Manusia adalah hidupan yang bercakap-cakap.Kita bercakap,untuk menyampaikan sesuatu,menyampaikan makna kepada seseorang.

Ada yang menggunakan bahasa isyarat,dan pelbagai cara lain.Apabila sesuatu makna itu sampai pada seseorang,maka ia menjadi ilmu orang tersebut.

Cara kita bercakap,cara kita menyusun kata-kata untuk menyampaikan makna,amatlah penting.

Kata2 yang digunakan oleh kita sewaktu berbicara,mencerminkan diri kita.

Sebagai seorang muslim,kita gunakan perkataan yang tepat bagi makna yang betul.

Bagi kalimah Allah,kita bukan merebut hak penggunaan kalimah,cuma makna itu perlulah tepat.Bila kalimah Allah itu menepati apa yang diterangkan dalam surah al-ikhlas,maka bolehlah digunakan oleh sesiapa saja kalimah itu.

Ada yang berkata,sudah ramai yang sudah lama menggunakan kalimah Allah disitu dan disini,kita mengatakan bahawa,ramai menggunakannya,tak semestinya ianya betul penggunaannya.

Apakah sama saja orang yang berilmu dalam sesuatu itu dengan tidak berilmu?Bagi yang sudah tahu,harus berusaha gunakannya dengan tepat,serta beritahu pada yang tak tahu.






Ramai yang beranggapan bahawa ilmu Fardhu ain itu sudah tamat,sudah cukup ilmu2nya di peringkat SPM.Atau beranggapan bahawa sudah memadai ilmu Fardhu ain,di tahap SPM.

Sesudah SPM,difokus pula pada mengejar Fardhu kifayah.Itu tidak tepat.Semakin tinggi tahap pelajaran seseorang itu,semakin tinggi jawatan yang dipegang,semakin perlunya kefahaman ilmu fardhu ain yang lebih tinggi,yang lebih mendalam.

Bagaimana seseorang pemimpin berjawatan tinggi,ingin memimpin orang bawahannya,jika ilmu agamanya hanya ditahap SPM?Kefahaman yang tinggi,amat perlu,supaya dalam pimpinannya,segala kata2nya,perbuatannya dan keputusan yang dibuat olehnya itu,bersesuaian dengan ajaran agama.

Itulah yang dikatakan mengenal diri,kita kenal diri kita.Dan kita tuntut ilmu sesuai dengan amanah yang kita pegang.

Sebagai muslim,kita seharusnya sentiasa menyemak semula kefahaman kita,dan pengetahuan kita berkenaan agama.Ini wajar,supaya,apa saja kehidupan kita,sama ada  sebagai seorang peniaga,arkitek,guru,doktor dan sebagainya,tindakan kita mencerminkan islam sebagai cahaya yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan dalam hidup seseorang yang mengamalkannya.



Ingin saya permudahkan.Keadilan ialah suatu keadaan,perkara atau sesuatu itu berada pada tempatnya yang betul.Kebahagiaan ialah apabila keraguan dibuang dari dalam diri.Memberitahu berkenaan pentingnya yakin.Oleh itu, islam berbicara tentang iman.Dalam hidup kita,kita mahukan kebahagiaan,dan kita diberi pilihan sama ada mahukan hidup yang bahagia ataupun tidak.

Agama islam menunjukkan pada kita cara untuk kita hidup dengan bahagia.Memberitahu pada kita siapakah kita,dan tujuan kita diciptakan.Ianya suatu yang praktikal,suatu yang diamalkan dalam menjalani kehidupan,dan mengajar cara menjalani kehidupan seharian dengan betul.Ditunjukkan dengan baik oleh seorang manusia yang seluruh kehidupannya,dapat dicontohi.Dijadikan tauladan yang terbaik iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Manusia pelbagai agama,bangsa,budaya dapat hidup dengan aman dan harmoni,menghormati perbezaan fahaman,bertolak ansur,saling bantu-membantu,dengan kata lain,beradab sesama manusia,apabila islam itu difahami dan diamalkan.

