Sebagai
seorang manusia yang hidup di atas muka bumi Allah, kita mempunyai
keperluan-keperluan yang harus dipenuhi. Maka untuk mencapai
keperluan-keperluan itu, kita umumnya berurusan semasa kita. Dalam urusan
sesama kita, berlaku perlabagai proses bagi mendapatkan barang keperluan atau
suatu perkhidmatan yang kita perlukan dalam menjalani urusan seharian kita.
Fokus
kita adalah berkenaan dengan ekonomi. Kita akan bincangkan dengan ringkas
berkenaan prinsip muamalat dalam islam, penubuhan dan perkembangan sistem
perbankan di Malaysia, serta produk-produk kewangan yang ditawarkan oleh bank
yang bebas daripada riba ,ghara dan maisir.
Perkara
ini amat penting untuk kita ketahui kerana sebagai umat islam kita perlu
pastikan urusan seharian kita dijalankan berlandaskan syariat islam agar
mendapat keredaan Allah s.w.t.
Sebagai
pemula bicara, wajar kiranya kita menghayati ayat yang berikut :
Maksudnya : “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat
berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran
(tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan
mereka berkata (berpendapat): “Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,”
padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang
yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari
mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang
larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi
(mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni penghuni neraka; mereka kekal
di dalamnya.
(Surah Al-Baqarah: ayat 275)
Apabila
kita menghayati ayat di atas, kita harus sedar dan insaf berkenaan larangan keras daripada Allah s.w.t
agar meninggalkan riba. Perkara tentang riba ini ditekankan kerana kita akan
berbicara tentans sistem perbankan islam. Bank merupakan satu institusi yang
sering berkait rapat dengan penggunaan riba dalam sistemnya. Maka sebagai umat
islam, demi maslahah umat islam, mengambil amanah bagi menyelesaikan masalah
ini dengan menawarkan sistem perbankan islam sebagai jalan penyelesaian kepada
umat islam serta menawarkan produk-produk kewangan dalam islam yang bebas daripada
unsur-unsur yang dilarang dalam islam seperti riba, gharar dan maisir.
Dalam
kitab Fath al-Qarib al-Mujib fi Syarh Alfazh al-Taqrib, menyatakan bahawa Riba
secara bahasa bererti tambahan. Manakala dari segi bahasa ialah pertukaran
sesuatu dengan selainnya yang majhul(tidak diketahui) kesamaan nilainya dalam
timbangan hukum islam ketika berlaku akad, atau dengan menangguhkan penyerahan
kedua benda yang dijual-belikan atau salah satunya. Riba itu hukumnya haram.
Maisir
pula bererti memperoleh sesuatu dengan mudah tanpa berusaha, atau mendapat
keuntungan tanpa bekerja. Maisir merupakan urusan yang terdapat elemen
mendapatkan keuntungan dengan cara spekulatif, tidak jelas. Dengan kata lain,
keuntungan yang diperolehi adalah
berbentuk spekulatif dan nasib. Kita memanggil perbuatan ini sebagai berjudi.
Ayat berikut merupakan dalil bagi larangan judi :
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa
sesungguhnya arak, dan judi dan pemujaan berhala, megundi nasib dengan anak
panah adalah perbuatan kotor(keji) dan termasuk perbuatan Syaitan. Maka
jauhilah(perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.
(Sural
al-Maidah : ayat 90)
Seterusnya
ialaH berkenaan gharar. Gharar bermaksud pertaruhan,kekurangan serta
menjerumuskan diri dalam kehancuran dan ketidak jelasan. Jual beli
gharar adalah semua jual beli yang mengandung ketidakjelasan atau pertaruhan
atau perjudian; atau semua yang tidak diketahui hasilnya atau tidak diketahui
hakikat dan ukurannya.
Berikut merupakan antara dalilnya :
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ
الْحَصَاةِ وَعَنْ بَيْعِ الْغَرَرِ
“Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang jual-beli al-hashah dan jual-beli
al-gharar.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Begitulah
secara ringkasnya pengenalan tentang perkara yang akan bincangkan dengan lebih
terperinci dalam penulisan ini.
