Dalam menuntut ilmu, ada yang menjadikan ilmu sebagai alat semata-mata. Iaitu, ilmu itu dituntut hanya untuk memperolehi nikmat keduniaan semata-mata seperti darjat, harta dan sanjungan daripada manusia. Contohnya seorang ilmuan menguasai sesuatu ilmu seperti ilmu perdebatan yang tujuannya hanyalah ingin mendapatkan sanjungan. Seseorang yang mendapat gelaran ustaz,sheikh,maulana dan sebagainya, meskipun zahirnya kata-katanya mengajak manusia ke arah kebaikan, namun dalam jiwanya, berkehendakkan agar manusia menyanjunginya dan memuliakannya. Itu adalah perkara yang yang merugikan diri si penuntut ilmu tersebut. Oleh itu, dalam menuntut ilmu, kita sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada ilmu yang tidak bermanfaat.

                Meskipun ilmu itu kelihatan bermanfaat pada zahirnya, namun, manfaat ilmu itu tidak dapat dikecap oleh kita, iaitu membawa diri kepada semakin hampir kepada Allah s.w.t. Semoga kita semua dilindungi daripada perkara sebegitu. Apa gunanya berilmu kalau ilmu itu tidak memberi sebarang manfaat pada diri kita? Bukankah tujuan menuntu ilmu ialah mendapat manfaat daripanya?

             Ilmu yang membezakan manusia daripada haiwan. Kita tidak pernah mengatakan haiwan2 tertentu berilmu. Hal ini disebabkan hanya manusia yang bersifat dengan sifat ilmu. Dan dalam menuntu ilmu, perlu kita tahu prioriti kita dalam belajar. Hanya kerana semangat ingin tahu, kita mengabaikan ilmu2 yang wajib kita tuntut terlebih dahulu, itu merupakan suatu kezaliman terhadap diri sendiri.
 
             Dalam menuntut ilmu pun kita perlu berlaku adil. Dan dengan ilmu juga manusia dapat berlaku adil. Tanpa ilmu mana mungkin kita dapat berlaku adil dalam pelbagai perkara. Oleh itu kita perlu mencari ilmuan yang tulen. Ilmuan yang tulen berlaku adil kepada diri mereka dan sudah tentu kita dapat mempelajari ilmu2 yang membolehkan kita berlaku adil kepada diri kita. Dengan berlaku adil kepada diri kita,  ini bermaksud kita melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada kita, iaitu diri kita sendiri sebagai amanah tersebut.

             Bersungguh2lah kita dalam mencari guru yang mursyid, dan apabila bertemu dengan mereka, bersungguh2lah pula menuntut ilmu dengan mereka. Kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah agar ditemukan dengan guru yang mursyid agar ilmu yang bermanfaat dapat dituntut daripada mereka. Kita harus ingat bahawa kita mempunyai guru agung iaitu nabi muhammad s.a.w. Dan ajaran yang dibawa oleh baginda s.a.w masih terus diajar oleh pewaris nabi iaitu para ulama tulen. Mereka mewarisi ilmu para nabi. Perlulah kita berusaha untuk mencari dan mengenali mereka, kemudian berdamping dengan mereka. Besar manfaatnya. Sekiranya tidak dapat berdamping dengan mereka, telitilah karya2 mereka dengan penuh rendah diri.

          Semoga usaha kita dalam menuntut ilmu, membawa kita kepada jalan keselamatan. mendapat keselamatan dan kebahagiaan di dunia ini dan dunia yang seterusnya. Akhir kalam, semoga Allah s.w.t mempermudahkan kita dalam menuntut ilmu dan mempermudahkan kita dalam memahami karya2 para ilmuan pewaris nabi.



               
Saya teringat bahawa pernah membaca status Prof. Khalif Muammar berkenaan perumpaan ilmu yang diibaratkan sebagai air. Ianya menceritakan bahawa air mengalir dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Maka, sebagai penuntut ilmu, kita perlulah merendah diri di hadapan guru yang mengajar kita dan juga merendah diri dengan ilmu yang kita perolehi, kerana ilmu yang ada pada kita, hakikatnya kurniaan daripada atas iaitu sumber tertinggi, sumber segala ilmu, Allah s.w.t.

Allah s.w.t mengurniakan ilmu kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki. Dia juga mengurniakan hikmah kepada sesiapa saja yang dipilihNya. Oleh itu, umat islam amat mementingkan ilmu. Dengan ilmulah manusia akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Oleh disebabkan ilmu itu tidak bersifat neutral dan boleh dikandung dan dilahirkan agar sesuai dengan pandangan alam tertentu, iaitu pandangan tentang realiti dan kebenaran, maka dalam kita menuntut ilmu pada hari ini, kita harus peka tentang faham-faham asing yang telah menyerap masuk ke dalam fikiran.

Faham-faham asing, terutama yang bercanggah dengan pandangan alam islam, dapat kita ketahui dengan memerhatikan kepada makna bagi istilah-istilah yang digunakan. Faham2 asing  terkandung dalam penjelasan bagi kata-kata kunci penting seperti kebebasan, agama, hak, manusia, keadilan, kebenaran, ilmu.

Kebebasan bagi kita umat islam ialah bebas untuk memilih yang baik antara dua pilihan. Insan yang kembali kepada fitrah juga merupakan insan yang bebas, kerana mereka bebas daripada nafsu yang membuat manusia cenderung ke arah perbuatan2 yang buruk.

Ada pula yang berfahaman bebas sebagai bebas daripada kekangan agama. Maknanya dalam erti kebebasan ini, manusia bebas berkelakuan tanpa sekatan daripada undang-undang agama. Apabila disebut tentang larangan2 perbuatan2 tertentu dalam ajaran agama, ianya tidak akan diendahkan kerana agama dilihat sebagai membelenggu manusia daripada kebebasan dan menghalang manusia daripada maju ke hadapan. Soalnya maju ke mana? Dan apa tujuan akhir kemajuan itu?

Agama pula ada yang lihat agama sebagai kepercayaan karut dan ada juga melihat agama sebagai direka oleh para bijaksana untuk memastikan masyarakat itu teratur dan terkawal. Dan kita pula meskipun kita akui ada ajaran yang karut, dan yang direka, namun ajaran kita adalah ajaran yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Hak pula ada yang menuntut bermacam perkara sebagai hak mereka. Dan hak bagi mereka adalah hak untuk hidup sesuai dengan citarasa mereka iaitu selaras dengan kehidupan moden yang berpaksikan faham sekularisme.

Sedangkan bagi kita umat islam, hak2 kita dinyatakan dengan jelas dalam ajaran islam yang meliputi keseluruhan aspek hidup kita, hak2 kita dan perkara2 yang melanggar batasan yang perlu dijauhi.

Manusia pula ada yang beranggapan manusia ini berevolusi daripada haiwan lain melalui proses yang dinamakan 'natural selection'. Ada juga yang beranggapan manusia merupakan hasil eksperimen saintis makhluk asing di luar angkasa.

Kita berpegang bahawa kita diciptakan oleh Allah s.w.t, dan manusia pertama ialah Nabi Adam a.s. Kita pula keturunan daripada Nabi Adam a.s. Maknanya kita tidak melalui proses evolusi. Manusia yang mula2 muncul itu sudah berada dalam keadaan fizikal manusia. Dan manusia mempunyai fitrah, iaitu tujuannya diciptakan. Kembali kepada fitrah manusia bererti kembali memenuhi tujuan diciptakan. Manusia sekular semakin jauh dari fitrah mereka.

Keadilan pula begitu panjang huraiannya. Dan konsep keadilan inilah yang disalah erti oleh ramai orang bahkan umat islam sendiri sehingga menimbulkan kekelliruan. Saya sarankan membawa karya Yang Mulia Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang bertajuk On Justice and The Nature of Man.

