Ditulis oleh : Mohd Arif Syafiq bin Muhammad Ridhwan Pang
28.2.2016

Apa itu adab? Adab itu tindakan yang betul. Adab itu juga bertindak selaras dengan keadilan.

Jadi, nak buat tindakan yang betul, seseorang itu kenalah tahu apa itu tindakan yang betul dan tindakan yang salah, lalu memilih untuk melakukan tindakan yang betul, Bila sebut tentang tahu, ia bersangkut-paut dengan ilmu yang membolehkannya tahu tempat yang betul bagi segala perkara. Ilmu itu dinamakan sebagai ilmu hikmah. Hikmah atau pun kebijaksanaan adalah suatu ilmu yang memberi tahu kepada kita,tempat yang benar dan betul bagi segala perkara.

Seterusnya, berbalik kepada tindakan yang betul. Kalau nak hasil tindakan tu adalah tindakan yang betul, seseorang itu perlulah cara berfikirnya betul terlebih dahulu. Bagaimana cara seseorang itu berfikir,menilai,membuat keputusan. Cara seseorang itu berfikir, adalah berdasarkan daripada cara seseorant itu melihat realiti dan kebenaran.

Kalau dia anggap hanya dunia ini saja yang benar dan realiti baginya, tiada lagi dunia sesudah mati, serta kalau ada pun,Tuhan pun tidak masuk campur dalam urusan hidupnya, tindakannya yang dianggap betul olehnya sudah tentu berbeza, Mungkin baginya segala tindakan yang membolehkannya mendapat nikmat di dunia atau tindakan yang membolehkan namanya diabadikan sebagai nama masyur itu dianggap tindakan yang betul. Atau melakukan apa saja cara untuk mencapat kebahagiaannya di dunia semata-mata yang mana kebahagiaan itu adalah berdasarkan nikmat yang bersifat fizikal.

Kalau dia percaya Tuhan sentiasa memerhatikan kelakuannya, dan setiap tindakannya ada pembalasannya, dan ini tertanam kemas dalam cara dia melihat realiti dan kebenaran, maka tindakan-tindakannya juga adalah bagi memastikan selari dengan kehendak Tuhannya, agar mendapat balasan yang baik. Lebih-lebih lagi kalau dia sedar dan insaf bahawa kewujudannya ke dunia ini juga merupaka suatu hutang yang perlu dia bayar. Dan bayarannya ialah dengan beriman serta berkelakuan sesuai dengan kehendakNya dengan rela hasil dari sedar kedudukan dirinya. Serta dia juga tahu bahawa tanpa membalas budi tersebut, dia sedar bahawa yang rugi adalah dirinya sendiri jua. Hal ini disebabkan, perbuatannya sama ada membalas budi ataupun tidak, tetap akan dinilai olehNya dan akan diberi balasan yang setimpal dengan perbuatan individu tersebut.

Hasil dari faham ini, sudah tentu dia akan bersungguh-sungguh memperbaiki amalannya agar mendapat nasib akhir yang baik, dan berusaha untuk mengenal dirinya sendiri agar dapat berkelakuan sesuai dengan fitrahnya, serta berusaha memenuhi tujuannya diciptakan.

Oleh itu pentingnya kita tahu pandang alam yang betul. Mesti tahu pandang alam islam dan bezanya dengan barat. Mesti tahu cara islam melihat realiti dan kebenaran serta bezanya dengan cara barat melihat realiti dan kebenaran.

Jadi, jika kita beradab kepada sesuatu, maka hasilnya ialah sesuatu itu berada pada tempatnya yang benar dan betul. Keadaan itulah yang dipanggil sebagai adil. Adil ialah suatu keadaan, perkara itu berada pada tempatnya yang betul.

Akhir kata, kita mestilah berusaha memahami kata kunci - kata kunci yang memancarkan pandang alam islam dengan betul. Disilang perlunya defisini yang betul bagi kata kunci tersebut, agar kita tidak keliru.

Harus juga diingatkan bahawa dalam mendefinisi, janganlah pula disindir dengan setiap benda pun nak tanya definisi. Yang perlu pendefinisan yang betul dan diberi perhatian penting ialah kata kunci yang dapat menjelmakan konsep-konsep penting yang akhirnya memancarkan pandangan islam dalam diri kita.

Encik Asham juga pernah berkata dalam status facebooknya iaitu, takkanlah berus gigi pun perlu nak tanya definisi juga. Lainlah kalau orang dah tak dapat bezakan berus gigi dan berus jamban. Ada perkara-perkara yang kita gunakan 'common sense' sudah dapat dan faham. Dan ada juga yang memerlukan penjelasan dan huraian yang terperinci.