PRINSIP
MUAMALAT DALAM ISLAM
Seterusnya
kita akan bicarakan prinsip-prinsip muamalat dalam islam. Muamalat memiliki
prinsip-prinsip yang seperi berikut iaitu :
1. Pada asasnnya segala bentuk muamalat adalah
mubah(harus) kecuali ditentukan yang lain dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi
Muhammad s.a.w. Segala bentuk transaksi dan kegiatan ekonomi adalah dibenarkan
dalam islam melainkan terdapat larangan yang jelas dalam dalil serta aktiviti
tersebut mempunyai unsur-unsur penindasan, penipuan dan perkara-perkara yang
tidak jelas kedudukannya.
2. Muamalat
dilakukan dengan secara sukarela tanpa unsur paksaan. Dalilnya ialah :
Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta
sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku
dengan suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh diri kamu
sekalian, sesungguhnya Allah adalah maha penyayang kepadamu.
(Surah An-Nisa’: ayat 29)
Dalam
kegiatan ekonomi umat islam, ianya dilakukan demi manfaat bersama. Tujuannya
agar masing-masing dapat memenuhi keperluan masing-masing. Oleh itu, ianya
tidak boleh dipaksa kerana individu yang dipaksa itu akan berada dalam keadaan
ditindas dan keadaan ini boleh membawa kepada kezaliman. Umat islam dilarang
daripada melakukan kezaliman.
3. Muamalat
dilakukan atas dasar pertimbangan mendatangkan manfaat dan menghindari mudarat
dalam bermasyarakat. Dalilnya ialah :
“Dari
Ubadah bin Shamit; bahwasanya Rasulullah saw menetapkan tidak boleh berbuat
kemudharatan dan tidak boleh pula membalas kemudharatan”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Dari
prinsip ini, dapat kita fahamai bahawa tujuannya mesti mendatangkan manfaat.
Sekiranya hasil kita melakukan sesuatu kegiatan ekonomi yang bertujuan
mendatangkan mudarat kepada seseorang, maka ianya dilarang.
4. Muamalat
dilaksanakan dengan memelihara nilai-nilai keadilan, menghindari unsur-unsur
penganiayaan daripada mengambil kesempatan. Dalilnya ialah :
Maksudnya : Maka jika
kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah
dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba),
maka bagimu pokok hartamu; kamu
tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”
.
(Surah Al-Baqarah: ayat 279)
Dalil di atas mengajar kita bahawa
sentiasa berlaku adil. Hal ini kita dapat ketahui berkenaan larangan keras dari
Allah berkenaan dengan Riba. Allah s.w.t melarang riba kerana ianya merupaka
satu cara penindasan dan ianya merupakan satu kezaliman yang besar. Agar kita
tidak menjadi insane yang menindas insan yang lain lalu mendatangkan kemurkaan
Allah s.w.t Maka ianya menjadi suatu keperluan untuk kita mengetahui selok
belok soal muamalat dengan ringkas agar ianya menjadi peringatan kepada kita
semua.
SEJARAH
PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SISTEM PERBANKAN DI MALAYSIA
Pada
tahun 1970-an terdapat suara-suara dan agensi-agensi yang menyarankan kepada
kerajaan Malaysia agar menubuhkan Bank Islam untuk memenuhi keperluan umat
islam di Malaysia.
Semasa
Kongres Ekonomi 1980, resolusi yang memerlukan kerajaan membenarkan Lembaga
Tabung Haji untuk menubuhkan Bank Islam bagi tujuan mengutip dan melaburkan
wang yang dimiliki oleh umat islam diluluskan.
Pada
tahun 1981, ketika Seminar Kebangsaan berkenaan Konsep Pembangunan dalam islam,
para peserta menggesa agar kerajaan mewujudkan satu undang-undang khas untuk
membenarkan penubuhan bank dan badan kewangan yang cara operasinya adalah
berdasakan prinsip-prinsip islam.
