Islamisasi al-Attas merupakan islamisasi ilmu. Hal ini kerana , ilmu itu telah rosak. Ilmu sebenarnya tidak neutral dan boleh dimasukkan faham2 tertentu.
Bagaimana faham tertentu dimasukkan?Caranya ialah dengan mengubah makna perkataan2 tertentu.
Contohnya ialah agama. Jika barat menyebut agama, cara mereka faham ialah agama itu sama ada rekaan,atau tahyul, atau , rekaan para failasuf yang bijaksana. Bila kita umat islam sebut agama islam, ia membawa maksud agama yang di tanzil kan. Namun barat menafikannya kerana mereka melihat islam,seperti mereka melihat agama mereka.Iaitu rekaan semata2.
Contoh kedua ialah kebebasan. Bila barat sebut kebebasan, bagi mereka ialah membebaskan diri dari belenggu agama,kerana bagi mereka agama itu membelenggu mereka daripada bebas. Bila islam sebut bebas, kita bermaksud kebebasan untuk melakukan perkara baik.Bebas untuk memilih yang baik antara dua pilihan yang ada. Bebas dari gangguan nafsu rendah yang menghalang kita dari membuat pilihan yang baik. Apabila diri akali menaklukkan diri haiwani, dan diri haiwani itu tunduk patuh kepada diri akali, maka individu itu sudah berada dalam keadaan bebas.
Contoh ketiga ialah baik. Baik itu apa? Siapa yang tentukan apa itu baik? Bagi barat, man is the measure of all things, jadi bila manusia barat cakap sesuatu perkara itu baik, maka baiklah. Kalau kahwin sesama jantina dapat dilihat sebagai baik, maka baiklah. Bila kita umat islam sebut baik, kita ada contoh2 akhlak yang baik dari nabi kita Muhammad s.a.w, dan kisah para nabi serta balasan yang menimpa kaum yang ingkar dan membuat kejahatan.Kita rujuk pada al-Quran dan sunnah. Kalau kita tengok kisah kaum tertentu yang dibinasakan akibat perbuatan hubungan sesama jenis, kita tahu bahawa ianya perbuatan yang dimurkai. Bila sebut baik dan buruk, kita juga sebut tentang dosa dan pahala, halal,haram.
Kata2 kunci lain ialah tuhan,akhlak etika,moral,hak,kebenaran,ilmu, manusia, kemajuan, nasib , hidup, mati, kebahagiaan, kepercayaan, iman dan sebagainya.
Ringkasnya, islamisasi al-Attas itu ialah islamisasi ilmu pengetahuan. Ilmu itu tempatnya di jiwa. Dan yang diislamisasikan itu bukanlah kereta atau bangunan, tetapi diri manusia. Maka diri manusia lah yang di islamisasikan. Faham manusia. Cara manusia melihat dunia. Cara manusia melihat realiti dan kebenaran. Cara melihat realiti dan kebenaran ini juga dipanggil pandang alam. Atau dalam bahasa inggeris di panggil worldview.
Bila kita cakap tentang realiti dan kebenaran, ianya bersifat metafizik. Sebabnya ialah masalah umat islam pada hari ini ialah bersifa metafizik. Maka nak jelaskan semua ni, nak jelaskan apa masalahnya,apa yang betulnya, perlulah dijelaskan dengan bahasa. Maka sekiranya kalimah2 dalam bahasa itu sudah dirosakkan maknanya, maka perlulah diberi takrif dan definisi yang betul terlebih dahulu.Lepas dah tahu dan faham definisi yang betul barulah kita dapat pergi dengan lebih terperinci.
Akhir kata, perlulah bersabar dalam menuntut ilmu, dan jangan terburu-buru. Semoga Allah tambahkan ilmu dan rezekikan kefahaman pada kita semua. Amiin!