Sebagai seorang intelektual,kita harus sedar bahawa kapasiti untuk memahami adalah berbeza bagi setiap orang.

Terutamanya bila kita melakukan perbincangan terbuka,mereka tidak berhenti untuk mendengar penjelasan kita.Sebaliknya mereka menjelaskan untuk kita mengapa kita berbuat begitu dan jadi begitu.

Mereka membuat andaian dengan yakin bahawa inilah sebab-sebab kita melakukannya atau tidak melakukannya.

Walhal,kita berada di depan mata mereka.Apa salahnya berhenti seketika dan bertanya?Adakah mereka ingin mendengar penjelasan kita?Atau ingin memberi penjelasan mereka?

Inilah yang saya rasa,dialami oleh kebanyakan intelektual.Iaitu,pemikiran kita sukar difahami oleh orang yang hampir dengan kita.Namun kita harus belajar menerimanya dengan baik kerana,kapasiti untuk memahami sesuatu adalah berbeza bagi setiap orang.

Terlintas di fikiran saya suatu ayat atau pun mungkin kata hikmah.Saya kurang pasti sumbernya.Ianya ialah "Knowledge is a burden."

Diri kita terasa terbeban kerana penjelasan yang kita ingin buat,tak dapat dibuat.kerana ada situasi yang kita yakin bahawa jika dijelaskan pun,mereka tak faham,atau menolak untuk cuba memahami apa yang ingin disampaikan dengan berandaian bahawa mereka sudah faham walhal mereka tidak.

Apa yang saya rasa,perbezaan pandang alam antara kita,mungkin menyukarkan bagi kita untuk membolehkan apa yang kita sampaikan dapat difahami.

Teringat pada kata-kata Prof al-Attas,iaitu,"worldview exists in the mind of the learned".

Penulisan ini bolehlah saya katakan sebagai pemikiran saya yang tak seberapa.Kesilapan dalam menyampaikan dan menerangkan.Sudilah membetulkannya.Sekian.

MOHD ARIF SYAFIQ,Versatile Scholar.


Kerjasama pertama antara GPM dan Sekolah Massa.Bagi anak muda yang berminat untuk mempelajari ilmu fotografi bertemakan 'alam', dijemput sertai program ini.Akan diberi tunjuk ajar oleh jurugambar profesional dan berpengalaman.Insya-Allah, pengalaman yang menarik dan tak dapat dilupakan.Ayuh kita mengembara ke tembok fotografi yang memaknai renungan diri kepada kebesaran Ilahi.Jom!
ATTENTION TO PHOTOLOVERS!

GPM IS ORGANISING PHOTOPICNIC 2013.
THIS PUBLIC EVENT WILL BE EXPOSING YOU TO BASIC PHOTOGRAPHY TECHNIQUE.

DATE : 6 JULY 2013
TIME : 9 AM - 2 PM
LOCATION : KG. SUNGAI PISANG , GOMBAK , SELANGOR
THEME : NATURE

*SELF TRANSPORTATION
*BRING YOUR OWN CAMERA (ANY TYPE OF CAMERA)
*RM 20 FEE
*LUNCH AND CERTIFICATE ARE PROVIDED

::Pencarian Krew Media Sekolah Massa sempena projek Ramadhan::
Kami di pihak Sekolah Massa sedang mencari 10 orang anak muda yang berminat dan komited untuk menyertai pasukan media Sekolah Massa bagi melaksanakan satu projek pembikinan rancangan tv maya sempena bulan Ramadhan ini sebagai satu ruang untuk menyumbangkan keberdayaan anak muda dalam menggerakkan agenda dakwah dan pembinaan masyarakat di Malaysia.

Penyertaan dibuka sekarang dan akan ditutup selewat-lewatnya pada 23 Jun 2013 untuk memudahkan pihak koordinator melaksanakan bengkel latihan asas penggambaran kepada pasukan dan mesyuarat pelaksanaan gerak kerja secepat mungkin sebelum tibanya bulan Ramadhan.