Maka,
pada tahun 30 Julai 1981, kerajaan menubuhkan National Steering Committee untuk
Bank Islam. Ianya dipengerusikan oleh Tan Sri Raja Mohar bin Raja Baidozaman.
Badan ini berperanan mengkaji sistem Faisal Islamic Bank of Egypt dan Faisal
Islamic Bank of Sudan.Hasil kajian dihantar pada kerajaan pada 5 Julai 1982.
Berikut merupakan cadangan yang diberi berdasarkan hasil kajian mereka :
a. Bank Islam yang beroperasi berdasarkan
prinsip syariah harus ditubuhkan.
b. Bank Islam akan diletakkan sebagai
syarikat dibawah Akta Syarikat 1965.
c. Oleh sebab Akta Perbankan 1973 tidak
dapat sesuai untuk operasi Bank Islam, maka Akta Perbankan baru perlu
diperkenalkan iaitu Akta Perbankan Islam 1982, bagi memberi lesen serta
memantau Bank Islam.
d. Bank Islam akan menubuhkan Lembaga
Penasihat Syariah mereka yang berfungsi untuk memastikan operasi perbankan
islam adalah selari dengan undang-undang syariah.
Pada
7 April 1983, Aktan Perbankan Islam 1983 diluluskan. Akta Pelaburan Kerajaan
1983 juga diluluskan agar kerajaan dapat memberi Sijil Pelaburan Kerajaan
berdasarkan Prinsip Syariah.
Bank
Islam pertama yang beroperasi di Malaysia ialah Bank Islam Malaysia yang mula
beroperasi pada 1 Julai 1983. Pada 1999, Bank Islam yang kedua ditubuhkan.
Pada
awal tahun 1993 dan pada 4 mac 1994, Central Bank of Malaysia melancarkan skim
bebas kadar faedah. Melalui skim ini, institusi kewangan dibenarkan untuk
menawarkan produk dan perkhidmatan islamik.
Pada
1 May 1997, Central Bank of Malaysia
menubuhkan Panel Penasihat Syariah
Kebangsaan untuk Perbankan Islam dan Takaful(NSAC).
Pada
1 Oktober 1999 Bank Islam kedua iaitu Bank Muamalat Malaysia Berhad ditubuhkan.
Ianya hasil dari gabungan Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan Bank of
Commerce(M) Berhad. Bank kedua ini memulakan operasi dengan mempunyai 40
cawangan dan 1,000 orang staf.
Pada
27 May 2004, Kuwait Finance House diberikan lesen untuk beroperasi di Malaysia.
Seterusnya pada 14 Oktober 2004, Al Rajhi Banking & Investment Corporation,
Qatar Islamic Bank antara yang mendapat lesen mereka untuk beroperasi.
Tidak
lama kemudian, terdapat 17 Institusi Perbankan Islam. 2 Bank Islamik
Antarabangsa, dan 16 Operasi Perbankan Islamik yang beroperasi melalui bank
komersial, bank pelaburan dan institusi perkembangan kewangan.
Pada
akhir 2008, aset Perbankan Ismail mempunyai 17.4% daripada jumlah aset
perbankan sistem kewangan malaysia.(Bank Negara Malaysia, 2008).
Begitulah
secara ringkas perkembangan bank di Malaysia daripada mula penubuhannya
sehingga tahun 2008. Perkembangan bagi tahun yang seterusnya tidak dapat
ditulis akibat kekurangan data dari sumber rujukan yang berkualiti.
PRODUK
KEWANGAN YANG BEBAS RIBA, MAISIR. DAN GHARAR DAN PERKAITANNYA DENGAN CIRI-CIRI
MUAMALAT
1. Pajak Gadai-i Ar-Rahnu daripada Bank
Rakyat.
