TAJUK : KAJIAN
TERHADAP KEPUASAN PELANCONG BELIA DI KELANTAN
BAB 1 PENGENALAN
(PERNYATAAN MASALAH DAN
OBJEKTIF KAJIAN)
1.1
PENGENALAN
Dalam bab ini
saya akan membincangkan mengenai latar belakang kajian, tujuan kajia ini
diadakan, objektif kajian, pernyataan masalah serta skop kajian yang akan
dilakukan.
1.2
LATAR BELAKANG KAJIAN
Industri
pelancongan kian pesat membangun di negara Malaysia sehingga menjadi salah satu
penjana pendapatan utama negara kita. Hal ini dapat dilihat dengan peningkatan
jumlah pelancong dan pendapatan dari aktiviti pelancongan setiap tahun.
Pelbagai jenis pelancongan seperti pelancongan berasaskan kebudayaan, alam
semula jadi dan acara serta pelbagai produk pelancongan yang sering
dipromosikan oleh kerajaan kita berjaya menarik perhatian pelancong tempatan
dan juga antarabangsa. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK 11), 2016-2020 telah
menyenaraikan 21 strategi, dimana strategi yang ke-18 menyatakan sektor
perkhidmatan sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi negara. Ekopelancongan
diberi fokus utama sebagai salah satu penyumbang utama kepada sektor
perkhidmatan.
Kelantan
merupakan salah satu negeri yang menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar
negara. Di negeri ini terdapat pelbagai tempat menarik yang menjadi destinasi
pelancongan seperti tempat membeli belah, pantai, tempat bersejarah, air terjun
dan kawasan semulajadi serta yang paling utama ialah pelbagai aneka jenis
makanan yang terdapat di seluruh negeri kelantan, yang antaranya tersohor dalam
kalangan pelancong. Sebanyak
5.8 juta pelancong dari dalam dan luar negara
mengunjungi negeri ini
sepanjang tahun 2016. Jumlah itu meningkat daripada 5.1 juta pengunjung tahun
2016 biarpun dalam keadaan ekonomi tidak menentu.
1.3 TUJUAN
KAJIAN
Tujuan kajian dilakukan adalah
untuk mengetahui factor-faktor yang mempengaruhi kepuasan pelancong belia di
negeri Kelantan.
Definisi belia ialah mereka
yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun. Tujuan kajian ini ialah untuk
mengetahui factor-faktor yang mempengaruhi kepuasan pelancong belia ke
Kelantan.
1.4 OBJEKTIF
KAJIAN
Secara. umumnya kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kepuasan pelancong ke
negeri Kelantan. Manakala secara khusus pula, kajian ini adalah bertujuan :
a. Mengenal pasti
profil demografi dan latar belakang pelancong belia di negeri Kelantan.
b. Mengenal pasti
karakter pelancong belia menerusi pemilihan destinasi, penginapan,
pengangkutan, tempoh melancong dan aktiviti yang dilakukan oleh mereka.
c. Mengenal pasti faktor tarikan yang mempengaruhi
pelancong belia untuk keluar melancong.
d. Mencadakangkan
strategi untuk memperkembangkan sektor pelancongan belia di Kelantan.
1.5 PERNYATAAN
MASALAH
Kajian ini dilakukan bagi
mengkaji faktor faktor yang mempengaruhi kepuasan pelancong belia di negeri
Kelantan. Bagaimana perkara-perkara yang menarik pelancong belia untuk datang
melancong ke negeri Kelantan serta perkara yang menyebabkan berlakunya
penurunan kadar pelancongan ke negeri Kelantan serta perkara-perkara yang
menjadi aduan bagi para pelancong belia yang berkunjung ke Kelantan.
1.6 SKOP
KAJIAN
Skop kajian ini bertumpu kepada
pelancong dalam kalangan belia kerana ingin melihat tahap penglibatan belia
dalam industri pelancongan melihat tahap penyertaan mereka dalam sector
pelancongan negeri Kelantan. Sampel yang diambil daripada kalangan belia yang
berumur 15 hingga 40 tahun.