Sesiapa yang berminat boleh sertakan nama dan nombor perhubungan di email pemikirzaman@gmail.com @ 013-2708265.
Selamat datang ke pasukan media Sekolah Massa

Kita sebagai umat islam perlu berlaku adil(justice).Apa itu adil? Suatu keadaan, perkara itu berada pada tempatnya yang betul.

Nak tahu tempat yang betul perlu, ada ilmu hikmah(wisdom).Ianya merupakan suatu ilmu yang memberitahu kita tempat yang betul,bagi segala perkara.

Yang paling mudah ialah "common sense".Bila ditanya di mana nak letak meja makan,Setiap dari kita sudah tahu dan ada idea,tempat yang sesuai dan betul untuk meletakkan meja makan.Takkan kita nak letak dalam tandas?Itu contoh bagi perkara mudah.

Bagi perkara kompleks dan rumit,kita memerlukan ilmu,barulah dengan ilmu itu,dapat kita tahu tempat yang betul bagi sesuatu.

Manusia adalah makhluk yang diciptakan cenderung untuk berlaku adil.Ini bermakna kita cenderung untuk meletakkan sesuatu itu pada tempatnya yang betul.Bila perkara itu berada pada tempatnya yang betul.Dan,"keadaan atau situasi perkara itu,berada pada tempatnya yang betul",kita panggil ianya "adil" atau justice.

[Berdasarkan pembacaan dari karya S.M.N al-Attas,sebarang kesilapan saya,sudikanlah diri anda membetulkannya.]




The are times when we feel tired when answering questions.Why?

Because we sometimes know they ask,not because they want to know.


They ask,because they want to start a conversation and perhaps,actually i think,it's an opening for them,because they have something to talk,or a closing,because they don't really have anything to talk.

Or perhaps when they are eating,they say "jemput makan".But they don't really want us to join.Just a figure of speech.

MOHD ARIF SYAFIQ
When i'm sitting in my room thinking,i remember someone said,not too long ago,said that, just saying is not enough.Or a certain person just dismiss what others say by saying,"sometimes it can just be said".

Did the person who says that really understand what others are saying?Did he/she just say that because he refuse to accept the suggestion?Or perhaps because he doesn't even understand what others are saying?


By saying "sometimes it can just be said",they don't literally mean "just sometimes".What they actually want to say is "what you are saying is ridiculous".

This attitude, are not fit as a scholar, that are in the path of seeking knowledge to find the truth.

As a scholar,when you say things like this,you should give your explanation,why you said that,or better,provide with a better solution.

That's the way,of how a scholar should gives respond.Giving response in a learned manner.


MOHD ARIF SYAFIQ


Debat adalah salah satu seni pengucapan yang penting untuk dikuasai.Kemahiran berdebat mampu membina dan menanam keyakinan diri kepada para pelajar serta melatih mereka dengan penguasaan isu semasa.Berdebat adalah suatu aktiviti yang melatih ketajaman akal untuk menguasai isu yang dibincangkan serta bersedia menerima hujahan balas pihak lawan yang tidak akan sama sekali bersetuju dengan pendirian yang dibawa.Debat melatih kita bersabar dan tetap dalam berpendirian.Memahami seni debat mampu membuatkan kita faham kepada banyak perkara yang berlaku di dalam dunia hasil komunikasi yang berlaku di antara dua entiti bernama manusia.

Poster Kelas Debat Sekolah Massa


Sebagai aktivis, kemahiran berdebat amat penting untuk dikuasai dalam memperjuangkan gagasan idea yang dibawa agar tidak mudah digugat ketetapan pendirian dalam perlawanan medan yang tidak mudah dijangka.Melalui latihan perdebatan juga, aktivis mampu dilatih untuk meningkatkan pengetahuan semasa dan cabang-cabang ilmu lain untuk memperkukuhkan hujah serta membina kerangka konsep perjuangan yang lebih kukuh.

Latihan perdebatan juga mampu membuka perspektif pelajar untuk memahami isu serta peristiwa penting dunia yang boleh direnungi daripada pelbagai sisi.Membuka aspek sisi pandang ini mampu memberi ruang kefahaman yang lebih luas dan mendalam kepada para aktivis dalam menghadami sesuatu isu sebelum melakukan timbang tara untuk menetapkan keputusan.Melalui perdebatan, aktivis didedahkan tentang penganalisaan isu secara lebih tuntas dan tidak bersifat permukaan.Lantas, mampu membantu aktivis-aktivis untuk menyantuni isu semasa yang timbul dalam lingkup yang lebih matang dan tepat.