Rahn merujuk kepada kontrak
cagaran atau gadaian. Ringkasnya, rahnu menjadikan sesuatu aset sebagai jaminan
kepada pembiayaan atau pinjaman, agar pembiayaan atau pinjaman tersebut boleh
dilunaskan dengan nilai aset jaminan tersebut sekiranya penerima biaya atau
peminjam tidak mampu melunaskan hutangnya.
Sistem
pajak gadai-i Ar-Rahnu ini menawarkan pembiayaan tunai segera dan mudah
sehingga Rm 50,000 dengan kadar upah simpan yang rendah berdasarkan tiga
prinsip syariah iaitu:
a. Al-Qardh iaitu pinjaman tanpa faedah.
Ini
sesuai dengan prinsip muamalat dalam islam serta bebas daripada riba. Ianya
bersifat tolong-menolong dan saling bantu-membantu sesama islam.
b. Al-Wadiah Yad Dhamamah iaitu simpanan
dengan jaminan ke atas barang gadaian.
Prinsip
ini sesuai dengan prinsip muamalat dalam islam iaitu bebas daripada gharar
kerna jelas dalam kontrak iaitu simpanan barang gadaian itu dijamin. Ianya berkaitan
dengan akad di antara pemilik barang dengan pihak yang menyimpan barang
tersebut.
c. Al-Ujrah iaitu Upah simpan.
Upah
simpan merupakan upah yang dibayar kepada pihak bank kerana menyimpan serta
menjamin barang yang digadai. Ia tidak mengenakan faedah kepada pinjaman,
tetapi hanya mengambil upah untuk menyimpan barang gadaian tersebut.
Keistimewaan produk ini ialah :
a. Bebas daripada unsur riba.
b.Tiada Yuran Proses
c. Kadar Upah dikira secara harian.
d. Tempoh gadaian yang lama.
e. Barang kemas disimpan dengan selamat
dengan perlindungan Takaful.
f. Urusan niaga telus dan dibuat dihadapan
pelanggan di dalam bilik khas.
Had
Gadaian :
a. Minimum Rm 100.
b. Jumlah terkumpul maksimum Rm 50,000
atau Rm 10,000 sehari.
Tempoh Gadaian :
a. 6 bulan hingga maksimum 18 bulan
daripada tempoh gadaian.
Gadaian yang diterima :
a. Memiliki barang kemas(emas) 18K- 24K
b. Barangan emas 22K-24K
Upah simpan :
a. Mengikut kadar yang ditetapkan oleh
pihak Bank Rakyat.
Dalilnya
bagi mengharuskan sistem pajak gadai ialah :
Maksudnya : ......Dan hendaklah
kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah
kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan
bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya
(bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
(Surah
al-Maidah : ayat 2)
Produk
yang ditawarkan memenuhi syarat dalil di atas dan juga dalil :
Maksudnya : Jika
kamu dalam perjalanan (dan bermu`amalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak
memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang
(oleh yang berpiutang). Akan tetapi jika sebagian kamu mempercayai sebagian
yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya)
dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para
saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka
sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui
apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Baqarah : ayat 283 )
2. Kad
Debit-i daripada Bank Rakyat.
Kad Debit-i Bank Rakyat (Kad Orchid) boleh
digunakan untuk urusniaga runcit dan pengeluaran tunai di semua premis saudagar
dan juga institusi kewangan yang menerima urusniaga/transaksi MasterCard di
seluruh dunia. Ia juga adalah merupakan alternatif kepada tunai dan cek.
Konsep Syariah :
a. Wakalah bil
Ujrah.
Wakalah merupakan sebuah kontrak
yang melibatkan satu pihak(principal/Muwakkil) mewakilkan satu pihak yang
lain(wakil) bagi melaksanakan tugasan tertentu yang patuh syariah, sama ada
secara sukarela atau dengan bayaran upah.