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Berdasarkan kepada latar belakang skop
kajian dan objektif yang telah dibincangkan dalam Bab Satu, beberapa sorotan
awal telah dibuat terhadap beberapa penulisan yang berkaitan dengan
pelancongan. Bab ini akan membentangkan hasil sorotan kajian tersebut.
2.2. DEFINISI PELANCONGAN
Pelancongan melibatkan kegiatan yang
dilakukan selama individu berada atau tinggal di destinasi tersebut seperti
membeli belah dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan serta menggunakan
kemudahan yang telah disediakan di kawasan pelancongan bagi mencapai keperluan
mereka(Badaruddin et. al, 2007). Pelancongan ialah gabungan fenomena dan
hubungan-hubungan yang wujud daripada interaksi antara pelancong dengan
pelancong lain, menarik dan menerima kedatangan para pelancong ini dan pelawat
dengan pelawat yang lain.(Macintosh dan Goeldner, 2003).
2.3 DEFINISI PELANCONGAN BELIA
Berkenaan dengan pelacong belia ini,
terdapat beberapa definisi. Pelancong belia didefinisikan sebagai pelancong
yang berumur antara 16 hingga 25 tahun yang membuat perjalanan dan menginap
sekurang-kurangnya satu malam di sesebuah destinasi, menurut Pertubuhan
Pelancongan Sedunia. Aramberri pula memberi definisi pelancong belia sebagai
terdiri daripada golongan pelancong yang berdikar, berumur antara 15 hingga 24
tahun serta sering keluar melancong sama ada secara bersendirian ataupun secara
berkumpulan. Seterusnya menurut Sullivan(2004), beliau memberikan definisi
pelancong belia sebagai mempunyai identiti sebagai pelancong yang
berdikari,tidak mempunyai pelan perjalanan yang berstruktur, berumur antara 15
hingga 34 tahun, kerap mencari ruang untuk terlibat dalam budaya setempat dan
mempunyai motivasi untuk membaiki diri menerusi melancong. Carr(2001) bersetuju
tentang peringkat umur pelancong seperti yang dicadangkan dan didefinisikan
oleh Sullivan iaitu berumur 15 tahun sehingga 34 tahun sebagai pelancong belia.
Jika dilihat pada Persatuan Gerakan Belia 48 Malaysia, mereka membahagikan
kategori belia kepada dua, iaitu ahli biasa dan ahli muda. Beruur 12 hingga 15
tahun ialah ahli muda manakal ahli biasa berumur dalam lingkungan 16 hingga 40
tahun. Maka, dapat kita perhatikan bahawa umur belia di Malaysia dapat kita
jadikan sebagai suatu definisi iaitu berusia daripada 12 hingga 40 tahun. Walau
bagaimana pun definisi pelancong belia adalah banyah dan masih belum berjaya
mendapatkan kata sepakat daripada para pengkaji, menurut apa yang dinyatakan
oleh Seekings(1995). Kajian ini mencadangkan agar golongan belia yang menjadi
sasaran dalam soal selidik merupakan mereka yang terdiri daripada pelancong belia yang berumur 18 hingga 40
tahun. Selain itu responden yang terlibat terdiri daripada :
a.Pelancong belia yang melakukan
perjalanan sama ada balk hari ataupun tinggal di Kelantan.
b.Membuat percutian domestik ke Kelantan.
c.Pelacong berkumpulan atau individu ke
Kelantan.
2.4 SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN
Lee Kuok Tiung dan Siti Suriani
Othman(2010) berkata, industri pelancongan merupakan suatu industri yang
memberi impak positif kerana berpotensi besar sebagai salah satu sumber kepada
pendapatan kerajaan negeri dan seterusnya kepada sumber pendapatan negara.
2.5 FAKTOR TARIKAN TERHADAP AKTIVITI PELANCONGAN
Ahmad Azmi M. Ariffin(1999), menyatakan
bahawa faktor tarikan pelancong merujuk kepada aspek atau ciri-ciri suatu
destinasi yang mempengaruhi keputusan seseorang untuk memilihnya sebagai
destinasi pilihan mereka.
