1.Rasulullah s.a.w berkata tentang bulan Ramadhan : "Sesiapa yang menegakkannya kerana iman kepada Allah dan mengharapkan pahala(hanya dariNya), maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya".
2.Nabi s.a.w bersabda : "Sesiapa yang melaksanakan puasa Ramadan kerana iman kepada Allah dan mengharapkan pahala(hanya dariNya), maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya dan sesiapa yang menegakkan lailatul qadar kerana iman kepada Allah dan mengharapkan pahala(hanya dariNya) maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya".
3.Rasulullah s.a.w bersabda : "Carilah lailatul qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh malam yang akhir dari ramadan".
(Sahih Bukhari)
1.Malas daripada mengerjakan ibadat serta kuasa mengerjakan ia.
2.Lemah daripada mendirikan ibadat sebab bimbang akan dunia.
3.Jemu dan puas daripada memperbuat dia(ibadat) kerana ia berulang-ulang padahal belum lagi hasil yang dikehendakinya.
4.Membangsakan segala perbuatan yang terbit daripada makhluk itu kepada makhluk jua ,tiada kepada Allah kerana hakikatnya segala perbuatan itu sekaliannya terbit daripada Allah jua dan adalah segala makhluk itu seolah-olah alat perbuatan Allah. Maha Suci Allah mengadakan sesuatu dengan alat.
5.Memperlihatkan ibadatnya itu kepada orang yang lain atau menghendaki dengan ibadatnya itu akan suatu yang lain daripada Allah jikalau syurga sekalipun.
6.Membesarkan dan membanyakkan akan ibadatnya, pada hal tiada dilihatnya akan dia itu nikmat daripada Allah.
7.Mendindingi atau memandang ia akan ibadatnya itu daripada dirinya, tiada dilihatnya akan dia nikmat daripada Allah atasnya.
8.Hijab. Ertinya dinding iaitu dinding ibadat daripada segala cahayanya dan perhiasannya dan keelokannya kerana tiap-tiap satu amal ibadat itu baginya cahaya dan perhiasan dan keelokannya, maka berhentilah orang salik(orang yang berjalan menuju kepada Allah) kepadanya daripada melihat akan perhiasan dan keelokannya, maka suka citalah ia dengan dia dan lupalah ia akan Allah daripada sebab yang sedemikian itu.
1.Allah berfirman, "Dan berdoalah dengan berkata, wahai Tuhanku tambahlah ilmu untukku". 
(Taha : 114).

2.Allah berfirman, "Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, sedangkan hanya orang-orang yang berilmu dapat memahaminya". (al-Ankabut : 43).

3.Allah berfirman, "Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut(untuk melanggar perinrah) Allah daripada kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu". (Faatir : 28).

4.Allah berfirman, "Katakanlah wahai Muhammad, 'adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?'".
(az-Zumar : 9).

5.Allah berfirman, "Dan janganlah kamu mencampuradukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu (hukum syarak) pula padahal kamu semua mengetahuinya".
(al-Baqarah : 42).

6.Allah berfirman, "Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal?".
(al-Baqarah : 44).

7.Sayyidina Jabir berkata Rasulullah s.a.w bersabda "Ilmu ada dua bentuk, pertama ialah ilmu yang menunjang dalam sanubari maka itulah ilmu yang bermanfaat. Kedua ialah ilmu yang hanya di lidah yakni yang kosong daripada keikhlasan dan amalan maka inilah ilmu yang merupakan dakwaan Allah ke atas anak Adam(bahawa dia ialah seorang yang bersalah) yakni ilmu itu akan membuat dakwaan kenapa kamu tidak beramal walaupun kamu tahu".
(Tabarani : Targhib)

8.Sayyidina Mu'awiyah berkata saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda "Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan untuknya maka Allah kurniakan kepadanya kefahaman agama. Saya hanyalah pembahagi dan Allah lah yang mengurniakan". (Bukhari).