Tidak kita melampaui batas dalam perbuatan.Kerana perbuatan melampaui batas ialah suatu kezaliman.Tidak juga menzalimi sesama kita.Menjaga susunan kata2 yang dikeluarkan dari mulut,agar kata2 yang dikeluarkan itu seperti ubat mujarab yang menyembuh luka,bukannya seperti racun amat berbisa yang merosakkan.

Mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan kita adalah cara kita berlaku adil kepada diri kita,kerana kita meletakkan diri kita pada tempat yang sewajarnya,memenuhi tujuan kita diciptakan.Dan,dengan memenuhi tujuan kita diciptakan,akan bahagialah kita,hidup di dunia yang sementara,juga hidup bahagia di alam yang kekal abadi.Di syurga yang dijanjikan pada mereka yang mengikut apa yang diperintahkan oleh Pencipta segala2nya,iaitu Allah s..w.t.

Mohd Arif Syafiq bin Muhammad Ridhwan Pang

Ada yang bertanya,yang maksudnya sefaham saya ialah,bagaimana mahu memilih pemimpin yang betul?Atau kalau saya nyatakan dengan cara lain ialah,bagaimana kita mahu beri amanah pada ahlinya?Kalau kita serius berkenaan ini,kita akan sedar bahawa wahyu diturunkan dan dinyatakan,iaitu "berilah amanah pada ahlinya".Pada ketika itu,mereka tak pula bertanya,Siapa ahlinya?Kerana ketika wahyu itu diturunkan,mereka sudah jelas dan tahu siapa ahlinya.Siapa orang yang betul untuk memegang amanah itu dan amanah ini.

Jika kita tanya,"bagaimana kita mahu tahu siapa ahlinya?" Ini bermakna ilmu berkenaan mengetahui siapa ahlinya itu sudah hilang dari diri kita.Ilmu berkenaan mengetahui meletakkan seuatu perkara pada tempatnya yang betul itu sudah hilang.

Saya ingin menyentuh tentang adab.Adab bermakna tindakan yang betul.Meletakkan suatu perkara pada tempatnya adalah tindakan yang betul.Dengan melakukan tindakan yang betul,kita menjadi seorang yang beradab.Keadaan suatu perkara atau benda itu berada pada tempatnya yang betul,kita panggil sebagai adil.

Maka untuk memilih pemimpin yang betul,kita harus tahu ilmu berkenaan betul dan salah.

Kita perlu belajar tentang adab.Dan ingin saya selitkan di sini,makna pendidikan ialah penyemaian adab ke dalam diri seseorang individu.Mendidik juga bermakna mengajar manusia melakukan tindakan yang betul.Dan sememangnya manusia cenderung memilih yang betul.Kalau berlaku sesuatu perkara,kita akan pilih penyelesaian yang dirasakan yang terbaik.Bagi perkara mudah,kita boleh gunakan common sense,bagi perkara yang rumit,kita perlukan ilmu yang sewajarnya.Dan kita boleh berusaha untuk tahu betul dan salah dalam soal perkara rumit dengan merujuk pada mereka yang tahu benar dan salah dalam bidang itu.

Dan sumber yang 100% Tiada sebarang keraguan ialah Al-Quran.Para nabi,terutamanya Nabi kita Muhammad s.a.w yang menunjukkan banyak perkara yang betul kepada kita dari perkara kecil sehingga perkara besar.Kita juga seharusnya rujuk pada ilmuan2 besar seperti Al-Ghazali,dan juga ilmuan yang penulisan saya ini ,adalah dari pembacaan, dan hadirnya saya ke kuliah beliau iaitu yang dihormati Syed Muhammad Naquib al-attas dalam kelas yang dinamakan Saturday Night Lecture di UTM Jalan Semarak.Kelas itu masih lagi berlangsung.

Itu sahaja coretan ringkas saya buat masa ini.Allah Knows Best!

