
Jawapan : Menggunakan HOKA dan HOKI secara konsisten, berterusan dan secara tersusun.
Nota :
Unsangkarable = something you have not thought. Something unexpected.