Peserta Kelas Debat Sekolah Massa


Pada 2 Jun 2013, bersamaan hari Sabtu, Sekolah Massa telah menganjurkan satu program berkala yang dinamakan Kelas Debat untuk anak-anak muda yang berminat untuk mempelajari serta menerima pendedahan dalam dunia perdebatan sebagai kemahiran yang mampu mengasah keyakinan diri, ketajaman akal fikiran serta peningkatan penguasaan isu dan kemahiran pengucapan awam yang lebih berkesan.Kelas yang julung kalinya diadakan ini dianjurkan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.Pemilihan tempat ini dicadangkan sendiri oleh salah seorang peserta yang terlibat dalam kelas ini.

Penyertaan kepada kelas ini dibuka kepada semua anak muda daripada pelbagai latar belakang sebagai medium melakukan pembinaan diri serta sebagai wadah berkongsi idea sesama anak muda.Jumlah pelajar yang mendaftarkan diri adalah seramai 6 orang. Namun, untuk sesi pertama Sekolah Massa, hanya 3 orang pelajar yang berpeluang menghadirkan diri dan telah menjayakan sesi pertama ini bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 1.00 petang.3 orang pelajar tersebut adalah saudara Azuan Zain, mahasiswa jurusan pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Kuala Lumpur, saudara Harris Hanafi yang merupakan graduan lepasan Universiti Kuala Lumpur MIMET di dalam jurusan Pembinaan dan Penyelenggaraan Kapal dan akhir sekali saudara Muhd Helmi yang merupakan peserta termuda di dalam kelas ini yang akan melanjutkan pelajaran ke dalam bidang Ekonomi di pusat persediaan ke luar negara Kolej Mara Banting di bawah program International Baccalaureate (IB).

Sesi Penganalisaan Isu

Kesemua peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang telah memberi kekuatan serta nafas segar kepada penganjuran program Sekolah Massa pada kali ini yang meletakkan sasaran capaian akses gagasan Sekolah Massa ini kepada seramai mungkin anak muda di seluruh negara dalam memahami cita-cita penyediaan pendidikan alternatif kepada generasi muda akan datang demi membantu negara membina sistem pendidikan yang lebih komprehensif dan menepati dengan semangat falsafah pendidikan negara.

Kelas Debat dimulakan dengan sesi taaruf di kalangan peserta bersama jurulatih.Sesi pendahuluan Kelas Debat Sekolah Massa dimulakan dengan pembentangan pengenalan kepada maksud debat, format debat serta teknikaliti debat.Di dalam teknikaliti debat, para peserta diterangkan berkenaan peranan setiap pembahas bermula daripada pembahas pertama sehingga kepada peranan pembahas ketiga daripada kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.

Penerangan berkenaan elemen teknikal serta peranan setiap pembahas mengambil masa yang paling panjang dalam sesi kelas pertama debat kali ini disebabkan pendedahan awal kepada para peserta yang kebanyakan masih baru terhadap dunia debat.Namun, para peserta telah menunjukkan respon positif terhadap pemahaman mereka kepada elemen teknikal dan peranan pembahas dengan mengingati setiap daripada tugas-tugas yang dibawa oleh setiap pengucap.Langkah seterusnya adalah untuk mengaplikasikan faham peranan tadi ke dalam pengucapan sebenar yang akan dijalankan pada kelas kedua di masa akan datang.

