BAB 1 : PENGENALAN KEPADA PROSES PENYELIDIKAN

Pendidikan dalam abad ke-21 merupakan satu usaha yang sewajarnya membawa  kepada pembangunan modal insan yang berdaya saing di peringkat global, berkebolehan untuk berfikir secara kritis dan kreatif, serta berkemampuan untuk menyelesaikan masalah (McCrae, 2011). Oleh itu, para pendidik harus menganalisis trend pendidikan dalam usaha untuk memperolehi satu keputusan termaklum tentang kurikulum yang sesuai dan cara-cara pengajaran yang berkesan yang dapat mempersiapkan pelajar untuk situasi kehidupan dan alam pekerjaan yang sebenar (Sungur, Tekkaya & Geban, 2006).

       Dalam konteks pendidikan sains untuk abad ke-21, Yager (2000) berpendapat bahawa kita perlu menyemai dalam kalangan pelajar kita keupayaan untuk berfikir, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan berdasarkan bukti dan penaakulan yang logik. Maka, beliau mencadangkan pendidikan sains perlu mengupayakan pelajar agar dapat menyoal, mencadang penerangan yang logik, mengusul kaedah-kaedah untuk menguji hipotesis, mengutip data dan mentafsir data yang diperoleh, dan berkomunikasi tentang proses dan juga keputusan kepada orang lain.

Lantaran itu, pendidikan sains terkini perlu meliputi penyediaan satu persekitaran bilik darjah yang kondusif, bukan sahaja kepada pembelajaran kandungan mata pelajaran berkenaan, tetapi juga kondusif terhadap pemupukan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak kehidupan dan alam pekerjaan alaf baru seperti kemahiran membuat keputusan menggunakan kemahiran saintifik. Contohnya, dalam Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 4 dan 5 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005a, 2005b), tersuratnya objektif  “…mengaplikasikan pengetahuan Biologi, kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik secara analitis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan bertanggungjawab berkaitan dengan isu-isu Biologi”  menunjukkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi serta berkemampuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni. Mengikut pakar-pakar pendidikan (seperti Tan Oon Seng, 2004a; Rangachari & Crankshaw, 1996), pembelajaran berasaskan masalah (PBM) atau problem-based learning (PBL), boleh menghasilkan perubahan dalam pengetahuan, nilai, atau kemahiran sebagaimana yang diperlukan dalam membuat sesuatu keputusan yang bijak dan termaklum tentang sesuatu masalah.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM) berbanding dengan pengajaran konvensional (PK) terhadap pencapaian Biologi berdasarkan aras kognitif Bloom dalam kalangan pelajar Tingkatan 5. Dengan menggunakan reka bentuk kumpulan kawalan praujian-pascaujian (pretestposttest control group design), seramai 40 orang pelajar dipilih untuk mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah manakala seramai 40 orang pelajar pula mengikuti kaedah pengajaran konvensional. Kesemuanya adalah pelajar tingkatan 5.Seorang guru yang sama terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kedua-dua kumpulan kajian. Kajian ini melibatkan tempoh intervensi selama 5 minggu dengan masa pembelajaran selama 160 minit untuk subtopik “konsep pewarisan berdasarkan eksperimen Mendel” dan “Alel dominan dan alel resesif”. Dari segi instrumentasi, keputusan pentaksiran pertengahan tahun berasaskan sekolah digunakan sebagai praujian manakala pascaujian terdiri daripada 15 item aneka pilihan dan 3 item subjektif yang dibina berdasarkan Jadual Penentuan Ujian dengan item-itemnya menggunakan kata-kata kerja yang bersepadanan dengan enam aras kognitif Taksonomi Bloom serta mempunyai kebolehpercayaan yang sesuai dengan nilai KR-21 sebanyak 0.76.

BAB 2 : PENGENALPASTIAN DAN DEFINISI MASALAH

2.1 PERNYATAAN MASALAH :
Bertolak daripada masalah pencapaian pelajar dalam subjek biologi dalam kalangan pelajar sekolah menengah tingkatan 5, maka penyelidik merasakan perlunya mewujudkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam menangani masalah kefahaman pelajar dalam subjek biologi. Dengan ini, kajian yang akan dilakukan penyelidik akan dapat menjawab pelbagai persoalan berkaitan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah dan masalah pencapaian pelajar dalam subjek biologi. Penyelidik juga berusaha meninjau sejauh mana kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah dapat dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, bagi membantu pelajar tingkatan 5 menangani masalah pencapaian dalam pembelajaran subjek biologi.

2.2 DEFINISI KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH :

Pembelajaran Berasaskan Masalah Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu pendekatan pedagogi yang diperkenalkan dalam 1960an di Sekolah Perubatan, McMaster Universiti di Ontario, Kanada oleh Howard Barrows dalam usaha untuk menstruktur semula pendidikan perubatan dan mengupaya pelajar untuk mengapikasikan pengetahuan saintifik mereka dalam masalah-masalah klinikal. Barrows dan Tamblyn (1980, p.1) mendefinisikan pembelajaran berasaskan masalah sebagai “… the learning that results from the process of working towards the understanding of a resolution of a problem. The problem is encountered first in the learning proces”.

Tambahan pula, masalah yang diberikan merupakan masalah yang mirip kepada dunia sebenar, tidak mempunyai struktur yang jelas, kelam kabut dan tidak mempunyai satu-satunya penyelesaian (Torp & Sage, 2002). Menurut Barr dan Tagg (1995), pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu transformasi daripada paradigma pengajaran kepada paradigma pembelajaran, di mana fokus diberikan kepada apa yang dipelajari oleh pelajar dan bukannya apa yang diajar oleh guru. Dalam usaha mensintesiskan ciri-ciri pembelajaran berasaskan masalah, Lloyd-Jones, Margeston dan Bligh (1998, p. 494) menghujah bahawa terdapat 3 elemen utama dalam senario PBM dalam aksi: picu (trigger) yang memulakan, pembelajaran yang dilaksanakan oleh pelajar dengan menyelidiki isu-isu pembelajaran yang dikenal pasti pada awal sesi, dan penggunaan pengetahuan dalam memperluaskan kefahaman mereka mengenai situasi picu pada akhir sesi.