Semoga Allah menambahkan ilmu dan rezekikan kefahaman kepada kita semua. Amiin.

Islamisasi al-Attas merupakan islamisasi ilmu. Hal ini kerana , ilmu itu telah rosak. Ilmu sebenarnya tidak neutral dan boleh dimasukkan faham2 tertentu.

Bagaimana faham tertentu dimasukkan?Caranya ialah dengan mengubah makna perkataan2 tertentu.

Contohnya ialah agama. Jika barat menyebut agama, cara mereka faham ialah agama itu sama ada rekaan,atau tahyul, atau , rekaan para failasuf yang bijaksana. Bila kita umat islam sebut agama islam, ia membawa maksud agama yang di tanzil kan. Namun barat menafikannya kerana mereka melihat islam,seperti mereka melihat agama mereka.Iaitu rekaan semata2.

Contoh kedua ialah kebebasan. Bila barat sebut kebebasan, bagi mereka ialah membebaskan diri dari belenggu agama,kerana bagi mereka agama itu membelenggu mereka daripada bebas. Bila islam sebut bebas, kita bermaksud kebebasan untuk melakukan perkara baik.Bebas untuk memilih yang baik antara dua pilihan yang ada. Bebas dari gangguan nafsu rendah yang menghalang kita dari membuat pilihan yang baik. Apabila diri akali menaklukkan diri haiwani, dan diri haiwani itu tunduk patuh kepada diri akali, maka individu itu sudah berada dalam keadaan bebas.

Contoh ketiga ialah baik. Baik itu apa? Siapa yang tentukan apa itu baik? Bagi barat, man is the measure of all things, jadi bila manusia barat cakap sesuatu perkara itu baik, maka baiklah. Kalau kahwin sesama jantina dapat dilihat sebagai baik, maka baiklah. Bila kita umat islam sebut baik, kita ada contoh2 akhlak yang baik dari nabi kita Muhammad s.a.w, dan kisah para nabi serta balasan yang menimpa kaum yang ingkar dan membuat kejahatan.Kita rujuk pada al-Quran dan sunnah. Kalau kita tengok kisah kaum tertentu yang dibinasakan akibat perbuatan hubungan sesama jenis, kita tahu bahawa ianya perbuatan yang dimurkai. Bila sebut baik dan buruk, kita juga sebut tentang dosa dan pahala, halal,haram.

Kata2 kunci lain ialah tuhan,akhlak etika,moral,hak,kebenaran,ilmu, manusia, kemajuan, nasib , hidup, mati, kebahagiaan, kepercayaan, iman dan sebagainya.

Ringkasnya, islamisasi al-Attas itu ialah islamisasi ilmu pengetahuan. Ilmu itu tempatnya di jiwa. Dan yang diislamisasikan itu bukanlah kereta atau bangunan, tetapi diri manusia. Maka diri manusia lah yang di islamisasikan. Faham manusia. Cara manusia melihat dunia. Cara manusia melihat realiti dan kebenaran. Cara melihat realiti dan kebenaran ini juga dipanggil pandang alam. Atau dalam bahasa inggeris di panggil worldview.

Bila kita cakap tentang realiti dan kebenaran, ianya bersifat metafizik. Sebabnya ialah masalah umat islam pada hari ini ialah bersifa metafizik. Maka nak jelaskan semua ni, nak jelaskan apa masalahnya,apa yang betulnya, perlulah dijelaskan dengan bahasa. Maka sekiranya kalimah2 dalam bahasa itu sudah dirosakkan maknanya, maka perlulah diberi takrif dan definisi yang betul terlebih dahulu.Lepas dah tahu dan faham definisi yang betul barulah kita dapat pergi dengan lebih terperinci.

Akhir kata, perlulah bersabar dalam menuntut ilmu, dan jangan terburu-buru. Semoga Allah tambahkan ilmu dan rezekikan kefahaman pada kita semua. Amiin!


“I died as mineral and became a plant,
I died as plant and rose to animal,
I died as animal and I was human,

Why should I fear? When was I less by dying?
Yet once more I shall die human,

To soar with angels blessed above.
And when I sacrifice my angel soul
I shall become what no mind ever conceived.

As a human, I will die once more,
Reborn, I will with the angels soar.
And when I let my angel body go,
I shall be more than mortal mind can know.”

