BAB 1 : PENGENALAN
Penulisan
ini berupakan kandungan yang memberi penjelasan tentang nasakh. Nasakh
merupakan sebahagian daripada disiplin ilmu dalam khazanah ilmu islam. Para
alim ulama memberikan pelbagai definisi mereka agar dapat memberikan makna dan
konsep yang betul tentang nasakh agar dapat difahami oleh para penuntut ilmu
serta mereka yang ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang nasakh serta
kepentingan mengetahui tentangnya.
Kita dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang
punca terjadinya nasakah, hikmah berlakunya nasakh serta persoalan-persoalan
yang berkisar tentang nasakh. Ianya dapat memberikan kepada pembaca tentang
perkembangan ilmu nasakh yang sudah ada seawal era nabi Muhammad s.a.w itu
sendiri.Nasakh ini hanyalah terjadi ketika Nabi Muhammad s.a.w masih
hidup,kerana nasakh tidak terjadi kecuali dengan jalan syariah dan sesuatu
syariah itu tidak dapat diketahui kecuali dengan wahyu, dan seperti yang kita
ketahui, wahyu berkenaan syariat islam hanya diturunkan ketika Rasulullah s.a.w
masih hidup, kerana wahyu itu turun kepada baginda s.a.w itu sendiri.Oleh itu
selepas baginda s.a.w wafat, tidak ada lagi nasakh pada apa-apa hukum.
Kemudian
ilmu nasakah ini dibincangkan dan dibahaskan dengan terperinci serta
sistematik, agar umat islam dapat berpegang teguh dengan ajaran islam dengan
sebaik mungkin. Masing-masing ulama berusaha sedaya upaya menggunakan kekuatan
aqal fikiran, ijtihad disertakan dengan petunjuk daripada Allah s.w.t berkenaan
ilmu nasakh agar umat islam sentiasa berada pada landasan yang benar.
Perkara
yang menjadi perbincangan dalam penulisan ini adalah berkisar tentang
pengertias, syarat-syarat serta bentuk nasakh seperti nasakh sarih, nasakh
dhimmi,nasakh kulli, serta nasakh juz’i. Selain itu, perbincangan tentang
hikmah diharuskan nasakah beserta contoh-contoh yang telah berlaku dan juga
keberangkalian penukaran hukum atas alasan nasakh juga akan dikupas pada kadar
yang mencukupi.
Meskipun
terdapat perbezaan-perbezaan pendapat dalam kalangan ulama, kita haruslah
meneliti, melihat dengan kritikal serta merujuk ulama yang berautoriti dalam
hal ini, agar kita sebagai penuntut ilmu yang masih bertatih ini, dapat memilih
pandangan dan berpegang kepada pandangan yang kuat serta diterimapakai oleh
jumhur ulama.
Dalam pada ini,
haruslah kita mengenali ahlinya dan dalam ingin mengenal siapa ahlinya,
perlulah juga selain dibimbing oleh guru yang berautoriti, kita haruslah
membuat pembacaan kita, menilai dan memohon bimbingan daripada Allah s.w.t agar
jiwa kita cenderung kearah pandangan ulama yang paling kuat, dan tepat dalam
kalangan mereka.
Tujuannya tidak
lain tidak bukan, bukanlah ingin memanjangkan ataupun terus menjadikan
perbezaan pendapat sebagai asas kepada perdebatan tidak berkesudahan namun
tujuannya ialah agar kita dipermudahkan oleh Allah, dalam melihat pendapat yang
pada perkiraan kita adalah paling kuat, maka kita berpegang kepadanya, dan
mereka yang berpegang kepada pandangan lain, itu adalah perbezaan yang tidak
dapat dielakkan kerana masing-masing telah berusaha dalam memilih yang sebaik
mungkin. Kita doakan kepada semua yang ikhlas berusaha agar sentiasa berada
pada jalan yang benar.
BAB 2 :
PENGERTIAN, SYARAT, SERTA BENTUK NASAKH MENURUT PANDANGAN ULAMA USUL
2.1 PENGERTIAN NASAKH
Pengertian nasakh dari sudut bahasa membawa
maksud pembatalan atau penghapusan. Walaubagaimanapun menurut ulama Usul Fiqh,
pengertian nasakh adalah seperti berikut
:
A . Manna’ Khalil al-Qathan adalah:
رفع الحكم الشرعي بخطاب شرعي
Maksudnya : Mengangkat atau menghapus hukum syara’ dengan khithab (dalil) syara’ yang lain.