Tinjauan kajian-kajian lampau tentang keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) di luar negara menunjukkan kesan yang positif terhadap sikap (Akinoglu & Tandogan, 2007; Sungur, Tekkaya, & Geban, 2006), minat pelajar (Ahmet et al., 2007), pencapaian pelajar (Akinoglu & Tandogan, 2007; Fogarty, 1998; Sungur et al., 2006), kebolehan menyelesaikan masalah (Albanese & Mitchell, 1993), kemahiran berfikir (Kivela & Kivela, 2005; Sonmez & Lee, 2003; Tan Oon Seng, 2004b) dan kemahiran saintifik (Ahmet et al., 2007).

Tinjauan kajian-kajian dalam negara menunjukkan yang PBM dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam kursus kejuruteraan sivil (Wahid Razzaly, Norsyahidan Mohd Yusof & Noraini Kaprawi, 2006), mendatangkan manfaat dalam meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam kalangan pelajar Tahun Kedua di Fakulti Pendidikan Teknikal (Anthony, Zulida Abd Kadir & Noryani Neni Ahmad Jamain, 2006), memupuk pengetahuan pedagogi isi kandungan secara teknologi (technological pedagogical content knowledge) dalam kalangan pelajar sarjana yang mengambil kursus “Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran” di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (Tee Meng Yew & Lee Shuh Shing, 2011), meningkatkan persepsi positif tentang pembelajaran menggunakan PBM dalam kalangan pelajar perubatan dan pergigian di Universiti Sains Malaysia (Arudodaya Barman, Rogayah Jaafar & Nyi Nyi Naing, 2006), dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dalam kalangan pelajar politeknik yang mengambil kursus “Mechanics of Structure” di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (Halizah Awang & Ishak Ramly, 2008).



BAB 3 : FAKTA DAN ANGKA YANG MENYOKONG MASALAH

Berdasarkan tinjauan kajian-kajian lepas, didapati walaupun banyak kajian telah dilaksanakan tentang keberkesanan PBM, namun ianya lebih memberat kepada konteks universiti. Di samping itu, perbandingan pencapaian yang dibuat antara penggunaan kaedah PBM dengan kaedah konvensional adalah bersifat univariat, yakni hanya bertumpu kepada satu pembolehubah bersandar sahaja, yakni pencapaian keseluruhan yang diukur menggunakan ujian atau inventori untuk sesuatu mata pelajaran atau disiplin yang berkenaan sahaja.

Lantas, terdapat satu keperluan yang mendesak untuk melaksanakan kajian-kajian tentang penggunaan kaedah PBM pada peringkat sekolah untuk menentukan keberkesanannya demi menyumbang kepada khazanah ilmu tentang keberkesanan PBM pada peringkat persekolahan. Tambahan pula, pencapaian pelajar ekoran daripada intervensi PBM perlu diselidiki secara komprehensif, misalnya dari segi aras-aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian dalam domain kognitif Taksonomi Bloom (Bloom, 1956), supaya satu keputusan termaklum dan yang berdasarkan bukti dapat dibuat tentang hala tuju cara-cara penyampaian kurikulum di peringkat sekolah menengah.


BAB 4 : SENARAI SOALAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

4.1 PERSOALAN KAJIAN

Secara ringkas, dua objektif pembelajaran dalam silibus tingkatan 5 biologi,topik pembelajaran Bab 5 Pewarisan, iaitu Objektif Pembelajaran 5.1 (Konsep Pewarisan Berdasarkan Eksperimen Mendel) dan Objektif Pembelajaran 5.3 (Alel Dominan dan Alel Resesif ) digunakan sebagai konteks pembelajaran. Kedua-dua objektif pembelajaran ini merangkumi kebolehan pelajar untuk mencapai 13 hasil pembelajaran yang berikut:

1. Menjelaskan konsep pewarisan berdasarkan eksperimen mendel.
2. Menjelaskan faktor-faktor pewarisan yang mempengaruhi pewarisan
3. Menerangkan perbezaan alel dominan dan alel resesif.
4. Menerangkan ciri-ciri alel dominan
5. Menerangkan ciri-ciri alel resesif.
7. Menerangkan konsep eksperimen Mendel
8. Menerangkan ciri dan trait pokok kacang yang dikaji oleh Gregory Mendel
9. Menggunakan Punnet Square untuk membahagikan anak pokok yang akan dihasilkan. 10. Memberi penjelasan tentang Meiosis
11. Menerangkan sifat fenotif dan genotif.
12. Menerangkan tentang materi genetic.
13. Menerangkan tentang sifat dominan, resesif dan intermediate.

Tempoh intervensi kajian ini adalah selama 4 minggu. Dua orang guru terlibat dalam kajian ini, dan setiap orang guru terlibat dalam sebuah kelas PBM dan juga sebuah kelas pengajaran konvensional. Sebelum bermulanya intervensi kajian, tempoh masa seminggu digunakan untuk memberikan taklimat tentang kaedah penggunaan PBM dan berbincang dengan dua orang guru yang terlibat tentang kemusyikilan yang ada tentang PBM. Satu panduan pengajaran dan pembelajaran (P&P) menggunakan PBM yang telah dirancang dengan rapi bersama dengan seorang pakar pendidikan dan seorang pakar Biologi telah disediakan untuk kegunaan guru.

Tambahan pula, empat senario masalah (problem scenario) yang merangkumi kesemua 13 hasil pembelajaran juga disediakan. Seiringan dengan panduan P&P menggunakan PBM, satu set rancangan pengajaran secara konvensional juga disediakan dan set rancangan pengajaran tersebut meliputi kesemua 13 hasil pembelajaran yang sama. Pembelajaran dalam kumpulan kawalan dicirikan oleh penyampaian maklumat, penerangan tentang fakta/konsep sains secara berpusatkan guru di mana pelajar lebih bersifat sebagai penerima yang pasif.