Pendebat berbincang berkenaan kesimpulan terhadap proses analisa
 
Sesi kedua Kelas Debat Sekolah Massa diteruskan perbincangan berkenaan pembinaan konsep serta pemahaman secara mendalam kepada elemen-elemen penting pembentangan konsep seperti rasional, indikator dan beban bukti.Memahami pembinaan konsep mengambil sedikit masa berbanding perbincangan berkenaan pendefinisian secara literal.Hal ini kerana, pembinaan konsep harus didasarkan kepada kefahaman pendebat terhadap analisis usul yang diutarakan melalui kefahaman asas pendebat kepada matlamat perdebatan serta penguasaan kepada isu yang cuba dibawa di dalam tajuk perdebatan.Walau bagaimanapun, para peserta begitu aktif membincangkan sedalam-dalamnya berkenaan pembinaan konsep melalui pelbagai pertanyaan dan perbincangan sesama mereka.Perkara ini merupakan suatu perkembangan yang baik sebagai menyediakan persiapan awal kepada pendebat untuk bersedia menerima tugasan berkumpulan dan melaksanakan pembinaan konsep secara berdikari.

Akhir sekali, sesi ketiga Kelas Debat membuka ruang kepada para peserta untuk menguji kefahaman mereka kepada pembelajaran terhadap teori-teori pembinaan konsep yang dilakukan tadi di dalam bentuk berkumpulan secara kendiri tanpa panduan jurulatih.Satu tajuk diberikan dan mereka diminta menganalisis usul tersebut sedalam mungkin serta menyediakan kerangka konsep bagi tajuk yang diberikan.Dalam masa 15 minit, para peserta diminta membentangkan hasil analisa mereka serta konsep yang dibina.Setiap peserta menunjukkan kemampuan dalam melakukan analisis usul daripada pelbagai sudut pandang dan berjaya membuka perspektif kotak pemikiran mereka kepada sisi yang lebih besar dan luas.Pencapaian ini sesuatu yang membanggakan untuk sesi pertama penganjuran Kelas Debat Sekolah Massa.

Kelas seterusnya akan dilangsungkan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian mengikut kekosongan masa yang dimiliki jurulatih.Target Kelas Debat Sekolah Massa di dalam siri kelas kedua nanti adalah untuk melihat para peserta mempunyai keyakinan dan mampu menyampaikan ucapan secara individu mengikut tajuk yang dipilih oleh mereka sendiri.Di pihak penganjur, siri kelima Kelas Debat mensasarkan untuk setiap peserta sudah mampu membentuk sebuah kumpulan perdebatan yang mampu menyampaikan hujah-hujah mengikut format perdebatan yang dipelajari.

Sesi menghadam peranan pembahas dan elemen teknikal perdebatan

Sekalung tahniah dan setinggi terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang terlibat dalam mengorbankan masa hujung minggu demi menyertai kelas ini serta menunjukkan komitmen serta minat yang mendalam.Tidak dilupakan juga setinggi terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan berterusan dalam melaksanakan Kelas Debat ini sehingga berjaya dilaksanakan sebagai suatu program berkala dan mendapat perhatian ramai generasi muda yang ingin mendekati dan mempelajari dunia perdebatan.Doakan untuk kelangsungan berterusan dan perjalanan yang lancar untuk agenda Sekolah Massa yang seterusnya demi membina remaja atau aktivis yang berkualiti melalui Kelas Debat Sekolah Massa.

Harapan pihak penganjur, agar program sebegini dipandang positif tanpa sebarang prejudis dan tidak bersifat paranoid dalam usaha Sekolah Massa membawa perubahan yang lebih membina kepada aktivis yang berminat melalui pendedahan sebegini.Sesungguhnya, kebenaran dan keyakinan yang sebenar adalah sesuatu yang lebih mententeramkan berbanding berjiwa kelam yang menimbulkan kerisauan hasil pergolakan yang berlaku di sekeliling kita.Di sini, kami tidak menerima sebarang sikap prejudis yang tidak berasas yang akhirnya membantut pembinaan serta perkembangan optimum setiap penggerak dan pelajar.Bersandar kepada pendirian ini, Sekolah Massa akan terus menggunakan segala instrumen terbaik dalam menjayakan agenda memberi jasa dan bakti yang berterusan kepada generasi seterusnya untuk masa depan yang lebih cerah dan menjanjikan harapan kebahagiaan.


Yang benar,

(Ahmad Afif Bin Ahmad Mokhtari Yasim)
Pengasas-Pengarah,
Sekolah Massa