BAB 3 KERANGKA TEORI
3.1 TEORI EXPECTANCY DISCONFIRMATION
Antara unsur yang paling
penting yang dilihat dalam sektor pelancongan adalah memastikan kepuasan
pelancong tercapai dengan jayanya. Kita umumnya mengetahui bahawa sesuatu perkhidmatan yang digunakan oleh para
pelancong adalah dikira sebagai memuasakan apabila sesuatu perkhidmatan yang
disediakan itu memenuhi keperluan dan kehendak pelancong yang berkunjung dan
menginap di sesuatu destinasi pilihan mereka.
Menurut Truong dan Foster(2006), kepuasan pelancong adalah keadaan yang
mana keinginan, harapan dan keperluan pelancong dipenuhi. Manakala Augustyn dan
Ho(1998) menyatakan bahawa kebanyakan kajian berkaitan kepuasan pelancong
menunjukkan bahawa ramai pelancong tidak berpuas hati dengan kualiti
perkhidmatan yang disediakan di kawasan pelancongan.
Sharifah(2001), menyatakan bahawa pengukuran terhadap kepuasan pelancong
merupakan pengukur utama bagi menentukan keberkesanan kualiti perkhidmatan yang
disediakan secara keseluruhannya. John dan Damiannah(2003) menjalankan kajian
tentang pengukuran kualiti perkhidmatandi Tsavo West National Park, Kenya dan
mendapati bahawa faktor yang menyebabkan berlakunya kemerosotan jumlah
kedatangan pelancong adalah kerana tahap kepuasan pelancong tidak tercapai.
John et al.(2003) pula menyatakan bahawa antara penyebab bilangan kemerosotan
dalam bilangan kedatangan pelancong adalah kerana kekurangan kualiti produk eko
pelancongan di taman hidupan liar, pengawalan keselamatan ke atas pengunjung
yang lemah dan kelengkapan insfrastruktur yang tidak mencukupi. Bagi memahami
asas berlakunya ketidak puasan ini, Teori Expectancy Disconfirmation(EDT) yang
dimajukan oleh Oliver(1980), mampu mampu menjelaskan tentang perilaku dan
kepuasan pelancong.
Oliver(1980) menyatakan bahawa pelancong menilai sesebuah produk dan
kualiti perkhidmatan berdasarkan prestasi kualiti keseluruhan, ciri-ciri
kualiti yang memenuhi jangkaan, kebolehpercayaan terhadap kualiti yang
disediakan, ketahanan sesebuah perkhidmatan yang ditawarkan, kecekapan layanan
yang diberikan dan kualiti perkhidmatan yang mempunyai nilai estetika yang
tinggi. Teori Expectanc Disconfirmation menerangkan empat peringkat yang menuju
kepada kepuasan pelancong.
Peringkat pertama menjelaskan bahawa setiap pelancong mempunyai tahap
pengetahuan yang berbeza mengenai kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Ini
merujuk kepada anggaran terhadap penilaian prestasi kualiti perkhidmatan.
Manakala peringkat kedua pula merujuk kepada bagaimana pelancong melihat
prestasi sesebuah kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengurusan
atau pengusaha yang dinilai berdasarkan jangkaan yang mereka harapkan.
Peringkat ketiga ialah peringkat disconfirmation.
Pada peringkat ketiga, kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh
pengusaha pelancongan yang dibandingkan dengan penilaian jangkaan pelancong.
Seterusnya, pada peringkat keempat, kepuasan dibentuk apabila penilaian kualiti
perkhidmatan dijalankan oleh pelancong terhadap pengalaman menggunakan
perkhidmatan tersebut.Maka, pelancong akan menentukan sama ada kepuasan yang
diperolehi adalah seperti yang dijangkakan atau sebaliknya(Ahmad Azmi, Atefeh
dan Norzalita, 2011).
BAB 4 METODOLOGI KAJIAN
4.1 PENGENALAN
Dalam kajian penyelidikan, cara atau
methodology merupakan antara faktor penting bagi membolehkan keputusan yang
diperolehi mempunyai kesahan dan keboleh percayaan yang tinggi. Maka, menurut Mohd Majid dan Maarof(1997), pendekatan
secara persampelan dan penganalisian data yang digunakan perlu dikenal pasti
supaya bersesuaian dengan objektif kajian yang digariskan kerana kegagalan
menggunakan kaedah pengumpulan data atau methodologi kajian yang sesuai dan
berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh
menyebabkan beban maklumat.