B . Muhammad ‘Abd. Adzim al-Zarqaniy:
رفع الحكم الشرعي بدليل شرعي متأخر
Maksudnya : Mengangkat / menghapus hukum syara’ dengan dalil syara’ yang lain yang datang kemudian.
D.
بيان
انتهاء امد حكم شرعي بطريق شرعيّ متراخ عنه
Maksudnya: Penjelasan berakhirnya masa
berlaku suatu hukum melalui dalil syar'i; yang datang kemudian.
E.
رفع
حكم شرعيّ عن المكلف بحكم شرعيّ
Maksudnya :
"Pembatalan hukum syara' yang ditetapkan terdahulu dari orang mukallaf dengan hukum syara' yang datang kemudian".
"Pembatalan hukum syara' yang ditetapkan terdahulu dari orang mukallaf dengan hukum syara' yang datang kemudian".
F. Ulama Mutakaddimin
Menurut ulama mutakaddimin, mereka memberikan beberapa kriteria yang menjadikan ia suatu penjelasan tuntas tentang nasakh.Pertamanya, nasakah adalah tntang pembatalan hukum yang telah ditetapkan terdahulu, dan digantikan oleh hukum yang ditetapkan kemudian.Kedua, ianya melibatkan suatu pengecualian hukum yang bersifat umum dan digantikan oleh hukum yang bersifat khusus yang datang kemudian.Ketiga, ianya memberikan suatu penjelasan kepada hukum yang datang kemudian terhadap hukum yang masih bersifat samar yang sedia ada terdahulu.
2.2 SYARAT-SYARAT NASAKH
Terdapat syarat-syarat
yang penting tentang nasakh ini iaitu :
1.Hukum yang dinasakhkan adalah
hukum syarak, bukan hukum lain seperti hukum akal atau hukum buatan manusia.
2.Dalil yang digunakan untuk
mengangkatkan hukum itu ialah dalil syarak yang datangnya kemudian dari teks
yang dimansukhkan hukumnya.
3. Dalila tau nasikh harus terpisah dengan dalil
atau ketentuan mansukhnya.
4. Dalil nasikh harus lebih kuat atau sama
kuat daripada dalil mansukh.
5. Adanya dalil baru yang menghapus itu
harus setelah ada tenggang waktu dari dalil hukum yang pertama.
6. Antara dua dalil nasikh dan mansukh
atau dalil 1 dan dalil 2 iaitu harus ada pertentangan yang nyata.
7.Disamping itu masih ada
syarat-syarat nasakh yang belum disepakati yakni:
a. Nasakh dan mansukh tidak
sejenis.
b. Adanya hukum baru
sebagai hukum yang dinasakhkan.
c. Hukum pengganti
lebih berat daripada hukum yang diganti.
d. Cara mengetahui nasikh
dan Mansukh.
8.Menurut Imam Syafi'I, al-Quran tidak bisa dinasakh,
kecuali dengan al-Quran, dan hadis mutawatir juga tidak dinasakh, kecuali
dengan hadis mutawatir pula.
2.3 BENTUK-BENTUK
NASAKH
Nasakh dalam al-Quran terbahagi kepada 4
jenis iaitu :
A . Nasakh Sarih :
Nasakh sarih merupakan ayat-ayat yang
secara tegas menghapuskan hukum yang terdapat dalam ayat yang terdahulu.
Contohnya ialah
firman Allah s.w.t :
يَآأَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ
عَلَى الْقِتَالِ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ
وَإِن يَّكُن مِّنْكُمْ مِائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا
بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لاَ يَفْقَهُونَ
Maksudnya
: “Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada 20
orang yang sabar diantara kamu nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang
musuh. Dan jika ada 100 orang (yang sabar) diantaramu, maka mereka dapat
mengalahkan 1000 daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu
kaum yang tidak mengerti. “
[Surah Al Anfal :
Ayat 65]
Huraian :
Ayat ini menunjukkan
kewajiban bersabarnya 20 umat Islam berperang menghadapi 200 orang-orang kafir.
Dan bersabarnya 100 umat Islam berperang menghadapi 1000 orang-orang kafir.