Dalil bagi membolehkan wakalah atau
mewakili seseorang bagi perkara tertentu ialah :
Maksudnya : Dan
jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara
keduanya, maka kirimlah seorang hakam
dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan. Jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan
perbaikan, niscaya Allah memberi taufik
kepada suami-isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Surah
An Nisa : Ayat 35)
Dalil diatas membolehkan wakil
digunakan bagi menyelesaikan sesuatu urusan.
Ujrah pula ialah
komisen atau yuran perkhidmatan yang digunakan ke atas perkhidmatan yang
diberi. Dalil bagi mengharuskan upah bagi kerja yang dilakukan ialah :
Maksudnya : Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu
berkata: "Wahai ayah, ambillah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing
kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang
kuat, lagi amanah.
(Surah al-Qasas : ayat 26)
3. Akaun Simpan-i oleh Bank Rakyat.
Akaun Simpanan-i Bank Rakyat adalah saluran
selamat untuk anda menyimpan wang berlandaskan kontrak Wadi`ah Yad Dhamanah dan wang anda boleh dikeluarkan pada bila-bila
masa apabila diperlukan.
a.) Kontrak Wadi`ah
merupakan mekanisme yang membenarkan seseorang untuk mengamanahkan aset
miliknya kepada seseorang yang lain bagi tujuan simpanan.
b.) Bank bertindak
sebagai penyimpan atau pemegang amanah bagi dana yang didepositkan oleh
pelanggan dalam bank.
c.) Memandangkan
pelanggan lazimnya membenarkan bank menggunakan deposit yang disimpannya, maka
bank bertanggungjawab untuk menjamin deposit tersebut dan atas budi bicara,
pihak bank boleh memberikan hibah kepada pelanggan.
Wadiah
Yad Dhamamah pula bermaksud penerima aset tersebut dapat memanfaatkan asset
tersebut dengan izin pemiliknya dan menjamin untuk mengembalikan asset tersebut
pada bila-bila masa mengikut kehendak pemiliknya. Dalilnya ialah :
“Sungguh,
Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhakmenerimanya, dan
apabila kamu menetapkan hukum di anatara manusia hendaknya kamu menetapkannya
dengan adil. Sungguh, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu.
Sungguh, Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat “
(Surah An-Nisa : ayat 58)
Ayat di atas menunjukkan
arahan kepada kita berkenaan pentingnya menyampaikan amanah kepada yang berhak
serta berlaku adil. Inilah yang dijadikan sandaran dalam konsep syariah
iaitu Wadi’ah dan Wadi’ah Yad Dhamamah.
KESIMPULAN
Kita
dapat lihat dan fahami bahawa usaha-usaha yang ikhlas serta bersungguh-sungguh
dilakukan oleh para ilmuan islam yang arif dalam fiqh ekonomi islam. Mereka
berusaha untuk mencari penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ekonomi
terutamanya soal sistem perbankan demi menjaga maslahat umat islam.
Sistem-sistem bank konventional umumnya menggunakan riba iaitu mengambil
keuntungan atas dasar memberi pinjaman. Walhal, dalam ajaran islam riba ialah
suatu yang dilarang kerana ianya melibatkan seseorang yang terlibat memberi
pinjaman lalu mengenakan kadar faedah, mengambil untung dengan cara yang mudah
tanpa perlu bekerja dengan kerja yang setimpal bagi mendapatkan keuntungan
seperti itu. Riba juga merupakan satu alat penindasan untuk membolehkan yang
kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin akan terus terperangkap dalam
kemiskinan hasil dari terperangkap membayar hutang dan bunga yang tidak
berkesudahan.
Maka
atas dasar itu, ilmuan islam menawarkan sistem perbankan islam sebagai
alternatif agar umat islam dapat memberi contoh sistem perbankan yang adil bagi
menarik umat islam serta yang bukan islam agar menggunakan perkhidmatan yang
ditawarkan. Produk-produk yang ditawarkan juga memberikan kemudahan kepada para
pelanggan untuk memenuhi keperlua mereka seperti menyimpan wang dan memajak
gadai barangan mereka.