Kebenaran dan ilmu pula ada yang mengatakan kebenaran itu terpulang kepada individu,ada yang berkata tiada kebenaran dan manusia tak dapat tahu tentang kebenaran. Kita yakin bahawa kebenaran itu ada dan jelas. Dan dengan cahaya petunjuk ilahi, manusia dapat mencapai keyakinan dan kebenaran.

Dan tentang ilmu pula, saya sarankan membaca karya Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud yang berjudul Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed Muhammad Naquib al-Attas.


Semua orang berbangga jika dipuji berilmu, terutamanya saya lihat belia-belia memuji rakan-rakan yang memberi nasihat-nasihat yang berguna, lebih-lebih lagi tentang melayari kehidupan dengan baik sebagai seorang muslim, akan dipuji sebagai banyak ilmu, atau ilmu tinggi. Ianya pada hemat saya adalah sebagai penghargaan yang tinggi  dan kemuliaan yang diberi atas manfaat nasihat-nasihat yang diperolehi. Oleh itu dapatlah kita lihat bahawa ilmu itu suatu keperluan dalam kehidupan kita.

Kadang-kadang bagi yang baru berasa dipuji berilmu, dirinya sudah berasa agak tinggi, dan melihat dirinya sendiri lebih mulia dari orang lain. Kadang-kala kekaguman terhadap ilmu sendiri boleh merosakkan jiwa kita. Kita akan mula melihat bahawa manusia-manusia sekeliling semuanya memerlukan nasihat kita, kerana kitalah yang berhak menasihati mereka, kita lupa pada diri kita sendiri, lupa kepada memperbaiki diri sendiri dan menasihati diri kita.

Pertamanya kita harus tahu dan benar-benar insaf bahawa ilmu itu kurniaan Allah s.w.t. Dan atas kurniaan ilmu daripaNya kepada kita, kita seharusnya makin bertambah kesyukuran kita dan semakin rendah diri kerana nikmat mengetahu sesuatu yang bermanfaat ialah nikmat yang cukup besar. Yang lebih utama adalah ke atas diri kita. Itu yang perlu kita perhatikan dan utamakan. Yang selain dari itu akan menyusul dengan sendirinya sesuai dengan keupayaan kita memikul amanah-amanah yang berikut.

Manfaat pula, ada yang bermanfaat hanya untuk kegunaan bagi kelangsungan hidup di dunia semata-mata dan ada yang bertujuan memenuhi tujuan kita diciptakan. Ilmu yang memenuhi tujuan kita diciptakan inilah yang lebih utama dituntut meskipun ianya tak semestinya memberikan keuntungan material atau kemewahan hidup di dunia.

Bila menyebut tentang kesenangan dan kemewahan, maknanya kita bercakap tentang kebahagiaan hidup Kebahagiaan  yang hakiki bukanlah terhad kepada perkara yang bersifat material, perasaan atau pun bersifat psikologikal.Menurut Yang Mulia Tan Sri Prof.Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, kebahagiaan ialah suatu kesedaran dan keyakinan tentang kebenaran.

Maka itulah kebahagiaan sebenar yang perlu kita cari, dan itulah kebahagiaan yang sebenarnya sesuai dengan fitrah kita. Kebahagiaan ini bersifat kekal. Dan kita boleh tahu dan menikmati kebahagiaan ini semasa kita masi berada di dunia ini lagi. Ianya tidak berhubung terus dengan kekayaan dan kesenangan hidup. Tambahan beliau lagi, sungguh ada nabi yang hidupnya menderita, tetapi mereka tidak sengsara.Kesengsaraan itu adalah mereka yang tidak bahagia.

Mereka yang menderita tidak semestinya tidak bahagia, dalam erti bahagia yang disebutkan ini, iaitu suatu kesedaran dan keyakinan tentang kebenaran. Bila kita tahu tentang kebenaran sesuatu maka kita berkelakuan sesuai dengan kebenaran yang kita percaya dengan bersungguh-sungguh itu. Maka itulah iman. Iman bukan sahaja percaya tetapi berkelakuan sesuai dengan kepercayaan kita tentang kebenaran tersebut.

Saya teringat ada dinyatakan dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin karya Yang Mulia Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas bahawa, tiada ubat tentang ketiadaan iman melainkan ubatnya itu iman jua. Begitulah lebih kurang apa yang dinyatakan dalam karya tersebut.

Akhir kata, hanya mereka yang benar-benar beriman akan mencapai nikmat kebahagiaan.



1.0 PENGENALAN
            Sebagai seorang manusia, kita mempunyai keperluan dan kehendak yang ingin dipenuhi atau wajib dipenuhi bagi meneruskan kelangsungan hidup kita di muka bumi ini. Oleh itu, kita perlu bekerja. Pekerjaan memberikan pendapatan kepada kita dan dengan pendapatan itulah kita mendapatkan keperluan seharian kita. Sebagai seorang yang akan melibatkan diri dalam alam pekerjaan, kita akan diberikan surat tawaran pekerjaan terlebih dahulu. Surat tersebut mengandungi terma dan syarat yang berkait rapat dengan pekerjaan tersebut. Sebelum menerima sesuatu pekerjaan, perlulah kita melihat dengan teliti, terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat atau majikan, bagi menjamin manfaat kita sepanjang kita bertugas.

            Terma dan syarat juga dipanggil sebagai kontrak kerja. Umumnya, dalam kontrak kerja mengandungi segala peraturan, etika kerja serta pelbagai manfaat yang diterima oleh kita sepanjang kita berada dalam tempoh perkhidmatan. Dengan kata lain, terma dan syarat ialah syarat-syarat dan terma yang dipersetujui bersama antara majikan dengan pekerja. Antara syarat-syaratnya ialah  tanggungjawab, tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan apabila memegang jawatan yang ditawarkan, hari bekerja, jam bekerja, waktu rehat, kod pemakaian, tentang peraturan cuti, cuti sakit, sakit yang dialami semasa tempoh berkhidmat, insuran kesihatan, insuran nyawa dan juga pelan persaraan.

            Secara spesifiknya, terma dalam kontrak perkhidmatan ialah hasil daripada rundingan yang berlaku antara majikan dan pekerja. Hal ini merujuk kepada tanggungjawab yang telah dipersetujui oleh pohak berkenaan dalam kontrak. Manakala syarat pula merupakan suatu arahan yang diberikan oleh majikannya kepada pekerja dari semasa ke semasa. Sudah menjadi lumrah, barang yang bernilai akan mendapat permintaan tinggi serta pelbagai syarat boleh disesuaikan agar mendapatkan sesuatu yang bernilai iaitu rundingan bersama. Seseorang pekerja yang mempunyai kemahiran tertentu yang merupakan elemen penting dalam sesebuah syarikat, boleh mencadangkan terma-terma atau syarat-syarat tertentu diubah agar berbaloi dengan tugas yang ditanggung semasa menjawat jawatan tersebut.

2.0 TERMA-TERMA PEKERJAAN

2.1 TERMA TERSIRAT
             
            Definisi bagi terma tersirat ialah terma yang dianggap wujud oleh undang-undang, walaupun ia tidak dinyatakan dalam perjanjian atau kontrak perkhidmatan. Terma tersirat terpakai kepada kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja.  Terma tersirat bagi majikan ialah  majikan tidak boleh memberi perintah kepada pekerjanya, tentang apa-apa tugas dan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Sudah tentu orang bawahan perlu mengikut arahan orang atasan, namun hak-hak orang atasan memberi perintah perlu kita ketahui agar tidak mengikut perintah dengan membuta tuli lalu  membawaq mudarat yang besar kepada diri kita.