Kemudian hukum ini dihapus dengan firman Allah :
الْئَانَ خَفَّفَ اللهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ
فِيكُمْ ضَعْفًا فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ
وَإِن يَكُنْ مِّنْكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللهِ وَاللهُ مَعَ
الصَّابِرِينَ
Maksudnya
: “Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui padamu
bahwa ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya
mereka dapat mengalahkan dua ratus orang; dan jika diantaramu ada seribu orang
(yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang. Dan Allah
beserta orang-orang yang sabar.”
[Surah Al Anfal :Ayat
66]
Huraian :
Abdullah bin Abbas r.a
berkata:
لَمَّا نَزَلَتْ ( إِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ
عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ) شَقَّ ذَلِكَ عَلَى الْمُسْلِمِينَ
حِينَ فُرِضَ عَلَيْهِمْ أَنْ لَا يَفِرَّ وَاحِدٌ مِنْ عَشَرَةٍ فَجَاءَ
التَّخْفِيفُ فَقَالَ ( الْآنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنْكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ
ضُعْفًا فَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ قَالَ فَلَمَّا خَفَّفَ اللَّهُ عَنْهُمْ مِنَ
الْعِدَّةِ نَقَصَ مِنَ الصَّبْرِ بِقَدْرِ مَا خُفِّفَ عَنْهُمْ
Maksudnya
: Ketika turun (firman Allah): “Jika ada 20 orang yang sabar diantara kamu
niscaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh” (Al-Anfal: 65), hal itu berat
atas umat Islam, yaitu ketika diwajibkan atas mereka, bahwa satu orang tidak
boleh lari menghadapi 10 (musuh). Kemudian datanglah keringanan, Allah
berfirman: “Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui
padamu bahwa ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu 100 orang yang sabar,
niscaya mereka dapat mengalahkan 200 orang.” (Al-Anfal: 66) Ketika Allah telah
meringankan dari mereka jumlah (musuh yang wajib dihadapi), kesabaranpun
berkurang seukuran apa yang Allah telah meringankan dari mereka”.
[HR.
Bukhari, no: 4653]
B . Nasakh Dhimmi :
Sekiranya terdapat dua naskh
yang saling bertentangan dan tidak dikompromikan, dan keduanya turun untuk
sebuah masalah yang sama, serta keduanya diketahui waktu turunya, ayat yang
datang kemudian menghapus ayat yang terdahulu. Misalnya, ketetapan Allah yang
mewajibkan berwasiat bagi orang-orang yang akan mati yang terdapat dalam surat
Al-Baqarah ayat 180 :
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا
عَلَى الْمُتَّقِينَ
Maksudnya
“Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang diantara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, untuk berwasiat bagi ibu bapak serta karib kerabatnya secara ma’ruf.Sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.“
Ayat ini menggantikan suatu hadith yang mempunyai maksud bahawa tidak ada wasiat bagi ahli waris. Maknanya berdasarkan ayat ini, waris akan mendapat harta wasiat.
C . Nasakh Kulli :
Ianya berkenaan menghapuskan hukum yang
sebelumnya secara keseluruhan. Contohnya ialah ‘iddah 4 bulan 10 hari pada
surat Al-Baqarah ayat 234 menggantikan
ketentuan terdahulu iaitu ‘iddah
selama 1 tahun pada surah al-Baqarah ayat 240.
D. Nasakh Juz’i :
Ianya berkenaan menghapuskan hukum umum
yang berlaku pada semua individu dengan hukum yang hanya berlaku bagi sebahagian
individu, atau menghapus hukum yang bersifat mutlak dengan ukum yang
muqayyad. Contohnya, hukum sebatan 80 kali bagi orang yang menuduh seorang
wanita tanpa adanya saksi pada surat An-Nur (24) ayat 4, dihapus oleh ketentuan
li’an, bersumpah empat kali dengan nama Allah, jika si penuduh suami yang tertuduh,
pada ayat 6 dalam surah yang sama. Ini membawa maksud suami yang melakukan
li’an akan terlepas daripada hukuman sebatan 80 atas tuduhan yang dilakukan ke
atas isterinya.