Di samping itu, pelajar juga melaksanakan amali yang berkaitan mengikut panduan yang diberikan dalam buku amali Biologi. Penyampaian guru dan juga kerja amali disudahi dengan perbincangan dan latihan. Pembelajaran dalam kumpulan rawatan menggunakan kaedah PBM pula melibatkan pemberian satu senario masalah pada minggu pertama, dan ini diikuti dengan senario kedua pada minggu kedua. Bagi menyelesaikan kedua-dua masalah ini, pelajar dikehendaki merekabentuk, mengeksperimen dan membuat justifikasi serta membentangkan penyelesaian terhadap permasalahan yang dikemukakan.

Pada minggu ketiga, pelajar diberikan senario masalah ketiga dan keempat. Bagi scenario masalah ketiga dan keempat pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap kumpulan mendapat satu senario masalah. Pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah yang diutarakan dan membentangkan hasil penyelesaian masalah kumpulan masing-masing untuk dikongsi dengan keseluruhan kelas.

4.2 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis Nol (H0): Tidak ada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian Biologi secara keseluruhan dalam kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding dengan kumpulan pelajar Tingkatan 4 yang mengikuti kaedah konvensional.

Hipotesis Nol 1 (H01): Tidak ada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian Biologi berdasarkan aras pengetahuan dalam kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding dengan kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah konvensional.

Hipotesis Nol 2 (H02): Tidak ada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian Biologi berdasarkan aras kefahaman dalam kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding dengan kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah konvensional.

Hipotesis Nol 3 (H03): Tidak ada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian Biologi berdasarkan aras aplikasi dalam kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding dengan kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah konvensional.

Hipotesis Nol 4 (H04): Tidak ada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian Biologi berdasarkan aras analisis dalam kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding dengan kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah konvensional.

Hipotesis Nol 5 (H05): Tidak ada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian Biologi berdasarkan aras sintesis dalam kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding dengan kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah konvensional.

Hipotesis Nol 6 (H06): Tidak ada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian Biologi berdasarkan aras penilaian dalam kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding dengan kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang mengikuti kaedah konvensional

4.3 OBJEKTIF KAJIAN

i.                    Menjelaskan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah yang digunakan.
ii.                  Mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami masalah pencapaian dalam
      subjek biologi.
iii.                Menghuraikan faktor-faktor penyebab masalah pencapaian pelajar dalam subjek
      biologi.
iv.                Menganalis kaedah pembelajaran yang diterima oleh pelajar yang mengalami
      masalah pencapaian dalam subjek biologi.
v.                  Menganalis keperluan kaedah Pembelajaran Berasaaskan Masalah.

Hurian :
Dalam konteks pendidikan sains untuk abad ke-21, Yager (2000) menghujah bahawa kita perlu memupuk dalam kalangan pelajar kita kebolehan untuk berfikir, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan berdasarkan bukti dan penaakulan yang logik. Lantas, beliau mencadangkan pendidikan sains perlu mengupayakan pelajar untuk menyoal, mencadang penerangan-penerangan yang munasabah, mengusul caracara untuk menguji hipotesis, mengutip data dan mentafsir data yang diperoleh, dan berkomunikasi tentang proses dan juga keputusan kepada orang lain. Lantaran itu, pendidikan sains masa kini perlu merangkumi penyediaan satu persekitaran bilik darjah yang kondusif, bukan sahaja kepada pembelajaran kandungan mata pelajaran berkenaan, tetapi juga kondusif terhadap pemupukan kemahirankemahiran yang bersepadanan dengan tuntutan kehidupan dan alam pekerjaan alaf baru seperti kemahiran membuat keputusan menggunakan kemahiran saintifik

4.4  PROSEDUR PENGANALISAAN DATA

Multivariate Analysis of Covariance (MANCOVA) digunakan dalam penganalisaan data kerana ia dapat “menyingkirkan (selepas rawatan) kesan sebarang pembolehubah tak bersandar metrik tak terkawal (dikenali sebagai kovariat) terhadap pembolehubahpembolehubah bersandar” (Hair, Black, Babin & Anderson, 2010, p.18). Di samping itu, penggunaan MANCOVA juga dapat mengurangkan kebarangkalian melakukan ralat jenis I yang mungkin terhasil jika banyak ujian ANCOVA dijalankan secara berasingan untuk setiap pembolehubah bersandar.


4.5 DAPATAN KAJIAN

Dalam analisis menggunakan MANCOVA, enam aras atau subskala domain kognitif Taksonomi Bloom merupakan pembolehubah bersandar, keputusan pentaksiran pertengahan tahun berasaskan sekolah sebagai kovariat, dan kumpulan sebagai pembolehubah tak bersandar. Kesignifikanan Ujian-F dalam MANCOVA akan disusuli pula dengan ujian univariat ANCOVA untuk subskala bagi menentukan subskala yang menyumbang kepada kesignifikan tersebut.


BAB 5 : JUSTIFIKASI UNTUK MENJALANKAN PENYELIDIKAN

5.1 JUSTIFIKASI KAJIAN

Kajian ini penting untuk mendedahkan keperluan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah  dalam menangani pencapaian pelajar dalam subjek biologi. Pelaksanaan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah diharap dapat mengatasi masalah pencapaian pelajar dalam subjek tersebut. Kajian ini juga penting untuk pelajar mengenal pasti kaedah pembelajaran yan  mengakibatkan masalah pencapaian dalam subjek biologi dan  kaedah pembelajaran yang lebih sesuai untuk mengatasi masalah pencapaian mereka dalam subjek biologi.

Dapatan kajian Sungur et al. (2006) di mana tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan pelajar PBM dengan kumpulan pengajaran tradisional dalam tahap pengujian yang hanya memerlukan pengingatan/penghafalan adalah selari dengan dapatan kajian ini. Ini bermakna, jikalau seseorang guru hanya menghasratkan pelajarpelajarnya mengingati dan menghafal fakta-fakta untuk mata pelajaran yang diajar dan memuntahkannya semula semasa peperiksaan, maka pengajaran secara konvensional sudah memadai untuk mencapai hasrat tersebut. Sebaliknya, jikalau guru tersebut ingin memupuk kemahiran-kamahiran kognitif pada aras yang lebih tinggi seperti membuat sintesis dan penilaian, maka guru tersebut boleh mengoptimakan manfaat penggunaan pembelajaran berasaskan masalah (PBM).