Kaedah atau pendekatan penyelidikan yang
digunakan untuk mengumpul dan menganalis data bagi mencapai objektif kajian
akan diterangkan dalam bab ini. Kaedah persampelan, kaedah pengumpulan data,
instrumen kajian dan analisis data merupakan antara kaedan atau pendekatan
penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini.
4.2 KAEDAH PERSAMPELAN
Respon yang dipilih merupakan golongan
belia yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun. Hasil daripada penemuan
yang telah dianalisis secara sistematik, terdapat beberapa kesimpulan yang
dapat dibuat mengikut objektif kajian iaitu mengenal pasti demografi dan latar
belakang para pelancong belia di Kelantan, serta mengenal pasti karekter
pelancong belia menerusi pemilihan destinasi, penginapan, pengangkutan, tempat
melancong, perbelanjaan, aktiviti serta mengenal pasti faktor-faktor yang
menjadi penyebab kepada tarikan dan memberi pengaruh pada pelancong belia untuk
keluar melancong dan memberi cadangan
strategi untuk membangunkan dan memajukan sektor pelancongan belia di
negeri Kelantan.
4.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Kaedah pengumpulan data yang akan
dibincangkan adalah berfokus pada sumber data. Sumber data yang diperolehi
dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer dan matlamat
sekunder.
- DATA PRIMER (SOAL SELIDIK)
Menurut Uma
Sekaran(2003), Borang soal selidik adalah satu set soalan yang dibangunkan dan
diedarkan kepada responden untuk dijawab. Soal selidik adalah satu alat
pengumpulan data yang sesuai apabila pengkaji mengetahui dengan tepat apa
sebenarnya yang mereka perlukan dan bagaimana untuk memastikan pemboleh ubah
yang hendak dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan borang soal
selidik untuk diedarkan kepada responden yang ditetapkan. Soal selidik ini
mengandugi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk dijawab oleh
responden. Soal selidik merupakan satu instrumen yang penting bagi seseorang
pengkaji dalam menjalankan kajian kerana kualiti soal selidik akan menentukan
nilai penyelidikan secara keseluruhannya. Sekiranya soalan yang dikemukakan
dalam soal selidik itu kabur, maka jawapan yang diperolehi tidak akan memberi
pengertian yang nyata dan ini akan meroskan dapatan atau hasil sesebuah kajian.
- DATA SEKUNDER
Selain daripada
data primer yang didapati melalui kaedah soal selidik seperti yang telah
dinyatakan, maklumat sekuner juga perlu untuk menguatkan lagi sesebuah kajian. Data
ini merupakan sumber maklumat yang amat penting kerana ini diperlukan bagi
menjelaskan tajuk kajian, mendapatkan fakta dan hasil penemuan yang telah
dibuat daripada kajian yang lampau. Sumber data sekunder diperoleh daripada
jurnal, buku rujukan, majalah berbentuk ilmiah, maklumat daripada laman webm
akhbar tempatan serta daripada jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelancongan
Negeri Kelantan, dan juga Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Tujuan data sekunder adalah untuk mengenal pasti masalah, membina pendekatan
kepad masalah, dan menjawab beberapa masalah. Data sekunder adalah dikira
sebagai data sokongan dan berperanan sebagai memahami dengan lebih terperinci
kajian yang dijalankan.
4.4 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan dalam
kajian ini ialah pemerhatian, temu bual,
dan juga penggunaan borang soal selidik. Penbangunan soal selidik yang
digunakan dalam penggunaan borang soal selidik adalah berasaskan kepada
beberapa proses pengubahsuaian termasuk ujian rintis ke atas beberapa
responden.
- Pemerhatian
Melalui kajian
lapangan, penyelidik memerhatikan dan mencatat tingkah laku responden kajian
dalam keadaan sebenar. Kaedah yang digunakan ini adalah untuk mendalami tingkah
laku responden terhadap isu pelancongan di Kelantan. Pemerhatian ini perlu
kerana sebahagian aspek tertentu tidak dapat ditemui daripada temu bual dan
juga pengisian borang soal selidik.