BAB 3 :
HIKMAH BERLAKUNYA NASAKH DAN BILAKAH BERLAKUNYA NASAKH
3.1 Hikmah Adanya Nasakh :
Menurut
almarhum as-Syahid Sheikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti, beliau menyatakan
bahawa hikmah adanya konsep nasakh adalah berkait rapat dengan pemeliharaan maslahat
umat manusia, dan ini menunjukkan fleksibiliti hukam islam dan adanya
tahap-tahap dalam penetapan hokum islam. Kita dapat lihat bahawa setelah
selesai suatu hukum menurut kehendak syar’i, maka terdapat pada keadaan-keadaan
menurut ilmu Allah s.w.t, Dia mendatangkan hukum baru yang sesuai dengan
maslahat umat manusia. Maka, kemaslahatan manusia akhirnya tetap terpelihara,
dan umat islam dapat terus memenuhi tujuan mereka diciptakan, kerana itulah
tujuan yang perlu dipenuhi oleh semua umat manusia. Seperti dalam ayat al-Quran
menyatakan bahawa Allah s.w.t berfirman : Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia
Melainkan Untuk Mengabdikan Diri KepadaKu.
Syeikh
al-Qasimi berkata : “Sesungguhnya al-Khalik Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi
mendidik bangsa Arab selama 23 tahun dalam proses tadarruj (bertahap) sehingga
mencapai kesempurnaannya dengan perantaraan berbagai sarana sosial. Hukum-hukum
itu mulanya bersifat kedaerahan, kemudian secara bertahap diganti Allah dengan
yang lain, sehingga bersifat universal. Demikianlah Sunnah al-Khaliq
diberlakukan, terhadap, perorangan, dan, bangsa-bangsa, dengan, sama.
Jikaengkau melayangkan pandanganmu ke alam yang hidup ini, engkau pastikan
mengetahui bahwa naskh (penghapusan) adalah undang-undang alami yang lazim,
baik dalam bidang material maupun spiritual, seperti proses kejadian manusia
dari unsur-unsur sperma dan telur kemudian menjadi janin, lalu
berubah menjadi anak, kemudian tumbuh menjadi remaja, dewasa, kemudian orang
tua dan seterusnya. Syari'at Allah adalah perwujudan dari rahmat-Nya. Dia-lah
yang Maha Mengetahui kemaslahatan hidup hamba-Nya. Melalui sarana syari'at-Nya,
Dia mendidik manusia hidup tertib dan adil untuk mencapai kehidupan yang
aman, sejahtera dan bahagia di dunia dan di akhirat.”
Ringkasnya
hikmah nasakh ini adalah seperti berikut :
1. Memelihara kepentingan kaum
muslimin dan umat manusia.
2. Perkembangan manusia menuju ke
tingkat kesempurnaan sesuai dengan perkembangan dakwah dan perkembangan keadaan
umat manusia.
3. Dugaan dan ujian bagi kita umat
islam adaka kita mendalami ilmu yang mencukupi sesuai dengan kita sebagai umat
islam bagi menjalani hidup kita di dunia ini.
4. Menghendakkan kebaikan bagi
umat islam.Kita dapat perhatikan bahawa sekirnya nasakh beralih ke hukuman yang
lebih berat maka didalamnya terdapat tambahan pahala, dan jika ianya beralih
kepada ketentuan hukum yang lebih ringan maka ianya pasti mengandungi kemudahan
dan keringanan.Di sini menunjukkan bahawa Allah s.w.t menguji manusia sesuai
dengan kemampuan mereka.
3.2 Bilakah Berlakunya Nasakh :
Imam Jalaludin As-Suyuti
menyebutkan dalam Kitab Al-Itqan sebanyak 21 ayat, antaranya :
1. Surah Al-Baqarah,Ayat 144
: “Maka palingkanlah mukamu kearah Masjidil Haram”
Huraian : Ayat ini menasakh arah kiblat ke Baitul Maqdis yang ditetapkan
dalam sunnah.
2. Surah Al-Baqarah,Ayat 180
: “Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang diantara kamu kedatangan
(tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk
ibu-bapa dan karib kerabatnya …”
Huraian: Kewajiban berwasiat dalam ayat ini dinasakh oleh ayat tentang
hukum waris dan diperkuat oleh hadith.“Sesungguhnya
Allah telah memberikan kepada setiap orang yang mempunyai hak akan warisnya,
maka tidak ada wasiat bagi ahli waris”
3. Surah Al-Baqarah : Ayat 284 : “Jika kamu melahirkan apa yang ada dalam hatimu atau kamu
menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang
perbuatanmu itu.”.