9.Sayyidina Abu Sa'id Khudri berkata Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya seseorang mukmin tidak pernah kenyang daripada kebaikan(yakni ilmu), dia(sentiasa belajar dengan) mendengar pengajaran ilmu sehinggalah(maut datang menemuinya) dan dia masuk ke dalam syurga". (Tirmizi).

10.Sayyidina Hurairah berkata saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Orang yang terbaik dalam kalangan kamu ialah orang yang terbaik akhlaknya apabila dia mempunyai kefahaman agama". (Ibn Hibban).

11.Sayyidina 'Abdullah bin Mas'ud berkata Rasulullah s.a.w bersabda "Apabila Allah menginginkan kebaikan untuk mana-mana hambaNya maka Allah mengurniakan kepadanya kefahaman agama dan mengilhamkan kepadanya perkara-perkara benar".
(Bazzar,Tabarani : Majma' uz-Zawaid).

12.Saiyyidina Abu Bakrah berkata saya telah mendengar Nabi s.a.w bersabda, "Jadilah kamu seorang alim,atau seorang pelajar,atau seorang yang suka mendengar tentang ilmu atau orang yang cintakan ilmu dan ahli ilmu, janganlah kamu jadi golongan yang kelima (selain daripada empat golongan tersebut) jika demikian kamu binasa. Golongan kelima ialah yang membenci ilmu dan ahli ilmu". 
(Tabarani, Bazzar : Majma' uz-Zawaid).

13.Saiyyidina Jabir bin 'Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Janganlah kamu belajar ilmu agama untuk membangga-banggakan diri kamu ke atas ulama, jangan belajar untuk berbahas dengan orang-orang yang bodoh yakni untuk berhujah dengan orang awam yang kurang faham selok belok agama dan jangan belajar untuk mendapatkan perhatian dalam majlis-majilis. Sesiapa yang melakukan sedemikian itu maka untuknya ialah api, api". (Ibn Majah)

14.Saiyyidina Jundub bin 'Abdullah Azdi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Perumpamaan orang yang mengajar kebaikan kepada orang lain sedangkan dia lupa tentang dirinya sendiri (yakni dia sendiri tidak beramal) adalah seumpama pelita yang menerangi orang lain tetapi membakar dirinya sendiri". (Tabarani : Targhib)
There are these people that put down hadith as all weak,every hadith al-Ghazali mentioned is considered weak as if to tell people that al-Ghazali does not know anything and that the whole ihya ulum al-din is bad.
Actually,why you must apply these sort of criticism?
The way i see it is that those hadith are weak as far as law or jurisprudence is concerned but as far as other things like tawhid or akhlak are concerned, these are not weak.
They have nothing to do with halal or haram.
For those who understand it,it does not contradict and how do you know that, it is because of the isnad but then you must take the mutawatir.
Like what al-Nasafi said, these hadith were reported by all the saints, now are you saying they are all liars?
That is what mutawatir means, isn't it? Mutawatir is what has been handed down from generation to generation by people of whom our reason cannot admit thay they are liars.
So, a lot of these criticism are unnecessary.
Most the hadith that al-Ghazali quoted are not for legal use,they deal more with akhlak and other philosophical matters and therefore the fuqaha have no right to be writing things like that because that is trying to tell people as if they do not know anything.
1. Firman Allah taala : Allah taala akan mengangkatkan orang-orang yang beriman dari kalangan kamu dan juga yang dikurniakan ilmu beberapa pangkat yang tinggi.
[Surah Mujadalah, Ayat 11].

2. Saidina Abdullah bin Abbas berkata : Bagi sekalian ulama itu ada beberapa pangkat mengatasi orang mukminin sebanyak tujuh ratus pangkat.Jarak antara setiap dua pangkat itu adalah lima ratus tahun perjalanan.