-Rumi-

note : those who attend Saturday Night Lecture on 20.2.2016 will be able to explain this clearly.

The word 'I' refer to the soul. The soul have the mineral,plant, and animal qualities. That's why when the merging of the soul and body occurs, and as the result we become human, then as humans, we have these qualities. We can grow like plants, and reach an old age,wither and dies. And we can move like animals. The minerals, is the composition of our physical bodies.

Man is both soul and body. It's like sponge and water. The water absorb sponge. It somehow become one. And both the properties of water and sponge remain. And the water can come out, in a sense, detachable.

But as the merging of body and soul to become human occurs, we forgets. We forget the day of the covenant. (surah 7 : verse 172).

That's why we need to seek knowledge. So we might know our self and our ultimate destiny. That is the purpose of seeking knowledge, and makes our effort in seeking and gaining knowledge and understanding, meaningful.

May Allah increase in us, our knowledge and understanding!

Pada 20 Februari 2016...kami dari Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan telah melawat Datuk Jaafar Abdul Rahim. Ini merupakan kali kedua saya melawat beliau bersama-sama rombongan PPiK yang diketuai oleh saudara Ahmad Afif.

Banyak perkara yang bermanfaat, dikongsi oleh Uncle Jaafar sepanjang pertemuan kira-kira selama dua jam, yang bertujuan menuntut pelbagai petua dan nasihat dalam perjalanan kami sebagai penuntut ilmu.

Umumnya kita mendengar tentang pemikiran konvergen dan divergen.Yang menariknya,beliau menceritakan idea-idea beliau tentang 'synvergen thinking' iaitu, ideanya adalah gabungan antara pemikiran kreatif dan pemikiran logik. Ada yang berfikiran logik tetapi tak kreatif. Ada yang berfikiran kreatif tapi tak logik.Maka, pemikiran synvergen ini bertujuan agar si pemikir dapat menyelesaikan pelbagai masalah-masalah yang dihadapi secara kreatif dan logik.

Seterusnya beliau menceritakan pula tentang pemikiran lompatan kuantum. Bagi menjelaskan idea kasar tentang pemikiran lompatan kuantum, beliau menggunakan contoh seekor katak yang melompat. Katak yang melompat, jika benar2 diperhatikan mempunyai corak tertentu. Maka pemikiran lompatan kuantum mempunyai corak-corak tertentu dan kaedah-kaedah tertentu yang menurut beliau ada modul-modul oleh beliau yang dapat membantu bagi melatih kita agar berfikir secara lompatan kuantum.

Beliau juga menyebut secara ringkas tentang ilmu mantik. Beliau menegaskan bahawa, mereka yang tidak mempelajari ilmu mantik, tutur bicaranya tentang hal-hal ilmu, adalah diragui.

Perbicaraan oleh beliau diteruskan lagi dengan membuka tentang Lateral Thinking oleh Edward De Bono. Kisah-kisah perjalanan beliau menuntut ilmu dengan Edward De Bono diceritakan dengan penuh bersemangat. Idea-idea umum tentang Six Thinking Hats oleh Edward De Bono juga diterangkan oleh beliau dan kepentingan karya ini.

Semasa kami asyik mendengar kupasan2 Uncle tentang soal2 keilmuan, falsafah, pemikiran, saudara Ahmad Afif menunjukkan kepada Uncle buku How to Read a Book/Bagaimana Membaca Buku oleh Mortimer J. Adler. Uncle mengatakan bahawa buku ini merupakan antara bahan bacaan yang menjadi prioriti bagi beliau. Namun, tambah beliau, buku How to Read Book kini agak ketinggalan dan beliau mencadangkan buku yang sewajarnya dibaca bagi membantu kita dalam soal-soal membaca buku dengan baik.

Uncle meneruskan tutur bicaranya dengan menerangkan usaha beliau kini iaitu sedang merangka konsep pemikiran yang jauh lebih unggul dan menjangkaui pemikiran lateral Edward De Bono.

Uncle berpesan berkali-kali bahawa,sebelum bertemu tokoh dalam bidang tertentu, kita harus mempersiapkan diri kita.Begitulah juga amalan uncle dalam perjalananannya menuntut ilmu.Kebiasaannya, Uncle Jaafar akan mempersiapkan diri dengan membaca karya2 tokoh tersebut sebelum bertemu dengan mereka.