Huraian : Ayat ini mengisyaratkan bahawa Allah akan membuat perhitungan
terhadap perbuatan dan lintasan hati manusia. Namun tanggungjawab atas lintasan hati ini dinasakh oleh Surah
Al-Baqarah : Ayat 286 iaitu “Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya”.
4. Surah Al-Anfal : Ayat 65 :
“Jika
ada dua puluh orang yang sabar diantara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan
dua ratus orang musuh…”
Huraian : Ayat ini melarang kaum muslimin mundur dari peperangan bila
jumlah musuh kurang dari sepuluh kali lipat, namun ayat ini di nasakh dengan Surah
Al-Anfal,Ayat 66 :
“Sekarang Allah telah
meringankan kepadamu dan Dia mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika
ada diantara kamu 100 orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan 200
orang”. Ayat ini membolehkan kaum muslimin
mundur dari peperangan sekiranya jumlah musuh adalah melebihi dari 2 kali ganda
jumlah kita.
BAB 4 :
KEBARANGKALIAN PENUKARAN HUKUM ATAS ALASAN NASAKH
Berikut merupakan pendapat mengenai kemungkinan terjadinya nasakh :
1. 1.Secara
Akal dan Pandangan Mungkin Terjadi
Pendapat ini merupakan ijma’ kaum muslimin/jumhur
ulama tidak ada perselisihan diantara para ulama tentang diperbolehkannya
nasakh al-Qur’an dengan hadith.
Dalil mereka surat al-Baqarah ayat 106
yang membawa maksud: “Apa saja ayat kami nasakhkan, atau kami
jadikan (manusia)lupa kepadanya, kami datangkan yang lebih baik darinya atau
yang sebanding dengannya”.
(Surah Al-Baqarah : Ayat
106)
Dan An-Nahl ayat 101 yang membawa maksud : “Dan apabila kami letakkan
suatu ayat yang lain sebagai penggantinya, padahal Allah lebih mengetahui yang
diturunkannya”.
(Surah An-Nahl : Ayat 101).
2.
2.Secara Akal Mahupun Pandangan Tidak Mungkin Terjadi
Pendapat ini adalah pendapat sebagian
besar datang dari kaum nasrani masa sekarang yang menyerang islam dengan dalil
bahwa nasakh itu tidak mempunyai hikmah dan tidak beralasan, bahkan hal nasakh
akan diketahui setelah kejadian itu sudah terjadi (sebelumnya tidak diketahui).
Tidak benar kalau mereka (yahudi dan
nasrani) mengatakan bahwa segala sesuatu yang dilakukan Allah adalah sia-sia
dengan kata lain tidak beralasan. Hal tesebut berlawanan dengan sifat Allah
SWT, Allah s.w.t yang mengetahui semua perkara baik kulli mahupun juz’i.
3. 3.Secara
Akal Mungkin Namun Secara Pandangan Tidak Mungkin Terjadi.
Pendapat ini merupakan pendapat
golongan Inaniyah dari kaum yahudi dan pendirian Abu Muslim Ashifani. Mereka
mengetahui terjadinya nasakh menurut logika, tetapi mereka mengatakan nasakh
dilarang dalam Syara’ Abu Muslim Al-Asyifani dan orang-orang yang setuju dengan
pendapatnya menggunakan dalil Al-Qur’an surat Al-Fushilat ayat 42 yang artinya
: “yang datang kepadanya ( al-Qur’an) kebathilan baik dari depan maupun
belakang”.
Dari 3 perkara yang dijelaskan,
maka sewajarnya kita umat islam berpegang kepada penjelasan yang pertama
seperti yang telah ditetapkan oleh jumhur ulama yang benar ilmunya dan memahami
selok belok tentang islam jauh lebih
baik daripada kita semua. Maka dengan mengikut kepada pandangan jumhur ulama’,
selamatlah kita semua dalam melayari bahtera kehidupan ini.
Sebagai isi tambahan, kita dapat mengetahui nasakh dengan cara
berikut :
1. Ada keterangan tegas dari
nabi atau sahabat, seperti perkataan Nabi, “ayat ini dinasakh dengan ayat
ini”.
2. Harus ada
kesepakatan dari ijma’ para imam antara ayat yang dinasakh dan yang dimansukh,
seperti nasakh ayat puasa as-Syura dengan puasa ramadhan.