3. Firman Allah taala : Sesungguhnya yang takut akan Allah taala itu adalah dari kalangan hambaNya yang alim.
[Surah Fathir, Ayat 28].

4. Sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Sekalian ulama itu mewarisi sekalian anbiya."

5. Sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Manusia yang paling afdal ialah orang mukmin yang alim, jika orang berhajat kepadanya, nescaya ia memberi manfaat dan jika orang tidak berhajat kepadanya, nescaya ia memperkayakan dirinya , yakni jika orang tidak memerlukan daripadanya, nescaya ia tiada memerlukan daripada mereka."

6.Sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Manusia yang paling hampir kepada darjat kenabian ialah ahli ilmu".

7.Sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Yang memberi syafaat pada hari kiamat itu ialah para nabi, kemudian para ulama, dan kemudian para syuhada".
Buku yang berkualiti adalah buku yang ditulis oleh mereka yang berautoriti. Iaitu ahlinya dalam bidang tersebut. Penulis berautoriti juga merupakan seorang ilmuan. Dan ilmuan dapat dikenali kalau dikenali apa itu ilmu. Kerana ilmuan bersifat dengan ilmu.

Kalaulah tak dapat dikenali beza buku berkualiti,bermakna tak dikenali jugalah dia akan autoriti iaitu ilmuan.Bermakna dia tak tahu apa itu ilmu.

Jawapan yang patut dicari olehnya ialah jawapan kepada soalan "apa itu ilmu'.

Budaya ilmu bermaksud wujud satu keadaan setiap individu atau masyarakat melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Setiap tindakan diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian atau syura. Selain itu, ia juga tidak mengiktiraf sifat jahil, bebal dan anti ilmu.

Dalam diri dan masyarakat yang berbudaya ilmu , akan menolak dan membenci pandangan , pernyataan , serta amalan yang tidak berasaskan ilmu dan kebenaran .

Budaya ilmu bukan sekadar kesungguhan memahami , mendalami dan menghayati sesuatu bidang ilmu tetapi lebih penting juga mampu menjelmakan sifat keilmuan dalam pelbagai bidang (multi-disciplinary) dan merentas bidang (inter-disciplinary) agar pemaduan ilmu dapat mewujudkan kepaduan diri dan masyarakat .

...............................................

Golongan manusia yang hanya mempunyai kekuatan bersifat fizikal seperti tenaga manusia atau kekuatan ketenteraan sebenarnya bukanlah menonjolkan sebuah kekuatan hakiki tetapi berpandukan dari sejarah tamadun manusia , seringkali kita saksikan bahwa sesebuah bangsa yang kuat tetapi tidak diasaskan oleh budaya ilmu yang baik , akan memeluk dan menganut nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu
 (Wan Mohd. Nor,1997).

Antara contoh bersejarah yang dapat diambil ialah seperti golongan Mongol yang telah menyerang Baghdad , menjatuhkan Dinasti Abbasiyah dan seterusnya merosakkan sumber-sumber keilmuan dan tamadun Islam yang sekaligus paling menyedihkan dalam sejarah (Mahayudin Hj Yahaya dan Ahmad Jelani Halimi,1996) kemudiannya telah memeluk Islam dan melahirkan generasi Islam baharu di Turki , China dan Rusia pada hari ini (Wan Mohd. Nor,1997).

Menurut Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, budaya ilmu itu mesti menghasilkan manusia beradab yang akan membentuk warga Negara yang beradab. Yang dimaksud manusia beradab adalah manusia yang berpendidikan yang memahami batas-batas kebenaran dan kemanfaatan (limits of truth and usefulness) terhadap sesuatu dan bertindak sesuai yang sepatutnya.

Ciri manusia yang beradab adalah ia beradab kepada Allah SWT, kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam, kepada pemimpin, beradab kepada rakyat, beradab kepada alam semesta, beradab 
kepada bangsa, beradab kepada ilmu pengetahuan dan beradab kepada ilmuan.