- Temu Bual
Selain itu,
temu bual juga digunakan dalam kaedah iniyang mana penyelidik menemu bual
responden secara spontan atau rawak dengan cara tidak mengikut soalan yang ada
dalam borang soal selidik. Namun begitu, meskipun soalan temu bual ini tidak
mengikut skema yang ada dalam borang soal selidik, soalan yang ditanya kepada
responden tetap berhubung kait dengan perkara yang hendak dikaji.
- Borang Soal Selidik
Kaedah
pengumpulan data menggunakan borang soal selidik telah diedarkan semasa
penyelidik kajian ini menjalankan kajian lapangan ini. Soal selidik yang
disediakan adalah berpandukan kepada objektif kajian yang disenaraikan dalam
Bab Satu. Walau bagaimana pun, soal selidik tersebut telah terlebih dahulu
diuji dalam ujian rintis ke atas 50
orang responden. Ini adalah sebagai satu proses bagi melestarikan soalan-soalan
agar besesuaian dengan kajian. Soal selidik kajian dibahagaikan kepada 3
bahagian seperti berikut.
1.Bahagian A :
Profil Responden = 6 Item.
2.Bahagian B :
Pengalaman Responden = 11 Item.
3.Bahagian C :
Pandangan terhadap pernyataan berkaitan pelancongan = 3 Item.
Bahagian A
Bertujuan
untuk mengenal pasti profil responden seperti jantina, umur, status,
bangsa, pekerjaan dan juga pendapatan responden.
Bahagian B
Digunakan untuk mengenal pasti pengalaman
responden dalam penglibatan responden terhadap pelancongan yang lepas, daripada
aspek pemilihan destinasi pelancongan, tujuan utama melancong, tempat
penginapan semasa melancong, pengangkutan yang digunakan semasa melancong,
waktu yang sesuai untuk melancong, keinginan yang hendak diperoleh semasa
melancong, dan faktor yang menyebabkan responden tertarik untuk melancong.
Bahagian C
Bertujuan untuk mendapatkan maklumat
secara terperinci berkaitan sejauh mana
responden mengetahui tentang kempen pelancongan yang ada di Kelantan,
faktor halangan pelancong untuk datang melancong ke Kelantan, serta pandangan
dan cadangan responden mengenai pembangunan pelancong belia di Kelantan.
4.5 KAEDAH ANALISIS DATA
Bagi menjalankan penyelidikan ini,
data-data yang diperoleh, dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif..
Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS, Statitiscal
Package for Social Science.
Selepas itu, statistik deskriptif
digunakan bagi menyusun dan
menginterpretasikan atau menjelaskan data-data yang dikumpul. Kaedah statistik
ini merupakan satu teknik yang digunakan dengan mengambil satu bahan dan
diringkaskan atau diproses dalam bentuk
lebih ringkas. Contoh teknik yang digunakan bagi menghuraikan dengan
lebih lanjut statistik deskriptif ialah adalah nilai kekerapan dan peratusan
untuk menentukan bilangan responden yang memberi maklumbalas dan ciri-ciri
latar belakang responden yang diperoleh melalui maklumat demografi responden.
4.6 UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN (RELIABILITY TEST)
Kebolehpercayaan merupakan ukuran
keupayaan sesuatu instrumen penyelidikan dalam mengikut pemboleh ubah kajian
secara konsisten setiap kali ianya
digunakan pada masa dan sampek yang berlainan. Terdapat pelbagai kaedah
pengukuran untuk menentukan koefisien kebolehpercayaan sesuatu instrumen.
Keboleh percayaan soal selidik diuji dengan menggunakan prosedur Alpha Cronbach
yang diasaskan kepada model kekonsistenan dalaman. Keboleh percayaan keputusan
soal selidik ditentukan berdasarkan semakin hampir nilai Alpha kepada 1, ia
menunjukkan tahap keboleh percayaan yang tinggi. Bagaimanapun, nilai Alpha yang
kurang daripada 0.6, maka bolehlah dianggap instrumen yang digunakan dalam
kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah. Nilai Alpha yang lebih
daripada 0.7, adalah menentukan tahap kebolehpercayaan yang baik dan boleh
diterima(Uma Sekaran, 1992).
