Akidah
dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang
muktamad,tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang
berakidah.Secara ringkas,akidah islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap
Allah dan Rasulnya serta apa yang dibawa oleh rasul dan dilaksanakan dalam
kehidupan.Ilmu berkenaan akidah membicarakan tentang keyakinan terhadap Allah
S.W.T.
Kita
perlu tahu bahawa agama tidak boleh bersandarkan kepada sangkaan,spekulasi dan
andaian tetapi mestilah bersandarkan kepada ilmu dan kepastian.
Punca
akidah lemah adalah kerana timbulnya rasa keraguan pada kebenaran islam.Oleh
sebab akidah adalah berkaitan dengan keyakinan,maka sudah tentu keraguan
menyebabkan akidah seseorang menjadi lemah.Boleh kita katakan bahawa,seseorang
yang mempunayi akidah yang lemah bermakna keyakinannya terhadap Allah S.W.T
juga lemah.
Akidah
yang lemah,atau saya katakan kurang yakin terhadap Allah S.W.T adalah perkara
yang dialami oleh mahasiswa dan mahasiswi kerana pada pemikiran mereka,ianya
bukanlah sesuatu yang perlu dititikberatkan kerana mereka merasakan bahawa
hidup seharian boleh diteruskan dengan baik,sama ada mereka yakin pada Allah S.W.T ataupun tidak.Dengan kata
lain,mereka berpandangan bahawa mereka masih boleh mencapai kebahagiaan tanpa
mempunyai pegangan akidah yang kuat.
Kita
semua tahu bahawa dalam hidup ini,kita ingin mencari kebahagiaan .Apa yang
dimaksudkan dengan kebahagiaan?Sebelum menjelaskan perkara ini,ingin saya
kemukakan bahawa pemikiran,proses berfikir adalah kunci untuk menguatkan akidah
seseorang.Dengan kata lain,keyakinan dalam beragama.Untuk yakin,kita perlu
tahu,selepas tahu,kita berusaha untuk faham.Selepas faham,yakin dan tahu,maka
kita mempunyai pilihan.Untuk memilih yang benar ataupun yang salah,manusia
diberi kebebasan untuk memilih iaitu Freedom of Choice yang memberi erti bahawa
kebebasan untuk memilih yang baik untuk dirinya.Bila kita faham,kita akan yakin
dengan kebenaran Islam,yakin pada Allah S.W.T,Rasul dan segala ajaran yang
disampaikan oleh baginda S.A.W.
Saya
tidak bersetuju bahawa pemikiran punca akidah lemah.Sebaliknya,tidak
berfikir dengan rational dan merujuk pada para pemikir Islam,adalah punca
akidah kita lemah.
Jadi
kita mengatakan bahawa pemikiran punca akidah lemah,maka kita telah menolak
sarjana ulung dan pemikir muslim yang telah memberikan sumbangan besar dalam
pemikiran Islam dan pendidikan Islam,dan sebagai contoh pada masa sekarang
ialah Prof.Syed Muhammad Naquib al-attas.
Berbalik
kepada makna kebahagiaan,kita pada masa kini mengukur kebahagiaan dengan
melihat kepada perkara material.Bila difikir dengan kritikal ternyata jelas
bahawa mempunyai harta kekayaan bukan jaminan kebahagiaan.Oleh sebab akidah
membicarakan tentang keyakinan,kita perlu tahu dan yakin,apakah makna sebenar
kebahagiaan.Umumnya,sudah kita ketahui bahawa para Rasul diutuskan untuk
menyampaikan khabar gembira..Orang yang gembira adalah orang yang bahagia.Maka
sekali lagi kita tanya,apakah makna kebahagiaan?Ramai yang semakin keliru dan
tidak tahu dengan pasti,apakah yang dimaksudkan dengan kebahagiaan itu?
Prof.S.M.Naquib
al-attas,pemikir Islam mengatakan bahawa untuk mendefinisikan apa itu
kebahagiaan,kita mulakan dengan membicarakan tentang lawan kepada
kebahagiaan,iaitu kesengsaraan/misery.Bila kita sebut tentang kesengsaraan
ianya adalah sesuatu berkenaan dalam diri kita.Dan ragu-ragu adalah salah satu
bentuk kesengsaraan.Oleh itu,Islam berbicara tentang yakin.Ringkasnya bila kita
yakin akan kebenaran Islam,maka kita melakukan suruhan dan meninggalkan
larangan-Nya dengan rasa rela hati.Bukankah itu makna Islam,iaitu penyerahan
diri.Dan juga dikatakan Islam itu bermakna sejahtera.
Kesejahteraan itu
dirasakan dalam diri,sebagai kesan kerana menyerah secara rela,kerana diri itu
yakin dan pasti akan kebenaran ajaran yang disampaikan.Maka sudah tentu
individu sedemikian dapat kita katakan mempunyai akidah yang kuat.Happiness
could be achieved when doubt is removed.
Semakin
terang pada kita,bahawa pemikiran bukan punca akidah lemah.Sebaliknya ,keraguan
punca akidah lemah.
Penulisan :
1.Mohd Arif Syafiq b. M.Ridhwan Pang
2.Muhd Aidiq Sufi b. M.Ridhwan Pang (ADFP/American Degree Foundation Programme, INTEC UiTM)
Penulisan :
1.Mohd Arif Syafiq b. M.Ridhwan Pang
2.Muhd Aidiq Sufi b. M.Ridhwan Pang (ADFP/American Degree Foundation Programme, INTEC UiTM)