Beliau menceritakan saat pertemuan beliau dengan beberapa tokoh seperti Prof.Martin Lings, dan mencadangkan agar kami menekuni karya Professor tersebut yang bertajuk Muhammad : His Life Based On The Earliest Sources., dan Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas. Saya teringat pesan beliau pada pertemuan yang lampau agar kami dapatkan dan tekuni karya al-Attas yang bertajuk Meaning and Experience of Happiness in Islam.

Akhir kata beliau berpesan agar kita terus berusaha menuntut ilmu, dan jangan hanya berharap kepada kelas-kelas pengajian semata-mata. Itu tidak mencukupi. Sentiasa membaca buku, kunjungi kedai buku, peka dengan buku-buku terbaru dalam bidang-bidang yang kita tekuni serta jangan takut untuk membahaskan sesuatu idea.

Bagi kami, ianya suatu pengalaman yang amat berharga kerana berpeluang mendengar buah fikir beliau. Saya sarankan kepada ahli-ahliPembimbing Pelajar Islam Kelantan agar dapatkan 2 buah karya beliau yang bertajuk Dunia Pemikiran Jaafar Rahim ,dan Aksioma.

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik, jiwa yang aman, hidup yang bahagia, dipermudahkan segala urusan hidup kepada Uncle Jaafar. Amiin.
As muslims, we don't need to mind what the anthropologist are saying about the nature of man. They are trying to figure out the truth and reality of the nature of man by going to the past, and going further and further into the past, trying to find out the answer. And they sees human as physical being only. Being of flesh and blood. And with the theory of evolution in their mind, they sees human as homo sapien.

We as human being are not categorized into genus and species. We are a new and special creation. We are divided into tribes,races,and nation.

Our main difference from other creation is we have aql.

We are not animals. We are living being that speaks.

We have insan aspects and bashar aspects. And as human, we are the merging of these two aspects. We are not a mixture of these two.

When the word merging is being used, it demands an analogy for us, so that we might be able to understand it properly. Prof al-Attas use the analogy of the sponge and water to ease us in grasping the understanding.

The sponge can absorb water.The water does not mix as in becoming a mixture with the sponge. In other words, it merges.

And by pressing the sponge filled with water,the water comes out. So, it means that the soul is detachable from the body. When we sleep, our soul is detached and taken by Allah.When the soul returns to the body, we wake up.

Our body remains breathing when our soul/nafs natiqah is taken, first, its because we are still living and the soul is still coming back and also its also breathing because of the nafs ar ruh or its also called the vital spirit. It is the spirit of the physical body, the nafs al hawaniyah. Remember that we are a being that have dual nature.

The physical aspect/bashariyyah and the spiritual aspect.

And as a new and special creation, we must know that after the merging occur, we lost some of the quality of the nafs an natiqah. And thats why we need to purify our self. We need to purify our heart.

Ruh,Nafs,Aql,Qalb. They are the 4 different aspect of the one same reality of a soul of every man.
And to really know the reality and nature of man, the answer will never be found out if we are finding the answer based on the physical aspect of human only.

Because our real self is our soul. And for any one that wants to know and understand the nature of man, must go to the revelation. The answer is there.

But,it requires great understanding to able to figure it out and understanding it properly.Therefore, we must refer to the great scholar that manage to grasp the truth and reality about this, and explains to us in his works and his words(Saturday Night Lecture, so that we might benefits ourself in understanding ourself better and deeper.

When we know ours self,we will know our place.When we put our self in the proper place, we are doing justice to our self. And when our kingdom of self is in the condition of justice, then we are able put other things in the proper places.

In short, read Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas works.

May Allah increase knowledge and understanding in all of us.
As a teacher who teaches authentic knowledge, they give priority to adab first. Adab first, then knowledge. Some people have knowledge,but have no Adab. Adab is also knowledge,but you can't get this Adab by just going into universities, especially for example ,when universties itself manifests the condition that is called the loss of adab.

The source of adab is from the teachings of the prophets. And that's the main reason the prophet was sent down. For us to know adab. Adab in simple sense means right action. As a human being created by Him, what is the right action to do? Of course,simply put, lives according to the guidance the He gives us. Live and fulfill to reason that we are created. Lives according to our fitrah.

Adab means education. If we just teaches knowledge to our student, its not qualifies to be called as a process of education. Its only can be called teaching. Still not qualified to call it as educating.

For a process of teaching to be adequately called education, must have adab. Must teaches the right way to use the knowledge and how that knowledge benefits the learner in knowing himself/herself as a person and knowing things related to that person and as the results, bringing the learner closer to the Creator, as that knowledge leads the learner to the Truth.