Sebarang Kesilapan Dalam Penulisan,Sila Berikan "feedback" yang sewajarnya.

Mohd Arif Syafiq bin Muhammad Ridhwan Pang



Allah hanya menguji kita dengan apa yang kita mampu,namun nafs amarah menguji kita dengan apa yang kita tak mampu.



Itulah perlunya bersabar...dalam hidup,ada masa kita terluka,ada masa kita terasa,memaaf dan cuba memahami antara satu sama lain adalah perlu.marah hanya sementara,jika tersalah langkah dan cara,penyesalannya amatlah berat,ibarat pasu jatuh ke lantai,tak dapat dicantum kembali lagi.


Jika dirasakan pasu itu masih belum jatuh ke lantai.Selamatkanlah dan sambutlah ketika ia jatuh..lalu letakkan ia pada tempatnya semula.


                Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad,tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah.Secara ringkas,akidah islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan Rasulnya serta apa yang dibawa oleh rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.Ilmu berkenaan akidah membicarakan tentang keyakinan terhadap Allah S.W.T.

                Kita perlu tahu bahawa agama tidak boleh bersandarkan kepada sangkaan,spekulasi dan andaian tetapi mestilah bersandarkan kepada ilmu dan kepastian.

                Punca akidah lemah adalah kerana timbulnya rasa keraguan pada kebenaran islam.Oleh sebab akidah adalah berkaitan dengan keyakinan,maka sudah tentu keraguan menyebabkan akidah seseorang menjadi lemah.Boleh kita katakan bahawa,seseorang yang mempunayi akidah yang lemah bermakna keyakinannya terhadap Allah S.W.T juga lemah.

                Akidah yang lemah,atau saya katakan kurang yakin terhadap Allah S.W.T adalah perkara yang dialami oleh mahasiswa dan mahasiswi kerana pada pemikiran mereka,ianya bukanlah sesuatu yang perlu dititikberatkan kerana mereka merasakan bahawa hidup seharian boleh diteruskan dengan baik,sama ada mereka yakin pada  Allah S.W.T ataupun tidak.Dengan kata lain,mereka berpandangan bahawa mereka masih boleh mencapai kebahagiaan tanpa mempunyai pegangan akidah yang kuat.

                Kita semua tahu bahawa dalam hidup ini,kita ingin mencari kebahagiaan .Apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan?Sebelum menjelaskan perkara ini,ingin saya kemukakan bahawa pemikiran,proses berfikir adalah kunci untuk menguatkan akidah seseorang.Dengan kata lain,keyakinan dalam beragama.Untuk yakin,kita perlu tahu,selepas tahu,kita berusaha untuk faham.Selepas faham,yakin dan tahu,maka kita mempunyai pilihan.Untuk memilih yang benar ataupun yang salah,manusia diberi kebebasan untuk memilih iaitu Freedom of Choice yang memberi erti bahawa kebebasan untuk memilih yang baik untuk dirinya.Bila kita faham,kita akan yakin dengan kebenaran Islam,yakin pada Allah S.W.T,Rasul dan segala ajaran yang disampaikan oleh baginda S.A.W.

                Saya tidak bersetuju  bahawa  pemikiran punca akidah lemah.Sebaliknya,tidak berfikir dengan rational dan merujuk pada para pemikir Islam,adalah punca akidah kita lemah.

                Jadi kita mengatakan bahawa pemikiran punca akidah lemah,maka kita telah menolak sarjana ulung dan pemikir muslim yang telah memberikan sumbangan besar dalam pemikiran Islam dan pendidikan Islam,dan sebagai contoh pada masa sekarang ialah Prof.Syed Muhammad Naquib al-attas.