            Contohnya ialah sekirnya majikan menyuruh kita bersubahat untuk menggelapkan wang syarikat, kita seharusnya ingkat perintah yang diberi kerana kepatuhan kepada orang atasan tidak terpakai kepada perkara yang bercanggah dengan undang-undang. Seterusnya, majikan perlunya menyediakan kerja kepada pekerjanya. Gaji yang dibayar oleh majikan adalah sebagai upah kepada segala kerja yang dilaksanakan. Oleh itu, majikan perlulah memberi kerja sesuai dengan jawatan yang dipegang oleh seseorang, atau memberi tugas lain sekiranya didapati mempunyai keperluan, namun beban tugas sedia ada perlulah diambil kira. ini bagi memastikan tidak berlaku ketidak adilan kepada pekerja seperi gaji yang dibayar tidak setimpal dengan tugas yang dilaksanakan.

            Seterusnya, majikan wajib menyediakan sistem kerja yang selamat dan betul. Keselamatan pekerja semasa bertugas perlulah diambil kira. Selain itu, sistem yang betul, langkah pencegahan perlulah diambil dengan baik agar pekerja tidak terdedah kepada risiko kecederaan atau pun yang seumpama dengannya apabila melaksanakan tugas. Contohnya seperti pemandu lori.


Majikan perlu memberikan had kerja iaitu tempoh had mamandu dalam sehari, serta lori perlulah sentiasa  diperiksa secara berkala agar kenderaan itu berada dalam keadaan yang baik. Pemandu lori juga  mempunyai 2 orang pemandu untuk bergilir memandu sekiranya mengantuk. Ini salah satu contoh menyediakan sistem kerja yang selamat dan betul bagi mengurangkan risiko seperti kemalangan.

            Selain majikan, pekera juga mempunyai terma tersirat. Antaranya ialah  pekerja mestilah sentiasa ikhlas dan taat kepada majikannya. Pekerja yang ikhlas dan menjaga hubungan baik dengan majikan akan disenangi oleh majikan. Tugas yang dilaksanakan juga lebih baik kerana majikan yang mempunyai hubungan baik dengan pekerjanya akan mesmastikan keadilan itu berlaku kepada pekerjanya. Pekerja juga tidak boleh membongkar atau menyebarkan rahsia majikan.

            Tidak boleh membomgkar rahsia ini bermaksud rahsia-rahsia penting yang boleh menggugat atau menjatuhkan bines majikan contohnya, sekiranya diketahui oleh orang ramai. Maka kita perlulah menjada reputasi majikan kita.Tambahan, pekerja perlulah memberi tahu maklumat rahsia majikan apa bila ada keperluan. Ini membawa maksud, sekiranya majikan kita terlibat dlam suatu kegiatan mencuri harya syarikat atau terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah. Maka pekerja perlu tampil memberi maklumat penting yang membolehkan sesuatu kes itu dapat diselesainkan sekiranya ada maklumat itu sampai kepada pihak polis. Tambahan, pekerja perlulah cekap dalam menjalankan tugasnya. Contohnya ialah sekiranya dia ditugaskan untuk menghantar sesuatu barangan, barangan yang dihantar itu perlulah sampai dalam keadaan baik seperti yang telah dijanjikan oleh syarikat agar reputasi syarikat terjaga.


2.2 TERMA NYATA

            Definisi terma nyata ialah terma yang dinyatakan secara jelas dalam kontrak perkhidmatan. Terma tersebut terbahagi kepada 2 iaitu terma pekuniari dan terma bukan pekuniari. Terma pekuniari merupakan terma yang berkait dengan kewangan dan bukan pekuniari pula terma yang tidak berkait dengan kewangan.

           
3.0 TERMA-TERMA PEKUNIARI
             
            Terma pekuniari merupakan terma-terma yang berkait dengan kewangan. Antara terma-terma pekuniari ialah gaji,  elaun, bonusa serta bayaran ex gratia, dan faedah pekuniari. Berikut merupakan penjelasan tentang terma-terma pekuniari dengan lebih terperinci.

3.1 Gaji
            Seksyen 2(1)(a) –(f) EA 1955 mendefinisikan gaji bermaksud gaji pokok dan semua pembayaran lain secara tunai yang perlu dibayar kepada pekerja untuk kerja yang dilakukan mengikut kontrak perkhidmatan tetapi tidak termasuk :

a. Nilai mana-mana rumah, penginapan atau bekalan makanan, minyak, lampu atau air atau rawatan perubatan atau mana-mana kemudahan atau perkhidmatan yang diluluskan
b. Sebarang caruman yang dibayar oleh majikan menggunakan akaunnya sendiri kepada mana-mana kumpulan wang pencen, kumpulan wang simpanan pekerja, skim persaraan, pengurangan pekerja, pemberhentian, berhenti kerja sementara atau skim jimat cermat, atau mana-mana tabung atau skim yang ditubuhkan untuk kebaikan dan kebajikan pekerja.
c. Sebarang elaun perjalanan atau nilai sebarang konsesi perjalanan.
d.  Sebarang jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk menanggung perbelanjaan khas yang diperlukan olehnya kerana jenis pekerjaannya.
e. Sebarang ganjarang yang perlu dibayar atas pemberhentian atau persaraan.
f. Apa-apa bonus tahunan mana-mana bahagian daripada sebarang bonus tahunan.


3.2 Elaun

            Elaun merupakan sejumlah wang yang diperolehi apabila menepati syarat-syarat bagi elaun-elaun yang termaktub dalam kontrak perkhidmatan. Antara elaun-elaun tersebut ialah  elaun memangku, elaun kehadiran, elaun panggilan, elaun sara hidup, elaun makan, elaun kesulitan, elaun perumahan, elaun kerja di bandar lain, elaun lebih masa, elaun syif, elaun latihan,  elaun perpindahan, elaun pengangkutan, dan elaun bersalin.

3.3 Bonus serta Bayaran ex Gratia

            Bonus dan bayaran ex gratia ialah bayaran yang dibuat oleh majikan, selain daripada gaji.

3.4 Faedah Pekuniari

            Faedah pekuniari pula ialah faedah kewangan yang diperolehi hasil daripada berlaku perlbagai keadaan yang membolehkannya mendapat faedah kewangan tersebut. Antaranya ialah elaun pemecatan, pengurangan atau pemberhentian. Seterusnya ialah faedah persaraan, faedah perubatan, faedah insurans, faedah kematian, pinjaman motokar dan perumahan.

4.0 TERMA-TERMA BUKAN PEKUNIARI
       Terma bukan pekuniari merupakan terma yang tidak berkait dengan kewangan. Menurut EA 1955, terma pekuniari ialah tempoh masa bekerja, kerja lebih masa, cuti rehat, cuti umum, cuti tahunan dan cuti sakit.


5.0 PENILAIAN TERMA PEKUNIARI DALAM KONTRAK PERKHIDMATAN TENTANG
PEMATUHAN TERHADAP AKTA KERJA 1955

5.1).GAJI :

“The Company shall pay Employee a salary of USD$10, 000.00 (Ten Thousand United State Dollars) every month after tax deduction, for the services of the Employee, payable at regular payroll periods.”

PENILAIAN :  

a. Mematuhi Akta S.18(1) EA 1955 iaitu menetapkan bahawa tempoh gaji tidak boleh lebih dari sebulan.
b. Lokasi bekerja ialah Kuala Lumpur. Maka gaji yang diberi menepati Perenggan 4 Perintah 2012 yang menetapkan bahawa gaji minimum ialah Rm 900 atau Rm 4.33 sejam bagi semenanjung.

5.2).ELAUN :

A.“Employer for each intercontinental trip shall pay USD$2, 500.00 flat rate travel/entertainment allowance to employee. Travel shall be by business class/first class. However for the purpose of commencement, the cost of travel ticket shall be paid in addition to travel/entertainment allowance.”

B. “Employer shall also take care of employees' Travel ticket, Work Visa / Residence, Work Permits including that of employees' family only on employees' early notification to employer and as shall be requested by employee.”

PENILAIAN :  Mematuhi Akta Kerja 1955 kerana mendapat keistimewaan beberapa jenis elaun iaitu elaun kerja di bandar lain,  elaun makan, dan elaun pengangkutan

5.3). FAEDAH PEKUNIARI

          “Should Employee die during the term of employment , the Company shall pay to Employee's estate any compensation due through the end of the month in which death occurred.”