Selain
itu, walaupun usaha sudah dilakukan, kita perlulah sentiasa melihat, menilai
dan memberi cadangan bagi penambahbaikan sistem perbankan islam. Contohnya
ialah dengan mempermudahkan urusan pinjaman atau pembiayaan tanpa karenah
birokrasi yang akan melambatkan serta memudaratkan pelanggan sekiranya mereka
tidak mendapatkan wang dalam tempoh terdekat bagi melangsaikan urusan seharian
mereka.
Seterusnya,
pihak bank perlulah menyediakan seorang staf yang khas untuk membantu
golongan-golongan tua yang mempunyai masalah untuk mengisi borang, serta
membantu mereka dalam menyelesaikan urusan mereka dengan efisien, selain
daripada menyediakan kaunter pertanyaan.
Akhir
sekali, ialah dari segi komunikasi. Staf bank yang bertanggungjawab menjelaskan
tentang produk-produk tertentu perlulah dilatih agar berbicara sesuai dengan
tahap pendidikan pelanggan. Hal ini kerana ramai pelanggan tidak dapat memahami
apa yang diterangkan. Maka apa yang harus dilakukan ialah elakkan menggunakan
istilah yang jarang didengar serta mempermudahkan penyampaian dengan memberi
contoh yang mudah serta analogi yang berkesan agar pelanggan dapat memahami
produk-produk yang diterangkan dengan baik.
APENDIKS
1. Ibnu Qasim al-Ghazi.(2013). Fath al-Qarib
al-Mujib fi Syarh Alfaz al-Taqrib. Selangor : Al-Hidayah.
2. Sudin Haron & Wan Nursofiza Wan
Azmi. (2009). Islamic Finance and Banking
System Philosophies, Principles & Practises. Selangor : McGrawHill.
3. Khalid Shamhudi. (n.d.). Kaidah Dasar Memahami Fikih Ekonomi Islam. Dimuat turun pada 4
November 2015 daripada http://www.alsofwah.or.id/cetakekonomi.php?id=128&idjudul=118
4. Abu Muawiah.(2008). Tidak Boleh Ada Gharar dalam Muamalat. Dimuat turun pada 4 November
2015 daripada http://al-atsariyyah.com/tidak-boleh-ada-gharar-dalam-muamalat.html
5. Rasidi Rasyid.(2013). Maksud Maisir(judi) dan Dalil Quran. Dimuat turun pada 4 November
2015 daripada http://etiqatakafulrara.blogspot.my/2013/01/maksud-maisir-judi-dalil-al-quran.html
6. Hanan Wihasto.(2014). Maisir, Gharar dan Riba. Dimuat turun pada 4 November 2015 daripada
http://hanan-wihasto.blogspot.my/2014/04/maisir-gharar-dan-riba.html
7. Askari Jamal. (2011). Allah Menghalalkan Jual Beli dan Mengharamkan Riba. Dimuat turun
pada 5 November 2015 daripada http://amzan.faa.im/allah-menghalalkan-jual-beli-dan-menghar.xhtml
8. Ruslan Fariadi.(2015). Prinsip Dasar Fikih Muamalat. Dimuat turun pada 5 November 2015
daripada http://tuntunanislam.com/prinsip-dasar-fiqih-muamalah/
9. Maulan, R.. (n.d). Pengantar Fiqh Muamalat. Dimuat turun pada 5 November 2015 daripada
http://www.takafulumum.co.id/upload/literasi/pengetahuan/Pengantar%20Fiqh%20Muamalah%201.pdf
10. Rahmat Yudistiawan.(2013). Ayat-ayat Hukum tentang Mediasi Perselisihan Suami Isteri dalam
Surah An-Nisa ayat 34 dan 35. Dimuat
turun pada 5 November 2015 daripada https://rahmatyudistiawan.wordpress.com/2013/01/23/ayat-ayat-hukum-tentang-mediasi-perselisihan-suami-istri-dalam-surah-an-nisa-ayat-34-dan-35-oleh-rahmat-yudistiawan/