3. Mengetahui dari
salah satu nas, mana yang pertama dan mana yang kedua ditinjau dari sejarah.
BAB 5 :
KESIMPULAN
Secara
keseluruhannya kita dapat gambaran ringkas sedikit sebanyak tentang ilmu nasakh
ini. Kita dapat perhatikan bahawa setiap hukum yang dinasakah akan digantikan
dengan hukum yang sama atau pun lebih ringan, di sini kita dapat lihat aspek
Allah s.w.t yang maha pemurah lagi maha penyayang, yang mempermudahkan
makhluknya untuk memenuhi tuntutan mereka diciptakan seperti ayat ”tidak aku
ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku”.
Kita
dapat melihat daripada penulisan di atas bahawa nasakh hanyalah berlaku pada
ketika yang mulian baginda Nabi Muhammad s.a.w masih hidup. Dan ianya tidak
berlaku selepas baginda s.a.w wafat. Apa yang menjadi perbahasan dalam kalangan
ulama ialah tentang kedudukan nasakh dalam al-Quran dan apakah Al-Quran boleh
dinasakh dengan sumber selain dari Quran seperti Hadith ataupun tidak.Ada yang
berpadangan hanya al-Quran boleh menasakh al-Quran, dan ada yang berpendepat
al-Quran boleh di nasakh dengan hadith mutawatir, dan hadith mutawatir juga
boleh dinasakh dengan al-Quran dan sebagainya. Perbezaan pendapat ini bukanlah
menafikan adanya jawapan yang benar, namun sudah tentu dalam semua pandangan
itu terdapat pandangan yang paling kuat, yang mungkin hanya dapat dikenal oleh
mereka yang berilmu. Menurut seorang ilmuan, hanya yang tahu apa itu ilmu dapat
mengenal ilmuan.Dan setiap ilmuan masing-masing mempunyai martabat ilmu
masing-masing. Sudah tentu kita sebagai orang awam dan penuntut ilmu, mungkin
akan menghadapi kekeliruan dalam soal ini. Maka caranya untuk melihat ilmu
nasakh dalam jarak pandangan yang adil adalah dengan bermula dari apa yang kita
tahu, iaitu dengan berpegang kepada mana-mana ulama muktabar yang kita kenali
seperti Imam As Syafii, iaitu pengasas mazhab Syafii yang kita ikuti di dalam
negara Malaysia ini.
Sudah
tentu sebagai umat islam yang bermazhab Syafii kita perlu yakin bahawa
pandangan mazhab kita adalah yang paling kuat, dan sebagai orang awam begitulah
pegangannya. Sebagai mereka yang mendalami ilmu ini, mereka perlulah kritikal
dan menilai secara ilmiah, dan sekiranya menjumpai keadaan pandangan-pandangan
yang sama berat yang sukar dipilih antara keduanya, maka kita haruslah
cenderung ke arah imam mazhab kita.
Akhir kata, dengan mengetahui apa yang
telah dinasakh, kita dapat berpegang kepada syariat yang terkini yang
diwajibkan ke atas kita, dan tidak terkeliru sekiranya terdapat perbezaan
syariat, walhal salah satu daripadanya sudah pun dinasakhkan.Ilmu nasakh dalam
disiplin ilmu usul fiqh merupakan suatu cabang ilmu penting yang perlu dikenali
dan didalami oleh para penuntut ilmu pengajian islam secara khususnya dan orang
awam secara umumnya sekadar yang perlu agar persoalan-persoalan mereka tentang
hukum-hakam dalam syariat islam terjawab.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUJUKAN :
1. Manna Khalil al-Qattan.(1994).Studi Ilmu-Ilmu Quran.Jakarta : Litera
Antar Nusa.
2. Asywadie Syukur.(1990).Pengantar Ilmu Fiqh dan Ushul Fiqh.Surabaya
: Bina Ilmu.
3. H.Suwardi.(n.d).Nasikh Mansukh ; Studi Kritis Atas Konsep Nasakh Mansukh dalam Al-Quran.
Dimuat turun pada 10 Julai 2017 daripada
4.Quraish Shihab.(1992).Membumikan Al-Quran. Bandung : Mizan.
5.Satria Effendi.(2008). Ushul Fiqh.Jakarta : Kencana.