            “You will also receive standard employee benefits package including health insurance for you and your family (if Any), and will be subject to vacation policy as such package and policy are in effect from time to time.”


PENILAIAN : Menepati Akta Kerja 1955 kerana mendapat faedah pekuniari iaitu faedah kematian dan juga faedah insurans.


6.0 PENILAIAN TERMA BUKAN PEKUNIARI DALAM KONTRAK PERKHIDMATAN TENTANG PEMATUHAN TERHADAP AKTA KERJA 1955

6.1 TEMPOH MASA BEKERJA
“WORKING HOURS/ DAYS OFF/ PUBLIC HOLIDAYS:
Working hours - 7 hours (including meal time)
Working time - 10 AM - 5 PM
Working days - Monday – Friday”

PENILAIAN :  Menepati Akta Kerja 1955 iaitu EA 1955(S.60A[1]) telah menetapkan bahawa pekerja tidak dibenarkan bekerja :
a.lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa sekurang-kurangnya 30 minit masa rehat.
b.lebih dari 8 jam dalam masa 1 hari.
c.melebihi tempoh 10 jam dalam satu hari dalam kes pemanjangan tempoh masa
d.lebih dari 48 jam dalam satu minggu.





6.2 CUTI TAHUNAN

VACATION: The Employee shall be entitled to a yearly vacation of three month at full pay.

PENILAIAN : Menepati Akta Kerja 1955. Akta tersebut ialah S.60E(1)(a) – (c) menyatakan tentang cuti tahunan yang seperti berikut :
a. Sebanyak 8 hari jika telah bekerja kurang dari 2 tahun.
b.Sebanyak 12 hari jika telah bekerja untuk tempoh 2 tahun atau lebih tetapi tidak melebihi 5 tahun.
c.Sebanyak 16 hari jika telah bekerja untuk tempoh 5 tahun atau lebih.


6.3 CUTI SAKIT

“DISABILITY: In the event that the Employee cannot perform the duties because of illness or incapacity for a period of more than one month, the compensation during said illness or incapacity will be paid to the employee. The Employee's full compensation will be reinstated upon return to work. However, if the Employee is absent from work for any reason for a continuous period of over two months with any goods reason of been absent, the Company may terminate the Employee's contract employment, and the Company's obligations under this agreement will cease on that date.”


PENILAIAN : 
Menepati Akta Kerja 1955 iaitu  :
a. Seksyen 60F(1)(aa) menyatakan bahawa akta ini memperuntukkan jumlah cuti sakit yang layak bagi pekerja untuk kes yang tidak memerlukan kemasukan ke hospital iaitu layak mendapat cuti sebanyak 14 hari jika bekerja kurang dari 2 tahun, sebanyak 18 hari jika bekerja melebihi 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun, sebanyak 21 hari jika telah bekerja melebihi 5 tahun.
b.Seksyen 60F(1)(bb) menyatakan bahawa sekiranya pekerja perlu dimasukkan ke hospital maka dia berhak untuk mendapat 60 hari cuti setiap tahun. Pengesahan oleh doctor diperlukan bagi kemasukan ke hospital. Jika pekerja tidak dimasukkan ke hospital, dia masih layak untuk mendapat 60 hari cuti.



            Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa surat tawaran yang telah dilampirkan pada 8.0, dinilai sebagai menepati Akta Kerja 1955.


7.0 RINGKASAN

          Sebelum mula bekerja di suatu tempat, kita akan mendapat surat tawaran pekerjaan terlebih dahulu. Dalam surat itu mengandungi terma dan syarat yang  perlu dipersetujui bersama sebelum kita menjawat jawatan yang ditawarkan tersebut. Terma merupakan perkara yang dipersetujui bersama antara pekerja dan majikan. Manakala syarat ialah arahan daripada majikan. Terma pula terbahagi kepada dua  kategori iaitu terma tersirat dan terma nyata.

            Terma tersirat tidak tertulis dalam surat tawaran namun diakui sebagai termasuk dalam terma yang diterima dalam undang-undang contohnya ialah pekerja perlulah menjaga nama baik syarikat sebagai seorang pekerja. Terma nyata pula merupaka terma yang jelas tertulis dalam surat tawaran pekerjaan seperti gaji, jawatan, tempat bekerja, tempoh kontrak, cuti, faedah yang diperolehi dan sebagainya yang tertulis dalam surat tersebut dalam katergori terma dan syarat.

            Terma nyata pula terbahagi kepada dua, iaitu terma pekuniari dan bukan pekuniari. Terma pekuniari merupakan terma yang melibatkan kewangan seperti bonus, gaji, elaun dan faedah kewangan. Manakala terma bukan pekuniari ialah terma yang tidak melibatkan kewangan seperti cuti saki, cuti rehat, dan juga cuti tahunan.

            Surat contoh tawaran pekerjaan yang  dipilih dinilai sebagai mematuhi semua Akta Kerja 1955 seperti berkenaan gaji, elaun, tempoh masa bekerja, faedah pekuniari, cuti tahunan dan juga cuti sakit.  Akta Kerja yang ditetapkan adalah sebagai garis panduan agar pekerja mendapat hak-hak yang sepatutnya dan juga memberi panduan jelas untuk menguruskan seseorang pekerja dengan baik.



8.0 LAMPIRAN CONTOH SURAT TAWARAN PEKERJAAN

PETRONAS OIL COMPANY MALAYSIA
TOWER 1, PETRONAS TWIN TOWERS
KUALA LUMPUR CITY CENTRE
50088 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
EMAIL.hrd@petronas-oilmy.org
TEL.+601-660-852-31


JOB REF: ARI 67/21564 22-10- 2010

JOB OFFER LETTER


ATTN: Shafeeque Mohammed, 

1. For good consideration, the Company employs the Employee on the following terms and conditions.

2. TERM OF EMPLOYMENT: Subject to the provisions for termination set forth below this agreement begins on 10th November 2010, unless sooner terminated.

3. SALARY: The Company shall pay Employee a salary of USD$10, 000.00 (Ten Thousand United State Dollars) every month after tax deduction, for the services of the Employee, payable at regular payroll periods.

3.1 Employer for each intercontinental trip shall pay USD$2, 500.00 flat rate travel/entertainment allowance to employee. Travel shall be by business class/first class. However for the purpose of commencement, the cost of travel ticket shall be paid in addition to travel/entertainment allowance.

3.2 Employer shall also take care of employees' Travel ticket, Work Visa / Residence, Work Permits including that of employees' family only on employees' early notification to employer and as shall be requested by employee.

3.2 Adequate private office space in a conducive and comfortable work environment shall be provided for employee.

3.3 Employee will obtain only Malaysian Employment Insurance Certificate (EIC) through the Immigration Attorney (ROZLAN KHUEN ADVOCATES & SOLICITORS) on employee’s expenses to show their readiness, preparedness, and willingness and later be reimbursed before embarking to Malaysia.

3.4 This is for foreign employee who enters the country to take up a contract of employment with a minimum period of two years and earn a monthly income above RM20, 000.00 Malaysian Ringgit.

4 POSITIONS: (Accountant)

The Employee's duties may be reasonably modified at the Company's discretion from time to time.

4.1 JOB LOCATION: KUALA LUMPUR, MALAYSIA
4.2 RESUME WORK DATE: 15th November 2010
4.3 CONTRACT DURATION: TWO YEARS

5. JOB PROCEEDING/REQUIREMENT:

New employed and recruited for PETRONAS OIL COMPANY (And not presently possessing a valid Malaysian Employment Insurance Certificate (EIC) shall be expected to personally incur the expenses as a foreigner, for procurement and acquisition of their necessary permits clearance papers with the Immigration Attorney (ROZLAN KHUEN ADVOCATES & SOLICITORS) and shall be duly reimbursed and will be substantiated with receipts and the employer will reimburse the employee not later than Five (5) working days after submission of employee’s expense report and receipts.

