Adab untuk situasi sebegini juga perlu kita ambil perhatian.Seperti menelefon tuan rumah sekiranya diketuk beberapa kali tapi tak dibuka.
Mengetuk pintu juga boleh jadi satu gangguan sekiranya anda datang tak diundang mahupun datang mengejut.Berkemungkinan tuan rumah tak bersedia untuk bertemu anda atau enggan bersua muka.
Namun,jika sudah berjanji untuk datang sekian waktu,dan anda telefon dia tak angkat dan sebagainya,anda juga perlu peka,berkemungkinan kecemasan berlaku dalam rumah.Ini juga satu kemungkinan yang tak boleh diambil mudah.