When the learner knows him/herself, he will surely know his Lord. And by knowing his/her place, recognize and properly acknowledge his/her place, he will willingly submits to to his/her God, and follows His command willingly, leading him in the process to become a good person. A person of adab. Insan Adabi.

May Allah increace knowledge and understanding in all of us!
         
             Saya tertarik dengan kata-kata yang diucapkan oleh beberapa kenalan seperti, "Jangan tunjuk sangat bahagia tu, ada orang yang tak bahagia rasa macam mana?", "Berpada-padalah nanti ada orang tak senang tengok kebahagiaan tu".

             Saya fikir ada yang menggunakan kata-kata seperti untuk sebagai nasihat yang berkias iaitu bermaksud agar si pendengar menjaga tingkah laku mereka. Namun terma kebahagiaan itu saya rasa dapat dan perlu dijelaskan dengan lebih terperinci lagi.

            Persoalan berkisar tentang kebahagiaan itu sering menjadi topik yang utama dalam kehidupan manusia. Ada yang berbincang tentang makna kebahagiaan, apakah kita mungkin mencapai kebahagiaan di dunia ini, atau apakah ciri-ciri yang membolehkan seseorang itu dikatakan sebagai seseorang yang merasai nikmat kebahagiaan itu. Atau ada juga yang beranggapan apabila seseorang sudah mati, barulah dapat diketahui adakah seseorang itu hidup bahagia.

          Saya tertarik dengan ulasan Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas tentang makna kebahagiaan dan pengalamannya. Bagi beliau untuk tahu apa itu bahagia, beliau membuka bicara dengan membawa kita kepada lawan bagi terma bahagia, iaitu sengsara. Jika difikirkan tentang apa itu kesengsaraan, maka beransur2 ia akan membawa kepada suatu keadaan dalam diri kita. Ia bukan lagi sesuatu yang bersifat material semata-mata, bahkan ianya suatu keadaan yang bersifat spiritual dan dirasai oleh jiwa seseorang. Dan keraguan, menurut beliau adalah bentuk kesengsaraan yang tertinggi. Seseorang tidak akan mencapai kebahagiaan selagi hidupnya penuh dengan keraguan.

          Persoalan2 keraguan yang bermain di jiwa seseorang yang seperti apakah itu mati? apakah yang berlaku sesudah mati? wujudkah hidup sesudah mati? dari mana asal diri sendiri? apa tujuan berada di dunia ini? bagaimana cara untuk hidup di dunia ini? Maka persoalan2 ini berkait dengan nasib seseorang, dan bagi yang hidup, pasti akan merasai mati. Maka berfikir tentang perkara2 sebegini membawa kepada persoalan yang besar iaitu tentang nasib akhir diri yang berfikir itu.

         Jadi, menurut beliau, kebahagiaan dapat dicapai apabila keraguan dibuang dari diri kita. Keraguan itu dibuang apabila keyakinan itu bertempat dalam jiwa kita. Keyakinan tentang nasib akhir kita dan cara-cara untuk memperoleh nasib yang lebih baik berdasarkan cara kita berkelakuan serta niat dalam diri kita yang membawa kepada proses berfikir yang akan membawa kita kepada membuat keputusan dan mengambil tindakan dalam melakukan sesuatu perkara.

       Betul pernyataan bahawa mempunyai harta membuat hidup lebih senang, bila makan, rasa kenyang, kita bahagia, mempunyai perkara2 yang bersifat material yang memudahkan kita serta memberi kelazatan kepada diri juga adalah antara bentuk2 nikmat kebahagiaan. Namun kebahagiaan tidaklah terhad hanya kepada perkara2 yang bersifat badani sahaja.

      Terdapat kebahagiaan yang lebih tinggi, yang bukan perkara2 seperti ini. Dan kebahagiaan yang tinggi ini bersifat kekal. Ianya dapat dicapai apabila keyakinan kita tentang nasib akhir kita itu diketahui. Serta melalui jalan-jalannya dengan penuh rela,insaf serta sedar kedudukan diri, sedar tujuan diri diciptakan, lalu berkelakuan seseuai dengan tujuan diri itu diciptakan.

     Di sinilah perlunya ilmu, dan harus sentiasa berdoa agar diberi ilmu2 yang bermanfaat,iaitu ilmu yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Haruslah kita berusaha menuntut ilmu2 yang berguna bagi diri kita untuk mencapai kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat, serta termasuk ilmu2 yang membantu kita agar mempunyai kehidupan yang lebih baik di dunia ini.