Sabaria Juremi (2003) dalam tesis doktor falsafahnya mendapati pelajar-pelajar yang mengikuti PBM mempunyai pencapaian Biologi yang lebih tinggi daripada kumpulan pelajar yang mengikuti pengajaran konvensional. Dapatan beliau ini disokong dengan hujah bahawa aktiviti perbincangan dalam PBM dapat mengukuhkan kefahaman dalam kalangan pelajar terhadap konten yang dipelajari. Aktiviti mencari maklumat melalui pembelajaran akses kendiri juga dikatakan dapat membantu pelajar-pelajar memberikan fokus dan penegasan kepada konsep-konsep penting yang dipelajari. Tambahan pula, dalam usaha untuk menerangkan fenomena prestasi yang memberangsangkan bagi pelajar PBM, Sabaria Juremi (2003) menginferens bahawa dalam proses menyelesaikan masalah, pelajar terlibat secara aktif di mana pengetahuan sentiasa diaplikasikan kepada situasi baru. Semakin kerap pelajar melakukan penyelesaian masalah, maka semakin keraplah pelajar melakukan proses berfikir tentang subjek yang dipelajari, dan kekerapan berfikir sebegini seterusnya dapat menyumbang kepada pencapaian dan kefahaman pada tahap yang lebih tinggi dalam pembelajaran subjek tersebut.

Kini, ramai guru yang telah didedahkan kepada pendekatan pengajaran berasaskan masalah, sama ada melalui kursus, kuliah, pembacaan, ataupun perbualan dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Namun, adalah menjadi satu retorik sematamata untuk membuat satu generalisasi terhadap keberkesanan amalan pembelajaran berasaskan masalah merentas kurikulum dan tahap pembelajaran. Amalan pengajaran yang bersandarkan kajian (evidence-based practice), menurut Hargreaves (1996), seharusnya menjadi satu standard, piawai atau penanda aras yang dapat memaklumkan penggubalan polisi di peringkat Kementerian Pelajaran dan juga amalan pengajaran dalam kelas.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUJUKAN :

1. Suzilawati Shamsuddin,Tek, O.E.,Shakinaz Desa.(2012). Kesan penggunaan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pencapaian biologi dalam kalangan pelajar tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 2(1), 49-61.
2. Azita Ali, Zuriawahida Zulkifli.(2016). Keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar. Jurnal Pemikir Pendidikan, 7, 113-136.
3. Ramlee Mustapha, Zaharatul Laili Abdul Rahim.(2008). Pembelajaran berasaskan masalah bagi mata pelajaran elektronik : satu kajian tindakan di sekolah menengah teknik. Jurnal Teknologi, 49(E), 109-127.
4. Sarimah Ismail, Abreza Atan.(2011). Aplikasi pendekatan penyelesaian masalah dalam pengajaran mata pelajaran teknikal dan vokasional di fakulti pendidikan utm. Journal of Educational Psychology and Counseling, 2, 113-144.
5. Alizah Lambri, Zamri Mahamod.(2015). Pelaksanaan aktiviti pembelajaran berasaskan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu, Pendeta Journal of Malay Language, 6, 98-117.
6. Norazah Mohf Nordin, S.Tamil Selvan Subramaniam.(2013). Problem based learning in the designing of e-content for engineering courses, Asian Social Science,  9(10).
7. Azhar Harun, & Nawi Abdullah. (2004). Metodologi penyelidikan ekonomi sosial dan sains sosial. Kuala Lumpur: Thomson.
8. Mohd Majid Konting.(1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
9. Ahmad Mahdzan Ayob.(2002). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi(edisi kedua). Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.
10. Ahmet, G., Metin, A., Cetin, D., & Mustafa, S. (2007). An investigation onto the effectiveness of problem-based learning in physical chemistry laboratory course. Research in Science & Technological Education, 25(1), 99-113.
11. Akinoglu, O., & Tandogan, R.O. (2007). The effects of problem-based active learning in science education on students’ academic achievement, attitude and concept learning. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 3(1), 71-81.
12. Albanese, M., & Mitchell, S. (1993). Problem-based learning: A review of the literature on its outcomes and implementation issues. Academic Medicine. 68(1), 52-81. 13.Anthony, E., Zulida Abd Kadir, & Noryani Neni Ahmad Jamain. (2006). Problembased learning: A useful aporoach for effective communication? In Berhannudin Mohd Salleh (Ed.), Proceedings of Seminar on Problem-Based Learning 2006 (pp. 103-125). Batu Pahat: Penerbit UTHM.
14. Arudodaya Barman, Rogayah Jaafar, & Nyi Nyi Naing (2006). Perception of students about the problem-based learning sessions conducted for medical and dental schools’ students of Universiti Sains Malaysia. Education for Health, 19(3), 363 - 368.
15.Barr, R.J., & Tagg, J. (1995). From teaching to learning: A new paradigm for understanding Education. Change, 27(6), 12-25.
16. Barrows, H.S., & Tamblyn, R.N. (1980). Problem-based learning: An approach to medical education. New York: Springer.
17. Bloom, B.S.L. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, Handbook I: The Cognitive Domain. New York: David McKay Co Inc.
18. Creswell, J.W. (2008). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (3rd ed.). NJ: Pearson Prentice Hall.
19. Cynthia Lim & Kathryn Goh (Ed.). (2006). Understanding PBL. PBL Foundation Programme. Singapore: Temasek Polytechnic.
20. Daniel, J. (2012). Sampling essentials: Practical guidelines for making sampling choices. London: SAGE Publications Ltd.
21. Dochy F., Segers M., Van den Bossche P., & Gijbels D. (2003) Effects of problembased learning: a meta-analysis. Learning and Instruction, 13, 533-568.
22. Fogarty, R. (1998). Problem-based learning: A collection of articles. IL, USA: SkyLight Training and Publishing, Inc.