Get the necessary documents, in less than 3 business days from a licensed immigration attorney and you shall be required to furnish us with your Employment Insurance Certificate (EIC) on before Ten (10) working days and make an official report to the Company with your International Passport copy’s data page to enable PETRONAS OIL COMPANY to process your Travel ticket, Work Visa / Residence, Work Permits on your behalf as a proof of readiness to join the company project team in the due time as stipulated above for your job resumption with the PETRONAS OIL COMPANY in Malaysia and also to enable you receive your upfront monthly salary including your due entitlements/emoluments prior to your departure for services with the PETRONAS OIL COMPANY in Malaysia. However, for expatriate services employees who do not presently posses His/her Employment Insurance Certificate (EIC), they are to Consult with Immigration Attorney (ROZLAN KHUEN ADVOCATES & SOLICITORS) for directives and assistance on the acquisition.

6. EMPLOYEE TO DEVOTE FULL TIME TO COMPANY: The Employee will devote full time, attention, and energies to the business of the Company, and, during this employment, will not engage in any other business activity, regardless of whether such activity is pursued for profit, gain, or other pecuniary advantage. Employee is not prohibited from making personal investments in any other businesses provided those investments do not require active involvement in the operation of said companies.

7. CONFIDENTIALITY OF PROPRIETARY INFORMATION: Employee agrees, during or after the term of this employment, not to reveal confidential information, or trade secrets to any person, firm, corporation, or entity. Should Employee reveal or threaten to reveal this information, the Company shall be entitled to an injunction restraining the Employee from disclosing same, or from rendering any services to any entity to whom said information has been or is threatened to be disclosed, the right to secure an injunction is not exclusive, and the Company may pursue any other remedies it has against the Employee for a breach or threatened breach of this condition, including the recovery of damages from the Employee.

8. REIMBURSEMENT OF EXPENSES: The Employee will incur reasonable expenses to get His/her Employment Insurance Certificate (EIC); The Company shall process Employee’s Work Visa / Residence, Work Permits and Travel ticket and reimburse Employee for the expenses after the Employee presents an itemized account of expenditures, pursuant to Company policy.

9. VACATION: The Employee shall be entitled to a yearly vacation of three month at full pay.

10. DISABILITY: In the event that the Employee cannot perform the duties because of illness or incapacity for a period of more than one month, the compensation during said illness or incapacity will be paid to the employee. The Employee's full compensation will be reinstated upon return to work. However, if the Employee is absent from work for any reason for a continuous period of over two months with any goods reason of been absent, the Company may terminate the Employee's contract employment, and the Company's obligations under this agreement will cease on that date.

11. EMPLOYMENT CLASSIFICATION: You shall be a contract Employee and shall be entitled to benefits as specifically outlined herein

12. BENEFITS: You will also receive standard employee benefits package including health insurance for you and your family (if Any), and will be subject to vacation policy as such package and policy are in effect from time to time.

12.1 OTHER BENEFITS:

v Quality single or family housing in company community.
v Personal effects shipment and excess baggage allowances.
v Access to some of the finest social and recreational facilities in Malaysia.
v Free medical care in Malaysia for you and your family for contract duration.
v Excellent educational assistance benefits with family status contracts.
v Complete meals also for you and your family as deemed Appropriate.
v Life insurance Policy.
v Maximum and efficient security both in work place and housing Community.

12.2 COMPUTER RESOURCES: Laptop Computer, 1.6 GHz Processor, 496 MB RAM, 24XCD-RW, 30GB Hard Drive, Floppy Drive, Integrated Network Adapter, Internal 56K Modem, Spare Battery and Necessary Software. Full time Internet access is also made available.

12.3 PHONES: The employer will provide each employee with one (1) landline and one (1) mobile telephone. This shall have a reasonable credit limit application per month.

12.4 LOCAL TRANSPORTATION: Standby new company car will parked in your well full Furnished Three Bedroom Duplex Flat and 2008 Toyota Camry for your movement.

12.5 OFFICE SPACE: Adequate private office space in a conducive and comfortable work environment shall be provided for each employee.

13. TERMINATION OF AGREEMENT: Employee may terminate employment upon 30 days' written notice to the Company. Employee may be required to perform His or her duties and will be paid the regular salary to date of termination but shall all his/her severance allowance.

14. DEATH BENEFIT: Should Employee die during the term of employment, the Company shall pay to Employee's estate any compensation due through the end of the month in which death occurred.

15. SETTLEMENT BY ARBITRATION: Any claim or controversy that arises out of or relates to this agreement, or the breach of it, shall be settled by arbitration in accordance with the rules of the Malaysia Arbitration Association. Judgment upon the award rendered may be entered in any court with jurisdiction.

16. LIMITED EFFECT OF WAIVER BY COMPANY: Should Company waive breach of any provision of this agreement by the Employee, that waiver will not operate or be construed as a waiver of further breach by the Employee.

17. SEVERABILITY: If, for any reason, any provision of this agreement is held invalid, all other provisions of this agreement shall remain in effect. If this agreement is held invalid or cannot be enforced, then to the full extent permitted by law any prior agreement between the Company (and any predecessor thereof) and the Employee shall be deemed reinstated as if this agreement had not been executed.

18. ASSUMPTION OF AGREEMENT BY COMPANY'S SUCCESSORS AND ASSIGNEES: The Company's rights and obligations under this agreement will inure to the benefit and be binding upon the Company's successors and assignees.

19. CONFIRMED EMPLOYEE: Confirmed employees are those employee’s that have obtained their EMPLOYMENT INSURANCE CERTIFICATE (EIC).

20. WORKING HOURS/ DAYS OFF/ PUBLIC HOLIDAYS: Working hours - 7 hours (including meal time) working time - 10 AM - 5 PM Working days - Monday – Friday

21. ORAL MODIFICATIONS NOT BINDING. This instrument is the entire agreement of the Company and the Employee. Oral changes have no effect. It may be altered only by a written agreement
Signed by the party against whom enforcement of any waiver, change, modification, extension, or discharge is sought.


Signed by the Employee:

…………………………... Date: ….../……/……...…

Signed for and on behalf of
PETRONAS OIL COMPANY INTERNATIONAL
HUMAN RESOURCES DEPARTMENT
DR. MURSHID AHMED MOHAMED
In the presence of:


…………………………... …………………………... />
GENERAL MANAGER & LEGAL ADVISER
DR ARIF BIN MOHAMOOD BARISTER. RASHID IBRAHAM

















RUJUKAN / REFERENSI
1. Cilbelfast.(2011).What is a Written Statement of Main Terms and Conditions of Employment?. Dimuat turun pada 13 Julai 2016 daripada
2. Investopedia.(2016).Terms of Employment. Dimuat turun pada 14 Julai 2016 daripada http://www.investopedia.com/terms/t/terms-of-employment.asp
3.Georfellis, Y.,Sessions, J.,Tsitsianis, N.(n.d).Pecuniary and Non-Pecuniary Aspects of Self-Employment Survival. Dimuat turun pada 13 Julai 2016 daripada https://core.ac.uk/download/files/125/1639671.pdf

4.Mylabourlaw.(2016).
1.0 PENGENALAN

            Penulisan ini akan membicarakan tentang mata wang. Wang merupakan suatu alat yang mempunyai nilai yang kita gunakan dalam urusan seharian kita iaitu dalam urusan jual beli, bagi mendapatkan apa yang dikehendaki. Ada yang menjual barangan bagi mendapatkan wang, dan ada yang membeli dengan menggunakan wang bagi mendapatkan barangan. Pernahkah kita terfikir tentang asal usul wang? Apakah itu wang? Apakah manusia memang sentiasa menggunakan wang kertas sebagai wang? Jika tidak apakah yang digunakan sebagai wang? Dan yang paling penting ialah sebagai seorang muslim, apakah wang dari perspektif islam? Maka, bagi menjawa sedikit sebanyak tentang persoalan berikut, maka saya akan membicarakan tentang perbezaaan wang dari perspektif islam dengan mata wang fiat. Apa itu wang fiat? Apa bezanya dengan wang yang sepatutnya digunakan sebagai wang oleh kita?

            Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa sebelum wang fiat digunakan, manusia menggunakan emas dan perak sebagai wang yang dinamakan sebagai dinar dan dirhaam. Keistimewaannya sebagai wang juga akan saya perincikan dan sertakan dengan dalil dari al-Quran sebagai menunjukkan keistimewaannya.

            Seterusnya ialah tentang kestabilan wang. Dalam perincian penulisan ini, akan saya jelaskan secara serba ringkas tentang kestabilan yang akan berlalku hasil daripada menggunakan dinar sebagai matawang bagi menggantikan wang fiat.

            Seterusnya ialah tentang pelbagai halangan yang akan dialami sekirnaya berusaha untuk mengembalikan dinar dan dirham sebagai wang. Dan akan juga diselitkan nanti tentang mengapa mereka begitu berpegang kepada wang fiat sebagai sistem, namun pada masa yang sama, mereka mempunyai simpanan emas bagi menjadi kekayaan mereka.




2.0 KONSEP WANG DALAM ISLAM DAN WANG FIAT

          Wang dalam islam atau dengan kata lain ialah, wang yang jika digunakan, adalah dikira sebagai wang sunnah, kerana penggunaannya juga turut disebut di dalam wahyu agung al-Quran, iaitu sumber tertinggi rujukan dalam memahami agama islam. Apakah benar ada dalil-dalilnya tentang dinar dan dirham dalam al-Quran? Benar, ianya disebut dalam al-Quran, yang saya akan kupas pada perenggan berikutnya. Menurut Imran Nazar Hossein, iaitu seorang ilmuan islam yang mengkaji asal usul sistem wang masa kini dan wang yang asalnya digunakan oleh manusia, beliau menyatakan dalam bukunya yang bertajuk Islam and The Future of Money, dengan menggunakan beberapa hadis, untuk memberikan ciri-ciri tentang wang dalam islam.

            Hadis yang pertama yang beliau pilih dalam menjelaskan tentang wang dalam islam  ialah :



Abu Said al-Khudari menceritakan,’Bilal datang kepada Nabi Muhammad dengan membawa kurma kualiti Barni iaitu yang berkualiti baik. Lalu Nabi Muhammad bertanya kepadanya, ’dari mana kamu mendapat kurma itu?’Bilal menjawab,’saya mempunyai  kurma yang berkualiti rendah lalu saya tukarkannya sebanyak dua Sa’s  dengan satu Sa’s kurma ini’. Nabi Muhammad bersabda,”inilah inti kepada riba!,inti kepada riba! Jangan lakukan perbuatan ini.Tetapi apabila hendak membeli, jualkan kurma(yang berkualiti rendah) ini dalam transaksi yang berbeza dan belilah dengan apa yang kamu dapat.(hasil dari penjualan)”.
(Bukhari,Muslim).



                       

2.1 Penjelasan daripada hadis pertama :

a. Penukaran kurma yang tidak sama nilainya/kualiti iaitu jenis kurma adalah riba.

b.Jika hendak membeli kurma yang lain, kurma yang ada tidak boleh ditukar untuk mendapatkan kurma yang lain.Sebaliknya ianya perlulah dijual, dan hasil jualan itu iaitu dirham/dinar pada ketika itu, digunakan untuk membeli kurma yang lain.

c.Ianya memberi analogi iaitu kalau dalam konteks ini, ialah Rm 100 , ditukar dengan Rm 150  contohnya. Ini memberi analogi larangan kepada riba, iaitu bunga. Contohnya ialah saya meminjam sebanyak Rm 10 ribu daripada bank, namun saya perlu membayar Rm 15 ribu kepada bank. Perbezaan nilai tukaran itulah yang dikatakan sebagai riba.



           

Hadis yang kedua dipilih beliau pula ialah :

Yahya menyampaikan kepadaku dari Malik dari Naf’I bahwa Abdullah bin Umar membeli (menukar) seekor unta tunggangan betina dengan empat ekor unta lain dan dia berjanji untuk memberikan unta-unta tersebut kepada pembeli di ar-Rabadha.
(Muwatta, Imam Malik)







2.2 Penjelasan daripada hadis kedua :

a. Abdullah Ibn Umar mendapatkan seekor unta betina. Caranya ialah dengan memberikan 4 ekor unta miliknya kepada penjual seekor unta betina tersebut.
b. Pertukaran nilai yang tidak sama antara haiwan, tidak dilarang dan tidak dianggap sebagai riba kerana unta adalah haiwan, dan haiwan tidak dikategorikan sebagai wang.
c. Haiwan boleh jatuh sakit, maka haiwan tidak layak dijadikan sebagai wang.

            Hadi yang ketiga yang dipilih oleh beliau ialah :

            Abu Said al-Khudri melaporkan bahawa pesuruh Allah(Nabi Muhammad) bersabda, ”emas dengan(ditukar) emas, perak dengan perak, gandun dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, dan garam dengan garam. Apabila transaksi adalah sama(seperti emas dengan emas), bayaran dibuat pada ketika itu juga, maka sesiapa yang memberi lebih atau meminta lebih(selepas selesai transaksi),maka dia terlibat dalam riba, penerima dan pemberi, kedua-duanya sama bersalah”.
(Sahih Muslim)

2.3 Penjelasan bagi hadis yang ketiga :

a. Sekiranya emas,perak dan komoditi-komoditi diatas ditukar, nilainya perlulah sama.
b.Sebarang manfaat yang diberi atau diterima setelah berlakunya transaksi tersebut, dan manfaat itu timbul dari berlakunya transaksi itu, maka itu adalah riba. Pemberi dan penerimanya dikira sebagai melakukan riba. Analogi ini jika kita faham dalam konteks kini ialah, peminjam adalah sebagai pemberi manfaat kepada bank, dan bank menerima manfaat daripada kita. Manfaat yang dimaksudkan ialah bunga atau kadar faedah.



           

2.4  Berdasarkan dari beberapa hadis ini, beliau rumuskan ciri-ciri wang dalam islam iaitu :


1. Wang dalam islam ialah sama ada besi yang bernilai iaitu emas dan perak atau komoditi seperti gandum, barli, kurma dan garam. Komoditi ini mempunyai ciri-ciri seperti digunakan sebagai makanan dan mempunyai jangka hayat.

2. Wang dalam islam mempunyai nilai intrinsik. Nilai intrinsik bermakna wang itu sendiri mempunyai nilai pada dirinya. Emas, perak dan barang komoditi yang mempunyai jangka hayat, kesemuanya mempunyai satu persamaan, iaitu mempunyai nilai intrinsik.

3.Wang merupakan ciptaan Allah. Penjelasannya ialah objek2 yang mempunyai nilai intrinsik yang melayakkannya menjadi wang juga merupakan objek material yang diciptakan oleh Allah dan sebagai penjelmaan kepada sifat Allah yang maha kaya. Emas, perak dan bahan komoditi tidak boleh dicetak seperti wang kertas, kerana ianya adalah kurniaan rezeki daripadaNya.



            Sebagai penutup kepada ciri-ciri wang dalam islam, saya sertakan satu ayat al-Quran bagi menunjukkan bahawan emas dan perak yang digunakan sebagai wang, mempunyai nilai intrinsik, dan diiktiraf dalam al-Quran itu sendiri sebagai mempunyai nilai, serta perlu dibelanjakan dan diuruskan agar sesuai dengan syariat islam.




Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Surah at-Taubah 9 : ayat 34).