Potensi terhadap pelancongan belia iaitu
mengenai karekter pelancongan belia yang terdapat 19 kenyataan. Faktor tarikan
yang membuat pelancong hendak pergi melancong ialah 7 kenyataan. Halangan serta
faktor yang akan dipertimbangkan ialah sebelum melancong ialah 5 kenyataan.
Manakala, cadangan untuk pembangunan mengenai pelancongan belia ialah 6
kenyataan. Hasil ujian yang ditunjukkan menunjukkan semua nilai Cronbach Alpha
adalah melebih 0.7 iaitu paras minimum untuk melayakkan kenyataan-kenyataan
yang digunakan boleh dipercayai.
BAB 5
JADUAL PROJEK PENYELIDIKAN (CARTA GANT)
BULAN (2017)
AKTIVITI
|
1
|
2
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
9
|
10
|
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
|
/////
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Memilih masalah
|
|
/////
|
|
|
|
|
|
|
|
Menyemak soalan kaji selidik
|
|
|
/////
|
|
|
|
|
|
|
Pengumpulan data
|
|
|
|
/////
|
|
|
|
|
|
Analisa masalah
|
|
|
|
|
/////
|
|
|
|
|
Penilaian penyelidikan
|
|
|
|
|
|
/////
|
|
|
|
Penulisan laporan
|
|
|
|
|
|
|
/////
|
|
|
Semakan dan pembetulan
|
|
|
|
|
|
|
|
/////
|
|
Pembentangan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
/////
|
BAB 6 ANGGARAN KOS PROJEK
Bil
|
Jenis Bahan
|
Kuantiti x
Harga seunit
|
Jumlah
Kos
|
1
|
KERTAS A4
|
5 RIM X
RM15.00
|
RM 75.00
|
2
|
FAIL DAN BUKU
CATATAN
|
20 SET X RM
5.00
|
RM 100.00
|
3
|
ALATULIS
|
2 SET X RM20
|
RM40
|
4
|
CETAK BAHAN
DAN LAPORAN KAJIAN
|
|
RM 300
|
|
|
JUMLAH
TOTAL
|
RM 515.00
|
BAB 7 RUJUKAN
- Sekaran,U dan
Bougie,R.(2013). Research methods
for business: a skill building approach. United Kingdom : John Wiley.
- Abu Said
al-Mansor.(2012). Kaedah
penyelidikan perniagaan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Kementerian
Pelancongan Malaysia.(1996). Kajian
pembangunan pelancongan belia di malaysia : potensi dan halangan.
Pulau Pinang : USM.
- Jamilah Din,
Norhazilina Abdul Rahim, dan Azmaliza Ariffin.(2011). Kajian kes : perniagaan homestay oleh koperasi. Kuala
Lumpur : Maktab Koperasi Malaysia.
- Ahmad Shuib dan Noor
Aziz Mohd Nor.(1989). Analisis
permintaan pelancongan di malaysia. Pulau Pinang : USM.
- Anuar, Habibah,
Hamzah, Mohd Yusoff Hussain dan Buang.(2012). Dasar pelancongan di malaysia : ke arah destinasi mesra pelancong.
Kuala Lumpur : UKM.
- Ahmad Azmi, Atefeh dan
Norzalita.(2011). Understanding hotel hospitality and differences between
local and foreing guests.
International Review of Business Research Papers, 7(1), 340-349.
- Augustyn,M dan
Ho,S.(1998). Service quality and
tourism. Journal of Travel Research, 37(1),71-75
- John,S dan
Dimiannah,M.K.(2003). Measuring tourist satisfaction with Kenya’s wildlife
safari: a case study of Tsavo West National Park. Science Direct : Tourism Management, 24(1), 73-81
- Oliver,R.L.(1980). A
cognitive model of the antecedents and consequences of satisfaction
decisions. Journal of Marketing
Research., 17(4), 460-469.
- Sharifah.(2001).Measuring the effectiveness of the
implementation of total quality management programmes in the malaysian
public service sector. Kuala Lumpur : UKM.
- Truong,T.H dan
Foster,D.(2006). Using HOLSAT to evaluate tourist satisfactions at
destinations: the case of australian holidaymakers in Vietnam. Science Direct: Tourism Management,27,
842-855.