BAB 1 : PENGENALAN

            Penulisan ini berupakan kandungan yang memberi penjelasan tentang nasakh. Nasakh merupakan sebahagian daripada disiplin ilmu dalam khazanah ilmu islam. Para alim ulama memberikan pelbagai definisi mereka agar dapat memberikan makna dan konsep yang betul tentang nasakh agar dapat difahami oleh para penuntut ilmu serta mereka yang ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang nasakh serta kepentingan mengetahui tentangnya.

            Kita dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang punca terjadinya nasakah, hikmah berlakunya nasakh serta persoalan-persoalan yang berkisar tentang nasakh. Ianya dapat memberikan kepada pembaca tentang perkembangan ilmu nasakh yang sudah ada seawal era nabi Muhammad s.a.w itu sendiri.Nasakh ini hanyalah terjadi ketika Nabi Muhammad s.a.w masih hidup,kerana nasakh tidak terjadi kecuali dengan jalan syariah dan sesuatu syariah itu tidak dapat diketahui kecuali dengan wahyu, dan seperti yang kita ketahui, wahyu berkenaan syariat islam hanya diturunkan ketika Rasulullah s.a.w masih hidup, kerana wahyu itu turun kepada baginda s.a.w itu sendiri.Oleh itu selepas baginda s.a.w wafat, tidak ada lagi nasakh pada apa-apa hukum.

 Kemudian ilmu nasakah ini dibincangkan dan dibahaskan dengan terperinci serta sistematik, agar umat islam dapat berpegang teguh dengan ajaran islam dengan sebaik mungkin. Masing-masing ulama berusaha sedaya upaya menggunakan kekuatan aqal fikiran, ijtihad disertakan dengan petunjuk daripada Allah s.w.t berkenaan ilmu nasakh agar umat islam sentiasa berada pada landasan yang benar.

            Perkara yang menjadi perbincangan dalam penulisan ini adalah berkisar tentang pengertias, syarat-syarat serta bentuk nasakh seperti nasakh sarih, nasakh dhimmi,nasakh kulli, serta nasakh juz’i. Selain itu, perbincangan tentang hikmah diharuskan nasakah beserta contoh-contoh yang telah berlaku dan juga keberangkalian penukaran hukum atas alasan nasakh juga akan dikupas pada kadar yang mencukupi.

            Meskipun terdapat perbezaan-perbezaan pendapat dalam kalangan ulama, kita haruslah meneliti, melihat dengan kritikal serta merujuk ulama yang berautoriti dalam hal ini, agar kita sebagai penuntut ilmu yang masih bertatih ini, dapat memilih pandangan dan berpegang kepada pandangan yang kuat serta diterimapakai oleh jumhur ulama.


Dalam pada ini, haruslah kita mengenali ahlinya dan dalam ingin mengenal siapa ahlinya, perlulah juga selain dibimbing oleh guru yang berautoriti, kita haruslah membuat pembacaan kita, menilai dan memohon bimbingan daripada Allah s.w.t agar jiwa kita cenderung kearah pandangan ulama yang paling kuat, dan tepat dalam kalangan mereka.


Tujuannya tidak lain tidak bukan, bukanlah ingin memanjangkan ataupun terus menjadikan perbezaan pendapat sebagai asas kepada perdebatan tidak berkesudahan namun tujuannya ialah agar kita dipermudahkan oleh Allah, dalam melihat pendapat yang pada perkiraan kita adalah paling kuat, maka kita berpegang kepadanya, dan mereka yang berpegang kepada pandangan lain, itu adalah perbezaan yang tidak dapat dielakkan kerana masing-masing telah berusaha dalam memilih yang sebaik mungkin. Kita doakan kepada semua yang ikhlas berusaha agar sentiasa berada pada jalan yang benar.


          
BAB 2 : PENGERTIAN, SYARAT, SERTA BENTUK NASAKH MENURUT PANDANGAN ULAMA USUL

2.1 PENGERTIAN NASAKH
Pengertian nasakh dari sudut bahasa membawa maksud pembatalan atau penghapusan. Walaubagaimanapun menurut ulama Usul Fiqh, pengertian nasakh adalah seperti berikut
:
A .  Manna’ Khalil al-Qathan adalah:

رفع الحكم الشرعي بخطاب شرعي
 Maksudnya : Mengangkat atau menghapus hukum syara’ dengan khithab (dalil) syara’ yang lain.

B .  Muhammad ‘Abd. Adzim al-Zarqaniy:

رفع الحكم الشرعي بدليل شرعي متأخر
 Maksudnya : Mengangkat / menghapus hukum syara’ dengan dalil syara’ yang lain yang datang kemudian.

D.
بيان انتهاء امد حكم شرعي بطريق شرعيّ متراخ عنه
Maksudnya: Penjelasan berakhirnya masa berlaku suatu hukum melalui dalil syar'i; yang datang kemudian.

E.
رفع حكم شرعيّ عن المكلف بحكم شرعيّ
Maksudnya :
"Pembatalan hukum syara' yang ditetapkan terdahulu dari orang mukallaf dengan hukum syara' yang datang kemudian".

F. Ulama Mutakaddimin
 
Menurut ulama mutakaddimin, mereka memberikan beberapa kriteria yang menjadikan ia suatu penjelasan tuntas tentang nasakh.Pertamanya, nasakah adalah tntang pembatalan hukum yang telah ditetapkan terdahulu, dan digantikan oleh hukum yang ditetapkan kemudian.Kedua, ianya melibatkan suatu pengecualian hukum yang bersifat umum dan digantikan oleh hukum yang bersifat khusus yang datang kemudian.Ketiga, ianya memberikan suatu penjelasan kepada hukum yang datang kemudian terhadap hukum yang masih bersifat samar yang sedia ada terdahulu.