            Begitulah sedikit penerangan tentang wang dalam perspektif islam.Manakala wang fiat pula merupakan wang yang diterima dalam sesuatu kerajaan sebagai, legal tender, iaitu wang yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai wang yang sah untuk digunakan dalam urusan jual beli. Wang fiat tidak disandarkan dengan komoditi fizikal. Nilai wang fiat pula bergantung kepada permintaan dan bekalan wang tersebut. Dengan kata lain, nilai wang tersebut tidak bergantung kepada material yang digunakan untuk menghasilkan wang tersebut. Wang fiat bergantung kepada keyakinan pengguna terhadap wang tersebut.

            Berbeza dengan emas dan perak yang mempunyai nilai intrinsik, iaitu nilai wang tersebut bergantung kepada wang tersebut. Kalau kita lihat sejarah secara umum, dapat kita ketahui bahawa wang pada kebiasaannya disandarkan kepada komoditi fizikal seperti wang dan emas. Mata wang juga pernah disandarkan kepada minyak, yang dipanggil sebagai petrodollar. Beza ketara dengan wang fiat ialah wang fiat hanya berdasarkan KEPERCAYAAN atau KEYAKINAN. Sekiranya pengguna hilang kepercayaan terhadap mata wang tersebut, maka mereka tidak akan menggunakan mata wang tersebut. Hasilnya nilai wang tersebut akan susut.  Fiat merupaka perkataan daripada bahasa latin yang membawa maksud ia akan jadi atau it shall be.


            Dengan hanya spekulasi, atau khabar berita tentang korupsi sesuatu negara, atau pun sesebuah negara itu dilihat sebagai tidak aman, maka berita-berita sebegini dapat menjatuhkan nilai mata wang sesebuah negara. Dalam bahasa mudah, dalam sistem wang fiat, nilai wang itu boleh hilang daripada wang tersebut apabila pengguna berasa tidak yakin dan percaya pada kestabilan wang itu. Apabila nilai wang itu jatuh, maka pada pandangan pengguna, kita akan lihatnya sebagai harga barang meningkat. Sebenarnya, pada hakikatnya, bukanlah harga barang yang meingkat namun, nilai mata wang yang turun.

            Kita dapat yakin dengan pasti, apabila kita daripada Malaysia, melancong ke negara yang mempunyai nilai mata wang rendah berbanding negara kita, contohnya Indonesia. Dengan membawa sejumlah wang kita, dan ditukarkan kepada mata wang rasmi negara indonesia, kita dapat rasakan bahawa kita seolah-olah menjadi kaya dan dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti hotel, pusat peranginan, restoran dan pengangkutan dengan harga yang amat murah jika dibandingkan dengan nilai wang kita. Sebaliknya jika kita pergi ke negara yang mempunyai nilai mata wang yang lebih tinggi berbanding nilai mata wang negara kita, contohnya Australia, kita akan berasakan bahawa barang-barang di sana agak mahal. Sekali lagi harus diingatkan, bahawa bukanlah harga barang yang naik, tetapi nilai wang yang turun.

            Inilah perbezaan ketara antara wang daai perspektif islam, yang mempunyai nilai intrinsik, dengan wang fiat yang tidak mempunyai sebarang nilai padanya, yang hanya nilaunya bergantung kepada kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadapnuya. Bagi wang yang mempunyai nilai intrinsik seperti emas dan perak, atau juga dipanggil dinar dan dirham, walaupun nilainya juga ada naik turun, tetapi wang itu sendiri secara fizikalnya bernilai, dan nilai itu tersimpan dalam wang itu sendiri.

           
           

            Saya berikan satu contoh. Ada dua orang manusia yang ingin menyimpan hartanya dalam peti keselamatan selama 10 tahun. Keduanya ingin menyimpan harta yang bernilai Rm 10 ribu.  Manusia A menyimpannya hartanya yang bernilai Rm 10 dalam bentuk wang kertas dalam peti keselamatannya. Manusia B menyimpan hartanya yang bernilai Rm 10 ribu dalam bentuk kepingan emas dan perak. Setelah 10 tahun berlalu, siapakah yang dapat memegang dan menyimpan nilai itu dengan selamat? Jawapannya ialah Manusia B. Hal ini disebabkan nilai wang kertas akan semakin susut dan terdapat kemungkinan bahawa nilai wang fiat itu sendiri sudah tidak digunakan lagi 10 tahun kemudian dan digantikan dengan mata wang baru. Walau bagaimanpun, emas dan perak tetapi bernilai 10 tahun kemudian. Bahkan emas dan perak akan tetap bernilai selama-lamanya.



3.0 APLIKASI DINAR EMAS BAGI MENJAMIN KESTABILAN MATA WANG

3.1 Menyandarkan Mata Wang dengan Emas.

            Pertama ialah menyandarkan wang kertas pada emas. Ini sudah tentu bertentangan wang fiat. Apabila wang kertas disandarkan pada emas, maka bank tidak lagi dapat mencetak wang sewenang-wenangnya dan tidak dapat mencipta lebih banyak hutang. Dengan menggunakan kaedah sandaran pada emas ini, wang kertas akan berfungsi seperti cek. Dan kita dapat menukarkannya semula dengan emas pada bila-bila masa. Nilai wang juga akan terpelihara. Katakanlah sebagai contoh, ada spekulasi yang berlaku untuk menghilangkan kepercayaan terhadap mata wang ini, nilai mata wang ini tidak akan jatuh seperti wang fiat, kerana nilai wang kertas yang disandar pada emas, adalah tersimpan dalam emas itu sendiri, bukan bergantung kepada kepercayaan atau keyakinan orang terhadapnya seperti wang fiat yang kini digunakan.

3.2 Kerajaan Memiliki Simpanan Emas.

            Sesebuah kerajaan yang memiliki simpanan emas yang banyak, akan dapat menyelamatkan negaranya yang dilanda krisis, iaitu dengan menggunakan simpanan emas yang ada untuk menstabilkan mata wang. Antara caranya ialah dengan membayar hutang negara pada ketika nilai emas melonjak naik. Jual beli emas yang dilakukan dengan bijak oleh kerajaan akan dapat menstabilkan nilai mata wang negara dan meningkatkan lagi simpanan emas negara yang akan digunakan bagi membangunkan ekonomi negara selain dari sebagai persediaan bagi menghadapi krisis ekonomi dunia yang bole melanda pada bila-bila masa dalam sistem wang fiat pada masa kini.
           



3.3 Menggunakan Dinar Emas dalam Ekonomi Mikro.

            Kita boleh menstabilkan mata wang negara dengan cara kita sering berurus niaga dalam urusan jual beli emas. Walaupun emas tidak diiktiraf sebagai wang oleh kerajaan sebagai legal tender, namun emas tetap mempunyai nilainya. Ianya boleh digunakan dalam urusan perkahwinan sebagai mas kahwin, dan juga kerjasama dengan kedai-kedai dan syarikat-syarikat boleh dilakukan iaitu bagi urusan mendapatkan perkhidmatan atau jual beli barangan tertentu, dinar emas boleh digunakan sebagai alternatif kepada wang fiat. Selain dari memberi pendedahan kepada masyarakat tentang penggunaan dinar emas sebagai wang, aktiviti penggunaan wang fiat yang dikaitkan dengan jual beli emas akan menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan pengguna terhadap nilai wang fiat rasmi sesuatu negara. Secara keseluruhannya, mata wang fiat ringgit akan semakin stabil.
           

           
3.4 Menyimpan Nilai Wang dalam Dinar Emas.

            Seterusnya ialah menyimpan wang yang kita ada dalam bentuk emas. Katakanlah kita mempunyai wang simpanan sebanyak Rm 20 ribu, kita gunakannya untuk membeli emas, dan simpan. Apabila wang fiat negara kita mengalami kejatuhan, kita dapat menggunakan dinar emas untuk ditukar kembali kepada wang fiat. Sekiranya ini berlaku dalam skala besar di negara kita, iaitu penukaran dinar emas kepada wang fiat ketika nilai mata wang negara kita susut, ia akan memberikan mata wang negara kita kestabilan dan mengembalikan kepercayaan dan keyakinan terhadap mata wang negara kita.