                Berbalik kepada makna kebahagiaan,kita pada masa kini mengukur kebahagiaan dengan melihat kepada perkara material.Bila difikir dengan kritikal ternyata jelas bahawa mempunyai harta kekayaan bukan jaminan kebahagiaan.Oleh sebab akidah membicarakan tentang keyakinan,kita perlu tahu dan yakin,apakah makna sebenar kebahagiaan.Umumnya,sudah kita ketahui bahawa para Rasul diutuskan untuk 
menyampaikan khabar gembira..Orang yang gembira adalah orang yang bahagia.Maka sekali lagi kita tanya,apakah makna kebahagiaan?Ramai yang semakin keliru dan tidak tahu dengan pasti,apakah yang dimaksudkan dengan kebahagiaan itu?

                Prof.S.M.Naquib al-attas,pemikir Islam mengatakan bahawa untuk mendefinisikan apa itu kebahagiaan,kita mulakan dengan membicarakan tentang lawan kepada kebahagiaan,iaitu kesengsaraan/misery.Bila kita sebut tentang kesengsaraan ianya adalah sesuatu berkenaan dalam diri kita.Dan ragu-ragu adalah salah satu bentuk kesengsaraan.Oleh itu,Islam berbicara tentang yakin.Ringkasnya bila kita yakin akan kebenaran Islam,maka kita melakukan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya dengan rasa rela hati.Bukankah itu makna Islam,iaitu penyerahan diri.Dan juga dikatakan Islam itu bermakna sejahtera.

               Kesejahteraan itu dirasakan dalam diri,sebagai kesan kerana menyerah secara rela,kerana diri itu yakin dan pasti akan kebenaran ajaran yang disampaikan.Maka sudah tentu individu sedemikian dapat kita katakan mempunyai akidah yang kuat.Happiness could be achieved when doubt is removed.

                Semakin terang pada kita,bahawa pemikiran bukan punca akidah lemah.Sebaliknya ,keraguan punca akidah lemah.

Penulisan :
1.Mohd Arif Syafiq b. M.Ridhwan Pang
2.Muhd Aidiq Sufi b. M.Ridhwan Pang (ADFP/American Degree Foundation Programme, INTEC UiTM)



         Sebagai seorang intelektual,kita harus sedar bahawa kapasiti untuk memahami adalah berbeza bagi setiap orang.

Terutamanya bila kita melakukan perbincangan terbuka,mereka tidak berhenti untuk mendengar penjelasan kita.Sebaliknya mereka menjelaskan untuk kita mengapa kita berbuat begitu dan jadi begitu.

Mereka membuat andaian dengan yakin bahawa inilah sebab-sebab kita melakukannya atau tidak melakukannya.

Walhal,kita berada di depan mata mereka.Apa salahnya berhenti seketika dan bertanya?Adakah mereka ingin mendengar penjelasan kita?Atau ingin memberi penjelasan mereka?

Inilah yang saya rasa,dialami oleh kebanyakan intelektual.Iaitu,pemikiran kita sukar difahami oleh orang yang hampir dengan kita.Namun kita harus belajar menerimanya dengan baik kerana,kapasiti untuk memahami sesuatu adalah berbeza bagi setiap orang.

Terlintas di fikiran saya suatu ayat atau pun mungkin kata hikmah.Saya kurang pasti sumbernya.Ianya ialah "Knowledge is a burden."

Diri kita terasa terbeban kerana penjelasan yang kita ingin buat,tak dapat dibuat.kerana ada situasi yang kita yakin bahawa jika dijelaskan pun,mereka tak faham,atau menolak untuk cuba memahami apa yang ingin disampaikan dengan berandaian bahawa mereka sudah faham walhal mereka tidak.

Apa yang saya rasa,perbezaan pandang alam antara kita,mungkin menyukarkan bagi kita untuk membolehkan apa yang kita sampaikan dapat difahami.

Teringat pada kata-kata Prof al-Attas,iaitu,"worldview exists in the mind of the learned".

Penulisan ini bolehlah saya katakan sebagai pemikiran saya yang tak seberapa.Kesilapan dalam menyampaikan dan menerangkan.Sudilah membetulkannya.Sekian.

MOHD ARIF SYAFIQ,Versatile Scholar.