2.2 SYARAT-SYARAT NASAKH

Terdapat syarat-syarat yang penting tentang nasakh ini iaitu :

1.Hukum yang dinasakhkan adalah hukum syarak, bukan hukum lain seperti hukum akal atau hukum buatan manusia.
2.Dalil yang digunakan untuk mengangkatkan hukum itu ialah dalil syarak yang datangnya kemudian dari teks yang dimansukhkan hukumnya.
3. Dalila tau nasikh harus terpisah dengan dalil atau ketentuan mansukhnya.
4.  Dalil nasikh harus lebih kuat atau sama kuat daripada dalil mansukh.
5.   Adanya dalil baru yang menghapus itu harus setelah ada tenggang waktu dari dalil hukum yang pertama.
6.   Antara dua dalil nasikh dan mansukh atau dalil 1 dan dalil 2 iaitu harus ada pertentangan yang nyata.
7.Disamping itu masih ada syarat-syarat nasakh yang belum disepakati yakni:

a. Nasakh dan mansukh tidak sejenis.
b.  Adanya hukum baru sebagai hukum yang dinasakhkan.
c.  Hukum pengganti lebih berat daripada hukum yang diganti.
d.  Cara mengetahui nasikh dan Mansukh.

8.Menurut Imam Syafi'I, al-Quran tidak bisa dinasakh, kecuali dengan al-Quran, dan hadis mutawatir juga tidak dinasakh, kecuali dengan hadis mutawatir pula.


2.3 BENTUK-BENTUK NASAKH

Nasakh dalam al-Quran terbahagi kepada 4 jenis iaitu :

A . Nasakh Sarih :
Nasakh sarih merupakan ayat-ayat yang secara tegas menghapuskan hukum yang terdapat dalam ayat yang terdahulu.

Contohnya ialah firman Allah s.w.t :
يَآأَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ وَإِن يَّكُن مِّنْكُمْ مِائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لاَ يَفْقَهُونَ

Maksudnya : “Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar diantara kamu nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang (yang sabar) diantaramu, maka mereka dapat mengalahkan 1000 daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti. “
[Surah Al Anfal : Ayat 65]

Huraian :
Ayat ini menunjukkan kewajiban bersabarnya 20 umat Islam berperang menghadapi 200 orang-orang kafir. Dan bersabarnya 100 umat Islam berperang menghadapi 1000 orang-orang kafir.



Kemudian hukum ini dihapus dengan firman Allah :

الْئَانَ خَفَّفَ اللهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ وَإِن يَكُنْ مِّنْكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللهِ وَاللهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya : “Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui padamu bahwa ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.”
[Surah Al Anfal :Ayat 66]

Huraian :
Abdullah bin Abbas r.a berkata:
لَمَّا نَزَلَتْ ( إِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ) شَقَّ ذَلِكَ عَلَى الْمُسْلِمِينَ حِينَ فُرِضَ عَلَيْهِمْ أَنْ لَا يَفِرَّ وَاحِدٌ مِنْ عَشَرَةٍ فَجَاءَ التَّخْفِيفُ فَقَالَ ( الْآنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنْكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضُعْفًا فَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ  قَالَ فَلَمَّا خَفَّفَ اللَّهُ عَنْهُمْ مِنَ الْعِدَّةِ نَقَصَ مِنَ الصَّبْرِ بِقَدْرِ مَا خُفِّفَ عَنْهُمْ
Maksudnya : Ketika turun (firman Allah): “Jika ada 20 orang yang sabar diantara kamu niscaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh” (Al-Anfal: 65), hal itu berat atas umat Islam, yaitu ketika diwajibkan atas mereka, bahwa satu orang tidak boleh lari menghadapi 10 (musuh). Kemudian datanglah keringanan, Allah berfirman: “Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui padamu bahwa ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu 100 orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan 200 orang.” (Al-Anfal: 66) Ketika Allah telah meringankan dari mereka jumlah (musuh yang wajib dihadapi), kesabaranpun berkurang seukuran apa yang Allah telah meringankan dari mereka”.
[HR. Bukhari, no: 4653]


B . Nasakh Dhimmi :
Sekiranya terdapat dua naskh yang saling bertentangan dan tidak dikompromikan, dan keduanya turun untuk sebuah masalah yang sama, serta keduanya diketahui waktu turunya, ayat yang datang kemudian menghapus ayat yang terdahulu. Misalnya, ketetapan Allah yang mewajibkan berwasiat bagi orang-orang yang akan mati yang terdapat dalam surat Al-Baqarah ayat 180 :

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا 

عَلَى الْمُتَّقِينَ


Maksudnya
“Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang diantara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, untuk berwasiat bagi ibu bapak serta karib kerabatnya secara ma’ruf.Sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.“


Ayat ini menggantikan suatu hadith yang mempunyai maksud bahawa tidak ada wasiat bagi ahli waris. Maknanya berdasarkan ayat ini, waris akan mendapat harta wasiat.

C . Nasakh Kulli :

Ianya berkenaan menghapuskan hukum yang sebelumnya secara keseluruhan. Contohnya ialah ‘iddah 4 bulan 10 hari pada surat Al-Baqarah ayat 234 menggantikan  ketentuan terdahulu iaitu  ‘iddah selama 1 tahun pada surah al-Baqarah ayat 240.



D. Nasakh Juz’i :
Ianya berkenaan menghapuskan hukum umum yang berlaku pada semua individu dengan hukum yang hanya berlaku bagi sebahagian individu, atau menghapus hukum yang bersifat  mutlak dengan ukum yang muqayyad. Contohnya, hukum sebatan 80 kali bagi orang yang menuduh seorang wanita tanpa adanya saksi pada surat An-Nur (24) ayat 4, dihapus oleh ketentuan li’an, bersumpah empat kali dengan nama Allah, jika si penuduh suami yang tertuduh, pada ayat 6 dalam surah yang sama. Ini membawa maksud suami yang melakukan li’an akan terlepas daripada hukuman sebatan 80 atas tuduhan yang dilakukan ke atas isterinya.