4.0 CABARAN PENGGUNAAN DINAR SEBAGAI MATA WANG DI MALAYSIA

4.1  Jual Beli secara Atas Talian(Online).
           
            Hari ini, urusan jual beli secara atas talian merupakan suatu perkara biasa. Membeli buku, kenderaan, pakaian dan pelbagai macam perkhidmatan dan kemudahan. Maka sekiranya kita menggunakan dinar emas sebagai mata wang, maka bagaimana harus kita sesuaikan ia dengan penggunaan sistem jual beli secara atas talian yang berlaku secara antarabangsa? Kita dapat lihat bahawa, urusniaga membeli barangan daripada luar negara merupakan perkara yang amat mudah pada hari ini. Kita hanya perlu pindahkan wang secara atas talian, dan barangan akan diposkan kepada kita.

            Jadi persoalannya bagaimana dengan adanya sistem jua beli atas talian, kita hendak harmonikan dengan dinar emas agar kita tidak dilihat sebagai gagal memberikan alternatif kepada perkembangan semasa dan sistem muamalat islam akan dilihat sebagai menyusahkan, serta tidak mampu menghadapai cabaran semasa? Ajaran islam bersifat universal maka sudah tentu sistem mualamatnya juga begitu. Maka, perlulah pakar ekonomi islam memikirkannya. Sekiranya masalah ini tak dapat diselesaikan maka penggunaan dinar emas sebagai mata wang adalah mustahil di negara ini.






4.2 Kepercayaan dan Keyakinan Terhadap Wang Fiat

            Penukaran mata wang merupakan perkara yang besar, apa lagi perubahan daripada penggunaan wang fiat kepada wang yang mempunyai nilai intrinsik. Umumnya kita sudah biasa munggunakan wang fiat, maka kita lihat wang fiat sebagai lebih mudah diterima oleh semua orang dan merupakan sistem terbaik pada masa kini bagi mereka. Ada juga yang mengatakan sekiranya menggunakan dinar emas, maka dompet juga akan berubah menjadi karung seperti zaman lampau. Maka emas itu berat untuk dibawa ke mana-mana dan menyusahkan. Oleh itu wang fiat masih lagi merupakan jawapan yang terbaik baik mereka. Ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.



4.3 Halangan daripada Bank.

            Bank tidak menerima emas sebagai wang. Maka menyimpan emas di bank tidak dikiran sebagai menyimpan wang. Maka selagi dinar emas tidak diiktiraf sebagai wang oleh pihak bank, iaitu pihak yang menguruskan wang di seluruh dunia, maka selagi itulah wang  dinar emas tidak akan diiktiraf  sebagai mata wang secara global, apa lagi di Malaysia. Maka pengiktirafan dinar emas sebagai wang perlulah diperolehi daripada institusi yang menguruskan wang, terutamanya perbankan islam. Pada masa kini, saya tidak lagi nampak ada bank yang mengiktiraf dinar emas sebagai mata wang. Mereka masih berpegang teguh kepada wang fiat sebagai wang yang sah.



4. Penggunaan YangTerhad

            Dalam penggunaan harian, masyarakat pastinya akan tertanya-tanya cara menggunakannya dan had penggunaannya. Kalau pun ada individu yang mempunyai dinar emas, maka bagaimana mereka ingin menggunakannya untuk membeli ayam, atau membeli belah di pasaraya? Seterusnya ialah dalam meneruskan kelangsungan hidup, kita perlu mendapatkan pelbagai keperluan dan menyelesaikan pelbagai hutang. Sekiranya perkhidmatan untuk berurus niaga dalam bentuk wang dinar emas tidak disediakan secara meluas, selagi itu masyarakat tidak dapat mula menggunakannya. Dan penggunaannya akan menjadi terhad. Tambahan pula, siapa dan berapa dalam kalangan masyarakat di negara kita yang mampu mempunyai dinar emas? Apa lagi ingin menggunakannya untuk urusan jual beli. Harga emas yang begitu mahal, membuatkan ramai yang tidak mampu mendapatkannya. Mendapatkan emas pun kaum muslimin rata-ratanya masih tidak berkemampuan, maka bagaimana ingin menggunakannya? Kalau saya ringkaskan, nak mempunyai wang fiat untuk memiliki wang dinar emas pun tak mampu, maka bagaimana nak guna dinar emas sebagai mata wang untuk menggantikannya? Dan bagaimana pula dengan cara pembayaran gaji penjawat awam dan swasta serta pekerja dometik? Bagaimana ingin selesaikan pertembungan wang fiat dengan wang dinar emas? Ini merupakan satu hal rumit yang di luar pengetahuan saya, dan  saya fikir, masih belum ada alternatif yang baik bagi menyelesaikannya.  



5.0 KESIMPULAN

            Dalam kehidupan seharian, sememangnya kita tidak dapat lari dari urusan jual beli dan pertukaran barangan bagi mendapatkan apa yang kita hendak dan apa yang kita perlu. Maka itulah antara tujuan sistem wang ini wujud. Sistem wang digunakan bagi urusan jual beli. Sepanjang sejarah manusia, kita menggunakan emas dan perak sebagai wang dan juga apabila berlaku kekurangan emas dan perak dalam pasaran, komoditi yang mempunyai jangka hayat akan digunakan bagi menggantikan emas dan perak. Perbezaan jelas dalam sistem wang dari perspektif islam dapat diihat dengan jelas jika kita bandingkannya dengan sistem wang fiat.

            Sebelum wang fiat diperkenal oleh kuasa barat, umat islam menerima dan menggunakannya sebagai wang. Hasil daripada mereka mencetak terlalu banyak wang kertas, dan mereka gagal  untuk menukarkannya semula kepada emas apabila dituntut, maka mereka telah menolak sistem wang yang disandarkan pada emas dan mula menggunakan wang fiat. Nilai wang fiat akan jatuh apabila pengguna hilang kepercayaan terhadapnya dan nilai akan naik apabila bertambah kepercayaan terhadap wang tersebut. Wang fiat itu sendiri tidak mempunyai nilai. Maka wang kertas gagal memegang nilai secara tetap, manakala dinar emas, sentiasa berjaya memegang nilai. Dan dinar emas akan sentiasa bernilai.

            Terdapat pelbagai cabaran dan cabaran yang paling besar ialah cabaran ilmu. Masyarakat perlu diberi ilmu pengetahuan tentang asal usul wang dan penggunaannya sepanjang sejarah tamadun manusia. Mereka juga perlu tahu sedikit sebanyak tentang krisis kewangan, kelahiran sistem wang fiat, dan yang paling utama ialah, mereka perlu tahu dengan pasti, tentang hujah-hujah mengapa dinar emas adalah sistem mata wang terbaik bahkan ianya jauh mengatasi sistem wang fiat. Sebagaimana kata hikmah dari ilmuan iaitu, ”faham dahulu amal boleh menyusul”. Mereka perlulah dididik tentang sistem matawang dinar emas ini dengan baik terlebih dahulu.




RUJUKAN / REFERENSI

1. Imran Nazar Hossein.(2007). The Gold Dinar and Silver Dirham  Islam and The Future of Money. San Fernando : Majis Jami’ah.
2. Imran Nazar Hossein.(1997). The Prohibition of Riba in The Quran & Sunnah. New York : Masjid Darul Qur’an.
3. Investopedia.(2016). Fiat Money. Dimuat turun pada 10 Julai 2016 daripada
4.Financial Times.(n.d). Definition of Fiat Money. Dimuat turun pada 10 Julai 2016 daripada http://lexicon.ft.com/Term?term=fiat-money
5. Jack, S.(2012). Gold vs. Paper Money : Which Should We Trust More. Dimuat turun pada 11 Julai 2016 daripada http://www.bbc.com/news/business-18644230
6. Lewis, N.(n.d). Gold is Stable Money. Dimuat turun pada 11 Julai 2016 daripada