BAB 3 : HIKMAH BERLAKUNYA NASAKH DAN BILAKAH BERLAKUNYA NASAKH

3.1 Hikmah Adanya Nasakh :
Menurut almarhum as-Syahid Sheikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti, beliau menyatakan bahawa hikmah adanya konsep nasakh adalah berkait rapat dengan pemeliharaan maslahat umat manusia, dan ini menunjukkan fleksibiliti hukam islam dan adanya tahap-tahap dalam penetapan hokum islam. Kita dapat lihat bahawa setelah selesai suatu hukum menurut kehendak syar’i, maka terdapat pada keadaan-keadaan menurut ilmu Allah s.w.t, Dia mendatangkan hukum baru yang sesuai dengan maslahat umat manusia. Maka, kemaslahatan manusia akhirnya tetap terpelihara, dan umat islam dapat terus memenuhi tujuan mereka diciptakan, kerana itulah tujuan yang perlu dipenuhi oleh semua umat manusia. Seperti dalam ayat al-Quran menyatakan bahawa Allah s.w.t berfirman : Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Mengabdikan Diri KepadaKu.

Syeikh al-Qasimi berkata : “Sesungguhnya al-Khalik Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi mendidik bangsa Arab selama 23 tahun dalam proses tadarruj (bertahap) sehingga mencapai kesempurnaannya dengan perantaraan berbagai sarana sosial. Hukum-hukum itu mulanya bersifat kedaerahan, kemudian secara bertahap diganti Allah dengan yang lain, sehingga bersifat universal. Demikianlah Sunnah al-Khaliq diberlakukan, terhadap, perorangan, dan, bangsa-bangsa, dengan, sama. Jikaengkau melayangkan pandanganmu ke alam yang hidup ini, engkau pastikan mengetahui bahwa naskh (penghapusan) adalah undang-undang alami yang lazim, baik dalam bidang material maupun spiritual, seperti proses kejadian manusia dari unsur-unsur sperma  dan telur  kemudian menjadi janin, lalu berubah menjadi anak, kemudian tumbuh menjadi remaja, dewasa, kemudian orang tua dan seterusnya. Syari'at Allah adalah perwujudan dari rahmat-Nya. Dia-lah yang Maha Mengetahui kemaslahatan hidup hamba-Nya. Melalui sarana syari'at-Nya, Dia mendidik manusia hidup  tertib dan adil untuk mencapai kehidupan yang aman, sejahtera dan bahagia di dunia dan di akhirat.”

Ringkasnya hikmah nasakh ini adalah seperti berikut :
1. Memelihara kepentingan kaum muslimin dan umat manusia.
2. Perkembangan manusia menuju ke tingkat kesempurnaan sesuai dengan perkembangan dakwah dan perkembangan keadaan umat manusia.
3. Dugaan dan ujian bagi kita umat islam adaka kita mendalami ilmu yang mencukupi sesuai dengan kita sebagai umat islam bagi menjalani hidup kita di dunia ini.
4. Menghendakkan kebaikan bagi umat islam.Kita dapat perhatikan bahawa sekirnya nasakh beralih ke hukuman yang lebih berat maka didalamnya terdapat tambahan pahala, dan jika ianya beralih kepada ketentuan hukum yang lebih ringan maka ianya pasti mengandungi kemudahan dan keringanan.Di sini menunjukkan bahawa Allah s.w.t menguji manusia sesuai dengan kemampuan mereka.

3.2 Bilakah Berlakunya Nasakh :
Imam Jalaludin As-Suyuti menyebutkan dalam Kitab Al-Itqan sebanyak 21 ayat, antaranya :

1. Surah Al-Baqarah,Ayat 144 : “Maka palingkanlah mukamu kearah Masjidil Haram”
Huraian : Ayat ini menasakh arah kiblat ke Baitul Maqdis yang ditetapkan dalam sunnah.

2. Surah Al-Baqarah,Ayat 180 : “Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang diantara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya …”
Huraian: Kewajiban berwasiat dalam ayat ini dinasakh oleh ayat tentang hukum waris dan diperkuat oleh hadith.“Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang mempunyai hak akan warisnya, maka tidak ada wasiat bagi ahli waris”

3. Surah Al-Baqarah : Ayat 284 : “Jika kamu melahirkan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.”.
Huraian : Ayat ini mengisyaratkan bahawa Allah akan membuat perhitungan terhadap perbuatan dan lintasan hati manusia. Namun tanggungjawab atas  lintasan hati ini dinasakh oleh Surah Al-Baqarah : Ayat 286  iaitu “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.

4. Surah Al-Anfal : Ayat 65 : “Jika ada dua puluh orang yang sabar diantara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh…”
Huraian : Ayat ini melarang kaum muslimin mundur dari peperangan bila jumlah musuh kurang dari sepuluh kali lipat, namun ayat ini di nasakh dengan Surah Al-Anfal,Ayat 66 :
“Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantara kamu 100 orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan 200 orang”. Ayat ini membolehkan kaum muslimin mundur dari peperangan sekiranya jumlah musuh adalah melebihi dari 2 kali ganda jumlah kita.



BAB 4 : KEBARANGKALIAN PENUKARAN HUKUM ATAS ALASAN NASAKH

Berikut merupakan pendapat mengenai kemungkinan terjadinya  nasakh :

1.  1.Secara Akal dan Pandangan Mungkin Terjadi
Pendapat ini merupakan ijma’ kaum muslimin/jumhur ulama tidak ada perselisihan diantara para ulama tentang diperbolehkannya nasakh al-Qur’an dengan hadith.
Dalil mereka surat al-Baqarah ayat 106 yang membawa maksud: “Apa saja ayat kami nasakhkan, atau kami jadikan (manusia)lupa kepadanya, kami datangkan yang lebih baik darinya atau yang sebanding dengannya”.
(Surah Al-Baqarah : Ayat 106)

Dan An-Nahl ayat 101 yang membawa maksud : “Dan apabila kami letakkan suatu ayat yang lain sebagai penggantinya, padahal Allah lebih mengetahui yang diturunkannya”. 
(Surah An-Nahl : Ayat 101).
2.    

  2.Secara Akal Mahupun Pandangan Tidak Mungkin Terjadi
Pendapat ini adalah pendapat sebagian besar datang dari kaum nasrani masa sekarang yang menyerang islam dengan dalil bahwa nasakh itu tidak mempunyai hikmah dan tidak beralasan, bahkan hal nasakh akan diketahui setelah kejadian itu sudah terjadi (sebelumnya tidak diketahui).
Tidak benar kalau mereka (yahudi dan nasrani) mengatakan bahwa segala sesuatu yang dilakukan Allah adalah sia-sia dengan kata lain tidak beralasan. Hal tesebut berlawanan dengan sifat Allah SWT, Allah s.w.t yang mengetahui semua perkara baik kulli mahupun juz’i.

3.  3.Secara Akal Mungkin Namun Secara Pandangan Tidak Mungkin Terjadi.
Pendapat ini merupakan pendapat golongan Inaniyah dari kaum yahudi dan pendirian Abu Muslim Ashifani. Mereka mengetahui terjadinya nasakh menurut logika, tetapi mereka mengatakan nasakh dilarang dalam Syara’ Abu Muslim Al-Asyifani dan orang-orang yang setuju dengan pendapatnya menggunakan dalil Al-Qur’an surat Al-Fushilat ayat 42 yang artinya : “yang datang kepadanya ( al-Qur’an) kebathilan baik dari depan maupun belakang”.

            Dari 3 perkara yang dijelaskan, maka sewajarnya kita umat islam berpegang kepada penjelasan yang pertama seperti yang telah ditetapkan oleh jumhur ulama yang benar ilmunya dan memahami selok belok  tentang islam jauh lebih baik daripada kita semua. Maka dengan mengikut kepada pandangan jumhur ulama’, selamatlah kita semua dalam melayari bahtera kehidupan ini.

Sebagai isi tambahan, kita dapat mengetahui nasakh dengan cara berikut  :
1.  Ada keterangan tegas dari nabi atau sahabat, seperti perkataan Nabi, “ayat ini dinasakh dengan ayat ini”.

2.   Harus ada kesepakatan dari ijma’ para imam antara ayat yang dinasakh dan yang dimansukh, seperti nasakh ayat puasa as-Syura dengan puasa ramadhan.
3.   Mengetahui dari salah satu nas, mana yang pertama dan mana yang kedua ditinjau dari sejarah.


BAB 5 : KESIMPULAN

            Secara keseluruhannya kita dapat gambaran ringkas sedikit sebanyak tentang ilmu nasakh ini. Kita dapat perhatikan bahawa setiap hukum yang dinasakah akan digantikan dengan hukum yang sama atau pun lebih ringan, di sini kita dapat lihat aspek Allah s.w.t yang maha pemurah lagi maha penyayang, yang mempermudahkan makhluknya untuk memenuhi tuntutan mereka diciptakan seperti ayat ”tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku”.

            Kita dapat melihat daripada penulisan di atas bahawa nasakh hanyalah berlaku pada ketika yang mulian baginda Nabi Muhammad s.a.w masih hidup. Dan ianya tidak berlaku selepas baginda s.a.w wafat. Apa yang menjadi perbahasan dalam kalangan ulama ialah tentang kedudukan nasakh dalam al-Quran dan apakah Al-Quran boleh dinasakh dengan sumber selain dari Quran seperti Hadith ataupun tidak.Ada yang berpadangan hanya al-Quran boleh menasakh al-Quran, dan ada yang berpendepat al-Quran boleh di nasakh dengan hadith mutawatir, dan hadith mutawatir juga boleh dinasakh dengan al-Quran dan sebagainya. Perbezaan pendapat ini bukanlah menafikan adanya jawapan yang benar, namun sudah tentu dalam semua pandangan itu terdapat pandangan yang paling kuat, yang mungkin hanya dapat dikenal oleh mereka yang berilmu. Menurut seorang ilmuan, hanya yang tahu apa itu ilmu dapat mengenal ilmuan.Dan setiap ilmuan masing-masing mempunyai martabat ilmu masing-masing. Sudah tentu kita sebagai orang awam dan penuntut ilmu, mungkin akan menghadapi kekeliruan dalam soal ini. Maka caranya untuk melihat ilmu nasakh dalam jarak pandangan yang adil adalah dengan bermula dari apa yang kita tahu, iaitu dengan berpegang kepada mana-mana ulama muktabar yang kita kenali seperti Imam As Syafii, iaitu pengasas mazhab Syafii yang kita ikuti di dalam negara Malaysia ini.

            Sudah tentu sebagai umat islam yang bermazhab Syafii kita perlu yakin bahawa pandangan mazhab kita adalah yang paling kuat, dan sebagai orang awam begitulah pegangannya. Sebagai mereka yang mendalami ilmu ini, mereka perlulah kritikal dan menilai secara ilmiah, dan sekiranya menjumpai keadaan pandangan-pandangan yang sama berat yang sukar dipilih antara keduanya, maka kita haruslah cenderung ke arah imam mazhab kita.


Akhir kata, dengan mengetahui apa yang telah dinasakh, kita dapat berpegang kepada syariat yang terkini yang diwajibkan ke atas kita, dan tidak terkeliru sekiranya terdapat perbezaan syariat, walhal salah satu daripadanya sudah pun dinasakhkan.Ilmu nasakh dalam disiplin ilmu usul fiqh merupakan suatu cabang ilmu penting yang perlu dikenali dan didalami oleh para penuntut ilmu pengajian islam secara khususnya dan orang awam secara umumnya sekadar yang perlu agar persoalan-persoalan mereka tentang hukum-hakam dalam syariat islam terjawab.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUJUKAN :

1. Manna Khalil al-Qattan.(1994).Studi Ilmu-Ilmu Quran.Jakarta : Litera Antar Nusa.
2. Asywadie Syukur.(1990).Pengantar Ilmu Fiqh dan Ushul Fiqh.Surabaya : Bina Ilmu.
3. H.Suwardi.(n.d).Nasikh Mansukh ; Studi Kritis Atas Konsep Nasakh Mansukh dalam Al-Quran. Dimuat turun pada 10 Julai 2017 daripada
4.Quraish Shihab.(1992).Membumikan Al-Quran. Bandung : Mizan.
5.Satria Effendi.(2008). Ushul Fiqh.Jakarta : Kencana.